Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

10 Syarat Membaca Al-Fatihah

Sempena Minggu Tahsinus Solah 2009, Biro Dakwah dan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Pendidikan ISlam telah mengaturkan aktiviti yang menarik bagi santapan rohani untuk warga IPGM KPI. Oleh hal yang demikian, ceramah yang telah diadakan adalah seperti berikut.



Tajuk : Bab Solat (Safinatun Naja) - 10 Syarat Membaca Al-Fatihah.


Tempat : Masjid IPGM Kampus Pendidikan Islam.


Penceramah : Ustaz Abdullah Qurtubi


Masa : 8.00 hingga 9.00 malam





Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menghadiri mahupun sesiapa yang inginkan penambahan ilmu agama, adalah digalakkan agar memuat turun kuliah agama tersebut pautan bawah ini.



DOWNLOAD

Saturday, September 26, 2009

Kemungkaran di Hari Raya.

1) Tasyabbuh (meniru0niru) orang kafir dalam berpakaian. Rasulallah bersabda "Barangsiapa yang meniru-niru suatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka" (Hadis riwayat Imam Ahmad dan sanadnya Hasan).

2) Wanita berdandan ketika keluar rumah. Padahal seperti ini diharamkan di dalam agama ini, berdasarkan firman Allah (yang artinya), “Dan hendaklah kamu (wanita muslimah) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu, dan dirikanlah shalat serta tunaikanlah…” (QS. Al Ahzab [33]: 33)

3) Berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram. Fenomena ini merupakan musibah di tengah kaum muslimin apalagi di hari raya. Tidak ada yang selamat dari musibah ini kecuali yang dirahmati oleh Allah. Perbuatan ini adalah haram berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, “Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925). Mungkin kita terlebih bersilaturrahim sehinggakan wanita bukan mahram pun kita bersalaman.

4) Mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri. Padahal tidak terdapat satu dalil pun yang menunjukkan perintah Allah ataupun tuntunan Nabi untuk ziarah ke kubur pada saat tersebut.

5) Kebanyakan manusia meninggalkan solat lima waktu karana sibuk bersilaturahmi dan kaum lelaki juga meninggalkan solat berjemaah di masjid tanpa alasan yang dibenarkan oleh agama. Demi Allah, sesungguhnya ini adalah salah satu bencana yang amat besar. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani. Lihat Misykatul Mashobih no. 574).

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Muroja’ah: Ustadz Aris Munandar
Artikel www.muslim.or.id

Tuesday, July 14, 2009

Yang Mana Lebih Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang mana lebih baik?
Itulah isu yang akan saya jelaskan pada waktu dan saat ini kepada anda semua.
Saya telah mencari-mencari bagi persoalan ini begitu lama dan saya rasa ada juga saudara di kalangan kita masih lagi tidak faham dengan isu yang akan saya jelaskan sebentar nanti.

Apakah Isunya?
Isu yang selalu ditimbulkan dalam masyrakat kita pada hari ini. Isunya adalah manusia yang manakah yang lebih baik, adakah manusia yang menutup aurat tetapi hatinya punyai sedikit sifat mazmumah ataupun manusia yang mendedahkan aurat tetapi hatinya baik?

Penjelasan.
Saya telah mendengar seorang orang alim menghuraikan persoalan ini. Saya merasakan beliau menghuraikan sangat baik dan sungguh relevan. Huraiannya adalah seperti berikut.

Isu ini sangat panas dan sering dijadikan buah mulut dikalangan kita. Sebagai contoh:
"Tengoklah budak A tu, harap je tutup aurat tapi hatinya tidak baik. Baik lagi budak B yang buka aurat tetapi hatinya baik."

Beliau telah menjelaskan bahawa manusia yang tutup aurat tetapi hatinya tidak baik adalah lebih baik daripada manusia yang tidak menutup aurat tetapi hatinya baik. Hal ini adalah kerana menutup aurat merupakan suruhan dan perintah Allah. Tidak kiralah sama ada dia baik atau pun tidak. Hukum menutup aurat adalah wajib baik lelaki mahu pun wanita. Di sini kita dapat lihat bahawa si A telah menutup aurat dengan baik berbanding si B.

Berkaitan hati baik atau tidak?
Manusia mempunyai sifat mahmudah (baik) dan mazmumah (Buruk). Sifat yang buruk boleh berubah apabila kita melaksanakan perintah Allah seperti solat.

Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Samalah keadaannya jika menutup aurat dengan ikhlas kerana Allah. Pasti hati kita akan lebih terdorong ke arah sifat yang baik dalam kehidupan. Yang pasti adalah manusia yang turut perintah Allah adalah baik berbanding manusia lain.


Analogi yang mudah.
Kita mempunyai kereta lama dan usang. Enjinnya pula sering bermasalah dan selalu mengeluarkan asap hitam yang sangat banyak. Jika rakan kita bertanyakan tentang perihal enjin kereta ini, adakah kita akan memberitahu bahawa kereta ini masih baru dan baik lagi enjinnya?

Jika enjin sudah mengeluarkan asap yang hitam, sudah tentulah enjinya sudah rosak. Samalah dengan manusia yang tidak menutup aurat. Bagaimana kita hendak katakan manusia yang tidak menutup aurat itu baik, sedangkan luarannya sudah memperlihatkan keburukan dirinya. Walaupun kita kata menusia tidak menutup aurat itu baik, tetapi adakah dia baik dengan Allah kerana tidak menutup aurat?

Adakah hubungan baik dengan manusia lebih penting daripada hubungan kita dengan Allah?

Walau apa pun kita, kita harus bersyukur kerana Allah masih memberi nikmatnya. tetapi bagaimana pula dengan keberkatannya?

Apa yang penting ialah sentiasa bersangka baik. Allah lebih mengetahui.

Siapa yang nak bagi cadangan amatlah dialu-alukan.

Monday, June 1, 2009

Rahsia Pada Logo NIKE.


Assalamualaikum.


Fatwa Tentang Pemakaian Poduk NIKE.

Soalan: Adakah dibolehkan untuk memakai pakaian yang mempunyai logo NIKE sedangkan apa yang saya tahu melalui pembelajaran bahawa NIKE membawa maksud kepada nama salah seorang Dewa Kemenangan Greek.

Jawapan: Memakai pakaian dengan berlogokan kafir adalah dilarang di dalam Islam kerana mengikuti jejak langkah orang-orang kafir. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa sesiapa yang meniru sesuatu kaum itu, maka dia adalah salah seorang daripadanya. Ataupun dengan kata lain orang yang meniru perlakuan orang kafir akan bangkit bersama-sama orang kafir di akhirat kelak.

Banyak di antara kita telah menjadikan gaya percakapan, perbuatan, pemakaian dan cara beragama sama seperti orang-orang kafir. Sedangkan Nabi Muhammad merupakan idol kita selama-lamanya.

Logo NIKE pada pakaian orang muslim adalah merupakan tanda bagi Dewa Kemenangan, anak perempuan Pulas sebagai kepercayaan orang-orang Greek.Jadi, setiap orang Islam wajib mengelakkan tanda kafir ini dan sepatutya tidak dijadikan sebagai tanda sahaja walaupun tanda ini tidak lagi digunakan sebagai logo orang kafir. Persoalannya adalah mengapa sesorang itu menggunakan tanda dan nama dewa-dewa Greek dan adakah tidak terdapat nama-nama lain yang baik?

Kita lihatlah bagaimana muda-mudi sekarang. Hanyut dibuai angin kekafiran. Kita menjadikan barat atau kafir sebagai idola kita. Orang alim pernah berkata ibadah kita merupakan cara Islam tetapi muamalat kita merupakan Yahudi dan Nasrani. Kita solat dan menunaikan ibadah yang lain menurut cara Islam tetapi cara pemakain, minum, makan, bertutur dan sebagainya adalah menurut telunjuk Yahudi dan Nasrani laknatullahh. Bagaimana doa kita hendak dimakbulkan. Berdoalah siang dan malam sehingga menitis air mata darah pun.

Doa kita pasti tidak akan dimakbulkan. Hal ini adalah kerana doa yang dimakbulkan adalah berpunca daripada makan, minum, pakaian yang dihalalkan di sisi syarak. Bagaimana boleh kita melepasi Plaza Tol Touch n Go jika kita menggunakan kad selain Kad Touch n Go. Ulama pernah berkata untuk doa kita dimakbulkan Allah, kita perlu menuruti cara yang paling baik berdoa iaitu dengan mencontohi segala sunnah-sunnah nabi dan bukannya mencontohi apa yang dilakukan oleh Musyrikin laknatullah.

Fikirlah semula wahai saudaraku. Sumber-sumber maklumat dan terjemahan di atas telah diambil daripada laman web berikut:

Fatawa Issuing Body : Islam Web
Author/Scholar : Dr. Abdullah Al-faqih
Date Of Issue : 16 Safar 1420
Source: World Fatwa Management System (USIM)

Another audio-fatwa by Sh.F.Muhammad http://www.youtube.com/watch?v=yaj_DDFeE9E

Nike On Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Nike,_Inc.
http://en.wikipedia.org/wiki/Nike_(mythology)

Thursday, April 2, 2009

Usrah Hari ini...

Asslamualaikum.

Kita sudah pun berada di dalam bulan April. Janganlah kita menyambut hari April Fool kerana terdapat keburukan padanya.

Bagi pelajar Institut perguruan, kita berada di alam kesibukan dengan lambakan kerja yang tertangguh. Termasuklah diriku. Aku tengah berusaha menyiapkan kerja yang diberikan. Lantas, aku tidak menghiraukan masa yang berlalu. Waktu bermain di padang, telah aku habiskan di depan komputer. Kesibukan yang melampau telah membelenggu diriku ketika ini. Inilah waktu klimaks bagi pelajar institut perguruan seperti aku.

Alhamdulilah. Aku dapat juga hadir ke masjid walaupun aku sibuk. Alangkah beruntungnya aku pada waktu usrah berlansung, aku telah menyedari sesuatu yang aku sendiri lupa iaitu tanggungjawab kita kepada Allah. Naqib yang mulia telah meningatkan aku tentang sesuatu perkara yang penting ini.

Sesibuk mana pun kita, sebanyak kerja mana pun kita, tanggungjawab kepada Allah adalah perlu diutamakan. Apabila kita mula sibuk dengan masalah dunia, secara tidak disedari kita melupakan tanggungjawab utama kita iaitu tanggung jawab kepada Allah. Solat dan bacaan Al-Quran entah ke mana hilang daripada hidup kita. Apa yang dikatakan oleh Sayyid Hassan Al-Banna, tiada satu hari tanpa Al-Quran. Astagfirullah...aku terkena dan terasa pada ketika itu. Sibuk inilah ujian Allah. Allah mahu menguji sejauh mana kekuatan iman kita.

Siapa yang memberi idea dan tenaga untuk kita menyiapkan kerja kursus tersebut jika tidak dengan keizinan Allah. Betapa lemahnya iman kita. Minda beranggapan jika kita meningalkan perintah Allah, kita akan dapat menyiapkan kerja. Itu baru tanggungjawab sebagai pelajar. Bagaimana pula tanggung jawab sebagai pemimpin dan guru nanti?

Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan bersama rakan-rakan semua. Inilah hidayah Allah. Janganlah kita anggap bahawa datang ke masjid hanya untuk solat semata-mata. Tetapi sebenarnya terdapat infiniti hikmah yang kita tidak tahu di sebaliknya. Usrah selepas maghrib tadi benar-benar memberi petunjuk dan peringatan kepadaku. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah...

Wednesday, April 1, 2009

Dari Hadramaut ke MPI

Apabila menjelangnya maulidur rasul, pasti waktu itulah kita sibuk menunjukkan yang bahawasanya kitalah orang yang sangat mencintai Nabi Muhammad S.A.W. Setelah berlalunya bulan ini, kita akan mula melupai kekasih Allah itu. Sepatutnya Nabi Muhammad adalah merupakan Role Model kepada kita semua. Tetapi apa sudah jadi kepada kita pada hari ini, BARAT adalah idola kita. Lama-lama diri kita kita akan jadi BERAT.

Jika ditanya mengenai cinta kepada Nabi, pasti semua akan berkata "Ya...Kami sayang akan Nabi". Tetapi setakat manakah sayang kita kepada baginda. Kadang-kadang selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad selepas solat pun kita malas dan terlupa. Itu belum dikira lagi dengan sunnah Nabi. Alangkah jauhnya diri kita dengan Nabi.

Cita-cita dihati ingin memasuki syurga. Pasti semua orang berhajat sebegitu termasuklah orang-orang bukan Islam. Tetapi hati kita masih lagi sayang akan benda-benda lain seperti harta benda, anak-anak, isteri, suami, ibu dan bapa dan sebagainya. Bagaimanakah kedudukan Nabi di dalam hati kita? Dimana tempatnya? Adakah sebaris dengan ibu ayah atau artis-srtis tempatan Malaysia? Nabi Muhammad mempunyai tempat yang sangat tinggi dalam setiap individu Muslim. Segala apa yang dilakukan dan dituturkan melambangkan keperibadian yang mulia.

Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi adakah kita mengetahui hukum hakam apakah yang 100% telah diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran? Adakah jual beli? Adakah arak dan zina? Hukum yang sempurna dinyatakan di dalam Al-Quran adalah mengenai hukum Faraid. Jika kita benar-benar sayang kepada Nabi pasti kita akan mengetahui segala apa yang telah diajarkan Nabi kepada kita.

JIka kita mempunyai teman wanita, pastilah kita akan mengetahui segala apa yang berkaitan dengannya. Malah latar belakang keluarga turut diketahui. Tetapi kita pada hari ini berbeza pula. Kita sayangkan Nabi tetapi sejarah Nabi kita tidak tahu. Siapa Ibu dan Ayahnya. Bagaimana sifat mulianya? Apa yang kita tahu adalah artis janda berkahwin dengan anak muda. Jutawan bernikah dengan penyanyi popular Malaysia. Itulah kita pada hari ini.

Alam ini tidak akan wujud jika tiadanya Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah kerana ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah selepas menderhakai perintah-Nya, Nabi Adam telah mengangkat kepadalanya ke langit untuk memohon ampun. Ulama mengatakan bahawa Nabi Adam terpandang kepada suatu nama. Nama yang mulia itulah yang letaknya sebaris dengan nama Allah. Tidak lain ianya adalah kekasih Allah iaitu Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Pernahkah kita mengetahui tentang bilangan sunnah nabi dalam setiap amal ibadah? Ulama telah mengira sunnah tersebut. Terdapat 500 sunnah yang terdapat dalam SOLAT manakala terdapat 200 sunnah dalam berwuduk. Tetapi kita pada ini tidak mengetahui walaupun sedikit. Betapa malunya kita. Sedangkan mulut berkata "Kami sayang Nabi" tetapi manakah buktinya. Sama-sama kita fikirkan.


P/S: Saya menulis semula ceramah yang telah disampaikan oleh seorang penceramah dari Hadramaut, Yaman yang datang ke MPI untuk menyampaikan kuliah maghrib.

Wednesday, March 18, 2009

Kriteria Memilih Pasangan Hidup

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."


Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.


Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.



Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.


Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.


Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.



Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.


Diambil dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19160&Itemid=91

Saturday, February 21, 2009

Adab Makan dan Minum

Assalamualaikum

Apabila duit ada di dalam poket dan perut terasa lapar kita akan segera mencari apa-apa makanan yang mampu menghilangkan rasa dahaga dan lapar. Makan dan minum merupakan elemen yang penting dalam hidup setiap manusia.


Tanpa makanan dan minuman kita tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk kita melakukan ibadah dan juga melaksanakan tugasan harian dari pagi hinggalah malam. Oleh itu, saya telah sertakan di dalam blog ini tentang adab-adab yang berkaitan tentang makan dan minum.


ADAB-ADAB MAKAN

1) Membasuh tangan sebelum makan.

2) Bacalah Basmalah sebelum makan.

3) Makan secara berjemaah untuk beroleh keberkatan.

4) Beri peluang kepada orang yang lebih tua untuk makan sebelum yang lain.

5) Makanlah dengan tangan kanan.

6) Hendaklah makan dan minum dalam keadaan duduk melainkan jika tiada tempat duduk, maka diharuskan berdiri.

7) Jika ada buah-buahan disediakan, mulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu untuk memudahkan penghadaman.

8) Sekiranya makanan tersebut dalam keadaan lembut, sunat makan dengan menggunakan semua jari. Makanan yang keras pula dimakan dengan menggunakan 3 jari.

9) Sekiranya makanan yang dimakan itu tidak enak,janganlah dicela makanan itu kerana Nabi Muhammad tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya. Baginda akan memakannya jika ianya elok dan sekiranya ianya tidak elok maka baginda akan meninggalkannya.

10) Makanlah mengikut kemampuan dan jangan melampau lampau sehingga terlalu kenyang. Ukuran yang dianjurkan dalam Islam adalah sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.

11) Makanlah dengan menundukkan kepala tanpa merenung tepat kepada kawan yang sedang makan kerana perkara ini boleh menganggunya.

12) Janganlah berebut makanan sehinggakan mengambil hak orang lain.

13) Janganlah makan makanan yang terlalu panas dan tunggulah sehingga menjadi suam.

14) Jika seseorang itu selesai makan daripada yang lain, maka janganlah dia beredar meninggalkan rakan-rakannya yang masih makan. Ambillah peluang bercerita sementara menanti kawan-kawan selesai makan.

15) Menjilat jari selepas makan kerana Nabi Muhammad mengatakan kita tidak mengetahui di bahagian manakah terletaknya keberkatan.

16) Selesai makan kita hendaklah berdoa kepada Allah.

17) Sunat kepada apabila selesai makan agar segera pulang agar tidak terlalu lama dibimbangi akan menyusahkan tuan rumah.

-Kitab Adab a-Akl karangan Ibn Imad al-Aqfahasi-



ADAB-ADAB MINUM

1) Disunatkan membaca basmalah sebelum minum dan Alhamdulillah apabila selepas makan.

2) Minum sebanyak tiga kali teguk.

3) Elakkan daripada bernafas di dalam air.

4) Janganlah meniup air yang hendak diminum.

5) Janganlah minum air yang terlalu panas. Tunggulah sehingga menjadi suam.

-Tarbiyyatul Awlad wal Aba' fil Islam-



Adab-adab di atas telah diambil daripada buku Doa & Zikir Harian oleh Ust Zahazan Mohamed.

Wednesday, December 31, 2008

Hiburan..Oh...Hiburan

Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru jika ikut kalander gregorian. Kalau diikutkan tahun hijrah, sebenarnya kita sudah pun berada dalam tahun yang baru. Macam biasa, setiap tahun jika ditanya soalan pasti setiap orang akan kata ingin memperbaharui azam baru.

Pada hakikatnya kita sudah lupa pada ISLAM. Kita lebih mengagungkan kalander gregor daripada kalander hijrah. Sebenarnya kalander hijrah adalah lebih tepat berbanding kalander yang kita sedang gunakan sekarang. Adakah anda sedar bahawa sekarang kita sudahpun berada dalam tahun hijrah yang baru, iaitu hari yang ketiga? Mungkin ada yang ingat dan ada yang tidak.

Apa yang kita buat masa tahun baru hijrah itu ya? Adakah kita pergi ke mana-mana masjid atau surau untuk bersama-sama merayakan tahun baru ISLAM itu? Pasti anak-anak muda kita melupakan tentang hari yang bersejarah itu. Apa pula yang mereka ingat? Sudah pastinya sambutan ambang tahun baru 2009 yang penuh dengan hiburan semata-mata. Pada ketika warga tua sedang merayakan tahun baru ISLAM, anak-anak muda pula sibuk dengan dunianya yang tersendiri. Masjid dan surau jauh sekali dalam ingatan. Ini semua adalah tipu helah dan rancangan kafir laknatullah yang ingin menghancurkan belia ISLAM.

Tengok sahajalah di surat khabar semalam. Pelajar perguruan sedang asyik berkhalwat dan melakukan persetubuhan sebanyak lima kali. Anak-anak muda berhibur sampai tidak ingatkan diri. Bagaimana semua ini terjadi? Ternyata bahawa mereka sudah melupakan dua buah wasiat yang ditinggalkan oleh nabi iaitu Al-Quran dan Sunnah baginda. Jika diteliti dan difahami kedua-dua wasiat mulia ini pasti manusia tidak porak peranda seperti hati ini.




Penjahanam Umat Islam


Seperti kita dalam sebuah keluarga. Ibu bapa yang sibuk bekerja. Sampai tidak ada masa untuk menguruskan anak-anak. Apa yang penting ialah kelengkapan mereka dipenuhi tetapi rohani mereka tidak. Samalah jua dengan keadaan belia pada hari ini. Bukan semua ini yang diinginkan, tetapi pengisian rohani. Memang tidak masuk akal jika dikatakan pengisian rohani diperlukan pada zaman sekarang. Cuba anda memberi masa kepada diri anda. Hadkan hiburan dalam diri manakala pengisian rohani itu dipertambahkan. Hasilnya nanti anda tidak akan bosan.


Pernahkan anda berasa bosan ketika membaca Al-Quran? Jika ada itu adalah tanda kepenatan kerana anda membaca tanpa mengetahui maknanya. Belilah Al-Quran bersama terjemahan. Bacalah satu muka surat dan kemudia terjemahannya dan seterusnya. Pasti anda akan terasa masa itu sangat singkat.

Ini rancangan apa pula ya?
Ini juga rancangan yang menghancurkan rumah tangga. Pada fizikalnya memang biasa. Melihat suami dan isteri sedang menari bersama bagi mendapat hati ditempat peminat agar mereka diundi ke tempat teratas. Jika mereka menang, duit akan disalurkan pada institusi yang memerlukan bantuan terutamanya golongan yang kurang upaya. Adakah duit itu halal disisi Islam sedangkan pasangan perlu menari dengan pakaian dan aksi seperti orang-orang kafir untuk memperolehinya? Anda yang jawab semuanya.

Apa yang tidak kena dengan rancangan ini ya?
Jika ada iman, pasti anda juga merasa sesuatu yang aneh pada rancangan ini. Saya tidak mahu menjawabnya, tetapi anda.

Akhir kalam, saya harap agar saya dan rakan-rakan seislam semua agar berubah sempena tahun baru. Tidak kira tahun baru Islam atau bukan. Yang penting elakkan diri kita dengan hiburan yang melampau. Tetapi dekatkan diri dengan ceramah dan kuliah agama. Paksa diri supaya hadir ke masjid walaupun jarang-jarang. Saya berkata bukan atas dasar ingin menunjuk dan berbangga tetapi saya berasa sayu kerana melihatkan rakan-rakan yang sebaya di kaca TV dan di depan mata masih dibuai dengan tawaran pihak kafir laknatullah.

Semoga apabila melangkah tahun baru ini, tabiat menonton rancangan yang melekakan seperti di atas dielakkan dan dikurangkan. Jika mahu mengetahui berita tentangnya adalah tidak salah tetapi kita sering membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Monday, December 29, 2008

Pertanyaan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “


Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)….

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “


Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia
ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “


Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

I
mam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “


Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia
ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”


Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali
didunia ini “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = “
Pedang “


Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

sumber : http://manakib. wordpress. com/2007/ 11/01/pertanyaan -imam-al- gazali/

Wednesday, December 10, 2008

Tawakkal Itu Apa Ya?

Tawakkal bermaksud berserah diri kepada Allah selepas berusaha melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang dihajati. Apabila diajukan dengan konsep ini, ramai di antara kita mengetahui dengan sebenar maksudnya. Tetapi pada hakikatnya ialah manusia pada hari ini tidak memahami erti tawakkal dan cara mempraktikkannya dengan betul dan tepat.

Sebagai pelajar di institut pengajian tinggi, kita seharusnya dapat membahagikan masa dengan betul. Mana satu bahagian untuk belajar dan mana satu bahagian lain untuk beribadah. Pada penelitian saya, ramai di antara pelajar dewasa ini tidak banyak menghabiskan masa ibadahnya dengan betul-betul ibadah kepada Allah tetapi apa yang menyedihkan ialah mereka telah mencuri sedikit masa itu dengan memperuntukkannya untuk masa belajar. Hal ini sering berlaku terutamanya apabila peperiksaan menjelang tiba. Bagi kita, seminit itu bagaikan benda yang paling berharga kerana jika dibazirkan maka kita akan kerugian. Pada waktu itulah baru kita mengenal betapa indahnya nikmat masa itu.

Kita sebagai pelajar banyak mengabaikan masa di antara waktu Maghrib dan Isyak. Mungkin kita sering beranggapan bahawa waktu itulah waktu yang paling sesuai untuk belajar dan menghafal. Sebenarnya untuk memperoleh pertolongan Allah, kita sepatutnya meluangkan masa itu dengan duduk beriktikaf di dalam masjid dengan menunaikan solat sunat hajat. Apabila kita berusaha untuk mendapatkan pertolongan Allah, maka Allah akan mengilhamkan cara penyelesaian terbaik bagi sesuatu masalah dan juga dapat membantu kita membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Inilah pengalaman yang dirasai sendiri oleh pengarang buku Apakah Amalan Menjauhi Kesusahan Hidup.

Mengapa kita perlu bertawakkal? Jawapannya ialah supaya kita dapat merendahkan diri supaya tidak bersifat takabbur dan juga dapat mengelakkan diri daripada merasakan bahawa kejayaan itu hanya datang daripada usaha sendiri dan bukannya daripada Allah. Jika kita berfikir bahawa kita merupakan manusia yang pandai dan kejayaan itu datang daripada usaha kita, maka berjaga-jagalah kerana ini semua adalah ujian Allah.

Konsep bertawakkal ini boleh juga dilaksanakan dalam solat. Apabila kita sedang bersolat, fikiran sedang serabut memikirkan masalah keluarga dan masalah dunia. Hati tidak tenteram ketika beribadah pada ketika itu. Maka, ada ulama mengatakan bahawa kita perlu menghadirkan lintasan di dalam hati bahawa segala urusan dunia perlu diserahkan kepada Allah. Malah kita juga yakin bahawa Allah merupakan tempat kita mengadu dan bergantung hidup kerana Allah maha bijkasana dalam mengatur kehidupan alam ini.


Selain itu, menurut Surah At-Talaq ayat 3,
Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (keperluan).


Pada zaman sekarang, manusia bertambah leka dan alpa. Mereka berpendapat segala keperluan hidup hadir kerana usaha mereka sendiri. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa Allah yang memberi nikmat tersebut kerana Allah maha Pemurah kepada hambaNya. Manakala sifat penyayang Allah pula, Allah akan melengkapkan segala keperluan seseorang hambaNya yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya, Sebagai contoh, Allah akan melengkapkan lagi nikmat-nikmat yang lain seperti makanan, minuman, anak yang soleh dan solehah dan sebagainya.

Jika kita ada membeli majalah Mastika keluaran Disember 2008, kita dipaparkan dengan aksi bagaimana seorang wanita bukan Islam menemui ajal dengan membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat 16 sebuah bangunan. Pada pandangan saya, mungkin inilah manusia yang tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar. Walaupun kebanyakan manusia yang membunuh diri adalah kaya raya, sudah memiliki kedudukan yang tinggi dan dikenali ramai, tetapi bagi mereka terdapat satu kekurangan yang amat besar, iaitu nikmat Iman dan Islam. Mereka yang belum dikurniakan hidayah Allah akan mencari-mencari kekurangan tersebut. Tetapi malangnya bisikan syaitan memandu mereka supaya membunuh diri. Mungkin itulah cara mereka menemui kebahagiaan dengan membunuh diri.

Merujuk kepada tajuk tawakkal, saya ingin bertanyakan sesuatu kepada pembaca sekalian. Pernahkah anda terfikir bahawa selepas kita berusaha dan bertawakkal, kejayaan itu masih belum lagi datang malah kegagalan pula pula yang menyusul sedangkan kita sudah lakukan syarat-syarat tawakkal itu.


Jawapannya ialah:


Allah maha mengetahui perkara yang lepas, sedang dan yang akan berlaku. Dalam hal ini Allah mengetahui hal yang akan berlaku. Allah tidak akan mengurniakan kecemerlangan kepada seseorang itu kerana Allah tahu akibat yang akan menimpa seseorang itu jika dia berjaya. Barangkali kejayaannya itu akan menyesatkannya daripada menginganti Allah malah sanggup menderhakainya.


Selain itu, Allah tidak memberi kejayaan kerana Allah mahu memberi petunjuk supaya kita dapat memilih haluan hidup yang lebih baik. Sebagai contohnya, saya dahulu bercita-cita mahu menjadi seorang doktor dan ingin belajar di luar negara. Tetapi Allah tidak mengizinkan saya malah Allah telah menunjukkan jalan lain yang lebih baik malah lebih mulia iaitu menuju kearah bidang pendidikan.

Tambahan itu pula, Allah mahu kita supaya berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita-cita yang diingini. Ini semua adalah ujian Allah. Barang siapa yang sabar maka tidak lain dan tidak bukan, kejayaan dan kemenanganlah bagi mereka.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita memikirkan kembali konsep tawakkal ini dengan sedalam dalamnya. Walaupun ada yang beranggapan konsep ini merupakan perkara yang kecil tetapi ia sebenarnya mengandung banyak hikmah yang banyaknya tidak dapat dihitung oleh manusia. Hanya Allah yang mengetahui berapa banyak hikmah tawakkal ini. Sekian terima kasih. Wassalam.

Wednesday, December 3, 2008

Pendayung dengan Lelaki Gemuk

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Ilmu di dunia ini sangat banyak. Kadang-kadang sampai kita mampu untuk meletakkan dan menyimpannya ke dalam ruang-ruang kepala. Setinggi mana pun manusia itu belajar pun masih tidak lagi mampu memiliki ilmu milik Allah ini. Subhanallah. Ilmu Allah sungguh besar.
Ilmu yang benar dan wajib ke atas setiap muslim untuk mempelejarinya ialah ilmu agama. Seseorang itu tidak akan dipanggil Islam jika dia tidak tahu tentang Islam walaupun di dalam kad pengenalannya telah tercatat ISLAM. Ilmu agama sungguh penting. Biarlah sekecil mana pun ilmu itu, sekecil-kecil itulah nanti akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang bab-bab yang seterusnya.

Saya ada sebuah cerita. Pada suatu hari, ada seorang alim di sebuah kampong itu cuba menyamar sebagai pendayung sampai. Beliau pun berpura-pura berlakon sebagai pendayung sampai di sebuah sungai. Sedang beliau menunggu dan menunggu kedatangan manusia yang ingin menggunakan kudratnya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki gemuk yang berkaca mata tebal sambil membawa seguni kitab-kitab agamanya. Apabila orang lain melihat akan lelaki itu lantas mereka akan berkata bahawa lelaki itu meupakan seorang yang rajin belajar dan membaca kerana sifat luarannya yang mengambarkan sedemikian. Apabila sampai dipertengahan jalan, lelaki gemuk itu membuka kitabnya untuk dibaca.

Tiba-tiba, lelaki tersebut menanyakan sesuatu kepada pedayung sampan itu. “Wahai saudara, adakah anda mempelajari tentang nahu (tatabahasa) Arab?”, kata lelaki gemuk itu.

Lantas pendayung sampan itu pun menjawab “Aku tidak mempelajari dan mengetahui sesuatu pun daripada nahu Arab itu”.

Lelaki itu pun membalas “Sungguh malang nasib tuan kerana tidak mempelajari Nahu Arab. Tuan telah kehilangan separuh daripada kehidupan tuan”. Pendayung sampan terdiam tanpa membalas kata-kata tersebut.

Setibanya di tengah-tengah perjalanan, pendayung sampan itu pun bertanya kepada lelaki gemuk itu. “Adakah tuan mengetahui cara berenang?”

Lelaki gemuk itu pun menjawab “Aku tidak tahu menahu lansung akan hal berenang kerana ilmu itu tidaklah sepenting ilmu agama. Aku tidak menyukai ilmu selain ilmu agama.”

Pendayung itu terus bersuara “Alangkah malangnya tuan. Tuan telah kehilangan seluruh hidup tuan kerana tidak memiliki ilmu berenang”.

Lelaki yang terkejut itu pun bertanya semula kepada si pendayung itu dengan nada kehairanan. “Mengapa tuan berkata sedemikian?”

“Saya berkata begitu kerana sekarang sampan yang dinaiki ini akan tenggelam tidak lama lagi kerana perahu sudah bocor.” Jawab si pedayung itu.

Akhirnya perahu itu pun karam bersama-sama lelaki gemuk itu dan kitab-kitabnya. Manakala si pendayung itu Berjaya berenang ketepian untuk menyelamatkan dirinya. Begitulah cerita seorang alim.

Berdasarkan cerita ini, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu yang dianggap kecil mampu mengubah seluruh kehidupan kita. Janganlah kita memperlekehkan ilmu itu walaupun ilmu itu tidaklah sehebat mana dengan cabang-cabang ilmu yang lain. Sebagai contohnya apabila seorang ustaz sedang mengajar bab wuduk sedangkan kita mengetahui dengan arif tentang hal ini. Kita yang sudah menguasai ilmu ini tidak duduk bersama dengan Ustaz tersebut untuk mendengar penerangannya. Malah kita cuba memperlekehkan ilmu tersebut. Maka boleh dikatakan bahawa orang seumpama ini ibaratnya sebagai lelaki gemuk yang karam bersama dengan perahu dan kitab-kitabnya. Walaupun kita sudah mengetahui bab berwuduk, tetapi kita tidak bolehlah bersikap sombong kerana ilmu wuduk itu adalah ilmu daripada Allah. Jika kita memperlekehkan ilmu itu, samalah seperti kita memperlekehkan Allah secara sombong. Moga-moga kita dijauhkan daripada hal ini.

Tidak menjadi kesalahan dan berkurangnya ilmu yang sedia ada jika kita duduk bersama mendengar ilmu yang disampaikan walaupun kita sudah sedia mengetahui ilmu tersebut. Jika duduk bersama, Allah akan menambahkan lagi pemahaman kita tentang ilmu tersebut. Malah Allah akan menambahkan lagi ilmu yang tidak kita miliki lagi.

Kesimpulannya, janganlah kita memperlekehkan ilmu yang kecil kerana Ilmu tersebut datangnya daripada Allah. Selain itu, jangnlah kita bersifat sombong kerana sifat sombong itutidak disukai Allah kerana ia tergolong dalam sifat Mazmumah. Jika sebelum ini kita banyak melakukan kesilapan kerana kejahilan kita, maka mohonlah keampunan kepada Allah kerana sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya. Sekian Terima Kasih

Monday, December 1, 2008

Mengapa Kita Demam?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Seorang penyair berkata
"Seseorang itu tidak mengenal tanda sihat selagi dia belum ditimpa sakit"

Sakit? Sebagai manusia biasa kita tidak akan sesekali hidup dalam keadaan sihat. Ada masa kita menjadi sihat dan ada masa kita menjadi sakit. Sebagai mana yang kita tahu, sakit merupakan perkara yang menyulitkan diri diri kerana pada masa itu tahap kemampuan diri adalah terbatas. Sebagai pelajar, apabila kita kita ditimpa demam yang panjang semua kerja tidak berkualiti. Ada juga di antara kita yang mengambil cuti sakit untuk mengambil peluang untuk rehat bagi memulihkan semula penyakit demam itu.

Apabila kita ditimpa sakit, pasti seseorang insan itu akan meluahkan perasaan ketidakpuashatiannya kepada penyakit yang menimpanya. Tetapi ada juga manusia yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha denan ketentuan Allah. Apabila seseorang anak Adam itu menerima dengan redha penyakitnya, maka akan dituliskan pahala yang berterusan selama mana keredhaan kita kepadanya.

Bagi manusia yang bersifat duniawi, pasti akan terpacul daripada mulut mereka perkataan yang kesat iaitu perkataan yang menghina Allah. Apabila ditimpa demam yang kecil ini, kita akan berkata,

"Aduh, kenapalah demam. Macam mana aku hendak bekerja?"
"Bagaimana pula aku nak lakukan aktiviti harian. Demam ni asyik menyusahkan aku sajalah. Nak kena makan ubatlah. pergi jumpa doktorlah apa la itulah".

Mengapa kita demam? Ada banyak sebab ataupun hikmahnya.

Menurut Ibnu Qayyim,
"Andaikata kita dapat menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka kita akan dapati tidak kurang ribuan hikmah. Namum akal kita sangat terbatas. Pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk adalah sia-sia berbanding ilmu Allah sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira. Yang sebenarnya tentu lebih daripada gambaran ini."


Selain itu, demam juga mampu meghapuskan dosa-dosa lalu sebagaimana menurut hadis,

Daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a, Rasulallah s.a.w bersadba bermaksud "Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundahan sehingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapus sebahagian daripada kesalahannya" (Hadis riwayat Bukhari)

Saya pernah diberitahu sebuah cerita mengenai seorang Ustaz yang redha dengan penyakitnya. Pada dua minggu sebelum menjelangnya peperiksaan, kebiasaannya semua pelajar yang menduduki peperiksaan akan duduk mengulangkaji pelajaran. Tetapi Allah telah menguji seorang Ustaz ini dengan sebuah penyakit demam panas. Beliau didapati mengalami demam yang panas selama mana beliau sibuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi beliau redha dan sabar dengan ketentuan Allah. Beliau tahu, pasti Allah mempunyai rancangan yang lain yang lebih baik daripada perancangannya. Apabila tibanya waktu peperiksaan, beliau bersegera masuk ke dalam dewan peperiksaan itu. Selama beliau sakit, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk mengulangkaji pelajarannya berbanding rakan-rakannya yang lain. Apabila beliau tahu beliau tidak pernah membuka buku untuk mengulangkaji kertas peperiksaan di depan matanya itu, beliau dengan penuh keimanan segera bertawakkal kepada Allah. Beliau yakin bahawa Allah merupakan tempat beliau bergantung. Apabila masa menjawab dimulakan, beliau yang tidak mengetahui sebarang jawapan terus duduk termenung bagi memikirkan jawapan soalan itu. Demi kekuasaan Allah yang maha Esa, Allah telah memperlihatkan bayangan jawapan kepada Ustaz tersebut. Beliau mendapati bahawa beliau seorang sahaja yang dapat melihat jawapan itu. Lantas beliau menyalin kesemua jawapan yang telah diberikan Allah itu. Akhirnya beliau berjaya dengan cemerlang berkat kepercayaannya yang teguh kepada Allah Azza Wajalla.

Begitulah bantuan Allah kepada hambaNya yang sentiasa tunduk, patuh dan redha dengan ketentuanNya. Sebagai mana hadis Nabi s.a.w seperti berikut,

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud"Janganlah kamu mencaci dan memaki penyakit demam kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan meghapuskan dosa anak Adam sebagaimana tugku api yang menghilangkan kotoran besi." [Hadis riwayat Muslim]

Sabar dan redha merupakan elemen yang terpenting yang dinilai oleh Allah. Jika seseorang hamba itu gagal dalam mencapai kesabaran dan keredhaan yang dikehendakiNya, maka hambaNya itu belum lagi mencapai tahap mukmin yang disayangi dan dikasihi Allah.



Imam Abu Hanifah VS Atheis

Pada Zaman Imam Abu Hanifah hiduplah seorang ilmuwan besar, atheis dari kalangan bangsa Romawi. Pada suatu hari, Ilmuwan Atheis tersebut berniat untuk mengadu kemampuan berfikir dan keluasan ilmu dengan ulama-ulama Islam. Dia hendak menjatuhkan ulama Islam dengan berlawan hujah. Setelah melihat sudah banyak manusia yang berkumpul di dalam masjid, orang kafir itu naik ke atas mimbar. Dia menentang siapa saja yang mahu berdebat dengannya.

Dan diantara saf-saf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat di depan mimbar, dia berkata : "Inilah saya, hendak bertukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri karena usianya yang masih muda.Abu Hanifah berkata, "sekarang apa yang akan kita perdebatkan! ". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, dia lalu memulakan pertanyaannya :



Atheis
: Pada tahun berapakah Tuhan-mu dilahirkan?


Abu Hanifah : Allah berfirman "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan".


Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahwa Allah adalah yang pertama dan tidak ada sesuatu sebelum-Nya? , pada tahun berapa Dia ada?


Abu Hanifah : Dia (Allah) ada sebelum adanya sesuatu.


Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!


Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?


Atheis : Ya.


Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?


Atheis : Tidak ada angka (nol).


Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan heran kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahului-Nya?


Atheis : Dimanakah Tuhan-mu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.


Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu ada keju?


Atheis : Ya, sudah tentu.


Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bagian mana tempatnya keju itu sekarang?


Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu di seluruh bagian.


Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!


Atheis :Tunjukkan kepada kami zat Tuhan-mu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?


Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?


Atheis :Ya, pernah.


Abu Hanifah : Sebelum ia meninggal, sebelumnya dia bisa berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?


Atheis : Karena rohnya telah meninggalkan tubuhnya.


Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?


Atheis : Ya, masih ada.


Abu Hanifah: Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seperti gas?


Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.


Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat maupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!


Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?


Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?


Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.


Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.


Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?


Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.


Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?


Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkannya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.


Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?


Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.


Atheis : "Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?"


"Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah


"Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?".


Ilmuwan kafir mengangguk.


Abu Hanifah: "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahwa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu".



Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan ilmuwan besar atheis tersebut dia mengakui kecerdikan dan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Imam Abu Hanifah.

Monday, November 24, 2008

Soalan Pihak Kristian

Maha suci Allah yang maha pemurah dan Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanyalah untuknya tuhan seluruh alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Soalan Pertama


Adakah Islam mempercayai beberapa tuhan kerana Al-Quran menggunakan perkataan "kami" apabila tuhan berfirman di dalamnya?


Jawapan Dr Zakir Naik

Islam merupakan agama yang tetap mempercayai kepada satu tuhan. Islam mempercayai bahawa tiada tuhan selain Allah. Di samping itu, Islam mempercayai tuhan adalah satu dan juga ciri-ciri unik yang dimilikinya. Manakala ciri banyak dari segi jumlah bagi Allah itu adalah menunjukkan kepada penghormatan yang tinggi dan bukannya kepada bilangannya.

Di dalam bahasa Inggeris, Ratu England sering merujuk dirinya sebagai "kami" berbanding "saya". Perkataan "kami" di sini merujuk kepada ketinggian penghormatan dan juga kemuliaan beliau dan negaranya.

Rajiv Gandhi, bekas perdana menteri India sering berkata di dalam bahasa India "Hum dekhna chahte hain" yang bermaksud "kami mahu berjumpa". Perkataan "Hum" di sini merujuk kepada ketinggian kemuliaan dan penghormatan di dalam bahasa Hindi.

Maka adalah serupa dalam bahasa Arab. Apabila Allah merujuk kepada diriNya di dalam AL-Quran. Allah sering menggunakan perkataan Arab iaitu "Nahnu" yang bermaksud "kami". Hal ini tidak bermaksud merujuk kepada jumlah bilangan yang banyak akan tetapi merujuk kepada ketinggian kemulian dan penghormatan.

Tauhid adalah merupakan satu tiang daripada ISlam. Kewujudan dan keunikan Allah telah banyak kali disebutkan di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya di dalam Surah Al-Ikhlas. Allah berfiman

Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah yang maha esa.

(Al-Quran surah 112 ayat 1)


Soalan Kedua

Mengapa orang kafir tidak dibenarkan berada di dalam dua tempat suci umat Islam iaitu kota Mekah dan kota madinah?

Jawapan Dr Zakir Naik

Adalah benar bahawa orang kafir tidak dibenarkan berada di kota suci Mekah dan Madinah. Maklumat seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai alasan yang munasabah disebalik larangan tersebut.


1) Semua warganegara tidak dibenarkan berada di dalam kawasan taklukan.

Saya adalah warganegara India. Sehingga sekarang saya tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan larangan. Di sesetengah negara terdapat kawasan tertentu di mana rakyat biasa tidak dibenarkan untuk masuk. Hanya rakyat yang berdaftar sebagai ahli tentera atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pertahanan negara adalah dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Hal ini serupa kerana Islam adalah merupakan agama Universal untuk seluruh dunia dan untuk semua manusia. Tempat larangan Islam adalah dua buah kota suci iaitu kota Mekah dan Madinah. Ini bermakna, hanya sesiapa yang beriman dalam Islam dan juga terlibat untuk mempertahankan Islam adalah dibenarkan untuik memasuki dua buah kota suci tersebut.

Hal ini adalah tidak masuk akal sekiranya rakyat biasa mengemukakan bantahan terhadap larangan memasuki tempat larangan tersebut. Maka tidak sesuailah sekiranya orang kafir membantah tentang larangan memasuki tempat larangan tersebut.

2) Visa untuk memasuki Mekah dan Madinah.

Tidak kiralah seseorang itu berjalan ke mana-mana negara lain, dia perlu memohon Visa. Sebagai contoh kenerana untuk memasuki sesebuah negara. Setiap negara mempunyai peraturan yang perlu dipenuhi untuk memohon Visa.

Sebuah negara yang sangat tegas dengan pemohonan Visa adalah Amerika Syarikat terutamanya apabila pemohonan daripada rakyat negara kelas ketiga. Terdapat beberapa peraturan dan keadaan yang perlu dipenuhi sebelum mereka dibenarkan untuk memoho Visa.

Apabila saya melawati Singapura, saya telah disuruh untuk mengisi borang immigrasi iaitu borang mengenai persetujuan dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya saya cuba menyeludup dadah ke negara tersebut. Jika saya mahu melawati Singapura saya perlu patuh pada peraturannya. Saya tidak boleh mengatakan bahawa hukuman mati tersebut sebagai hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apabila saya bersetuju dengan syarat dan peraturannya saya akan dibenarkan untuk memasuki negara tersebut.

Visa atau syarat utama untuk manusia memasuki kota Mekah dan Madinah adalah dengan membenarkan di dalam hati, perbuatan dan lisan bahawa "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhNya". Jika perkara ini sudah terucap, maka orang tersebut dibenarkan memasuki kota tersebut tanpa sebarang halangan.


Daripada penulis,
Petikan asal tulisan ini telah saya ambil daripada lawan web utama Dr Zakir Naik, www.ifr.net. Penulisan beliau telah ditulis dalam bahasa Inggeris. Maka saya telah mengambil inisiatif untuk menterjemah penulisan beliau bagi pengetahuan kita bersama. Selain itu, terdapat pelbagai jenis soalan yang telah diajukan oleh pihak Kristian dan juga pihak bukan Islam mengenai Islam.

Jika ada sebarang kesilapan, saya harap perhatian anda semua. Segala yang baik itu datang daripada Allah. Manakala kelemahan itu daripada diri saya sendiri. Sekian. Assalamualaikum.