Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Friday, September 3, 2010

I-City Shah Alam.

Dalam ketika menjalani ibadah puasa di siang hari dan terawikh di malam hari, pada malam satu ramadhan telah dipilih sebagai tarikh keramat untuk sekumpulan pelatih guru dari pangkalan IPG Kampus Pendidikan Islam terutamanya Blok B bertolak ke Shah Alam untuk menziarahi apa sebenarnya yang berlaku di sebuah tempat yang dinamakan sebagai I-City.

I-City terletak di Shah Alam yang berada dalam lingkungan pengaruh negeri Selangor Darul Ehsan di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar yang ke-14 . Dalam perjalanan ke sana, aku telah mengetuai segerombolan sembilan buah motorsikal. Perjalanan kami telah bermula dari Bangi, Puchong dan akhirnya Shah Alam. Apa sebenarnya yang menarik di sana?

Di sana bukanlah tempat yang boleh dilawati bila-bila waktu tetapi mempunyai waktu-waktu yang tertentu. I-City hanya boleh dilawati pada waktu malam bagi membolehkan kita menghayati keindahannya yang sebenarnya. Kadang-kadang orang pernah berkata bahawa cahaya merupakan satu nikmat. Tetapi kita perlu juga ingat bahawa gelap juga merupakan satu nikmat daripada Allah. Tanpa kegelapan tentu nikmat cahaya itu tidak dapat diperhatikan dan dihalusi dengan hati.

Dalam ruang wacana yang terhad ini, aku ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk berkongsi bersama pembaca yang berada di luar sana tentang salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Shah Alam Bandar Terancang. Dalam kesempatan ini juga, aku ingin memuat naik beberapa hasil gambar yang berjaya diambil dengan menggunakan kamera Digital Single-lens Reflect yang dibeli pada 18 Julai yang lalu.





















Sunday, March 15, 2009

PBS Di Republik Of Besut

Apa itu PBS?

Kalau nak tau PBS itu bermaksud Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sebelum kita layak diberi mandat mengajar, kita perlu menjalani beberapa siri PBS dan juga Praktikum sebagai persediaan sebelum kita mula dipostingkan ke mana-mana sahaja.

Tetapi, baru-baru ini, aku telah menjalankan PBS di Besut, Terengganu. Aku memandu kereta kancil 850 dari bangi ke Besut menerusi Gua Musang. Memang memenatkan.

PBS aku kali ini ialah bukan membawa maksud sebagai "Pengalaman Berasaskan Sekolah" tetapi "Pengalaman Berjalan Sakan".

Banyak tempat aku telah pergi. Di antaranya Tok Bali, Bachok, Rantau Panjang, Air Terjun Lata Tembakah dan juga Air panas La. Ada kesempatan kita pakat ramai-ramai g.


Tuesday, December 23, 2008

Ladang Anggur

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu ucapan syukur kepada Allah kerana aku masih dikurniakan nyawa untuk terus hidup di muka hidup ini sehingga kehari ini. Begitu besar nikmat yang dikurniakan. Sesaat tak bernafas, maka tak senang la hidup.

Pada minggu lepas, bersamaan 17 Disember 2008 aku bersama keluargaku telah pergi ke Perlis. Perlis ni kalau kita tengok di peta nampak kecil sangat. Walaupun kecil tapi masih tetap menarik. Apa yang menarik sangat ketika di Perlis ye?

Hmm...Pada mulanya aku bagai tak percaya. Ada juga tempat seperti ini di Perlis. Aku ingtakan Cameron je yang ada. Tapi apa-apa pun aku rasa tempias bangga sebab negeri Perlis tu negeri kelahiran aku. Waktu aku lahir dahulu, menurut hikayat orang-orang tua, negeri Perlis telah dilanda banjir yang besar. Susah betul mak aku nak lahirkan aku sampai kene naik sampan. Itulah pengorbanan ibu.

Kalau orang dari luar nak ke Perlis, mereka setakat tau Padang Besar je la. Tapi di samping tu ada banyak lagi tempat menarik sampai aku sendiri pun tak tepergi. Contohnya Taman Ular, Tasek Melati, air terjun. Gua Kelam dan lain-lain lagi. Lagi satu struktur muka buminya dikatakan berbukit bukau. Sunggu menarik la.

Aku dari Sungai Besar, Selangor telah memandu kereta kancil 880 standard dengan kelajuan 100 km/j telah sampai ke sana kira 6 jam perjalanan. Walaupun kereta kecil, kelajuan biasa tetapi yang penting minyaknya. Selepas aku tolak, tambah, darab dan bahagi, kos minyak sahaja menjangkau hampir RM35 untuk satui perjalanan. Kira jimat la jugak.

Dalam ruang ni, aku nk sertakan bersama gambar-gambar ladang anggur yang aku pergi masa 3 hari yang lepas. Aku saje je nak promote kang sesapa yang baca entry aku ni. Mana la tau, ada duit lebih nak pergi berjalan-jalan ke, pergi berbulan madu ke dan membawa anak-anak pergi bercuti. Seronok la jugak walaupun tak dapat makan anggur.










Setakat itu saje la kisah cuti aku. Banyak lagi tempat yang aku pergi. Terima kasih.

Monday, December 15, 2008

Bush Dibaling Kasut

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.


Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.


Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.


Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.


Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.
“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.



Monday, November 17, 2008

Majlis Malam Amal SRA.

Semalam aku telah pergi ke Malam Majlis Amal. Majlis tersebut diadakan di sebuah Dewan Serbaguna Sungai Besar. Dewan itu juga terletak berhampiran dengan kediamanku. Aku melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Menungggu aturcara majlis untuk bermula. Sebelum bermulanya majlis jamuan, terlebih dahulu ucapan alu-aluan diperdengarkan.

APabila tiba waktu perasmi berucap mula, aku sudah mula rasa tertarik. Bagi aku, beliau merupakan seorang yang pandai berucap kerana beliau banyak menyelitkan unsur-unsur kerohanian di dalam ucapannya. Untuk memperkukuhkan ucapannya, beliau banyak berpandukan kepada nas-nas Al-Quran dan Hadis.

Pengamatan aku terus tertarik. Aku terus mendengar dan mendengar. Walaupun beliau seorang tua yang kelihatan seperti orang kampung, tetapi sebenarnya beliau seorang yang arif juga di dalam bidang agama selain bidang pentadbiran yang beliau pegang sekarang.

Majlis Amal Mesra itu diadakan bersempena dengan kejayaan yang diperoleh sekolah rendah agama tersebut dalam memperoleh keputusan peperiksaan PSRA yang memberansangkan selain bertujuan untuk mengutip sedikit dana bagi membiayai sekolah tersebut. Malah adik aku juga turut terlibat dalam majlis tersebut.

Beliau mengatakan bahawa janganlah kita meletakkan sekolah agama sebagai sekolah yang kedua selepas sekolah harian. Biarlah kita tidak mampu menghantar anak ke sekolah harian tetapi kita mampu untuk hantar anak ke sekolah agama. Jika kita lihat suasana hari ini, ibu bapa cenderung menghantar anak-anaknya ke sekolah harian kerana mereka percaya dan yakin bahawa masa depan anak-anaknya akan bertambah cerah. Siapa kita mahu menduga perkara akan datang.

Jika kita lihat juga pelajar-pelajar yang berasal daripada sekolah agama dan juga pondok, tiada di antara mereka yang hidup merempat dan mengemis. Malah, kita dapati rezeki mereka semakin bertambah. Maka tidak hairanlah jika Ustaz dan ustazah masa kini ada yang mampu mempunyai sebah kereta mewah seperti BMW dan juga Mercedes. Hal ini kerana siapa yang berjuang pada jalan Allah, Allah akan bantunya denagn pelbagai macam pertolongan.

Beliau juga turut menambah, alangkah indahnya apabila kita selesai solat dan ketika tolehan salam pertama kita melihat anak kita berada di samping kita. Seronok rasanya jika kita mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Apabila kita mengangkat tangan untuk berdoa, ketika doa kesejahteraan ibu bapa dibacakan, si anak akan turut mengaminkan doa tersebut. Maka, di dalam doa tersebut juga si anak mendoakan kesejahteraan untuk kita. Alangkah indah dan seronoknya. Bukan mudah untuk memperoleh anak-anak yang begini.

Anak adalah amanah Allah. Tetapi apa yang berlaku sekarang, ibu bapa ada yang sanggup mendera anak-anaknya. Malah apa yang lebih teruk, bagi si penzina wanita, mereka sanggup membunuh anak mereka sendiri. Betapa kejamnya kita kepada anak kita sendiri. Allah maha Esa. Dia mampu menunjukkan kekuasaannya jika dia mahu. Betapa senangnya para penzina untuk melahirkan anak sedangkan amatlah payah bagi sesetengah pasangan halal untuk memperoleh anak.

Ibu terkenal dengan sikap prihatinnya. Setiap kali keputusan peperiksaan beliaulah orang pertama yang akan mengetahui hal ini berbanding bapa. Jika bapa mengetahui hal ini dahulu, seolah-olah perkara itu merupakan perkara yang biasa baginya walaupun keputusan si anak baik atau pun buruk. Lain pula dengan si Ibu. Ibu akan memarahi si anak jika keputusan yang diperoleh tidak memberangsangkan. Dia akan bertanyakan segala macam soalah untuk mengetahui punca masalah yang berlaku. Mengapa dan bagaimana itulah soalah yang kerap kali diajukan. Jika si anak memperoleh markah yang tinggi dalam subjek elektif di sekolah seperti Pendidikan Agama Islam, keputusan tersebut hanya dipandang sebelah mata sahaja. Jika subjek kimia, fizik, biologi tidak memberangsangkan maka si ibu akan memarahi anaknya.

Segala ketentuan masa hadapan si anak bukan bergantung semata-mata kepada si ibu. Tidak menjadi kesalahan jika si ibu begitu prihatin dalam hal ini tetapi terdapat segelintir ibu bapa masa kini yang begitu mementingkan subjek-subjek lain selain subjek agama. Akhlak manusia dibentuk melalui agama. Sebab itulah terdapat peraturan dalam beragama. Maka, manusia yang terbiasa dengan peraturan dan disiplin agama sudah tentulah mereka mampu menempuhi segala macam bentuk dugaan masa kini. Jika agama dipinggirkan, maka Allah juga akan pinggirkan kita. Yakin dan percayalah kepada Allah sebagai penentu masa hadapan.

Sebab agama dipinggirkan oleh ibu bapa masa kini, maka lebih banyaklah gejala sosial yang melanda kita pada hari ini. Jadilah seperti ibu bapa misali dan janganlah jadi ibu bapa yag menyesali. Segala yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.
Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Tuesday, October 21, 2008

Kursus GSP di IPIS

Pada hari Isnin dan Selasa bertarikh 20 dan 21 haribulan Oktober, Jabatan Matematik kat IPIS ada buat satu kursus pengendalian satu software untuk proses pengajaran dan pengajaran. Macam bese la...kuliah aku ni selalunya terlibat sebab kumpulan aku ni satu-satunya kuliah ijazah major matematik. Aku pun tak tau la kenapa kene belaja software ni. Kita tengok la selanjutnya nanti.

Aku ingatkan bosanla sangat kursus ni. Rupa-rupanya kursus ni best rupanya. Kita belajar cara penggunaan software tu. Menurut Ketua Jabatan yang merupakan penceramah dalam kursus itu merangkap jurulatih software tu, software ni amat berguna dalam proses pengajaran.

Mula-mula, macam biasalah. Belajar apa fungsi bagi setiap peralatan dalam software tu. Lepas tu, belaja macam mane cara nak buat pelbagai bentuk poligon seperti kiub, pentagon, heksagon dan lain-lain lagi. Buat pengetahuan semua, kursus ini turut dihadiri oleh kuliah junior kami dan juga senior kami iaitu PPISMP dan juga KPLI. Mereka pun apa kurang hebatnya. Pandai jugak mereka membuat bentuk-bentuk yang diajar. Senang je rupanya ye. Barulah aku tau.





Kalau ade kursus ni, kelas akulah selalunya jadi urusetia. Kene urus aturcara majlis, majlis perasmian penutupan dan juga sebagai fasilitator. Bagi akulah, aku ni dah la baru je belaja benda tu pada tahun ni, nak kene ajar orang pulak. Tak berapa pandai pulak aku nak mengajar. haha....
Aku nyer jawatan dalam kursus ni adalah sebagai AJK multimedia. Kerja senang je.....amik gambar suasana dalam dewan tu.




Ha...Gambo ni sape ye. Hangpa teka la sendiri ye.


Kursus ni bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.30 petang selama dua hari. Penat jugak la. Dah la abis kul 4.30 petang. Setengah jam pulak nak pergi solat asar pulak. Lepas tu nak kene turun main ragbi. Selama 2 taun setengah aku kat sini, ni la kali pertama aku bergiat aktif semula dalam ragbi. Maklumlah.....ade pertandingan pada 1 November ni kat IPIK (Institut Perguruan Ilmu Khas) kat Cheras.

Kesimpulannya, kursus ni boleh dikatakan seronok sebabnya bermain dengan komputer. Aku minat kalu buat apa-apa kerja dengan menggunakan komputer. Kalau boleh, kalu ade rezeki, aku nak amik diploma atau ijazah dalam bidang Teknologi dan juga dalam bidang Bahasa Arab. Sebabnya kadang-kadang kalau kita baca Al-Quran, kita tak berapa faham apa maksudnya. Tu la harapan aku.