Monday, December 1, 2008

Mengapa Kita Demam?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Seorang penyair berkata
"Seseorang itu tidak mengenal tanda sihat selagi dia belum ditimpa sakit"

Sakit? Sebagai manusia biasa kita tidak akan sesekali hidup dalam keadaan sihat. Ada masa kita menjadi sihat dan ada masa kita menjadi sakit. Sebagai mana yang kita tahu, sakit merupakan perkara yang menyulitkan diri diri kerana pada masa itu tahap kemampuan diri adalah terbatas. Sebagai pelajar, apabila kita kita ditimpa demam yang panjang semua kerja tidak berkualiti. Ada juga di antara kita yang mengambil cuti sakit untuk mengambil peluang untuk rehat bagi memulihkan semula penyakit demam itu.

Apabila kita ditimpa sakit, pasti seseorang insan itu akan meluahkan perasaan ketidakpuashatiannya kepada penyakit yang menimpanya. Tetapi ada juga manusia yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha denan ketentuan Allah. Apabila seseorang anak Adam itu menerima dengan redha penyakitnya, maka akan dituliskan pahala yang berterusan selama mana keredhaan kita kepadanya.

Bagi manusia yang bersifat duniawi, pasti akan terpacul daripada mulut mereka perkataan yang kesat iaitu perkataan yang menghina Allah. Apabila ditimpa demam yang kecil ini, kita akan berkata,

"Aduh, kenapalah demam. Macam mana aku hendak bekerja?"
"Bagaimana pula aku nak lakukan aktiviti harian. Demam ni asyik menyusahkan aku sajalah. Nak kena makan ubatlah. pergi jumpa doktorlah apa la itulah".

Mengapa kita demam? Ada banyak sebab ataupun hikmahnya.

Menurut Ibnu Qayyim,
"Andaikata kita dapat menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka kita akan dapati tidak kurang ribuan hikmah. Namum akal kita sangat terbatas. Pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk adalah sia-sia berbanding ilmu Allah sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira. Yang sebenarnya tentu lebih daripada gambaran ini."


Selain itu, demam juga mampu meghapuskan dosa-dosa lalu sebagaimana menurut hadis,

Daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a, Rasulallah s.a.w bersadba bermaksud "Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundahan sehingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapus sebahagian daripada kesalahannya" (Hadis riwayat Bukhari)

Saya pernah diberitahu sebuah cerita mengenai seorang Ustaz yang redha dengan penyakitnya. Pada dua minggu sebelum menjelangnya peperiksaan, kebiasaannya semua pelajar yang menduduki peperiksaan akan duduk mengulangkaji pelajaran. Tetapi Allah telah menguji seorang Ustaz ini dengan sebuah penyakit demam panas. Beliau didapati mengalami demam yang panas selama mana beliau sibuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi beliau redha dan sabar dengan ketentuan Allah. Beliau tahu, pasti Allah mempunyai rancangan yang lain yang lebih baik daripada perancangannya. Apabila tibanya waktu peperiksaan, beliau bersegera masuk ke dalam dewan peperiksaan itu. Selama beliau sakit, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk mengulangkaji pelajarannya berbanding rakan-rakannya yang lain. Apabila beliau tahu beliau tidak pernah membuka buku untuk mengulangkaji kertas peperiksaan di depan matanya itu, beliau dengan penuh keimanan segera bertawakkal kepada Allah. Beliau yakin bahawa Allah merupakan tempat beliau bergantung. Apabila masa menjawab dimulakan, beliau yang tidak mengetahui sebarang jawapan terus duduk termenung bagi memikirkan jawapan soalan itu. Demi kekuasaan Allah yang maha Esa, Allah telah memperlihatkan bayangan jawapan kepada Ustaz tersebut. Beliau mendapati bahawa beliau seorang sahaja yang dapat melihat jawapan itu. Lantas beliau menyalin kesemua jawapan yang telah diberikan Allah itu. Akhirnya beliau berjaya dengan cemerlang berkat kepercayaannya yang teguh kepada Allah Azza Wajalla.

Begitulah bantuan Allah kepada hambaNya yang sentiasa tunduk, patuh dan redha dengan ketentuanNya. Sebagai mana hadis Nabi s.a.w seperti berikut,

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud"Janganlah kamu mencaci dan memaki penyakit demam kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan meghapuskan dosa anak Adam sebagaimana tugku api yang menghilangkan kotoran besi." [Hadis riwayat Muslim]

Sabar dan redha merupakan elemen yang terpenting yang dinilai oleh Allah. Jika seseorang hamba itu gagal dalam mencapai kesabaran dan keredhaan yang dikehendakiNya, maka hambaNya itu belum lagi mencapai tahap mukmin yang disayangi dan dikasihi Allah.



No comments:

Post a Comment