Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Saturday, September 19, 2009

Tak payah Keluar Belanja


Apa yang tak payah keluar belanjanya?

Di sini, aku nak terangkan satu cara nak melindungi komputer/PC/Laptop anda daripada diceroboh oleh mahkluk perosak maya yang berkeliaran melata hatta di hujung pendrive yang kita sedang guna kan sekarang ini.

Aku rasa, semua orang sudah sedia maklum. Tetapi adalah baiknya jika kita saling ingat-meningatkan. Manusia selalu terlupa. Maklumlah...nama Insan itu sendiri pun sudah melambangkan bahawasanya kita ini seorang yang pelupa.

Lihat saja pada gambar di atas. Sudah pastinya saya akan menerangkan satu perisian antivirus yang sangat ekonomi kepada kita semua. Anda tak perlu membelanjakan wang sampai RM50 atau lebih untuk membeli produk antivirus lain. Avira ini sahaja sudah mampu melindungi anda. Ni bukan nak promote.

Download sahaja kat SINI. Lepas itu pasang pada komputer/PC/laptop dan kemudian update.
Bagi sesiapa yang tidak mempunyai internet di rumah, anda boleh dapatkan Avira Updated File ataupun databasenya dan kemudian updatekan laptop/PC/komputer anda secara offline.

Kita biasanya meng-Update PC/laptop/komputer secara online, tetapi kali ini kita meng-update secara offline.

Cara-cara Installasi:
=Download dulu File Definition/database kat link ini, SOFTPEDIA
=Double klik pada icons Avira (Payung merah) kat Taskbar.
=Klik Update > Manual Update...
=Browse database terbaru yang ingin anda install-kan tu.


=Lepas tu, scan la PC tu takut kalau ada virus perosak.

Monday, July 6, 2009

Skrin Biru.


Pernahkah anda melihat gambar seperti di atas?
Sudah pastinya anda pasti pernah melalui kejadian ngeri seperti ini.

Kenapa skrin komputer menjadi biru atau pun BLUE?

Kejadian ini dinamakan sebagai Skrin Biru Mati atau pun Blue Screen of Death.
Hal ini disebabkan oleh paparan ralat yang dipaparkan oleh sistem pengendalian terutamanya Microsoft Windows yang diakibatkan oleh masalah sistem komputer.

Skrin ralat Blue Screen of Death ini biasanya berpunca daripada masalah pada fail pemacu peranti, ingatan komputer yang bermasalah, daftar komputer yang korup serta DLL yang tidak serasi.

Boleh dikatakan hampir semua versi Windows boleh mengalami masalah skrin biru ini, manakala versi beta terawal bagi Windows Vista pula memaparkan skrin merah semasa ralat but.

Apabila masalah ini berterusan, ada banyak kemungkinannya.
Ada kemungkinan RAM pada komputer anda mengalami masalah sama ada longgar atau pun rosak. Selain itu, masalah ini disebabkan oleh masalah Hardware. Oleh itu, anda wajib tahu bagaimana komputer and berfungsi.

Friday, June 26, 2009

Ubuntu dan Human Right.


Baru sahaja melayari laman web hongkiat.com yang mendedahkan unsur kesamaan antara logo-logo beberapa syarikat atau entiti. Lalu tercatat disitu bahawa logo ubuntu mempunyai persamaan dengan logo Human Right First. Apa yang mengejutkan ialah persamaan itu terlalu nyata dan memandangkan Human Right First sedang/akan/telah menyambut ulangtahun kewujudan yang ke 30, lalu saya beranggapan logo Human Right First lebih mula wujud dan kemudian wujudlah logo ubuntu.

Melalui wikipedia, Human Right First adalah satu pertubuhan pernah dipuji oleh NGO Monitor kerana keadilannya dalam melaporkan konflik antara israel dan negara-negara arab. Maklumat tentang logo tidak pula tercatat disitu.

Sebenarnya selama ini saya tidak perasan apakah makna simbolik kepada logo ubuntu. Apabila dilihat kepada logo Human Right First barulah saya perasan bahawa, terdapat 3 orang yang membentuk bulatan lalu ianya menjadi ubuntu, dan apabila 4 orang membentuk bulatan ianya logo Human Right First. Btul ke?

Dipetik dari http://melayubuntu.blogspot.com/

Monday, April 27, 2009

Masalah Folder Options yang Hilang.

Asslamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda pernah mengalami masalah Task Manager dan Folder Option yang hilang daripada komputer anda?

Adakah masalah ini dikatakan menganggu kehidupan anda? Ya atau tidak. Secara pastinya, anda mungkin risau sehinggakan tidak mampu makan dan minum. Masalah ini berpunca daripada serangan Virus yang dahsyat sehinggakan mengubah struktur Registry dalam sistem pengoperasian anda.

Apabila komputer dimasuki virus, anda pasti akan melaksanakan scan terhadap komputer anda. Tetapi malangnya pula, virus telah hilang tetapi virus tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada komputer anda.

Jangan risau saudara. Masalah ini bukan masalah yang berat dan memerlukan kepada format semula. Kita hanya perlu menjalankan beberapa langkah yang diberikan di bawah agar masalah ini dapat dipulihkan semula.


Cara-caranya ialah:

1) Start>Run.
2) Taipkan gpedit.msc.
3) Pergi ke User Configuration>Administrative Templates>Windows Component>Windows Explorer.

4) Pada panel kanan, lihat kepada "Remove the folder options menu item from menu tool".
5) Klik kanan dan pergi kepada properties.
6) Tukar setting daripada Enabled kepada Not Configured dan Disabled.



Monday, April 13, 2009

Status YM di dalam Blog

Ni ha...

Aku nak kongsi skek ilmu yang aku dapat sepanjang berkecimpung dalam dunia blog ni.

Sebut Yahoo Messenger je, aku rase semua orang tahu mengenai kewujudannya dan juga pengaruhnya terhadap manusia di abad ini. Pernahkah kita melawat blog rakan dan juga orang lain? Adakah kita mahu berbual dengan empunya blog itu secara langsung? Bagaimana kita tahu status dia sama ada dia online atau offline. Jadi di sinilah ceritanya bermula.

Ni la gambar ketika OFFLINE:



Yang ni pula, gambar ketika ONLINE:



Apa yang penting, anda hanya perlu COPY dan PASTE je code HTML kat bawah ni dalam ruang Elemen Page dalam Blog tu.


<a href="ymsgr:sendIM?ID ANDA"> <img src="http://opi.yahoo.com/online?u=ID ANDA&m=g&t=2&l=us"/>
</a>



Lepas tu, tukar ID ANDA kepada ID anda sendiri.

Tuesday, November 18, 2008

Windows 7 (Vienna)



Pada post kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang sistem pengoperasian baru keluaran Microsoft. Keluaran kali ini lebih dikenali sebagai Blackcomb ataupun Vienna. Lebih kurang nama popular bagi windows lain seperti XP dan Vista. Sistem ini boleh digunakan pada komputer peribadi termasuk kegunaan rumah atau pun pejabat. Keluaran kali ini lebih menumpukan kepada 32-bit dan juga 64-bit.

Sebenarnya Windows kali ini tidak banyak bezanya dengan Windows Vista. Tetapi kalau diteliti dengan jelas terdapat sedikit perbezaan padanya. Aku ada selitkan gamabr-gambar yang aku peroleh daripada Internet untuk tatapan anda semua.

Mengikut kata Naib Presiden Pengurusan Windows,

"Keputusan untuk menggunakan nama Windows 7 adalah begitu mudah. Oleh kerana keluaran kali ini merupakan keluaran ketujuh Microsoft dalam sistem pengoperasian, maka dinamakannya bersempena dengan bilangan keluaran produk."

Mengikut kata Bill Gate pula,

"Kami telah bekerja keras untuknya. Saya sangat bangga dengan kerja yang telah dilakukan. Kami lebih mementingkan aspek penggunaan kuasa dan memori yang rendah, menjadi lebih efisien dan terdapat banyak talian yang boleh dibuat pada telefon bimbit. Oleh itu, hal ini dapat menjadikannya sebagai satu platform yang baik khususnya kepada permainan komputer dan untuk menghubungkannya dengan perkara yang telah dibuat tanpa internet Sebagai contoh, jika anda mempunyai dua komputer peribadi yang mana fail-fail anda akan digunakan pada masa yang sama dan anda tidak perlu banyak kerja untuk memindahkannya dari satu komputer ke komputer yang lain."


Friday, November 7, 2008

Cam Mane Nak Beli LCD ni...


Dunia semakin canggih dan moden. Manusia pada hari ini begitu tertarik dan taasub kepada kecanggihan dunia teknologi ini. Kita juga tidak mahu ketinggalan dalam arus kemodenan ini. Kita akan sentiasa berharap agar kelengkapan teknologi seperti komputer yang kita ada sentiasa berada dalam keadaan yang terkini. Dalam post yang baru ini, saya ingin menjelaskan serba sedikit kriteria yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda menjalankan urusan jual dan beli.

Post kali ini saya akan menceritakan kepada anda tentang pemilihan LCD komputer yang perlu anda pertimbangkan sebelum membelinya. Pada asalnya kita begitu tertarik dengan rakan-rakan yang menggunakannya. Banyak kelebihamn yang dimiliki oleh LCD ini. Tetapi untuk memperoleh LCD yang memuaskan hati, pilihlah mengikut kriteria yang dinyatakan di bawah ini.

1) RESOLUSI
Sebenarnya saiz LCD tidak begitu penting tetapi resolusinya menjadi perhatian. Setiap LCD mempunyai resolusi terbaiknya yang mana ia mampu berfungsi dengan pandangan yang menarik. Untuk resolusi tinggi seperti 1600 x 1200 atau pun lebih tinggi adalah lebih baik untuk kegunaan rumah dan pejabat. Manakala untuk Gaming anda boleh setkan pada komputer anda dengan resolusi yang agak rendah tetapi jangan sesekali meletakkannya pada resolusi bawah daripada 1280 x 1024.

2) CONTRAST RATION
Satu daripada elemen yang penting penentuan quality gambar yang tinggi adalah bergantung kepadanya. Terdapat dua jenis contrast ratio. Pertama adalah statik manakala yang kedua adalah dynamic. Untuk statik ratio adalah 1000: 1 atau lebih memberi kualiti yang baik tetapi kurang daripada itu perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, satu LCD yang mempunyai statik ration 1000:1 kebiasaannya mempunyai 8000:1 dynamik ration. Apabila anda mempunyai dua LCD, jangan bandingkannya dengan dua jenis aspek ini. Ingat tu.

3) MASA TINDAK BALAS.
Jika anda adalah seorang peminat permainan komputer, ciri ini adalah penting bagi anda. Masa tindak balas ini bermaksud sejauh mana pixel LCD mampu warnanya dengan baik. Untuk LCD yang baik kebiasaannya adalah 5 ms. Kurang masa tindak balas adalah lebih baik LCD itu. 5 ms ini adalah amat baik untuk pemain komputer dan juga orang awam. Jika anda pemain komputer yang begitu extreme ataupun hardcore, pilihlah 2 ms LCD tetapi harganya agak mahal sedikit.

4) SAIZ
Ciri ini adalah bergantung kepada pekerjaan dan juga budget yang anda miliki. Biasanya untuk pengguna di rumahdan juga pemain komputer, dicadangkan supaya menggunakan 19 ke 20 inci. Manakala untuk sesiapa yang mahu menjalankan aktiviti yang banyak menggunakan grafik ataupun alhi pereka graphic adalah lebih sesuai menggunakan LCD yang bersaiz besar daripada 19 dan 20 inci.

5) ASPEST RATIO
Istilah ini adalah merujuk kepada kelebaran dan ketinggian LCD anda. Dalam bahasa yang lebih mudah LCD anda adalah nisbah (4:3) atau wide-screen (16:9) dan kadang-kadang ialah (16:10). Untuk skrin yang luas, ia akan memberi pengalaman yang lebih menarik untuk tayangan movie dan juga aplikasi-aplikasi pejabat.

6) KETINGGIAN KECERAHAN
Kecerahan diukur dalam unit cd/m2. Untuk kegunaan biasa adalah 300 cd/m2 tetapi jika anda duduk di depan tingkap cahaya akan masuk secara terus ke dalam skrin. Pilih 400 cd/m2. Ia akan membantu anda melihat skrin dengan lebih jelas walaupun di dalam bilik yang begitu cerah.

7) INPUT PORTS
Pertimbangan seterusnya ialah piliohan input yang dimilki oleh komputer itu sendiri. Terdapat sesetengah komputer memiliki input VGA. Sesetengahnya pula memiliki VGA + DVI. Saya cadangkan VGA + DVI kerana DVI ialah input digital dan kebanyakan graphic card menyediakan port input jenis ini yang mana menjaminkan kepuasan kualiti gambar yang menakjubkan. Sesetengah komputer pula ada menawarkan input tambahan dan juga TV tuner yang mana anda boleh gunakannya sebagai television anda. Pastikan komputer anda mempunyai port yang sesuai sebelum anda membeli LCD pilihan anda.

8) STAND YANG DIUBAHSUAI
Sesetengah jenama tidak menawarkan dirian yang boleh diubah untuk menjimatkan kos tetapi saya mencadangkan supaya menggunakan LCD yang boleh digerak-gerakkan jika anda bukan seorang yang kedekut. Dirian yang boleh diubah-ubah amatlah berguna terutamanya kepada pengguna yang menggunakan komputer pada jangka masa yang lama.

9) PENGGUNAAN TENAGA
Jika anda membandingkan dua jenis LCD yang sama saiz dan ciri-cirinya, pilihlah LCD yang menggunakan tenaga yang sedikit.


Saya harap, kepada sesiapa yang mahu membeli LCD pilihan hati, janganlah beli ikut suka hati. Kebiasaannya orang akan beli LCD yang berjenama dan menjimatkan kos. Tetapi mulai sekarang pilihlah LCD mengikut 9 kriteri yang telah ditetapkan. Tanyalah sebanyak mana soalan kepada pemjual supaya mereka tidak tahu untuk menjawabnya. Selain itu janganlah terpedaya dengan penjual yang manis bicara yang menarik anda supaya membeli barangnya tanpa memikirkan aspek-aspek yang penting.




Tuesday, October 21, 2008

Masalah Task Manager.

Aku ade komputer. Hampir semua pelajar kat IPIS ada komputer sendiri. Tapi masalahnya ialah pada ari ni banyak masalah yang berlaku pada benda kesayangan kita tu. Macam mane tu ye?

Anda tau tak task manager. Secara tak formal, kita gune task manager ni untuk menghentikan program yang sedang running dalam komputer kita. Selain tu, kita guna benda ni mase bile komputer kita "hang". Tapi pada zaman sekarang ni, virus telah banyak diwujudkan. Virus ada pelbagai macam kesan. ade yang mampu merosakkan sistem windows kita, program dalam komputer dan masalah-masalah remeh yang lain.

Alamak...."Task manager is disabled by administrator". Macam mane nak ni?



Apa yang perlu kita lakukan?

Sebenarnya ada bermacam cara untuk menyembuhkan penyakit ni. mane ade penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Di sini aku ada satu cara yang efisien yang membolehkan anda mengembalikan keceriaan koputer anda.

Langkah Pertama

1) Klik pada Start




2) Klik Pada Run
3) Taipkan Gpedit.msc



4) Pergi kepada user configuration.




5) Pergi kepada Administrative Templates.



6) Pergi kepada System.



7) Pergi kepada Ctrl + Alt+Del Options.



8) Pergi kepada Remove Task Manager dan pilih Disable task manager.


Selain tu, ada banyak lagi cara lain macam mane nak pulihkan semula Task Manager tu. Kita boleh gak guna software. kebanyakan software tu free je. Download je la produk mane yang anda suke.

Tu jela yang boleh aku tolong. Kalau cara ni tak jadi pun pada komputer anda, kebarangkalian virus masih lagi terdapat dalam komputer anda. Scan dulu komputer anda dulu. Baru apply cara ni. Sekian. Salam Syawal.

Monday, September 29, 2008

10 Spyware dan Adware


Jika anda memilki komputer, kebarangakalian anda dijangkiti oleh spyware dan adware adalah tinggi. Dianggarkan bahawa 90% komputer telah dijangkiti dengan beberapa jenis malware (malicious software). Malware ini akan mengambil alih komputer anda, menjangkitinya dengan web pop up dan apa yang lebih teruk ialah benda-benda ini akan mencuri segala maklumat peribadi yang terdapat di dalam komputer anda. Walaupun terdapat tidak terkiranya spyware dan adware ini, saya telah mengenalpasti sepuluh spyware dan adware yang popular dan terhebat.


Gator
Adware jenis ini direka bentuk untuk menjejak semula laman web yang telah anda layari. Ia akan mendapatkan apa-apa gambar yang dikatakan seronok baginya. Apabila ia sudah mempunyai cukup data, ia akan muncul secara tiba-tiba pada skrin monitor anda di mana-mana saja dengan hasrat dapat menarik minat para pengguna untuk mengunjunginya. Kebiasaannya anda akan dijangkiti apabila anda berkongsi fail melalui Kazaa dan juga apabila anda memuat turun perisian percuma daripada Internet.

N-case
Ia juga merupakan adware yang mana tujuannya adalah untuk menganggu pengguna dengan popup yang banyak. Memuat turun perisian percuma daripada laman web online adalah punca dimana komputer anda akan dijangkiti.

PurtyScan
Ini juga merupakan adware yang berfungsi tanpa pengetahuan pengguna. Pada mulanya ia kana memaparkan popup pada komputer anda dengan menawarkan anda khidmat mengesan gambar-gambar pornografik pada komputer anda serta langkah untuk mencegahnya. Apabila anda klik pada popup tersebut, popup tersebut akan hilang tetapi apa yang lebih memeranjatkan komputer anda akan lebih banyak dijangkiti dengan spyware dan adware.


Transponder
Ia hampir serupa dengan Gator. Ia akan memerhatikan tindak tanduk anda ketika sedang online kemudian ia akan menyerang anda secara berterusan jika dia mahu.


CoolWebSearch
Malware jenis ini bukannya menyeronokkan tetapi menyusahkan. Langkah pertama ialah ia akan mengambil alih aturan Internet, laman web dan akan mambwa anda terus kemana-mana sahaja yang ia ingini. Jika anda boleh bayangkan, laman web tersebut mengandungi banyak spyware dan adware. Ia hanya menunggu peluang sahaja untuk bertindak.


Internet Optimizer
Bunyinya nampak macam menyeronokkan. Tetapi malware jenis ini merupakan penceroboh. Ia aka mengambil alih laman web yang kamu lawati. Apabila berjaya menguasai komputer anda, ia akan cuba membawa anda masuk ke dalam laman webnya yang mana di dalamnya penuh dengan spyware dan adware. Bayangkanlah bagaimana teruknya komputer anda.


Perfect KeyLogger
Malware jenis ini lagi jahat. Ia merupakan barangan penceroboh. Ia boleh merakan setiap aktiviti anda termasuklah apa yang telah anda taipkan ketika anda melakukan pembelian dengan menggunakan kad kredit yang mana pembelian tersebut memerlukan no pin kad kredit. Apabila siap merekod, maklumat akan dihantar kepada penceroboh yang membina malware tersebut.


ISTbar/Aupdate
Walaupun ia berpura-pura sebagai toolbar, tetapi ia masih tetap sebagai malware. Ia juga merupakan sebahagian daripada spyware. Ia akan bertindak dengan memaparkan secara berterusan popup yang mengandungi gambar-gambar lucah yang memalukan dan menjijikkan pada skrin komputer anda. Ia juga boleh mengambil alih aturan Internet anda.


TIBS Dialer
Apabila anda menakses Internet melalui talian Dial-up, malware ini akan menceroboh dan kemudian mengambil alih modem telefon anda dan kemudian akan membawa anda kepada laman-laman web lucah.

Keen Value
Malware jenis ini bermula dengan mengesan tingkah laku pengguna dengan mengesan setiap laman web yang telah dilayari. Ia juga boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda jika anda mengisi maklumat peribadi melalui borang elektronik. Kemudian ia akan menyerang anda dengan tayangan iklan yang berterusan yang mana kesemuanya mengandungi banyak spyware dan adware.


Sebab itulah perlindungan perlu dipentingkan walaupun anda hanya elayari Internet sekali dalam seminggu.

Sunday, September 28, 2008

Bagaimana menghindari Virus Komputer.


Virus komputer boleh menjadi penyakit kepada kita semua. Kerana ketidakselesaannya terhadap komputer, virus-virus ini telah menjadi bahagian utama dalam kehidupan sehari-harian. Terutamanya dengan tentangan hebat oleh Internet, kita pada hari ini banyak bergantung kepada komputer untuk kehidupan seharian sama ada untuk melakukan kerja pejabat, menghubungi kawan dan sebagainya.

Struktur virus yang lengkap terbina mampu untuk menyah fungsi komputer anda. Virus ini kemudiannya menunjukkan kepada kita bagaimana sakitnya kita untuk menghadapi masalahnya dan bagaimana pula manusia bersusah payah untuknya.

Virus komputer adalah sama seperti program komputer yang lain. Tetapi matlamat utama virus ini adalah untuk menjahanamkan fail-fail dan sistem-sistem komputer dengan menyebarkan dirinya secara pantas tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.

Untuk melindungi komputer daripada rosak dan dinyah fungsikan oleh virus-virus ini, kita seharusnya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga untukmenentangnya. Oleh itu, jadikan perisian antivirus sebagai pertahanan utama untuk melumpuhkan kesan virus-virus ini.

Yang terbaiknya, pastikan anda memasukkan perisian antivirus yang mempunyai reputasi yang baik seperti Norton, Kaspersky dan lain-lain. Ini agak penting untuk memperbaharui dan menggunakan perisian tersebut kerap kali. Setiap hari, virus baru akan dicipta. Oleh itu, jika anda tidak memiliki perisian yang sentiasa diperbaharui, ia tidak akan membekalkan perlindungan yang secukupnya terhadap keperluan komputer anda.

Perhatian kepada anda. Terdapat beberapa perisian antivirus yang dipercayai yang boleh dimuat turun secara percuma daripada Internet. Perisian ini juga mampu memberi perlindungan yang diperlukan untuk komputer anda. Jadikan sebagai amalan dengan sentiasa memeriksanya secara online sebelum virus bertindak ke atas perisian yang perlindungannya yang tertutup.

Kebanyakan sumber virus yang biasa adalah daripada sesi chat secara online, seperti Yahoo Massenger. Pencipta virus biasanya merupakan orang yang penting dalam Internet. Mereka yang dikurniakan anugerah telah menghuru harakan komputer dengan kepandaian yang dimiiki. Mereka sering online ke dalam ruang chat dengan harapan dapat menghasilkan berjuta-juta mangsa. Mereka akan menyebarkan virus tersebut yang baru diciptanya dan ini tidaklah mendatangkan masalah kerana kebanyakan pengguna chat sentiasa dalam keadaan login dan loh out.

Pastikan anda telah membuat salinan Backup untuk fail-fail yang penting. Kebanyakan Backup adalah dalam bentuk CD, DVD dan juga dismpan dalam USB drives. Walaupun komputer diserang virus, anda tidak akan kehilangan fail-fail penting tersebut.

Jika virus berjaya masuk ke dalam kompter anda, ikutlah panduan yang diberikan oleh perisian antivirus tentang cara untuk menghilangkannya. Dan jika ada inginkan bantuan, jangan teragak-agak untuk mengunjungi perkhidmatan secara online antivirus anda.

OLeh itu, jangan merasa gelisah jika komputer diserang jika anda sudah melakukan salinan Backup. Virus tidak akan menyusahkan anda lagi.

Perisian Keselamatan Komputer.




Perisian keselamatan komputer sepatutnya diletakkan sebagai perkara utama dalam senarai pembelian barangan komputer. Walaupun perlindungan yang sedia ada yang diberikan oleh sistem pengoperasian seperti Firewall Windows adalah mencukupi namun perisian pihak ketiga (third Party) adalah lebih digalakkan sebagai pelengkap perlindungan sistem komputer. Perisian keselamatan ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Apa yang anda perlukan adalah bergantung kepada apa yang telah kamu rancang untuk komputer anda.

Untuk sesiapa yang bercadang untuk melayari internet, perisian antivirus merupakan perisian yang asas yang perlu dimiliki. Perisian antivirus ini akan scan segala fail yang dihantar dan diterima daripada internet untuk memeriksa kebarangkalian ada virus. Dua pembekal perisian antivirus utama adalah Norotn dan Mcafee. kedua-duanya merupakan pembekal yang mempunyai reputasi yang baik dipasaran dunia. Namun, terdapat juga perisian yang dijual dipasaan dalam harga yang amat murah oleh pembekal-pembekal lain. Apabila ingin memilih perisian yang terbaik, pastikan perisian tersebut boleh diupdated sentiasa dan tiada tambahan nilai diperlukan. Untuk kekal efektif, perisian antivirus perlu diupdate selalu kerana setiap hari banyak virus dicipta. Selain itu, anda harus scan komputer anda kerapkali. Virus akan memasuki sistem pengoperasian apabila dia berjaya menceroboh masuk tanpa disedari. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda scan apabila anda tiada di hadapan PC. Kebanyakkan program membenarkan penggunanya untuk menjadualkan aktiviti scan pada setiap minggu, dan ada juga kebanyakkan pengguna menjadualkannya apabila mereka tidur dan pergi kerja.

Penambahan sistem Firewall merupakan pilihan peribadi. Sistem ini akan menyediakan tambahan satu lagi lapisan perlindungan apabila pengguna berhubung dengan Internet. Setiap program perlu mendapatkan kebenaran daripada Firewall untuk komputer menghantar dan menerima apa-apa maklumat yang datang daripada Internet. Firewall komputer boleh diubahsuai, membenarkan anda membenarkan mane-mana program yang dipercayai. Untuk program yang tidak diketahui asal usulnya, Firewall akan menyekat sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana program tersebut dengan meminta kebenaran daripada penggunanya. Banyak pengguna komputer mengatakan bahawa Pc yang terbina dengan firewall sedia ada adalah mencukupi. Tetapi, ada orang yang mengatakannya susah untuk digunakan. Mereka lebih suka kepada penambahan pengubahsuaian dan juga kesenangan menggunakan perisian pihak ketiga.

Ketika perosak Internet semakin berleluasa, perisian antispyware juga turut tidak diketepikan. Sebagai salah satu daripada perisian utama dalam PC, perisian ini akan bekerjasama dengan sistem firewall PC untuk memastikan tiada sebarang kawalan luaran daripada mana-mana sumber. Spyware mampu mengesan kedudukan sebenar pengguna, mampu menghilangkan katalaluan dan ada juga yang mampu menjadikan seseorang sebagai mangsa dimana si mangsa perlu membayar apa yang tidak dimilkinya seperti pembelian barangan menggunakan kad kredit secara online.

Selain itu, perisian keselamatan yang lebih canggih juga boleh diperolehi dengan mudah di dalam Internet. Ada perisian yang menawarkan perisian "Disk erase" yang mana ia sering digunakan oleh syarikat-syarikat dan juga ahli perniagaan. Apabila anda memadam fail yang penting dalam PC anda, kesan pemadaman tersebut masih lagi kekal di dalam PC walaupun anda telah memadamkannya dengan cara mengosongkan Recycle Bin. Orang yang mahir komputer yang ingin mengakses PC anda akan mengikuti kesan-kesan peninggalan fail tersebut untuk medapatkan semula fail yang telah dipadam oleh tuan PC tersebut. Kebanyakkan pengguna komputer di rumah tidak akan memadamkan segala fail yang terdapat didalam Hardisknya jika dia mahu menformat semula PCnya. Oleh hal yang demikian, penjenayah siber ini akan bertindak ganas dengan menceroboh masuk ke dalam PC anda walaupun anda telah menformat PC anda. Jadi, adalah digalakkan supaya anda menggunakan perisian Disk Erase yang banyak terdapat di pasaran samada komersil ataupun bukan komersil sebelum anda melupuskan komputer anda.

Sekarang, kebanyakkan komputer baru telah dilengkapi dengan perisian keselamatan percubaan. Perisian jenis ini kebiasaannya bergabung dengan Firewall komputer untuk memberikan perlindungan yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, tiada alasan bagi anda untuk meyediakan perisian keselamatan dalam komputer anda kerana kebanyakkan perisian keselamatan ini ada disediakan dalam pek percubaan percuma. Jika anda telah memasukkannya dalam PC anda, tetapi anda tidak menyukainya. Anda hanya perlu membuangkannya dan kemudian memasukkan perisian lain yang anda ingini tanpa membazirkan wang anda.

Saturday, September 13, 2008

Mempercepatkan Pemindahan Fail






Memindahkan fail dari satu folder ke folder yang lain atau dari satu komputer ke komputer yang lain adalah merupakan perkara asas yang sering dilakukan oleh pengguna. Adakah anda semua pernah terfikir bagaimanakah cara untuk menambahkan kelajuan pemindahan fail tersebut? Perkara ini adalah hampir sama dengan pengurus muat turun yang terdapat pada pelayar web anda.

Perkara yang terbaik adalah mengenai dua program yang digunakan untuk mengantikan pemindahan asal windows dalam pc. Anda masih boleh menggunakan windows explorer seperti normal tetapi setiap kali anda ingin copy paste dan move file tentu akan berlaku banyak masalah. Program ini bukan sahaja dapat digunakan untuk hal-hal tersebut tetapi lebih daripada itu. Program tersebut dapat digunakan ketika berlakunya hal seperti kita boleh memberhentikan seketika pemindahan fail jika anda perlu menghidupkan semula pc anda sebagai contoh pc anda memerlukan restart untuk update windows. Selain itu, anda juga boleh memberhentikan dan menruskan pemindahan fail jika anda rasa anda mahu berbuat demikian.

1) Copy Handler.

Mungkin program ini merupakan kegmaran saya. Ia mengandungi 60 jenis pilihan untuk anda, tidak memerlukan sebarang installation dan ia merupakan open source. Satu alasan mengapa saya menyukainya ialah anda boleh mengubah seberapa banyak pemindahan dalam satu masa dan sekali nombor telah diatur maka fail-fail yang sedia untuk dipindah akan beratur dengan tersusun dan menunggu giliran untuk dipindahkan.

Selepas anda muat turun fail ZIP dan mengekstrak fail tersebut, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar DLL. Hal ini akan memastikan Copy Handler akan mengantikan sistem pemindahan asal Windows.



Kemudian, apabila anda memindahkan fail, anda akan dipamerkan dengan satu table kecil . Table tersebut boleh dibesarkan untuk melihatnya dengan lebih detail.


Dan jika anda mahu mencuba untuk melajukannya lagi atau sesuatu padanya, anda hanya perlu menekan butang options untuk mengubahnya.


Satu je kelemahan program ini, pihak pemaju tidak lagi melakukan penambahbaikan lagi. Kali terakhir beliau lakukannya pada bulan Oktober 2006 tetap nasib baiklah program ini boleh digunakan dalam windows vista. Pemaju sedang mencari penaja supaya beliau dapat meneruskan projeknya.


2) TeraCopy.

Program ini serupa sahaja dengan Copy Handler dan ia juga tidaklah serumit Cop Handler. Ia tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian padanya.


Apabila terdapat satu fail yang rosak ketika pemindahan berlaku, TeraCopy tidak terus membatalkan proses tetapi berlaku bijak dengan membiarkan fail yang rosak tersebut dan meneruskan fail yang berikutnya untuk pemindahan.

Kamu hanya dapat merasai kesanya jika melibatkan pemindahan fail besar dan banyak. Untuk memberikan perbandingan di antara program-program tersebut, saya telah menjalankan pemerhatian dengan melakukan pemindahan 85 fail gambar ang berjumlah 118MB. Perbezaannya tidaklah begitu ketara tetapi ia dapatlah juga memendekkan masa pemindahan tersebut.


  • Copy Handler - 58 saat.
  • TeraCopy - 1 minit.
  • Vista dengan pek performance - 1 minit 3 saat.
  • Vista tanpa pek performance - 1 minit 14 saat

Jika anda selalu memindahkan fail yang besar, program-program ini sangatlah berguna. Bagi saya, Teracopy lebih sesuai digunakan kerana ia mudah digunakan.

Friday, August 22, 2008

Bagaimana Ingin Mempercepatkan Masa Boot.

Satu soalan yang sering saya tanya iaitu berapakah lamakah masa yang diambil oleh sistem pengoperasian untuk boot. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan Windows lambat untuk boot. Saya akan pergi satu persatu kepada cara yang paling awal iaitu pengubahan aturan dalam BIOS and seterusnya kepada sistem yang lebih lanjut.

Sebenarnya semua pengubahan ini merupakan pilihan sahaja dan tidak perlu dilakukan pun tidak mengapa. Tetapi adalah tidak menjadi kesalahan jika anda mencuba sesuatu yang lebih maju daripada orang lain dan kesannya dalah menberansangkan.


PERUBAHAN PADA SISTEM BIOS.

Satu daripada tempat awal yang menolong untuk melajukan tempoh masa untuk boot adalah melakukan perubahan yang mudah pada sistem BIOS. BIOS atau Basic Input/Output System ialah merupakan satu set arahan yang terbina di dalam papan induk (motherboard) yang mana membenarkan anda untuk mengetahui apakah jenis hardware yang bersambung dan juga bagaimana cara untuk berkomunikasi dengannya. Anda dikehendaki mengakses kepada aturan BIOS untuk melakukan perubahan. Jangan pandang mudah pada aturan dalam BIOS kerana satu kesilapan akan menyebabkan komputer anda tidak boleh berfungsi dan lebih teruk daripada itu. Untuk itu, jangan melakukan sebarang perubahan pada sistem BIOS melainkan anda sanggup untuk menghadapi risikonya. Oleh itu anda harus mengikuti arahan yang diberikan secara teliti.

  1. Kamu dikehendaki untuk menghidupkan komputer yang mana asalnya adalah dalam keadaan tidak hidup. Kemudian tekan butang ON pada komputer.
  2. Masuk kepada sistem BIOS berpandukan kepada cadangan pengeluarnya. Bergantung kepada komputer, ini mungkin melibatkan butang F1, butang DELETE, butang CTRL-ALT-S, butang F10 dan bermacam-macam lagi. Bagi penduduk Malaysia, laptop acer adalah F2, Compaq adalah F10 manakala desktop adalah DELETE.
  3. JIka anda sedang berada dalam sistem BIOS, lihat pada BOOT MENU dan pemilihan melibatkan butang ARROW, TAB, dan ENTER.
  4. Pada kebanyakan BIOS yang moden, anda akan satu pilihan untuk QUICK BOOT. Tekan ENABLE padanya untuk mengelakkan MEMORY TEST dan lain-lain lagi.
  5. Kemudian, cari BOOT DEVICE SEQUENCE. Anda perlu menukarkan HARDISK anda sebagai pilihan utama dalam aturan itu. Letakkan ia pada kedudukan yang pertama dengan menggunakan butang F6 (ke atas) dan F5 (ke bawah). Perubahan ini akan mempercepatkan masa boot komputer anda.
  6. Akhirnya anda perlu ke pilihan EXIT & SAVE CHANGES dan komputer anda bermula semula (RESTART)

PERUBAHAN PADA SISTEM WINDOWS.


  1. Klik pada START, RUN dan taipkan MSCONFIG dan tekan ENTER.Cari tab STARTUP dalam untuk melihat item yang terlibat ketika sistem pengoperasian bermula. Sebagai contohnya adalah seperti berikut.Setiap item yang bertanda akan secara automatik berfungsi selepas sistem pengoperasian Windows bermula. Jika terdapat banyak item yang terlibat, hal ini akan melambatkan masa untuk Windows bermula. Oleh sebab itulah ada komputer yang pantas dan lambat untuk bermula. Untuk mengelakkan item yang tidak diperlukan berfungsi, anda hanya perlu untuk tidak menanda pada item tersebut.

Colum item yang paling kiri merupakan nama bagi program yang terlibat. Manakala colum yang tengah merupakan lokasinya di dalam hardisk dan colum yang paling kanan merupakan lokasi di mana program itu akan bermula. Lokasinya kebiasaannya berada dalam sistem REGISTRY.

Kebiasaannya program-program seperti antivirus, grafik dan kawalan video, sistem bunyi dan firewall akan dibiarkan berfungsi secara automatik oleh pengguna komputer


PERUBAHAN HARDWARE

  1. MENAMBAH RAM
Selain daripada menaik taraf papan induk (motherboard) dan CPU, anda juga boleh menambah jumlah RAM dalam komputer anda yang kemudian menjadikan PC anda bertambah pantas dan menjadikan anda seronok untuk menggunakannya. Sebelum itu, harus mengenal pasti jenis MOTHEBOARD yang digunakan. Bagi pengguna PC kebiasaannya hanya dua slot RAM disediakan. Pada zaman moden ini, jenis RAM yang digunakan adalah jenis DDR2. Terdapat juga PC yang boleh dinaik taraf kepada 8 GIG RAM. Ini terpulang kepada kewangan anda.


2. MENGANTIKAN HARDISK DENGAN RPM YANG LEBIH LAJU.

Jika anda ada hardisk sebagai contoh 5400 RPM dan kebawah, anda sepatutnya menggantikannya dengan hardisk 7200 RPM. Perbezaan jumlah RPM akan menyebabkan PC anda bertambah laju terutamanya ketika BOOT dan juga ketika ingin memindahkan barang atau fail.


TIPS-TIPS LAIN.

  1. KURANGKAN JUMLAH FONTS DALAM PC.

Setiap FONT yang telah di masukkan ke dalam PC akan turut bermula apabila WINDOWS berfungsi. Semakin banyak jumlah FONT yang dimasukkan ke dalam PC semakin lama masa yang diambil untuk WINDOWS bermula. Kebiasaanya 500 jenis FONT adalah cukup memadai. Jika anda ingin mengurangkan jumlahnya anda perlu berhati-hati dengan FONTS yang diperlukan untuk WINDOWS bermula. FONTS seperti Verdana,Arial,Trebuchet, Tahoma, Tahoma, Times New Roman, MS Sans Serif, dan Courier New perlu dibiarkan dalam PC. Ikuti arahan seterusnya untuk membuang FONT yang lebih dalam PC.

i. Klik pada My Computer.

ii. Dwiklik pada Drive C.

iii. Buat folder baru dengan menamakannya sebagai FONT BACKUP.

iv. Dwiklik pada WINDOWS folder.

v. Dwiklik pada folder FONTS.

vi. Tandakan FONTS yang ingin anda buang, klik pada EDIT dan pilih COPY.

vii. Pergi semula kepada folder FONTS BACKUP dan PASTE font ke dalamnya.

viii. Kembali semula kepada folder FONTS dan tekan DELETE pada FONTS yang telah anda tandakan tadi


Jika jika secara tidak sengaja telah membuang FONTS tersebut, anda hanya perlu melakukan aktiviti COPY dan PASTE.


2. DISK CLEANUP, SCANDISK DAN DEFRAG.

Penjagaan hardisk yang cermat pada setiap bulan bukan sahaja mampu menyebabkan sesuatu masalah itu bertambah parah tetapi hal ini juga turut meletakkan Hardisk anda pada tahap yang optimum. Kebiasaanya software yang telah sedia ada dalam PC tidak membantu 100 peratus proses penjagaan PC anda. Anda perlu menggunakan software tambahan. Sebagai contohnya CCleaner, System Mechanic Pro, Diskeeper, Perfect Disk, Tune Up 2008dan lain-lain. Kebiasaanya software tersebut menyediakan pelbagai aplikasi tambahan yang pelbagai. Selain itu anda perlu melakukan Scandisk kerana hal ini dapat membantu untuk mengesan dan membetulkan sektor-sektor yang rosak dalam Hardisk anda.


3. SCAN VIRUS DAN SPYWARE


Masalah yang menyebabkan PC lambat BOOT adalah kerana virus dan spyware. Saya cadangkan kepada anda semua untuk menjalankan scan virus secara online. Kaedah ini turut berkesan seperti mana kita menggunakan software tersebut di dalam PC.



SCAN VIRUS SECARA ONLINE

Online Virus Scanners

Trend Micro Housecall
BitDefender Scan Online
Ewido Online Scanner
Jotti's Online Malware Scan
Kaspersky Online Scanner
Panda Activescan
McAfee FreeScan
eTrust Antivirus Web Scanner
Symantec Security Check
Dr.Web Online Check

Scan Trojan

TrojanScan by WindowsSecurity.com

Scan Spyware

Lavasoft Ad-Aware SE 1.06
Spybot Search and Destroy 1.4
Microsoft Windows Defender



4. PENGGUNAAN ANTIVIRUS , FIREWALL DAN ANTISPYWARE YANG BERLAINAN.


Jika anda masih lagi merasakan kelembapan PC anda selepas melakukan apa yang telah dijelaskan di atas, ini merupakan masanya untuk menggunakan perisian antivirus dan antispyware yang lain.

Kenyataannya ialah Symantec’s Internet Security merupakan produk 40% yang menyebabkan PC menjadi lambat, diikuti pula oleh Panda Antivirus dan Zone Alarm. Manakala produk seperti Avast, AVG, NOD32 dan Kaspersky merupakan antara perisian yang baik dan bagus dari segi penjagaan PC daripada serangan Virus dan juga mengekalkan kepantasan PC anda.


TIPS LAIN.

1. TIDAK MEMBENARKAN WINDOWS BOOT LOGO.

Apabila kita buka PC, kita sering melihat logo windows XP. Kebanyakan laman web luar negara mencadangkan supaya tidak membenarkan Windows logo ini keluar ketika boot. Jika anda tidak membenarkan logo tersebut daripada boot, akan melihat skrin PC anda dalam keadaaan gelap untuk seketika. Jika anda ingin melakukannya, sila ikuti arahan yang dijelaskan di bawah.

i. Pergi pada START, RUN dan taipkan MSCONFIG dan tekan ENTER.

ii. Pergi pada BOOT. INI tab.

iii. Klik pada NOGUIBOOT dan klik OK.

iv. Hidupkan semula PC anda.


2. PENGGUNAAN BOOTVIS.

Apabila Windows mula-mula diperkenalkan, Microsoft mempunyai satu utiliti yang dinamakan sebagai Bootvis. Utiliti ini merupakan alat untuk mengesan performance pada PC anda. Tetapi pada hari ini, utiliti itu tidak lagi wujud untuk dimuat turun seperti mane yang telah dinyatakan di dalam web page for Bootvis.

"Please note that Bootvis.exe is not a tool that will improve boot/resume performance for end users. Contrary to some published reports, Bootvis.exe cannot reduce or alter a system's boot or resume performance. The boot optimization routines invoked by Bootvis.exe are built into Windows XP. These routines run automatically at pre-determined times as part of the normal operation of the operating system."

Sebelum ini saya telah mencuba Bootvis ini dan mendapati utiliti tersebut mampu untuk mempercepatkan boot hanya beberapa saat tetapi bukan mempercepatkan keseluruhan sistem.

Jika ada sebarang masalah, sila email pada sukses_88@yahoo.com

Wednesday, August 20, 2008

Cara-cara Memformat Windows.




Baru-baru ini kita dikejutkan dengan serangan virus yang amat keterlaluan sehinggakan perisian antivirus pun lansung tidak dapat menghilangkannya. Selama saya terlibat dalam pekerjaan sambilan ini, bermacam-macam jenis masalah pernah saya jumpa. Di antaranya ialah

  1. Kegagalan untuk log masuk ke dalam sistem pengoperasian.
  2. Skrin pada monitor dalam keadaan gelap selepas dihidupkan.
  3. Kerosakan fizikal pada Hardisk.
  4. Windows yang corrupt.
  5. Masalah RAM.


Masalah ini semua dikatakan berpunya daripada serangan virus yang semakin berleluasa pada hari ini. Di tempat belajar sekarang, virus yang dikatakan menyerang kebanyakan komputer atau laptop ialah

" userinit.exe"

" Phimhot.exe"


Virus ini dikatakan kebal dengan kebanyakan perisian antivirus seperti
  1. Kaspersky 7.0.
  2. Antivir personal edition ( free).
  3. Avast home edition ( free).
  4. Avg free edition
  5. Bit Defender free edition
  6. Eset Nod32 ( trial)


Virus ini dikatakan berpunca daripada pengguna yang mengakses laman-laman web yang tidak boleh dipercayai tentang perlindungannya.



Tetapi masalah ini boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah awal iaitu dengan
  • Menggunakan antivirus yang terbaik seperti Kaspersky 7.0
  • Memastikan perisian antivirus sentiasa dalam keadaan update.
  • Tidak mengakses laman-laman web yang tidak boleh dipercayai.
  • Tidak menggunakan file sharing seperti torrent kerana kebanyakkan fail yang berada di dalamnya tidak boleh dipercayai.
  • Tidak memuat turun sebarang perisian yang muncul secara tiba-tiba pada skrin anda ( pop-up).



Bagi saya, saya telah menggunakan Perisian Kaspersky 7.0 kerana perlindungan yang diberikan adalah terbaik. Setakat ini, saya tidak lagi mengalami masalah yang teruk sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.



Oleh itu, jika anda telah mengalami masalah seperti di atas, tiada cara lain melainkan anda perlu memformat semula komputer. Tetapi bagaimana caranya?


  • Mulanya, anda memerlukan WINDOWS XP BOOTABLE CD. Cd ini boleh didapati dengan cara membelinya atau pun dengan memuat turun daripada laman web dengan menggunakan file sharing seperti torrent. Anda boleh memuat turun daripada...

  • Proses memformat adalah seperti berikut.
    1. Masukkan CD WINDOWS XP ke dalam CD drive.
    2. Restart komputer anda ( jika komputer anda telah dihidupkan). Jika tidak masukkan CD itu ketika paparan BIOS yang mula-mula sekali muncul padan skrin.
    3. Sebelum itu, jika anda menyusun susunan (boot sequence ) pada BIOS, anda perlu melakukanya dengan cara
      • Menekan F2 ( Acer ) atau F10 (Compaq).
      • Pergi pada Boot sequence.
      • Pastikan CD Drive terletak pada NO 1.
      • Jika tidak anda perlu meletakkannya dengan cara menekan F6 ( ke atas) dan F5 ( ke bawah).
      • Apabila selesai,tekan save the setting
    4. Apabila sudah selesai, PC akan restart. Kemudian, paparan "Boot from CD please enter any key" .
    5. Kemudian, anda perlu menekan enter untuk "Install the fresh windows".
    6. Tekan F8 untuk bersetuju.
    7. Tekan ESC untuk " Don't Repair".
    8. Pilih partition yang sesuai. Kebiasaannya orang akan memilih partition C. Tekan D untuk " Delete the partition". Kemudian tekan C untuk "Create the partition".

    9. Kemudian terdapat banyak option samada
      • Full format NTFS
      • Quick format NTFS
      • Full format FAT
      • Quick format FAT
    10. Pilih Full format NTFS kerana sektor0sektor yang kemungkinan rosak dalam hardisk akan diperbetulkan. Jika anda tiada masa, Quick Format NTFS pun tidak menjadi masalah.
    11. Komputer akan restart dan proses install pun berlaku.
    12. Tunggu laptop anda sehingga arahan seterusnya dikeluarkan.
    13. Proses ini mengambil masa lebih kurang 40 minit (Windows xp sahaja). Keseluruhan tempoh masa yang diperlukan adalah lebih kurang 2 jam untuk proses memasukkan windows xp,

  • Selepas itu, anda perlu pergi ke Device Manager untuk install driver.
  • Selepas itu, jadilah seperti normal.