Thursday, April 2, 2009

Usrah Hari ini...

Asslamualaikum.

Kita sudah pun berada di dalam bulan April. Janganlah kita menyambut hari April Fool kerana terdapat keburukan padanya.

Bagi pelajar Institut perguruan, kita berada di alam kesibukan dengan lambakan kerja yang tertangguh. Termasuklah diriku. Aku tengah berusaha menyiapkan kerja yang diberikan. Lantas, aku tidak menghiraukan masa yang berlalu. Waktu bermain di padang, telah aku habiskan di depan komputer. Kesibukan yang melampau telah membelenggu diriku ketika ini. Inilah waktu klimaks bagi pelajar institut perguruan seperti aku.

Alhamdulilah. Aku dapat juga hadir ke masjid walaupun aku sibuk. Alangkah beruntungnya aku pada waktu usrah berlansung, aku telah menyedari sesuatu yang aku sendiri lupa iaitu tanggungjawab kita kepada Allah. Naqib yang mulia telah meningatkan aku tentang sesuatu perkara yang penting ini.

Sesibuk mana pun kita, sebanyak kerja mana pun kita, tanggungjawab kepada Allah adalah perlu diutamakan. Apabila kita mula sibuk dengan masalah dunia, secara tidak disedari kita melupakan tanggungjawab utama kita iaitu tanggung jawab kepada Allah. Solat dan bacaan Al-Quran entah ke mana hilang daripada hidup kita. Apa yang dikatakan oleh Sayyid Hassan Al-Banna, tiada satu hari tanpa Al-Quran. Astagfirullah...aku terkena dan terasa pada ketika itu. Sibuk inilah ujian Allah. Allah mahu menguji sejauh mana kekuatan iman kita.

Siapa yang memberi idea dan tenaga untuk kita menyiapkan kerja kursus tersebut jika tidak dengan keizinan Allah. Betapa lemahnya iman kita. Minda beranggapan jika kita meningalkan perintah Allah, kita akan dapat menyiapkan kerja. Itu baru tanggungjawab sebagai pelajar. Bagaimana pula tanggung jawab sebagai pemimpin dan guru nanti?

Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan bersama rakan-rakan semua. Inilah hidayah Allah. Janganlah kita anggap bahawa datang ke masjid hanya untuk solat semata-mata. Tetapi sebenarnya terdapat infiniti hikmah yang kita tidak tahu di sebaliknya. Usrah selepas maghrib tadi benar-benar memberi petunjuk dan peringatan kepadaku. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment