Wednesday, December 31, 2008

Hiburan..Oh...Hiburan

Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru jika ikut kalander gregorian. Kalau diikutkan tahun hijrah, sebenarnya kita sudah pun berada dalam tahun yang baru. Macam biasa, setiap tahun jika ditanya soalan pasti setiap orang akan kata ingin memperbaharui azam baru.

Pada hakikatnya kita sudah lupa pada ISLAM. Kita lebih mengagungkan kalander gregor daripada kalander hijrah. Sebenarnya kalander hijrah adalah lebih tepat berbanding kalander yang kita sedang gunakan sekarang. Adakah anda sedar bahawa sekarang kita sudahpun berada dalam tahun hijrah yang baru, iaitu hari yang ketiga? Mungkin ada yang ingat dan ada yang tidak.

Apa yang kita buat masa tahun baru hijrah itu ya? Adakah kita pergi ke mana-mana masjid atau surau untuk bersama-sama merayakan tahun baru ISLAM itu? Pasti anak-anak muda kita melupakan tentang hari yang bersejarah itu. Apa pula yang mereka ingat? Sudah pastinya sambutan ambang tahun baru 2009 yang penuh dengan hiburan semata-mata. Pada ketika warga tua sedang merayakan tahun baru ISLAM, anak-anak muda pula sibuk dengan dunianya yang tersendiri. Masjid dan surau jauh sekali dalam ingatan. Ini semua adalah tipu helah dan rancangan kafir laknatullah yang ingin menghancurkan belia ISLAM.

Tengok sahajalah di surat khabar semalam. Pelajar perguruan sedang asyik berkhalwat dan melakukan persetubuhan sebanyak lima kali. Anak-anak muda berhibur sampai tidak ingatkan diri. Bagaimana semua ini terjadi? Ternyata bahawa mereka sudah melupakan dua buah wasiat yang ditinggalkan oleh nabi iaitu Al-Quran dan Sunnah baginda. Jika diteliti dan difahami kedua-dua wasiat mulia ini pasti manusia tidak porak peranda seperti hati ini.




Penjahanam Umat Islam


Seperti kita dalam sebuah keluarga. Ibu bapa yang sibuk bekerja. Sampai tidak ada masa untuk menguruskan anak-anak. Apa yang penting ialah kelengkapan mereka dipenuhi tetapi rohani mereka tidak. Samalah jua dengan keadaan belia pada hari ini. Bukan semua ini yang diinginkan, tetapi pengisian rohani. Memang tidak masuk akal jika dikatakan pengisian rohani diperlukan pada zaman sekarang. Cuba anda memberi masa kepada diri anda. Hadkan hiburan dalam diri manakala pengisian rohani itu dipertambahkan. Hasilnya nanti anda tidak akan bosan.


Pernahkan anda berasa bosan ketika membaca Al-Quran? Jika ada itu adalah tanda kepenatan kerana anda membaca tanpa mengetahui maknanya. Belilah Al-Quran bersama terjemahan. Bacalah satu muka surat dan kemudia terjemahannya dan seterusnya. Pasti anda akan terasa masa itu sangat singkat.

Ini rancangan apa pula ya?
Ini juga rancangan yang menghancurkan rumah tangga. Pada fizikalnya memang biasa. Melihat suami dan isteri sedang menari bersama bagi mendapat hati ditempat peminat agar mereka diundi ke tempat teratas. Jika mereka menang, duit akan disalurkan pada institusi yang memerlukan bantuan terutamanya golongan yang kurang upaya. Adakah duit itu halal disisi Islam sedangkan pasangan perlu menari dengan pakaian dan aksi seperti orang-orang kafir untuk memperolehinya? Anda yang jawab semuanya.

Apa yang tidak kena dengan rancangan ini ya?
Jika ada iman, pasti anda juga merasa sesuatu yang aneh pada rancangan ini. Saya tidak mahu menjawabnya, tetapi anda.

Akhir kalam, saya harap agar saya dan rakan-rakan seislam semua agar berubah sempena tahun baru. Tidak kira tahun baru Islam atau bukan. Yang penting elakkan diri kita dengan hiburan yang melampau. Tetapi dekatkan diri dengan ceramah dan kuliah agama. Paksa diri supaya hadir ke masjid walaupun jarang-jarang. Saya berkata bukan atas dasar ingin menunjuk dan berbangga tetapi saya berasa sayu kerana melihatkan rakan-rakan yang sebaya di kaca TV dan di depan mata masih dibuai dengan tawaran pihak kafir laknatullah.

Semoga apabila melangkah tahun baru ini, tabiat menonton rancangan yang melekakan seperti di atas dielakkan dan dikurangkan. Jika mahu mengetahui berita tentangnya adalah tidak salah tetapi kita sering membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment