Wednesday, April 1, 2009

Dari Hadramaut ke MPI

Apabila menjelangnya maulidur rasul, pasti waktu itulah kita sibuk menunjukkan yang bahawasanya kitalah orang yang sangat mencintai Nabi Muhammad S.A.W. Setelah berlalunya bulan ini, kita akan mula melupai kekasih Allah itu. Sepatutnya Nabi Muhammad adalah merupakan Role Model kepada kita semua. Tetapi apa sudah jadi kepada kita pada hari ini, BARAT adalah idola kita. Lama-lama diri kita kita akan jadi BERAT.

Jika ditanya mengenai cinta kepada Nabi, pasti semua akan berkata "Ya...Kami sayang akan Nabi". Tetapi setakat manakah sayang kita kepada baginda. Kadang-kadang selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad selepas solat pun kita malas dan terlupa. Itu belum dikira lagi dengan sunnah Nabi. Alangkah jauhnya diri kita dengan Nabi.

Cita-cita dihati ingin memasuki syurga. Pasti semua orang berhajat sebegitu termasuklah orang-orang bukan Islam. Tetapi hati kita masih lagi sayang akan benda-benda lain seperti harta benda, anak-anak, isteri, suami, ibu dan bapa dan sebagainya. Bagaimanakah kedudukan Nabi di dalam hati kita? Dimana tempatnya? Adakah sebaris dengan ibu ayah atau artis-srtis tempatan Malaysia? Nabi Muhammad mempunyai tempat yang sangat tinggi dalam setiap individu Muslim. Segala apa yang dilakukan dan dituturkan melambangkan keperibadian yang mulia.

Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi adakah kita mengetahui hukum hakam apakah yang 100% telah diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran? Adakah jual beli? Adakah arak dan zina? Hukum yang sempurna dinyatakan di dalam Al-Quran adalah mengenai hukum Faraid. Jika kita benar-benar sayang kepada Nabi pasti kita akan mengetahui segala apa yang telah diajarkan Nabi kepada kita.

JIka kita mempunyai teman wanita, pastilah kita akan mengetahui segala apa yang berkaitan dengannya. Malah latar belakang keluarga turut diketahui. Tetapi kita pada hari ini berbeza pula. Kita sayangkan Nabi tetapi sejarah Nabi kita tidak tahu. Siapa Ibu dan Ayahnya. Bagaimana sifat mulianya? Apa yang kita tahu adalah artis janda berkahwin dengan anak muda. Jutawan bernikah dengan penyanyi popular Malaysia. Itulah kita pada hari ini.

Alam ini tidak akan wujud jika tiadanya Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah kerana ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah selepas menderhakai perintah-Nya, Nabi Adam telah mengangkat kepadalanya ke langit untuk memohon ampun. Ulama mengatakan bahawa Nabi Adam terpandang kepada suatu nama. Nama yang mulia itulah yang letaknya sebaris dengan nama Allah. Tidak lain ianya adalah kekasih Allah iaitu Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Pernahkah kita mengetahui tentang bilangan sunnah nabi dalam setiap amal ibadah? Ulama telah mengira sunnah tersebut. Terdapat 500 sunnah yang terdapat dalam SOLAT manakala terdapat 200 sunnah dalam berwuduk. Tetapi kita pada ini tidak mengetahui walaupun sedikit. Betapa malunya kita. Sedangkan mulut berkata "Kami sayang Nabi" tetapi manakah buktinya. Sama-sama kita fikirkan.


P/S: Saya menulis semula ceramah yang telah disampaikan oleh seorang penceramah dari Hadramaut, Yaman yang datang ke MPI untuk menyampaikan kuliah maghrib.

No comments:

Post a Comment