Monday, September 29, 2008

10 Spyware dan Adware


Jika anda memilki komputer, kebarangakalian anda dijangkiti oleh spyware dan adware adalah tinggi. Dianggarkan bahawa 90% komputer telah dijangkiti dengan beberapa jenis malware (malicious software). Malware ini akan mengambil alih komputer anda, menjangkitinya dengan web pop up dan apa yang lebih teruk ialah benda-benda ini akan mencuri segala maklumat peribadi yang terdapat di dalam komputer anda. Walaupun terdapat tidak terkiranya spyware dan adware ini, saya telah mengenalpasti sepuluh spyware dan adware yang popular dan terhebat.


Gator
Adware jenis ini direka bentuk untuk menjejak semula laman web yang telah anda layari. Ia akan mendapatkan apa-apa gambar yang dikatakan seronok baginya. Apabila ia sudah mempunyai cukup data, ia akan muncul secara tiba-tiba pada skrin monitor anda di mana-mana saja dengan hasrat dapat menarik minat para pengguna untuk mengunjunginya. Kebiasaannya anda akan dijangkiti apabila anda berkongsi fail melalui Kazaa dan juga apabila anda memuat turun perisian percuma daripada Internet.

N-case
Ia juga merupakan adware yang mana tujuannya adalah untuk menganggu pengguna dengan popup yang banyak. Memuat turun perisian percuma daripada laman web online adalah punca dimana komputer anda akan dijangkiti.

PurtyScan
Ini juga merupakan adware yang berfungsi tanpa pengetahuan pengguna. Pada mulanya ia kana memaparkan popup pada komputer anda dengan menawarkan anda khidmat mengesan gambar-gambar pornografik pada komputer anda serta langkah untuk mencegahnya. Apabila anda klik pada popup tersebut, popup tersebut akan hilang tetapi apa yang lebih memeranjatkan komputer anda akan lebih banyak dijangkiti dengan spyware dan adware.


Transponder
Ia hampir serupa dengan Gator. Ia akan memerhatikan tindak tanduk anda ketika sedang online kemudian ia akan menyerang anda secara berterusan jika dia mahu.


CoolWebSearch
Malware jenis ini bukannya menyeronokkan tetapi menyusahkan. Langkah pertama ialah ia akan mengambil alih aturan Internet, laman web dan akan mambwa anda terus kemana-mana sahaja yang ia ingini. Jika anda boleh bayangkan, laman web tersebut mengandungi banyak spyware dan adware. Ia hanya menunggu peluang sahaja untuk bertindak.


Internet Optimizer
Bunyinya nampak macam menyeronokkan. Tetapi malware jenis ini merupakan penceroboh. Ia aka mengambil alih laman web yang kamu lawati. Apabila berjaya menguasai komputer anda, ia akan cuba membawa anda masuk ke dalam laman webnya yang mana di dalamnya penuh dengan spyware dan adware. Bayangkanlah bagaimana teruknya komputer anda.


Perfect KeyLogger
Malware jenis ini lagi jahat. Ia merupakan barangan penceroboh. Ia boleh merakan setiap aktiviti anda termasuklah apa yang telah anda taipkan ketika anda melakukan pembelian dengan menggunakan kad kredit yang mana pembelian tersebut memerlukan no pin kad kredit. Apabila siap merekod, maklumat akan dihantar kepada penceroboh yang membina malware tersebut.


ISTbar/Aupdate
Walaupun ia berpura-pura sebagai toolbar, tetapi ia masih tetap sebagai malware. Ia juga merupakan sebahagian daripada spyware. Ia akan bertindak dengan memaparkan secara berterusan popup yang mengandungi gambar-gambar lucah yang memalukan dan menjijikkan pada skrin komputer anda. Ia juga boleh mengambil alih aturan Internet anda.


TIBS Dialer
Apabila anda menakses Internet melalui talian Dial-up, malware ini akan menceroboh dan kemudian mengambil alih modem telefon anda dan kemudian akan membawa anda kepada laman-laman web lucah.

Keen Value
Malware jenis ini bermula dengan mengesan tingkah laku pengguna dengan mengesan setiap laman web yang telah dilayari. Ia juga boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda jika anda mengisi maklumat peribadi melalui borang elektronik. Kemudian ia akan menyerang anda dengan tayangan iklan yang berterusan yang mana kesemuanya mengandungi banyak spyware dan adware.


Sebab itulah perlindungan perlu dipentingkan walaupun anda hanya elayari Internet sekali dalam seminggu.

No comments:

Post a Comment