Tuesday, July 14, 2009

Yang Mana Lebih Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang mana lebih baik?
Itulah isu yang akan saya jelaskan pada waktu dan saat ini kepada anda semua.
Saya telah mencari-mencari bagi persoalan ini begitu lama dan saya rasa ada juga saudara di kalangan kita masih lagi tidak faham dengan isu yang akan saya jelaskan sebentar nanti.

Apakah Isunya?
Isu yang selalu ditimbulkan dalam masyrakat kita pada hari ini. Isunya adalah manusia yang manakah yang lebih baik, adakah manusia yang menutup aurat tetapi hatinya punyai sedikit sifat mazmumah ataupun manusia yang mendedahkan aurat tetapi hatinya baik?

Penjelasan.
Saya telah mendengar seorang orang alim menghuraikan persoalan ini. Saya merasakan beliau menghuraikan sangat baik dan sungguh relevan. Huraiannya adalah seperti berikut.

Isu ini sangat panas dan sering dijadikan buah mulut dikalangan kita. Sebagai contoh:
"Tengoklah budak A tu, harap je tutup aurat tapi hatinya tidak baik. Baik lagi budak B yang buka aurat tetapi hatinya baik."

Beliau telah menjelaskan bahawa manusia yang tutup aurat tetapi hatinya tidak baik adalah lebih baik daripada manusia yang tidak menutup aurat tetapi hatinya baik. Hal ini adalah kerana menutup aurat merupakan suruhan dan perintah Allah. Tidak kiralah sama ada dia baik atau pun tidak. Hukum menutup aurat adalah wajib baik lelaki mahu pun wanita. Di sini kita dapat lihat bahawa si A telah menutup aurat dengan baik berbanding si B.

Berkaitan hati baik atau tidak?
Manusia mempunyai sifat mahmudah (baik) dan mazmumah (Buruk). Sifat yang buruk boleh berubah apabila kita melaksanakan perintah Allah seperti solat.

Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Samalah keadaannya jika menutup aurat dengan ikhlas kerana Allah. Pasti hati kita akan lebih terdorong ke arah sifat yang baik dalam kehidupan. Yang pasti adalah manusia yang turut perintah Allah adalah baik berbanding manusia lain.


Analogi yang mudah.
Kita mempunyai kereta lama dan usang. Enjinnya pula sering bermasalah dan selalu mengeluarkan asap hitam yang sangat banyak. Jika rakan kita bertanyakan tentang perihal enjin kereta ini, adakah kita akan memberitahu bahawa kereta ini masih baru dan baik lagi enjinnya?

Jika enjin sudah mengeluarkan asap yang hitam, sudah tentulah enjinya sudah rosak. Samalah dengan manusia yang tidak menutup aurat. Bagaimana kita hendak katakan manusia yang tidak menutup aurat itu baik, sedangkan luarannya sudah memperlihatkan keburukan dirinya. Walaupun kita kata menusia tidak menutup aurat itu baik, tetapi adakah dia baik dengan Allah kerana tidak menutup aurat?

Adakah hubungan baik dengan manusia lebih penting daripada hubungan kita dengan Allah?

Walau apa pun kita, kita harus bersyukur kerana Allah masih memberi nikmatnya. tetapi bagaimana pula dengan keberkatannya?

Apa yang penting ialah sentiasa bersangka baik. Allah lebih mengetahui.

Siapa yang nak bagi cadangan amatlah dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment