Monday, November 24, 2008

Soalan Pihak Kristian

Maha suci Allah yang maha pemurah dan Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanyalah untuknya tuhan seluruh alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Soalan Pertama


Adakah Islam mempercayai beberapa tuhan kerana Al-Quran menggunakan perkataan "kami" apabila tuhan berfirman di dalamnya?


Jawapan Dr Zakir Naik

Islam merupakan agama yang tetap mempercayai kepada satu tuhan. Islam mempercayai bahawa tiada tuhan selain Allah. Di samping itu, Islam mempercayai tuhan adalah satu dan juga ciri-ciri unik yang dimilikinya. Manakala ciri banyak dari segi jumlah bagi Allah itu adalah menunjukkan kepada penghormatan yang tinggi dan bukannya kepada bilangannya.

Di dalam bahasa Inggeris, Ratu England sering merujuk dirinya sebagai "kami" berbanding "saya". Perkataan "kami" di sini merujuk kepada ketinggian penghormatan dan juga kemuliaan beliau dan negaranya.

Rajiv Gandhi, bekas perdana menteri India sering berkata di dalam bahasa India "Hum dekhna chahte hain" yang bermaksud "kami mahu berjumpa". Perkataan "Hum" di sini merujuk kepada ketinggian kemuliaan dan penghormatan di dalam bahasa Hindi.

Maka adalah serupa dalam bahasa Arab. Apabila Allah merujuk kepada diriNya di dalam AL-Quran. Allah sering menggunakan perkataan Arab iaitu "Nahnu" yang bermaksud "kami". Hal ini tidak bermaksud merujuk kepada jumlah bilangan yang banyak akan tetapi merujuk kepada ketinggian kemulian dan penghormatan.

Tauhid adalah merupakan satu tiang daripada ISlam. Kewujudan dan keunikan Allah telah banyak kali disebutkan di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya di dalam Surah Al-Ikhlas. Allah berfiman

Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah yang maha esa.

(Al-Quran surah 112 ayat 1)


Soalan Kedua

Mengapa orang kafir tidak dibenarkan berada di dalam dua tempat suci umat Islam iaitu kota Mekah dan kota madinah?

Jawapan Dr Zakir Naik

Adalah benar bahawa orang kafir tidak dibenarkan berada di kota suci Mekah dan Madinah. Maklumat seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai alasan yang munasabah disebalik larangan tersebut.


1) Semua warganegara tidak dibenarkan berada di dalam kawasan taklukan.

Saya adalah warganegara India. Sehingga sekarang saya tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan larangan. Di sesetengah negara terdapat kawasan tertentu di mana rakyat biasa tidak dibenarkan untuk masuk. Hanya rakyat yang berdaftar sebagai ahli tentera atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pertahanan negara adalah dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Hal ini serupa kerana Islam adalah merupakan agama Universal untuk seluruh dunia dan untuk semua manusia. Tempat larangan Islam adalah dua buah kota suci iaitu kota Mekah dan Madinah. Ini bermakna, hanya sesiapa yang beriman dalam Islam dan juga terlibat untuk mempertahankan Islam adalah dibenarkan untuik memasuki dua buah kota suci tersebut.

Hal ini adalah tidak masuk akal sekiranya rakyat biasa mengemukakan bantahan terhadap larangan memasuki tempat larangan tersebut. Maka tidak sesuailah sekiranya orang kafir membantah tentang larangan memasuki tempat larangan tersebut.

2) Visa untuk memasuki Mekah dan Madinah.

Tidak kiralah seseorang itu berjalan ke mana-mana negara lain, dia perlu memohon Visa. Sebagai contoh kenerana untuk memasuki sesebuah negara. Setiap negara mempunyai peraturan yang perlu dipenuhi untuk memohon Visa.

Sebuah negara yang sangat tegas dengan pemohonan Visa adalah Amerika Syarikat terutamanya apabila pemohonan daripada rakyat negara kelas ketiga. Terdapat beberapa peraturan dan keadaan yang perlu dipenuhi sebelum mereka dibenarkan untuk memoho Visa.

Apabila saya melawati Singapura, saya telah disuruh untuk mengisi borang immigrasi iaitu borang mengenai persetujuan dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya saya cuba menyeludup dadah ke negara tersebut. Jika saya mahu melawati Singapura saya perlu patuh pada peraturannya. Saya tidak boleh mengatakan bahawa hukuman mati tersebut sebagai hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apabila saya bersetuju dengan syarat dan peraturannya saya akan dibenarkan untuk memasuki negara tersebut.

Visa atau syarat utama untuk manusia memasuki kota Mekah dan Madinah adalah dengan membenarkan di dalam hati, perbuatan dan lisan bahawa "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhNya". Jika perkara ini sudah terucap, maka orang tersebut dibenarkan memasuki kota tersebut tanpa sebarang halangan.


Daripada penulis,
Petikan asal tulisan ini telah saya ambil daripada lawan web utama Dr Zakir Naik, www.ifr.net. Penulisan beliau telah ditulis dalam bahasa Inggeris. Maka saya telah mengambil inisiatif untuk menterjemah penulisan beliau bagi pengetahuan kita bersama. Selain itu, terdapat pelbagai jenis soalan yang telah diajukan oleh pihak Kristian dan juga pihak bukan Islam mengenai Islam.

Jika ada sebarang kesilapan, saya harap perhatian anda semua. Segala yang baik itu datang daripada Allah. Manakala kelemahan itu daripada diri saya sendiri. Sekian. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment