Friday, November 7, 2008

Cam Mane Nak Beli LCD ni...


Dunia semakin canggih dan moden. Manusia pada hari ini begitu tertarik dan taasub kepada kecanggihan dunia teknologi ini. Kita juga tidak mahu ketinggalan dalam arus kemodenan ini. Kita akan sentiasa berharap agar kelengkapan teknologi seperti komputer yang kita ada sentiasa berada dalam keadaan yang terkini. Dalam post yang baru ini, saya ingin menjelaskan serba sedikit kriteria yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda menjalankan urusan jual dan beli.

Post kali ini saya akan menceritakan kepada anda tentang pemilihan LCD komputer yang perlu anda pertimbangkan sebelum membelinya. Pada asalnya kita begitu tertarik dengan rakan-rakan yang menggunakannya. Banyak kelebihamn yang dimiliki oleh LCD ini. Tetapi untuk memperoleh LCD yang memuaskan hati, pilihlah mengikut kriteria yang dinyatakan di bawah ini.

1) RESOLUSI
Sebenarnya saiz LCD tidak begitu penting tetapi resolusinya menjadi perhatian. Setiap LCD mempunyai resolusi terbaiknya yang mana ia mampu berfungsi dengan pandangan yang menarik. Untuk resolusi tinggi seperti 1600 x 1200 atau pun lebih tinggi adalah lebih baik untuk kegunaan rumah dan pejabat. Manakala untuk Gaming anda boleh setkan pada komputer anda dengan resolusi yang agak rendah tetapi jangan sesekali meletakkannya pada resolusi bawah daripada 1280 x 1024.

2) CONTRAST RATION
Satu daripada elemen yang penting penentuan quality gambar yang tinggi adalah bergantung kepadanya. Terdapat dua jenis contrast ratio. Pertama adalah statik manakala yang kedua adalah dynamic. Untuk statik ratio adalah 1000: 1 atau lebih memberi kualiti yang baik tetapi kurang daripada itu perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, satu LCD yang mempunyai statik ration 1000:1 kebiasaannya mempunyai 8000:1 dynamik ration. Apabila anda mempunyai dua LCD, jangan bandingkannya dengan dua jenis aspek ini. Ingat tu.

3) MASA TINDAK BALAS.
Jika anda adalah seorang peminat permainan komputer, ciri ini adalah penting bagi anda. Masa tindak balas ini bermaksud sejauh mana pixel LCD mampu warnanya dengan baik. Untuk LCD yang baik kebiasaannya adalah 5 ms. Kurang masa tindak balas adalah lebih baik LCD itu. 5 ms ini adalah amat baik untuk pemain komputer dan juga orang awam. Jika anda pemain komputer yang begitu extreme ataupun hardcore, pilihlah 2 ms LCD tetapi harganya agak mahal sedikit.

4) SAIZ
Ciri ini adalah bergantung kepada pekerjaan dan juga budget yang anda miliki. Biasanya untuk pengguna di rumahdan juga pemain komputer, dicadangkan supaya menggunakan 19 ke 20 inci. Manakala untuk sesiapa yang mahu menjalankan aktiviti yang banyak menggunakan grafik ataupun alhi pereka graphic adalah lebih sesuai menggunakan LCD yang bersaiz besar daripada 19 dan 20 inci.

5) ASPEST RATIO
Istilah ini adalah merujuk kepada kelebaran dan ketinggian LCD anda. Dalam bahasa yang lebih mudah LCD anda adalah nisbah (4:3) atau wide-screen (16:9) dan kadang-kadang ialah (16:10). Untuk skrin yang luas, ia akan memberi pengalaman yang lebih menarik untuk tayangan movie dan juga aplikasi-aplikasi pejabat.

6) KETINGGIAN KECERAHAN
Kecerahan diukur dalam unit cd/m2. Untuk kegunaan biasa adalah 300 cd/m2 tetapi jika anda duduk di depan tingkap cahaya akan masuk secara terus ke dalam skrin. Pilih 400 cd/m2. Ia akan membantu anda melihat skrin dengan lebih jelas walaupun di dalam bilik yang begitu cerah.

7) INPUT PORTS
Pertimbangan seterusnya ialah piliohan input yang dimilki oleh komputer itu sendiri. Terdapat sesetengah komputer memiliki input VGA. Sesetengahnya pula memiliki VGA + DVI. Saya cadangkan VGA + DVI kerana DVI ialah input digital dan kebanyakan graphic card menyediakan port input jenis ini yang mana menjaminkan kepuasan kualiti gambar yang menakjubkan. Sesetengah komputer pula ada menawarkan input tambahan dan juga TV tuner yang mana anda boleh gunakannya sebagai television anda. Pastikan komputer anda mempunyai port yang sesuai sebelum anda membeli LCD pilihan anda.

8) STAND YANG DIUBAHSUAI
Sesetengah jenama tidak menawarkan dirian yang boleh diubah untuk menjimatkan kos tetapi saya mencadangkan supaya menggunakan LCD yang boleh digerak-gerakkan jika anda bukan seorang yang kedekut. Dirian yang boleh diubah-ubah amatlah berguna terutamanya kepada pengguna yang menggunakan komputer pada jangka masa yang lama.

9) PENGGUNAAN TENAGA
Jika anda membandingkan dua jenis LCD yang sama saiz dan ciri-cirinya, pilihlah LCD yang menggunakan tenaga yang sedikit.


Saya harap, kepada sesiapa yang mahu membeli LCD pilihan hati, janganlah beli ikut suka hati. Kebiasaannya orang akan beli LCD yang berjenama dan menjimatkan kos. Tetapi mulai sekarang pilihlah LCD mengikut 9 kriteri yang telah ditetapkan. Tanyalah sebanyak mana soalan kepada pemjual supaya mereka tidak tahu untuk menjawabnya. Selain itu janganlah terpedaya dengan penjual yang manis bicara yang menarik anda supaya membeli barangnya tanpa memikirkan aspek-aspek yang penting.




No comments:

Post a Comment