Pakaian HALAL tetapi HARAM.
Hari ini hari ape ye?
Nak pakai baju ape ye?
Yang ni tak berapa lawa la, lebih baik yang ini....
Inilah monolog dalaman atau pun dialog yang sering kita nyatakan ketika hendak berpakaian sama ada hendak keluar daripada rumah atas tujuan untuk bersiar-siar, melawat sahabat handai mahu pun hanya keluar mengisi kekosongan perut (makan).
Kebiasaannya kita akan memilih pakaian yang nampak cantik dan selesa ketika memakainya. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita punyai identiti tersendiri.
Semua perkara perlu diambil kira ketika berpakaian sama ada dari sudut Fiqah dan Syariat. Hal ini adalah kerana pakaian sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.
Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."
(al-Ahzab: 59)
Oh...rupanya Allah sudah tetapkan cara kita berpakaian baik lelaki mahu pun perempuan. Seperti kita di atas dunia ini, semasa ingin pergi ke kuliah, kita perlu memakai baju kemeja, bertali leher dan berkasut. Adakah boleh kita ke kuliah dengan hanya memakai singlet dan berseluar pendek???
Tetapi sekarang sudah terbalik. Kita pula yang mempersoalkan hukum/peraturan yang Allah tetapkan. Jika kita tidak mahu mengikut hukum dan perintah Allah, lebih baik kita cari tuhan dan bumi yang baru untuk kita hidup. Pergilah mengembara sejauh mana pun, pasti kita tidak akan berjumpa dengan tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Remaja-remaja pada hari ini sudah tidak lagi menghiraukan halal dan haram dalam berpakaian, asalkan mereka nampak bergaya dan selesa "kononnya" dan mengikut gaya fesyen terkini. Yang dia tahu hanyalah makan dan minum perkara yang haram. Ei...tahu tak kita, doa yang tertolak adalah berpunca daripada makan, minum dan pakaian yang haram??? Aaaa...sebab itulah doa kita asyik tidak menjadi. Fesyen yang ada pada hari ini kebanyakannya dari barat dan yahudi. Mereka cipta pakaian tersebut hanya untuk mereka sendiri. Sebab mereka tidak mengenal Allah lagi.
Yang kita pula asyik sibuk dengan fesyen mereka sehingga menggagungkan pakaian mereka dan yang lebih teruk menganggap wanita yang bertudung labuh dan lelaki yang berserban dan berjubah itu ketinggalan zaman. Ei...tahu tak, pakaian yang tidak 'cukup kain' itu asalnya dari zaman Paleolitik lagi? Adakah moden seperti itu? Siapa yang berkata fesyen sekarang adalah terbaru adalah karut semata-sama dan tidak masuk akal. Senang cerita boleh dikira banggang atau pun bodoh.
Selesa???
Apa ada pada selesa? Berpakaian yang penuh menutup aurat adalah lebih selesa daripada tidak menutup aurat mahu pun pakaian 'three quarter' atau pun tiga suku. Sebabnya pakaian yang baik tidak menarik sebarang mata liar menerjah ke bahagian badan mereka. Tetapi konsep berpakaian sekarang yang paling glamor dan popular adalah pakaian 'three quarter'. Mereka memakai tudung tetapi berbaju singkat dan terlalu ketat, ala-ala mahu pergi berenang. Kesimpulannya, sesiapa yang memakai pakaian 'three quarter' atau pun tiga suku ini boleh dikatakan orang tersebut sudah gila kerana memakai pakaian 'Tiga Suku". Sesiapa yang mahu melihat baju 'Tiga Suku", pergi sahajalah ke pusat membeli belah. Hanya 0.01 peratus sahaja yang berpakaian menurut Islam.
Yang menjadi sedihnya, Melayu Islam yang banyak memakai baju seperti ini. Cuba anda mengambil barang yang jatuh dari tangan anda, orang belakang akan nampak sesuatu yang luar biasa. Waktu itulah baru anda malu tersipu-sipu dan ada pula yang tidak malu malah merasa bangga sekiranya menampakkan seluar dalamnya. Maaf jika keterlaluan. Tapi itulah hakikatnya. Adakah anda mahu memarahi saya? Anda marahlah sepuas-puasnya kerana kemarahan Allah di hari pembalasan adalah lebih teruk daripada anda memarahi saya.
Seperkara lagi, apabila lambakan baju 'Tiga Suku' ini di pasaran, maka amat susahlah bagi ibu bapa untuk memilih pakaian untuk anak mereka. Hal ini kerana baju 'Tiga Suku' seakan-akan sama dengan pakaian kanak-kanak. Cuba anda sarungkan baju adik anda di rumah dan terus keluar bersiar-siar di luar rumah, saya pasti ibu bapa anda adalah orang pertama yang mengatakan anda adalah GILA. Ini belum lagi keluar ke pusat beli belah. jika sejuta orang mengatakan anda GILA, mau tak GILA kah anda?
Apabila ditanya...Apakah mahkota wanita itu?
Maka ada yang bersuara mengatakan auratnya...
Jika anda sudah samakan Mahkota = Aurat/rambut/Harga Diri, maka tidak wajarlah kita mempamerkan 'Mahkota' itu. Malah ia perlu disimpan baik-baik dalam jagaan kita. Ada yang berkata 'Mahkota' atau rambut perlu ditunjukkan dikhalayak ramai agar baru kelihatan cantik dan menawan.
Jika sudah dipamerkan dihadapan orang ramai, itu sudah bukan lagi Mahkota namanya tetapi itu adalah Barang Pameran. Adakah anda mahu 'Mahkota' anda dikatakan sebagai pameran??? Sebab apa Barang Pameran, kerana manusia lain boleh melihat dengan sewenang-wenangnya 'mahkota' anda dengan percuma tanpa perlu mengenakan apa-apa bayaran sekalipun. Barang Pameran = ''See & Go without any cent".
Analoginya mudah sahaja.
Adakah sultan atau raja memakai mahkota? Jawapannya adalah YA. Adakah raja tersebut memakai mahkota ketika pergi bersiar-siar di pusat membeli belah, ke kelab malam mahu pun ke pasar? Jawapannya adalah TIDAK sama sekali.
Habis itu, 'mahkota' untuk siapa?
Mahkota adalah untuk suaminya.
Sebab apa suami pula?
Sebab suamikan sudah memberi mahar perkahwinan, cincin perkahwinan, nafkah zahir dan batin, kasih sayang, kebahagiaan, dan lain-lain lagi. Maka layaklah bagi suami sahaja yang menatap mahkota isterinya dan bukan tunangnya atau pun Boyfren nya.
Kesimpulannya, di syurga nanti semuanya adalah barangan yang baik dan berkualiti. Menutup aurat adalah sayarat di dunia lagi. Maka, sesiapa yang ingin memasuki syurga Allah, mari kita sama-sama melaksanakan hukum Allah ini dengan sebaiknya. Hal ini adalah kerana pakaian ahli syurga ialah menutup aurat. Sekian...













