Saturday, February 21, 2009

Adab Makan dan Minum

Assalamualaikum

Apabila duit ada di dalam poket dan perut terasa lapar kita akan segera mencari apa-apa makanan yang mampu menghilangkan rasa dahaga dan lapar. Makan dan minum merupakan elemen yang penting dalam hidup setiap manusia.


Tanpa makanan dan minuman kita tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk kita melakukan ibadah dan juga melaksanakan tugasan harian dari pagi hinggalah malam. Oleh itu, saya telah sertakan di dalam blog ini tentang adab-adab yang berkaitan tentang makan dan minum.


ADAB-ADAB MAKAN

1) Membasuh tangan sebelum makan.

2) Bacalah Basmalah sebelum makan.

3) Makan secara berjemaah untuk beroleh keberkatan.

4) Beri peluang kepada orang yang lebih tua untuk makan sebelum yang lain.

5) Makanlah dengan tangan kanan.

6) Hendaklah makan dan minum dalam keadaan duduk melainkan jika tiada tempat duduk, maka diharuskan berdiri.

7) Jika ada buah-buahan disediakan, mulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu untuk memudahkan penghadaman.

8) Sekiranya makanan tersebut dalam keadaan lembut, sunat makan dengan menggunakan semua jari. Makanan yang keras pula dimakan dengan menggunakan 3 jari.

9) Sekiranya makanan yang dimakan itu tidak enak,janganlah dicela makanan itu kerana Nabi Muhammad tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya. Baginda akan memakannya jika ianya elok dan sekiranya ianya tidak elok maka baginda akan meninggalkannya.

10) Makanlah mengikut kemampuan dan jangan melampau lampau sehingga terlalu kenyang. Ukuran yang dianjurkan dalam Islam adalah sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.

11) Makanlah dengan menundukkan kepala tanpa merenung tepat kepada kawan yang sedang makan kerana perkara ini boleh menganggunya.

12) Janganlah berebut makanan sehinggakan mengambil hak orang lain.

13) Janganlah makan makanan yang terlalu panas dan tunggulah sehingga menjadi suam.

14) Jika seseorang itu selesai makan daripada yang lain, maka janganlah dia beredar meninggalkan rakan-rakannya yang masih makan. Ambillah peluang bercerita sementara menanti kawan-kawan selesai makan.

15) Menjilat jari selepas makan kerana Nabi Muhammad mengatakan kita tidak mengetahui di bahagian manakah terletaknya keberkatan.

16) Selesai makan kita hendaklah berdoa kepada Allah.

17) Sunat kepada apabila selesai makan agar segera pulang agar tidak terlalu lama dibimbangi akan menyusahkan tuan rumah.

-Kitab Adab a-Akl karangan Ibn Imad al-Aqfahasi-



ADAB-ADAB MINUM

1) Disunatkan membaca basmalah sebelum minum dan Alhamdulillah apabila selepas makan.

2) Minum sebanyak tiga kali teguk.

3) Elakkan daripada bernafas di dalam air.

4) Janganlah meniup air yang hendak diminum.

5) Janganlah minum air yang terlalu panas. Tunggulah sehingga menjadi suam.

-Tarbiyyatul Awlad wal Aba' fil Islam-



Adab-adab di atas telah diambil daripada buku Doa & Zikir Harian oleh Ust Zahazan Mohamed.

3 comments:

  1. tertarik dgn part makan buah dahulu. kebanyakan orang kita terkunci mindset nya dgn makan buah selepas selesai makan. baru tahu juga selepas my mum bagitau hari tu.

    input yg bagus dan bermanfaat.
    thanks.

    kadang kita tak sedar dgn perilaku kita seharian. bersama saling mengingatkan. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. mkn utk hidup..
    kdg2 hidup utk makan..
    mn 1??

    ReplyDelete
  3. lagi satu adab dalam makan bertalam atau berjemaah, semasa mengunyah tu jangan la sampai bunyi sangat.. berkecap istilahnya.. tips utk kunyah tak berkecap, kunyah tu jgn bkak mulut leluas.. tutup mulut pn leh kunyah..

    ade xsapa2 tau cmner cara rasulullah kunyah?

    wallahu a'lam

    ReplyDelete