Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Kualiti Air

Assalamualaikum.

Tahukah kita bahawa air yang kita masak dengan menggunakan pemanas selamat diminum atau tidak?

Itulah yang menjadi persoalan yang membelenggu diriku tika ini. Aku pada mulanya tidak menyangka bahawa kualiti air di institut ini adalah berkualiti tetapi malangnya hal itu jauh lebih teruk daripada apa yang kita fikirkan.

Dari mula aku menetap di Bangi ini sehinggalah sekarang aku telah mempunyai sebuah pemanas air. Menjak-menjak ini aku mendapati air yang aku jerang atau masak itu mempunyai satu rasa yang sukar untuk diungkapkan. Rasa seakan-akan besi yang berkarat dan kotor. Walaupun pada zahirnya kelihatan bersih dan suci namun di sebalik kandungan air tersebut hanya dapat dizahirkan melalui pemerhatian yang teliti di bawah mikroskop.

Dalam kata lain, air yang berada di tempat aku belajar ini adalah tidak selamat untuk diminum. Oleh hal yang demikian aku telah mengambil langkah inisiatif dengan membeli air RO di kedai-kedai berhampiran. Rasa air RO dan air institut jauh berbeza.

Kalau kita pergi ke tandas Blok B aras dua berhampiran padang, kita akan dapati ada span yang telah diletakkan pada muncung paip tersebut. Apabila sering digunakan maka warna span itu akan bertukar lama kelamaan kepada warna jingga. Hal ini menunjukkan bahawa air untuk kehidupan kita seharian di institut ini tidak lagi dapat dijamin keselamatannya.

Aku tidak tahu sama ada kajian mengatakan bahawa air institut selamat diminum atau tidak. Tetapi daripada zahirnya sahaja, aku dapat menilai melalui pertukaran warna yang ketara dari jernih kepada jingga pada span menunjukkan bahawa air tersebut kurang sesuai untuk dijadikan sebagai minuman sehari harian.

Aku bukan mahu berlagak seperti orang-orang kaya atau pun anak yang manja. Bukan kerana hal tersebut aku tidak minum air institut. Bukan kerana air institut tidak sedap atau menyelerakan tetapi bak kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Lagipun air jernih sangat diperlukan dalam kehidupan untuk mengekalkan tahap kesihatan kita.

Kesihatan perlu diutamakan.

Monday, February 9, 2009

Si bapa dan Si Anak.

Aku ke Alamanda semalam. Banyak juga orang di sana. Setiap kali aku melangkah pasti aku akan bertembung dengan orang ramai. Pada hari Ahad semalam boleh dikatakan ramai manusia telah berhimpun di sana atas tujuan masing-masing.

Aku dan kawanku melangkah masuk ke dalam sebuah kedai pakaian dan kasut. Boleh tahan juga orang di dalam kedai itu. Barangkali barang yang dijual adalah murah. Bagi aku barang yang dijual adalah mahal kerana kebanyakan barangan di jual pada harga RM50 ke atas.

Aku menanti rakanku untuk memilih kasut yang dia mahu. Dia masih tercari-cari kasutnya. Aku pula sibuk memerhatikan gelagat manusia. Ada yang datang dengan pasangan masing-masing. Tak lupa juga ada yang datang dengan kelurga.

KES 1
Gelagat manusia bersama pasangan amat mengelikan hati. Manusia memang suka perkara semacam ini. Tetapi tengok dari gaya mereka. Seolah-olah mereka itu belum lagi diikat dengan ikatan yang sah. Manja sungguh mereka. Mengapalah mereka hendak bermanja-manja ketika di khalayak ramai. Ada yang mengatakan kita perlu bersangka baik dengan mereka. Sampai bila kita perlu begitu. Sedangkan maksiat itu berlaku di depan mata. Menggunakan kaedah sangka baik untuk menolak maksiat. Adakah langkah ini sesuai dengan hadis yang mengatakan kita perlu bertindak dengan tangan, mulut dan hati? Fikir-fikirkanlah.

KES 2
Pemerhatian aku asyik tertumpu kepada sebuah keluarga ini. Emak, bapa dan anak datang bersama. Membeli baju adalah tidak salah. Tetapi mengapa si bapa memilihkan baju untuk si anak dengan baju yang agak ketat. Si ibu pula memerhatikan saja tanpa memberi sebarang pendapat ataupun bantahan. Si anak pada ketika itu kelihatan sungguh beremosi. Si bapa memilih kasut dan baju yang sesuai anaknya. Anaknya kelihatan amat marah dengan si bapa. Aku terdengar satu baris kata yang terkeluar daripada mulut si anak

Bapa : Amik ni, cuba pakai kasut ni. Muat ke tak?
Anak : Sibuk je la.

Sedangkan kita mengatakan "Oh" atau "ah" pun dikira sebagai menderhaka. Inikan pula perkataan seperti "Sibuk je la".

Si bapa kelihatan tenang. Seperti perkara ini adalah biasa. Masalah keluarga itu berpunca daripada si bapa yang tidak berilmu agama manakala si ibu pula menjadi si pak turut. Membenarkan apa yang dilakukan oleh suaminya. Mereka pula beranggapan bahawa kehendak si anak perlu dituruti. Jika tidak dituruti mereka akan merajuk dan marah kepada mereka. Patutlah budaya membuka aurat berlaku secara besar-besaran tanpa segan dan silu.

Aku pula yang menjadi malu sendirian...Beginilah dunia akhir zaman.

Saturday, December 27, 2008

Dialog Mengenai HIJAB


Si A adalah wanita fasiq. Manakala si B adalah wanita solehah. Ikutilah dialog seterusnya.


A : Saya dah letih.


B : Letih sebab apa?

A : Dengan semua orang yang bercakap tentang saya.

B : Siapa?

A : Macam perempuan tu...Setiap kali dengannya, dia suruh saya pakai tudung...

B : Itukan perkara biasa. Tudung memang selalu menjadi topik utama.

A : Memanglah. Saya pun selalu mendengar tentangnya.

B : Lagipun, kan elok kalau awak pakai tudung?

A : Siapa kata?

B : Ia ada disebut dalam quran kan?

A : Ya. Dia pun ada kata begitu.

B : Dia kata dalam surah An-Nur dan juga dalam surah-surah lain.

A : Ya. Tapi itu bukanlah dosa besar. Bantu apa yang mereka mahu lebih penting.

B : Betul, tapi setiap dosa besar bermula dari setiap dosa kecil.

A : Memanglah. Tetapi apa yang kita pakai itu tak penting. Yang penting adalah memiliki hati yang ikhlas dan suci.

B : Habis tu, mengapa awak menghabiskan waktu berjam-jam setiap pagi untuk bersolek? Awak habiskan banyak wang untuk alat solek. Itu tak termasuk belanja terapi rambut dan diet awak.

A : Tetapi saya tidak suka bertudung. Ia merampas kebebasan saya.

B : Habis tu, losyen dan alat solek buat awak bebas ke? Beritahu saya, apa makna kebebasan kepada awak?

A : Kebebasan adalah melakukan apa saja yang kita suka.

B : Salah. Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan orang lain nak kata apa.

A : Awak dengar sini. Saya lihat ramai yang tidak memakai tudung dan mereka itu baik dan ramai yang memakai tudung tapi mereka itu jahat.

B : Habis tu...Kalau yang baik dengan awak itu kaki botol adakah itu bermakna awak juga akan menjadi kaki botol juga?

A : Saya tak nak jadi fanatik. Saya dah ok dan tak perlu memakai benda ini.

B : Maknanya awak fanatik pada sekular dan ektremis yang ingkar perintah tuhan.

A : Awak tak paham, kalau saya pakai tudung siapa yang nak kahwin dengan saya?

B : Habis tu, orang yang pakai tudung tak boleh kahwin la?

A : Ok, jika saya kahwin dan suami saya tidak suka saya memakai tudung dan dia tak mahu saya memakai tudung.

B : Lelaki yang tak patuh kepada agama tak patut dikahwini.

A : Habis tu, siapa yang nak ambil saya bekerja?

B : Tentulah mereka yang hormat pekerja mereka seadanya.

A : Tetapi tidak selepas 11 September.

B : Tentulah selepas 11 September. Ramai wanita Islam yang bekerja di hospital dan dunia korporat dengan memakai tudung.

A : Kenapa awak nak berkira sangat dengan perkara agama yang hanya melibatkan secebis pakaian ini?

B : Kenapa awak perlekeh wanita hanya kerana kasut tinggi dan warna lipstik mereka?

A : Kamu tak menjawab soalan saya.

B : Saya dah menjawabnya. Tudung bukan setakat sehelai pakaian. Ia adalah perintah. Ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi untuk setiap wanita. Tetapi baju pendek dan seluar ketat awak...

A : Itu adalah fesyenlah. Kenyataannya adalah tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mahu mengawal wanita.

B : Bagaimana pula wanita yang melawan suami mereka kerena ingin memakai tudung dan wanita dan rakan mereka yang dipaksa menanggalkan tudung oleh lelaki ? Apa yang awak nak perkatakan tentang itu?

A : .........

B : Orang yang suruh pakai tudung itu bukan wanita kan?

A : Betul. Tapi...

B : Tetapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki buat awak bebas ke? Betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi? Sudah la tu...

A : Jap, saya belum habis cakap lagi.

B : Awak nak cakap apa? Awak nak cakap lelaki kawal wanita dengan menggunakan tudung?

A : Ya...

B : Secara specifik bagaimana?

A : Dengan beritahu kita macam mana dan apa yang perlu dipakai.

B : Tidakkah TV, filem dan majalah memberitahu awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana nak cantik? Bukan kah itu mengawal namanya? Pengaruh awak untuk pakai apa yang mereka mahu awak pakai mereka. Bukan sahaja menguasai awak tetapi pasaran juga.

A : Apa maksud awak?

B : Maksud saya, mereka yang mencipta majalah itu mahu melihat awak kurus kering dan annorexia macam muka wanita depan majalah tu.

A : Saya tak paham. Apa kaitan tudung dan produk?

B : Ianya ada kene menggena. Kamu tak perasan ke? Hijab adalah ancaman kepada konsumerisme. Wanita habis berbilion ringgit untuk kelihatan kurus, cantik dan hidup dalam dunia fesyen yang direka oleh manusia, dan kemudian ISLAM muncul untuk memberitahu bahawa luaran itu tidak penting sebaliknya utamakan dalaman diri kita. Jangan pedulikan tentang apa yang orang nak kata tentang penampilan diri kita.

A : Sudah lah...!!! Saya tak mahu memakai tudung...!!! Ianya tak sesuai langsung dalam kehidupan hari ini. Baiklah...(Lalu menyarungkan tudung ke kepalanya lalu berkata beberapa saat selepas itu).........Saya tidak boleh melakukannya !!!!!!!!!!


Kedua-duanya berhenti secara tiba-tiba dan berlalu pergi.


Thursday, December 11, 2008

7 Keajaiban Dunia

1) Piramid di Chichen Itza Yucatan, Mexico

Merupakan kuil orang Mayan yang paling popular. Kuil ini pernah dijadikan sebagai tempat berpolitik dan juga tempat pusat ekonomi bagi tamadun Mayan. Piramid ini mempunyai banyak sktruktur seperti Piramid Kukulkan, kuil Chac Mool, dewan 1000 tiang dan juga tempat bertarung para banduan. Struktur-struktur ini masih boleh dilihat sehingga hari ini. Piramid ini juga telah dipersetujui sebagai kuil yang paling mulia dan terhebat di kalangan penduduk Mayan.





2) Christ Redeemer (1931) Rio de Janeiro, Brazil

Tugu ini melambangkan berdirinya Jesus berketinggian 38 meter. Ia terletak di bahagian atas puncak bukit Corcovado menghadap Rio de Janeiro. Tugu ini telah direka oleh Heitor da Silva Costa dan telah dihasilkan oleh Paul Landowski. Ia merupakan monumen yang paling dikenali di dunia. Tugu ini telah mengambil masa selama 5 tahun untuk dibina dan tel;ah dirasmikan pada 12 Oktober 1931. Ia telah menjadi simbol kepada bandar Brazil dan penduduknya yang peramah yang menerima pengunjung setiap tahun dengan tangan yang terbuka.






3) Roman Colosseum, Rome Itali

Ganbunan yang berbentuk bulat yang hebat ini yang terletak di tengah Rome telah dibina bertujuan untuk memberi penghargaan dan menyambut kegemilangan Empayar Rom. Konsep binaannya masih kekal sehingga hari ini. Rekaannya juga hampir menyerupai sesetengah stadium sukan yang moden. Pada hari ini, melalui filem dan juga buku sejarah, kita sering diperlihatkan dengan pertarungan dan perlawanan yang berlansung di tempat ini. Ia menarik minat kepada pengunjung yang datang melihat perlawanan tersebut.




4) Tembok Besar China

Tembok Besar China ini telah dibina sebagai pertahanan yang kukuh kepada negara China bagi mengelakkan serangan daripada puak Mongol yang tinggal di luar negara China pada masa itu. Tembok besar ini merupakan satu-satunya monumen buatan manusia yang terbesar di dunia dan ia telah diputuskan bahawa ia bleh dilihat daripada angkasa. Beribu-ribu nyawa telah terkorban bagi menyiapkan pembinaan tembok ini.




5) Macchu Picchu, Peru

Pada abad ke 15, empayar Inca telah membina sebuah bandar di dalam awan di puncak gunung yang dikenali sebagai Machu Picchu (gunung lama). Keajaiban kedudukannya telah terbentang di tengah-tengah Andes PLateau, jauh ke dalam sungai Amazon dan juga jauh ke sungai Urubamba. Tempat ini telah lama ditinggalkan oleh puak Inca kerana dikatakan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit dan juga selepas dikalahkan oleh orang Spanish. Bandar ini telah hilang hampir selama tiga abad dan kemudian telah dijumpai semula oleh Hiram Bingham pada 1911.





6) Petra, Jordon

Ditengah-tengah padang pasir arab, Petra merupakan bandar terhormat dan termulia oleh empayar Nabataen di bawah pemerintahan Aretas IV. Mahir dalam teknologi air, penduduk Nabataen telah menyediakan bandar-bandarnya dengan air melalui pembinaan terowong dan juga kebuk-kebuk air yang hebat. Sebuah teater, bermodelkan Greek-Roman prototype telah memuatkan hampir 4000 penonton pada satu masa. Pada hari ini, Makam Istana Petra dengan ketinggian 42 meter bermuka depankan kuil Hellenistic El-Deir Monastery merupakan satu contoh kebanggaan budaya dan seni timur tengah.






7) Taj Mahal, Agra, India

Makam terbesar yang pernah dibina adalah atas arahan Shah Jahan, pemerintah Muslim kelima Mogul untuk isteri kesayangannya, Mumtaz. Ia telah dibina dengan jubin putih dan juga dihiasi dengan taman-taman disekelilingnya. Taj Mahal dianugerahkan sebagai kesenian Muslim yang paling berharga di India. Kemudian, pemerintahnya, Shah Jahan telah dipenjara dan beliau pernah berkata "aku sering melihat Taj Mahal melalui tingkap-tingkap kecil dari penjara ini"

Saturday, November 22, 2008

Melihat Dara Gadis Melalui Tapak Tangan.

Assalamualaikum. Puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam.

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang.


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek
tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.
Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.



Saya (TuanBlog) telah menyalin artikel ini secara lansung daripada sebuah blog yang beralamat seperti berikut;

http://blogsagasama.blogspot.com/2008/06/dara-melalui-tapak-tangan.html

Menurut kata empunya blog, beliau mengatakan bahawa sumber artikel ini diambil daripada kata-kata orang-orang tua dan juga daripada kitab Tajul Muluk. Beliau menambah bahawa kebenarannya adalah sebanyak 99%. Wallahuaklam. Itulah sebagaimana beliau memaklumkan kepada saya mengenai hal ini.

Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi...

Assalamualaikum. Puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam.

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang.


Pada kali ini saya ingin membawa satu tajuk yang menarik. Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia? Apabila dengar sahaja soalan ini, pasti kita semua akan terpikir-pikir dan terbayang-bayang keadaan fizikal yang jelas berbeza di antara dua kawasan, Eropah dan Asia. Pada hari ini, orang Eropah mempunyai susuk badan yang lebih tinggi dan besar berbanding orang Asia.

Sebagai contoh, apabila kita berada di pusat-pusat peranginan seperti di Genting Highland, Cameron Highland, dan juga di ibu negara, kita dapati hampir kesemua pelancong-pelancong barat memiliki tubuh badan yang agak besar. Apabila kita melihat sukan di televisyen seperti sukan ragbi, kita dapati pemain-pemain yang berada di atas padang kelihatan besar dan gagah. Manakala, jika kita membuat perbandingan dengan mereka, kita dapati susuk badan orang Asia kecil dan pendek berbanding mereka. Mengapa hal ini boleh terjadi?

Masalah ini telah pun dikaji oleh para saintis. Saintis barat mengatakan bahawa keadaan fizikal warga Eropah lebih besar berbanding warga Asia kerana menurut kajian Warga Eropah memiliki "Gen" istimewa yang tidak dimiliki oleh orang-orang Asia. Maka, dengan berpandukan sains sahaja hampir keseluruhan manuia di dunia telah menerima kenyataan palsu itu secara bulat-bulat. Malah, ada juga yang menambah bahawa untuk memiliki ketinggian dan susuk badan yang besar makanan seperti telur, daging dan susu merupakan faktor yang banyak menyumbang kepadanya.


Mari kita lihat menelusuri sejarah manusia dan juga fakta.


1) Orang kulit hitam pada masa dahulu merupakan hamba abdi yang mana mereka dahulunya kecil dan pendek. Tetapi pada hari ini, mereka di dapati tinggi dan besar setanding orang-orang kulit putih, penduduk Amerika Syarikat.

2) Pada musim haji, di dapati orang-orang Afghanistan kelihatan tinggi dan besar hampir sama seperti orang-orang Eropah walaupun kita sedia maklum bahawa orang-orang Afghanistan tidak mempunyai makanan yang mewah.

3) Di Malaysia pula, kita dapati orang Indonesia kelihatan kecil berbanding orang tenpatan.

4) Kini, rakyat Jepun didapati lebih tinggi dan besar berbanding nenek moyang mereka yang dahulunya kecil dan pendek.


Berdasarkan pemerhatian ini sahaja jelas menunjukkan bahawa teori barat tidak boleh diterima pakai sama sekali. Seterusnya, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang perubahan yang berlaku pada manusia pada hari ini dan faktor penyebab berlakunya sedemikian.


Pada hakikatnya, bukan 'Gen' penentu ketinggian bahkan faktor pemakanan memainkan peranan penting. Menurut satu sumber yang saya telah baca, beliau mengatakan bahawa


"Seseorang yang banyak mengambil makanan daripada produk gandum akan menjadikannya lebih tinggi berbanding seseorang yang banyak mengambil makanan daripada produk beras"


Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

Monday, October 27, 2008

In the year of 3000...

Today, we are in the year of 2008. Next year we are in the year of 2009. In this post, I would like to share with you about an email that I have received in this month. For me, this post will tell you that how we are in the year of 3000. Maybe la.... i just guessed. I don't know the truth but in the general word, in the future. haha...















However, what is your comment for the whole pictures. For me, we not fool as the pictures because as a Muslim, there are a lot of way of life. By choosing Islam as our religion, we have been granted the ability to think. So, we need to make use of it so that we are not fool like the pictures or in the year of 3000. However, in this post, i just want to share my email and I hope you give a least a line of comment in this post. Thanks for your cooperation. Bye-bye.

Sunday, October 19, 2008

Kisah Sehelai Kertas

Kata selembar kertas seputih salju,”Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor.”

Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya suci dan murni dan kosong.

Benda yang aku post ni adalah berasal daripada sahabat aku yang berada di UKM. Beliau sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. teruskan perjuangan wahai sahabat. Takbir.... Allahuakbar

Saturday, September 27, 2008

MY POPUP BOOK

Pada tahun ini, kelas saya, PISMP IPGM dikehendaki menghasilkan sebuah buku popup. Kerja ini dilakukan secara berpasangan. Saya telah menghasilkan buku ini bersama-sama kawan sebilik yang juga sekuliah dengan saya. Kami telah mengambil masa lebih kurang selama dua minggu untuk menyiapkan buku tersebut. Walaupun kami merupakan bakal pendidik dalam jurusan Matematik, tetapi kami belajar bukan setakat terhad dalam bidang pendidikan tetapi lebih daripada itu. Tajuk Matematik yang dipelajari untuk menghasilkan buku ini ialah Paper Engineering. Kami sekelas bukan sahaja bakal pendidik tetapi mungkin bakal engineer. Haha...
Oleh itu, saya ingin mempamerkan hasil kerja tersebut di dalam blog ini.


Muka depan buku