Showing posts with label Software. Show all posts
Showing posts with label Software. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

Windows Xp Live USB



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Pada kali ini aku nak ceritakan satu software yang dikatakan boleh memberi anda kelegaan terutamanya ketika Laptop atau PC anda berada dalam masalah seperti tak boleh loading kerana stuck kat laman Windows, kene Virus menggila dan lain-lain lagi.

Pernahkah Laptop atau PC dijangkiti VIRUS sehinggakan PC anda tidak mampu beroperasi seperti sedia kala? Aku sendiri pernah juga mengalami masalah sebegini. Bagi sesiapa yang tidak mahu membuka belakang Laptop untuk mengeluarkan Hardisk atau cakera keras bolehlah menggunakan software ini jika anda rasakan terdapat fail-fail penting dalam PC anda.

Kebiasaannya apabila PC dah dijangkiti Virus, Pc tidak akan dapat dibuka dengan cara normal. Bagi pengguna advance sedikit, mereka tau gunakan cara Safe Mode. Tetapi apabila cara ini tidak dapat membantu, sampai masa giliran software ini digunakan.

Percaya atau tidak, walaupun PC ada mengandungi Virus yang merbahaya tetapi anda masih lagi mampu memindahkan fail-fail yang penting ke tempat yang selamat walaupun terdapat ancaman virus-virus yang mengila ini.

Caranya amat mudah sekali. Ikutilah cara-cara yang diterangkan di bawah ini ya...

1) Download fail penting ini. Linknya akan disediakan dibawah.
2) Extract fail tersebut dengan menggunakan aplikasi 7-zip atau Winzip atau WinRar.
3) Ambil pendrive anda. Kalau boleh carik yang jenis flash pendrive.
4) Cucuk pendrive tu kat PC.
5) G kat folder yang dah diextract tadi tu. Then g kat HPUSBFW.EXE


6) Pastikan File System adalah FAT. Kendian, sila tekan Start. Tunggu je la...
7) Bila dah selesai, Restart PC anda dan cuba lihat paparan BIOS yang berwarna biru.
8) Cari Priority Boot Device. Pastu susun USB kat tempat pertama. Yang kat bawah ni contoh je.


9) Pastu tekan Save. PC akan Restart semula. Kendian tengoklah apa yang jadi.
10) Aku rase dah boleh pindahkan dokumen penting secara selamat.
11) Kalau ada masalah. Tinggalkan je komen kat bawah ni ye.


Thursday, June 11, 2009

Quran Flash

Assalamualaikum.

Pada kesempatan kali ini, aku nak berkongsi lagi satu aplikasi yang begitu menarik. Aplikasi ini adalah Al-Quran di dalam bentuk Flash.

Apa yang menarik ialah:

1) Terdapat hukum tajwid di dalamnya. Jadi senang la nak bacanya.
2) Aplikasi ini seolah-olah membenarkan kita membuka Al-Quran itu dengan jari kita walaupun kita menggunakan mouse.

3) Siap ada 30 juzuk lagi. Semua ayat berada di dalamnya.
4) Seperti Al-Quran sebenar yang kita selalu baca di rumah tu.
5) Senangla nak baca sebab kita hanya tinggal klik dan klik je.

Kat bawah ni aku ada spesifikkan lagi aplikasi ni.







Saiz : 57 Mb

Link : Download Kat Sini La

Jangan Lupa Kata Tengkiu ye...haha

Tuesday, June 9, 2009

Transmute (Pemindah Bookmarks)


Assalamualaikum.

Sempena minggu cuti yang agak membosankan, aku nak berkongsi dengan anda semua satu jenis software yang boleh dikatakan membantu dan menarik. Software kali ini berkaitan dengan bagaimana cara untuk melakukan import dan exsport bookmarks dari satu browser ke satu browser.

Sebelum itu, aku nak terangkan sikit pasal bookmarks. Adakah anda pernah menggunakan aplikasi bookmarks dalam internet browser anda? Bookmarks ini bermaksud kita menanda Web Sites kegemaran kita supaya lain kali kita dapat melawati semula web sites itu tanpa perlu menaip URL semula.

Kita tidak sedar bahawa browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari, Opera, Google Chrome dan lain-lain adalah perisian yang unik. Apabila kita nak menggunakan bookmarks ini, kita dah tak perlu nak menaip URL lagi. Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan menekan satu butang bookmarks sahaja di browser anda.




Namanya : Transmute

Saiz : 1.54 Mb

Link : Download Kat Sini La

Saturday, June 6, 2009

Software Lirik DI WMP


Assalamualaikum dan selamat datang. Kali ini aku berkesempatan untuk menulis sedikit lagi entri baru untuk blog ini. Pada kali ini aku tertarik untuk berkongsi satu software atau Perisian Lembut untuk kawan-kawan semua.

Pernahkah kita mendengar lagu di PC atau pun laptop. Kadang-kadang kita terasa nak bernyanyi juga tetapi apabila berseorangan. Kalau di depan orang, kita segan sikit untuk melaungkan suara. Bagi para wanita, haram hukumnya jika anda tinggikan suara dan perdengarkannya kepada kaum lelaki kerana menurut satu hadis, wanita dilarang untuk melaungkan azan. Jika lelaki pula adalah dibenarkan tetapi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Apabila muzik dah terpasang, tetapi lirik pula tiada. Macam mana kita perlu buat? Nak mulakan pencarian di Internet yang maha luas ini sudah tentulah agak memenatkan dan menyusahkan bagi sesiapa yang kurang arif dan malas dalam dunia perkomputeran ini. Ha..ha..

Oleh itu aku syorkan kepada mereka ini satu Perisian Lembut untuk manfaat semua. Dalam bahasa Inggeris kita panggil Lyrics Plugin for Windows Media Player.

Dalam bahasa Melayu pula pandai-pandailah terjemah sendiri.



Nama : Lyrics Plugin for Windows Media Player.
Saiz : 78.16 KB. (tak sampai 1MB pun lagi).
Rate : 5 bintanglah.

Nak Download kat Sini