Wednesday, December 31, 2008

Hiburan..Oh...Hiburan

Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru jika ikut kalander gregorian. Kalau diikutkan tahun hijrah, sebenarnya kita sudah pun berada dalam tahun yang baru. Macam biasa, setiap tahun jika ditanya soalan pasti setiap orang akan kata ingin memperbaharui azam baru.

Pada hakikatnya kita sudah lupa pada ISLAM. Kita lebih mengagungkan kalander gregor daripada kalander hijrah. Sebenarnya kalander hijrah adalah lebih tepat berbanding kalander yang kita sedang gunakan sekarang. Adakah anda sedar bahawa sekarang kita sudahpun berada dalam tahun hijrah yang baru, iaitu hari yang ketiga? Mungkin ada yang ingat dan ada yang tidak.

Apa yang kita buat masa tahun baru hijrah itu ya? Adakah kita pergi ke mana-mana masjid atau surau untuk bersama-sama merayakan tahun baru ISLAM itu? Pasti anak-anak muda kita melupakan tentang hari yang bersejarah itu. Apa pula yang mereka ingat? Sudah pastinya sambutan ambang tahun baru 2009 yang penuh dengan hiburan semata-mata. Pada ketika warga tua sedang merayakan tahun baru ISLAM, anak-anak muda pula sibuk dengan dunianya yang tersendiri. Masjid dan surau jauh sekali dalam ingatan. Ini semua adalah tipu helah dan rancangan kafir laknatullah yang ingin menghancurkan belia ISLAM.

Tengok sahajalah di surat khabar semalam. Pelajar perguruan sedang asyik berkhalwat dan melakukan persetubuhan sebanyak lima kali. Anak-anak muda berhibur sampai tidak ingatkan diri. Bagaimana semua ini terjadi? Ternyata bahawa mereka sudah melupakan dua buah wasiat yang ditinggalkan oleh nabi iaitu Al-Quran dan Sunnah baginda. Jika diteliti dan difahami kedua-dua wasiat mulia ini pasti manusia tidak porak peranda seperti hati ini.




Penjahanam Umat Islam


Seperti kita dalam sebuah keluarga. Ibu bapa yang sibuk bekerja. Sampai tidak ada masa untuk menguruskan anak-anak. Apa yang penting ialah kelengkapan mereka dipenuhi tetapi rohani mereka tidak. Samalah jua dengan keadaan belia pada hari ini. Bukan semua ini yang diinginkan, tetapi pengisian rohani. Memang tidak masuk akal jika dikatakan pengisian rohani diperlukan pada zaman sekarang. Cuba anda memberi masa kepada diri anda. Hadkan hiburan dalam diri manakala pengisian rohani itu dipertambahkan. Hasilnya nanti anda tidak akan bosan.


Pernahkan anda berasa bosan ketika membaca Al-Quran? Jika ada itu adalah tanda kepenatan kerana anda membaca tanpa mengetahui maknanya. Belilah Al-Quran bersama terjemahan. Bacalah satu muka surat dan kemudia terjemahannya dan seterusnya. Pasti anda akan terasa masa itu sangat singkat.

Ini rancangan apa pula ya?
Ini juga rancangan yang menghancurkan rumah tangga. Pada fizikalnya memang biasa. Melihat suami dan isteri sedang menari bersama bagi mendapat hati ditempat peminat agar mereka diundi ke tempat teratas. Jika mereka menang, duit akan disalurkan pada institusi yang memerlukan bantuan terutamanya golongan yang kurang upaya. Adakah duit itu halal disisi Islam sedangkan pasangan perlu menari dengan pakaian dan aksi seperti orang-orang kafir untuk memperolehinya? Anda yang jawab semuanya.

Apa yang tidak kena dengan rancangan ini ya?
Jika ada iman, pasti anda juga merasa sesuatu yang aneh pada rancangan ini. Saya tidak mahu menjawabnya, tetapi anda.

Akhir kalam, saya harap agar saya dan rakan-rakan seislam semua agar berubah sempena tahun baru. Tidak kira tahun baru Islam atau bukan. Yang penting elakkan diri kita dengan hiburan yang melampau. Tetapi dekatkan diri dengan ceramah dan kuliah agama. Paksa diri supaya hadir ke masjid walaupun jarang-jarang. Saya berkata bukan atas dasar ingin menunjuk dan berbangga tetapi saya berasa sayu kerana melihatkan rakan-rakan yang sebaya di kaca TV dan di depan mata masih dibuai dengan tawaran pihak kafir laknatullah.

Semoga apabila melangkah tahun baru ini, tabiat menonton rancangan yang melekakan seperti di atas dielakkan dan dikurangkan. Jika mahu mengetahui berita tentangnya adalah tidak salah tetapi kita sering membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Monday, December 29, 2008

Habib Salim bin Hafiz


Habib Salim Bin Hafiz Bin Syaikh Abu Bakar bin Salim adalah datuk kepada Habib Umar bin Muhammad Bin Hafiz yang masyhur dewasa ini. Beliau lahir di Bondowoso, Pulau Jawa pada 25 Syawwal 1288H / 6 Januari 1872M. Kemudian beliau dibawa ayahandanya balik ke Kota Misythah, Hadhramaut ketika beliau berusia kira-kira 8 tahun. Beliau menerima didikan awal daripada ayahnya dan beberapa ulama di Kota Misythah antaranya dengan Mu'allim 'Abud bin Sa'id BaSyu'aib dan Mu'allim 'Abdullah bin Hasan BaSyu'aib.

Pada 1304H, beliau meneruskan pencarian ilmunya dengan mendatangi Kota Tarim al-Ghanna. Di kota berkat ini, beliau menimba pengetahuan agama daripada para ulama di sana antaranya Mu'allim 'Abdullah bin Ahmad BaGharib dan Habib Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur. Selain Kota Tarim, beliau turut mengadakan perjalanan untuk mendalami ilmunya juga untuk menyebarkan ilmu dan dakwah ke Seiwun, Du'an, al-Haramain, Zanzibar, Mombasa, India dan tidak ketinggalan tanah kelahirannya Pulau Jawa.

Di negeri-negeri yang dikunjunginya, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pertemuan dan menjalinkan hubungan dengan para ulama dan awliya' yang menetap di sana. Hasil pertemuan dan hubungan ini, baik berupa wasiat, nasihat dan ijazah beliau kumpulkan dalam satu catatan yang dinamakannya "Minhah al-Ilah fil ittishal bi ba'dhi awliya".

Habib Salim terkenal sebagai seorang ulama yang bersifat khumul yang tidak suka namanya dikenali orang. Apa yang penting baginya ialah keredhaan Allah S.W.T., dan bukannya penghargaan manusia.

Di akhir hayatnya, sifat khumul ini semakin tersebarlah bila beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan dirinya dalam majlis-majlis umum dengan duduk di shaf yang paling belakang.

Beginilah sikap beliau sehingga beliau dipanggil pulang ke rahmatullah pada tahun 1387H di Kota Misythah. Walaupun beliau tidak meninggalkan karya ilmiyyah yang banyak, tetapi perjuangannya diteruskan zuriatnya antaranya oleh anakandanya Habib Muhammad bin Salim dan kini teruskan oleh cucu-cucunya Habib Umar bin Muhammad dan Habib Ali Masyhur bin Muhammad, yang akrab ditelinga kita dengan nama Habib Umar Al-Hafidz.

Moga rahmat Allah sentiasa dicucuri ke atas roh beliau dan ditempatkan beliau bersama Junjungan Nabi S.A.W.

Al-Fatihah.......

Pertanyaan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “


Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)….

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “


Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia
ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “


Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

I
mam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “


Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia
ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”


Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali
didunia ini “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = “
Pedang “


Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

sumber : http://manakib. wordpress. com/2007/ 11/01/pertanyaan -imam-al- gazali/

Saturday, December 27, 2008

Dialog Mengenai HIJAB


Si A adalah wanita fasiq. Manakala si B adalah wanita solehah. Ikutilah dialog seterusnya.


A : Saya dah letih.


B : Letih sebab apa?

A : Dengan semua orang yang bercakap tentang saya.

B : Siapa?

A : Macam perempuan tu...Setiap kali dengannya, dia suruh saya pakai tudung...

B : Itukan perkara biasa. Tudung memang selalu menjadi topik utama.

A : Memanglah. Saya pun selalu mendengar tentangnya.

B : Lagipun, kan elok kalau awak pakai tudung?

A : Siapa kata?

B : Ia ada disebut dalam quran kan?

A : Ya. Dia pun ada kata begitu.

B : Dia kata dalam surah An-Nur dan juga dalam surah-surah lain.

A : Ya. Tapi itu bukanlah dosa besar. Bantu apa yang mereka mahu lebih penting.

B : Betul, tapi setiap dosa besar bermula dari setiap dosa kecil.

A : Memanglah. Tetapi apa yang kita pakai itu tak penting. Yang penting adalah memiliki hati yang ikhlas dan suci.

B : Habis tu, mengapa awak menghabiskan waktu berjam-jam setiap pagi untuk bersolek? Awak habiskan banyak wang untuk alat solek. Itu tak termasuk belanja terapi rambut dan diet awak.

A : Tetapi saya tidak suka bertudung. Ia merampas kebebasan saya.

B : Habis tu, losyen dan alat solek buat awak bebas ke? Beritahu saya, apa makna kebebasan kepada awak?

A : Kebebasan adalah melakukan apa saja yang kita suka.

B : Salah. Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan orang lain nak kata apa.

A : Awak dengar sini. Saya lihat ramai yang tidak memakai tudung dan mereka itu baik dan ramai yang memakai tudung tapi mereka itu jahat.

B : Habis tu...Kalau yang baik dengan awak itu kaki botol adakah itu bermakna awak juga akan menjadi kaki botol juga?

A : Saya tak nak jadi fanatik. Saya dah ok dan tak perlu memakai benda ini.

B : Maknanya awak fanatik pada sekular dan ektremis yang ingkar perintah tuhan.

A : Awak tak paham, kalau saya pakai tudung siapa yang nak kahwin dengan saya?

B : Habis tu, orang yang pakai tudung tak boleh kahwin la?

A : Ok, jika saya kahwin dan suami saya tidak suka saya memakai tudung dan dia tak mahu saya memakai tudung.

B : Lelaki yang tak patuh kepada agama tak patut dikahwini.

A : Habis tu, siapa yang nak ambil saya bekerja?

B : Tentulah mereka yang hormat pekerja mereka seadanya.

A : Tetapi tidak selepas 11 September.

B : Tentulah selepas 11 September. Ramai wanita Islam yang bekerja di hospital dan dunia korporat dengan memakai tudung.

A : Kenapa awak nak berkira sangat dengan perkara agama yang hanya melibatkan secebis pakaian ini?

B : Kenapa awak perlekeh wanita hanya kerana kasut tinggi dan warna lipstik mereka?

A : Kamu tak menjawab soalan saya.

B : Saya dah menjawabnya. Tudung bukan setakat sehelai pakaian. Ia adalah perintah. Ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi untuk setiap wanita. Tetapi baju pendek dan seluar ketat awak...

A : Itu adalah fesyenlah. Kenyataannya adalah tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mahu mengawal wanita.

B : Bagaimana pula wanita yang melawan suami mereka kerena ingin memakai tudung dan wanita dan rakan mereka yang dipaksa menanggalkan tudung oleh lelaki ? Apa yang awak nak perkatakan tentang itu?

A : .........

B : Orang yang suruh pakai tudung itu bukan wanita kan?

A : Betul. Tapi...

B : Tetapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki buat awak bebas ke? Betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi? Sudah la tu...

A : Jap, saya belum habis cakap lagi.

B : Awak nak cakap apa? Awak nak cakap lelaki kawal wanita dengan menggunakan tudung?

A : Ya...

B : Secara specifik bagaimana?

A : Dengan beritahu kita macam mana dan apa yang perlu dipakai.

B : Tidakkah TV, filem dan majalah memberitahu awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana nak cantik? Bukan kah itu mengawal namanya? Pengaruh awak untuk pakai apa yang mereka mahu awak pakai mereka. Bukan sahaja menguasai awak tetapi pasaran juga.

A : Apa maksud awak?

B : Maksud saya, mereka yang mencipta majalah itu mahu melihat awak kurus kering dan annorexia macam muka wanita depan majalah tu.

A : Saya tak paham. Apa kaitan tudung dan produk?

B : Ianya ada kene menggena. Kamu tak perasan ke? Hijab adalah ancaman kepada konsumerisme. Wanita habis berbilion ringgit untuk kelihatan kurus, cantik dan hidup dalam dunia fesyen yang direka oleh manusia, dan kemudian ISLAM muncul untuk memberitahu bahawa luaran itu tidak penting sebaliknya utamakan dalaman diri kita. Jangan pedulikan tentang apa yang orang nak kata tentang penampilan diri kita.

A : Sudah lah...!!! Saya tak mahu memakai tudung...!!! Ianya tak sesuai langsung dalam kehidupan hari ini. Baiklah...(Lalu menyarungkan tudung ke kepalanya lalu berkata beberapa saat selepas itu).........Saya tidak boleh melakukannya !!!!!!!!!!


Kedua-duanya berhenti secara tiba-tiba dan berlalu pergi.


Tuesday, December 23, 2008

Ladang Anggur

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu ucapan syukur kepada Allah kerana aku masih dikurniakan nyawa untuk terus hidup di muka hidup ini sehingga kehari ini. Begitu besar nikmat yang dikurniakan. Sesaat tak bernafas, maka tak senang la hidup.

Pada minggu lepas, bersamaan 17 Disember 2008 aku bersama keluargaku telah pergi ke Perlis. Perlis ni kalau kita tengok di peta nampak kecil sangat. Walaupun kecil tapi masih tetap menarik. Apa yang menarik sangat ketika di Perlis ye?

Hmm...Pada mulanya aku bagai tak percaya. Ada juga tempat seperti ini di Perlis. Aku ingtakan Cameron je yang ada. Tapi apa-apa pun aku rasa tempias bangga sebab negeri Perlis tu negeri kelahiran aku. Waktu aku lahir dahulu, menurut hikayat orang-orang tua, negeri Perlis telah dilanda banjir yang besar. Susah betul mak aku nak lahirkan aku sampai kene naik sampan. Itulah pengorbanan ibu.

Kalau orang dari luar nak ke Perlis, mereka setakat tau Padang Besar je la. Tapi di samping tu ada banyak lagi tempat menarik sampai aku sendiri pun tak tepergi. Contohnya Taman Ular, Tasek Melati, air terjun. Gua Kelam dan lain-lain lagi. Lagi satu struktur muka buminya dikatakan berbukit bukau. Sunggu menarik la.

Aku dari Sungai Besar, Selangor telah memandu kereta kancil 880 standard dengan kelajuan 100 km/j telah sampai ke sana kira 6 jam perjalanan. Walaupun kereta kecil, kelajuan biasa tetapi yang penting minyaknya. Selepas aku tolak, tambah, darab dan bahagi, kos minyak sahaja menjangkau hampir RM35 untuk satui perjalanan. Kira jimat la jugak.

Dalam ruang ni, aku nk sertakan bersama gambar-gambar ladang anggur yang aku pergi masa 3 hari yang lepas. Aku saje je nak promote kang sesapa yang baca entry aku ni. Mana la tau, ada duit lebih nak pergi berjalan-jalan ke, pergi berbulan madu ke dan membawa anak-anak pergi bercuti. Seronok la jugak walaupun tak dapat makan anggur.










Setakat itu saje la kisah cuti aku. Banyak lagi tempat yang aku pergi. Terima kasih.

Monday, December 15, 2008

Bush Dibaling Kasut

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.


Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.


Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.


Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.


Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.
“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.



Thursday, December 11, 2008

7 Keajaiban Dunia

1) Piramid di Chichen Itza Yucatan, Mexico

Merupakan kuil orang Mayan yang paling popular. Kuil ini pernah dijadikan sebagai tempat berpolitik dan juga tempat pusat ekonomi bagi tamadun Mayan. Piramid ini mempunyai banyak sktruktur seperti Piramid Kukulkan, kuil Chac Mool, dewan 1000 tiang dan juga tempat bertarung para banduan. Struktur-struktur ini masih boleh dilihat sehingga hari ini. Piramid ini juga telah dipersetujui sebagai kuil yang paling mulia dan terhebat di kalangan penduduk Mayan.





2) Christ Redeemer (1931) Rio de Janeiro, Brazil

Tugu ini melambangkan berdirinya Jesus berketinggian 38 meter. Ia terletak di bahagian atas puncak bukit Corcovado menghadap Rio de Janeiro. Tugu ini telah direka oleh Heitor da Silva Costa dan telah dihasilkan oleh Paul Landowski. Ia merupakan monumen yang paling dikenali di dunia. Tugu ini telah mengambil masa selama 5 tahun untuk dibina dan tel;ah dirasmikan pada 12 Oktober 1931. Ia telah menjadi simbol kepada bandar Brazil dan penduduknya yang peramah yang menerima pengunjung setiap tahun dengan tangan yang terbuka.






3) Roman Colosseum, Rome Itali

Ganbunan yang berbentuk bulat yang hebat ini yang terletak di tengah Rome telah dibina bertujuan untuk memberi penghargaan dan menyambut kegemilangan Empayar Rom. Konsep binaannya masih kekal sehingga hari ini. Rekaannya juga hampir menyerupai sesetengah stadium sukan yang moden. Pada hari ini, melalui filem dan juga buku sejarah, kita sering diperlihatkan dengan pertarungan dan perlawanan yang berlansung di tempat ini. Ia menarik minat kepada pengunjung yang datang melihat perlawanan tersebut.




4) Tembok Besar China

Tembok Besar China ini telah dibina sebagai pertahanan yang kukuh kepada negara China bagi mengelakkan serangan daripada puak Mongol yang tinggal di luar negara China pada masa itu. Tembok besar ini merupakan satu-satunya monumen buatan manusia yang terbesar di dunia dan ia telah diputuskan bahawa ia bleh dilihat daripada angkasa. Beribu-ribu nyawa telah terkorban bagi menyiapkan pembinaan tembok ini.




5) Macchu Picchu, Peru

Pada abad ke 15, empayar Inca telah membina sebuah bandar di dalam awan di puncak gunung yang dikenali sebagai Machu Picchu (gunung lama). Keajaiban kedudukannya telah terbentang di tengah-tengah Andes PLateau, jauh ke dalam sungai Amazon dan juga jauh ke sungai Urubamba. Tempat ini telah lama ditinggalkan oleh puak Inca kerana dikatakan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit dan juga selepas dikalahkan oleh orang Spanish. Bandar ini telah hilang hampir selama tiga abad dan kemudian telah dijumpai semula oleh Hiram Bingham pada 1911.





6) Petra, Jordon

Ditengah-tengah padang pasir arab, Petra merupakan bandar terhormat dan termulia oleh empayar Nabataen di bawah pemerintahan Aretas IV. Mahir dalam teknologi air, penduduk Nabataen telah menyediakan bandar-bandarnya dengan air melalui pembinaan terowong dan juga kebuk-kebuk air yang hebat. Sebuah teater, bermodelkan Greek-Roman prototype telah memuatkan hampir 4000 penonton pada satu masa. Pada hari ini, Makam Istana Petra dengan ketinggian 42 meter bermuka depankan kuil Hellenistic El-Deir Monastery merupakan satu contoh kebanggaan budaya dan seni timur tengah.






7) Taj Mahal, Agra, India

Makam terbesar yang pernah dibina adalah atas arahan Shah Jahan, pemerintah Muslim kelima Mogul untuk isteri kesayangannya, Mumtaz. Ia telah dibina dengan jubin putih dan juga dihiasi dengan taman-taman disekelilingnya. Taj Mahal dianugerahkan sebagai kesenian Muslim yang paling berharga di India. Kemudian, pemerintahnya, Shah Jahan telah dipenjara dan beliau pernah berkata "aku sering melihat Taj Mahal melalui tingkap-tingkap kecil dari penjara ini"

Wednesday, December 10, 2008

Tawakkal Itu Apa Ya?

Tawakkal bermaksud berserah diri kepada Allah selepas berusaha melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang dihajati. Apabila diajukan dengan konsep ini, ramai di antara kita mengetahui dengan sebenar maksudnya. Tetapi pada hakikatnya ialah manusia pada hari ini tidak memahami erti tawakkal dan cara mempraktikkannya dengan betul dan tepat.

Sebagai pelajar di institut pengajian tinggi, kita seharusnya dapat membahagikan masa dengan betul. Mana satu bahagian untuk belajar dan mana satu bahagian lain untuk beribadah. Pada penelitian saya, ramai di antara pelajar dewasa ini tidak banyak menghabiskan masa ibadahnya dengan betul-betul ibadah kepada Allah tetapi apa yang menyedihkan ialah mereka telah mencuri sedikit masa itu dengan memperuntukkannya untuk masa belajar. Hal ini sering berlaku terutamanya apabila peperiksaan menjelang tiba. Bagi kita, seminit itu bagaikan benda yang paling berharga kerana jika dibazirkan maka kita akan kerugian. Pada waktu itulah baru kita mengenal betapa indahnya nikmat masa itu.

Kita sebagai pelajar banyak mengabaikan masa di antara waktu Maghrib dan Isyak. Mungkin kita sering beranggapan bahawa waktu itulah waktu yang paling sesuai untuk belajar dan menghafal. Sebenarnya untuk memperoleh pertolongan Allah, kita sepatutnya meluangkan masa itu dengan duduk beriktikaf di dalam masjid dengan menunaikan solat sunat hajat. Apabila kita berusaha untuk mendapatkan pertolongan Allah, maka Allah akan mengilhamkan cara penyelesaian terbaik bagi sesuatu masalah dan juga dapat membantu kita membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Inilah pengalaman yang dirasai sendiri oleh pengarang buku Apakah Amalan Menjauhi Kesusahan Hidup.

Mengapa kita perlu bertawakkal? Jawapannya ialah supaya kita dapat merendahkan diri supaya tidak bersifat takabbur dan juga dapat mengelakkan diri daripada merasakan bahawa kejayaan itu hanya datang daripada usaha sendiri dan bukannya daripada Allah. Jika kita berfikir bahawa kita merupakan manusia yang pandai dan kejayaan itu datang daripada usaha kita, maka berjaga-jagalah kerana ini semua adalah ujian Allah.

Konsep bertawakkal ini boleh juga dilaksanakan dalam solat. Apabila kita sedang bersolat, fikiran sedang serabut memikirkan masalah keluarga dan masalah dunia. Hati tidak tenteram ketika beribadah pada ketika itu. Maka, ada ulama mengatakan bahawa kita perlu menghadirkan lintasan di dalam hati bahawa segala urusan dunia perlu diserahkan kepada Allah. Malah kita juga yakin bahawa Allah merupakan tempat kita mengadu dan bergantung hidup kerana Allah maha bijkasana dalam mengatur kehidupan alam ini.


Selain itu, menurut Surah At-Talaq ayat 3,
Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (keperluan).


Pada zaman sekarang, manusia bertambah leka dan alpa. Mereka berpendapat segala keperluan hidup hadir kerana usaha mereka sendiri. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa Allah yang memberi nikmat tersebut kerana Allah maha Pemurah kepada hambaNya. Manakala sifat penyayang Allah pula, Allah akan melengkapkan segala keperluan seseorang hambaNya yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya, Sebagai contoh, Allah akan melengkapkan lagi nikmat-nikmat yang lain seperti makanan, minuman, anak yang soleh dan solehah dan sebagainya.

Jika kita ada membeli majalah Mastika keluaran Disember 2008, kita dipaparkan dengan aksi bagaimana seorang wanita bukan Islam menemui ajal dengan membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat 16 sebuah bangunan. Pada pandangan saya, mungkin inilah manusia yang tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar. Walaupun kebanyakan manusia yang membunuh diri adalah kaya raya, sudah memiliki kedudukan yang tinggi dan dikenali ramai, tetapi bagi mereka terdapat satu kekurangan yang amat besar, iaitu nikmat Iman dan Islam. Mereka yang belum dikurniakan hidayah Allah akan mencari-mencari kekurangan tersebut. Tetapi malangnya bisikan syaitan memandu mereka supaya membunuh diri. Mungkin itulah cara mereka menemui kebahagiaan dengan membunuh diri.

Merujuk kepada tajuk tawakkal, saya ingin bertanyakan sesuatu kepada pembaca sekalian. Pernahkah anda terfikir bahawa selepas kita berusaha dan bertawakkal, kejayaan itu masih belum lagi datang malah kegagalan pula pula yang menyusul sedangkan kita sudah lakukan syarat-syarat tawakkal itu.


Jawapannya ialah:


Allah maha mengetahui perkara yang lepas, sedang dan yang akan berlaku. Dalam hal ini Allah mengetahui hal yang akan berlaku. Allah tidak akan mengurniakan kecemerlangan kepada seseorang itu kerana Allah tahu akibat yang akan menimpa seseorang itu jika dia berjaya. Barangkali kejayaannya itu akan menyesatkannya daripada menginganti Allah malah sanggup menderhakainya.


Selain itu, Allah tidak memberi kejayaan kerana Allah mahu memberi petunjuk supaya kita dapat memilih haluan hidup yang lebih baik. Sebagai contohnya, saya dahulu bercita-cita mahu menjadi seorang doktor dan ingin belajar di luar negara. Tetapi Allah tidak mengizinkan saya malah Allah telah menunjukkan jalan lain yang lebih baik malah lebih mulia iaitu menuju kearah bidang pendidikan.

Tambahan itu pula, Allah mahu kita supaya berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita-cita yang diingini. Ini semua adalah ujian Allah. Barang siapa yang sabar maka tidak lain dan tidak bukan, kejayaan dan kemenanganlah bagi mereka.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita memikirkan kembali konsep tawakkal ini dengan sedalam dalamnya. Walaupun ada yang beranggapan konsep ini merupakan perkara yang kecil tetapi ia sebenarnya mengandung banyak hikmah yang banyaknya tidak dapat dihitung oleh manusia. Hanya Allah yang mengetahui berapa banyak hikmah tawakkal ini. Sekian terima kasih. Wassalam.

Wednesday, December 3, 2008

Pendayung dengan Lelaki Gemuk

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Ilmu di dunia ini sangat banyak. Kadang-kadang sampai kita mampu untuk meletakkan dan menyimpannya ke dalam ruang-ruang kepala. Setinggi mana pun manusia itu belajar pun masih tidak lagi mampu memiliki ilmu milik Allah ini. Subhanallah. Ilmu Allah sungguh besar.
Ilmu yang benar dan wajib ke atas setiap muslim untuk mempelejarinya ialah ilmu agama. Seseorang itu tidak akan dipanggil Islam jika dia tidak tahu tentang Islam walaupun di dalam kad pengenalannya telah tercatat ISLAM. Ilmu agama sungguh penting. Biarlah sekecil mana pun ilmu itu, sekecil-kecil itulah nanti akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang bab-bab yang seterusnya.

Saya ada sebuah cerita. Pada suatu hari, ada seorang alim di sebuah kampong itu cuba menyamar sebagai pendayung sampai. Beliau pun berpura-pura berlakon sebagai pendayung sampai di sebuah sungai. Sedang beliau menunggu dan menunggu kedatangan manusia yang ingin menggunakan kudratnya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki gemuk yang berkaca mata tebal sambil membawa seguni kitab-kitab agamanya. Apabila orang lain melihat akan lelaki itu lantas mereka akan berkata bahawa lelaki itu meupakan seorang yang rajin belajar dan membaca kerana sifat luarannya yang mengambarkan sedemikian. Apabila sampai dipertengahan jalan, lelaki gemuk itu membuka kitabnya untuk dibaca.

Tiba-tiba, lelaki tersebut menanyakan sesuatu kepada pedayung sampan itu. “Wahai saudara, adakah anda mempelajari tentang nahu (tatabahasa) Arab?”, kata lelaki gemuk itu.

Lantas pendayung sampan itu pun menjawab “Aku tidak mempelajari dan mengetahui sesuatu pun daripada nahu Arab itu”.

Lelaki itu pun membalas “Sungguh malang nasib tuan kerana tidak mempelajari Nahu Arab. Tuan telah kehilangan separuh daripada kehidupan tuan”. Pendayung sampan terdiam tanpa membalas kata-kata tersebut.

Setibanya di tengah-tengah perjalanan, pendayung sampan itu pun bertanya kepada lelaki gemuk itu. “Adakah tuan mengetahui cara berenang?”

Lelaki gemuk itu pun menjawab “Aku tidak tahu menahu lansung akan hal berenang kerana ilmu itu tidaklah sepenting ilmu agama. Aku tidak menyukai ilmu selain ilmu agama.”

Pendayung itu terus bersuara “Alangkah malangnya tuan. Tuan telah kehilangan seluruh hidup tuan kerana tidak memiliki ilmu berenang”.

Lelaki yang terkejut itu pun bertanya semula kepada si pendayung itu dengan nada kehairanan. “Mengapa tuan berkata sedemikian?”

“Saya berkata begitu kerana sekarang sampan yang dinaiki ini akan tenggelam tidak lama lagi kerana perahu sudah bocor.” Jawab si pedayung itu.

Akhirnya perahu itu pun karam bersama-sama lelaki gemuk itu dan kitab-kitabnya. Manakala si pendayung itu Berjaya berenang ketepian untuk menyelamatkan dirinya. Begitulah cerita seorang alim.

Berdasarkan cerita ini, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu yang dianggap kecil mampu mengubah seluruh kehidupan kita. Janganlah kita memperlekehkan ilmu itu walaupun ilmu itu tidaklah sehebat mana dengan cabang-cabang ilmu yang lain. Sebagai contohnya apabila seorang ustaz sedang mengajar bab wuduk sedangkan kita mengetahui dengan arif tentang hal ini. Kita yang sudah menguasai ilmu ini tidak duduk bersama dengan Ustaz tersebut untuk mendengar penerangannya. Malah kita cuba memperlekehkan ilmu tersebut. Maka boleh dikatakan bahawa orang seumpama ini ibaratnya sebagai lelaki gemuk yang karam bersama dengan perahu dan kitab-kitabnya. Walaupun kita sudah mengetahui bab berwuduk, tetapi kita tidak bolehlah bersikap sombong kerana ilmu wuduk itu adalah ilmu daripada Allah. Jika kita memperlekehkan ilmu itu, samalah seperti kita memperlekehkan Allah secara sombong. Moga-moga kita dijauhkan daripada hal ini.

Tidak menjadi kesalahan dan berkurangnya ilmu yang sedia ada jika kita duduk bersama mendengar ilmu yang disampaikan walaupun kita sudah sedia mengetahui ilmu tersebut. Jika duduk bersama, Allah akan menambahkan lagi pemahaman kita tentang ilmu tersebut. Malah Allah akan menambahkan lagi ilmu yang tidak kita miliki lagi.

Kesimpulannya, janganlah kita memperlekehkan ilmu yang kecil kerana Ilmu tersebut datangnya daripada Allah. Selain itu, jangnlah kita bersifat sombong kerana sifat sombong itutidak disukai Allah kerana ia tergolong dalam sifat Mazmumah. Jika sebelum ini kita banyak melakukan kesilapan kerana kejahilan kita, maka mohonlah keampunan kepada Allah kerana sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya. Sekian Terima Kasih

Tuesday, December 2, 2008

Al-Imam Abdullah Al-Hadad

Sekilas Biografi Al-Imam Abdullah Al-Hadad (Shohibur Ratib)

Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Hadad, lahir hari Rabu, Malam Khamis tanggal 5 Bulan Safar 1044 H di Desa Sabir di Kota Tarim, wilayah Hadhromaut, Negeri Yaman.


Nasab


Beliau adalah seorang Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Hadad bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwy bin Ahmad bin Abu Bakar Al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrohman bin Alwy bin Muhammad Shôhib Mirbath bin Ali Khôli’ Qosam bin Alwi bin Muhammad Shôhib Shouma’ah bin Alwi bin Ubaidillah bin Al-Muhâjir Ilallôh Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqîb bin Ali Al-Uraidhi bin Imam Jakfar Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam As-Sibth Al-Husein bin Al-Imam Amirul Mukminin Ali bin Abi Tholib suami Az-Zahro Fathimah Al-Batul binti Rosulullah Muhammad SAW.


Orang-tuanya

Sayyid Alwy bin Muhammad Al-Haddad, Ayah Syaikh Abdullah Al-Haddad dikenal sebagai seorang yang saleh. Lahir dan tumbuh di kota Tarim, Sayyid Alwy, sejak kecil berada di bawah asuhan ibunya Syarifah Salwa, yang dikenal sebagai wanita ahli ma’rifah dan wilayah. Bahkan Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad sendiri banyak meriwayatkan kekeramatannya. Kakek Al-Haddad dari sisi ibunya ialah Syaikh Umar bin Ahmad Al-Manfar Ba Alawy yang termasuk ulama yang mencapai derajat ma’rifah sempurna.

Suatu hari Sayyid Alwy bin Muhammad Al-Haddad mendatangi rumah Al-Arif Billah Syaikh Ahmad bin Muhammad Al-Habsy, pada waktu itu ia belum berkeluarga, lalu ia meminta Syaikh Ahmad Al-Habsy mendoakannya, lalu Syaikh Ahmad berkata kepadanya, ”Anakmu adalah anakku, di antara mereka ada keberkahan”. Kemudian ia menikah dengan cucu Syaikh Ahmad Al-Habsy, Salma binti Idrus bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy. Al-Habib Idrus adalah saudara dari Al-Habib Husein bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy. Yang mana Al-Habib Husein ini adalah kakek dari Al-Arifbillah Al-Habib Ali bin Muhammad bin Husein bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy (Mu’alif Simtud Durror). Maka lahirlah dari pernikahan itu Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad. Ketika Syaikh Al-Hadad lahir ayahnya berujar, “Aku sebelumnya tidak mengerti makna tersirat yang ducapkan Syaikh Ahmad Al-Habsy terdahulu, setelah lahirnya Abdullah, aku baru mengerti, aku melihat pada dirinya tanda-tanda sinar Al-wilayah (kewalian)”.


Masa Kecil

Dari semenjak kecil begitu banyak perhatian yang beliau dapatkan dari Allah. Allah menjaga pandangan beliau dari segala apa yang diharomkan. Penglihatan lahiriah Beliau diambil oleh Allah dan diganti oleh penglihatan batin yang jauh yang lebih kuat dan berharga. Yang mana hal itu merupakan salah satu pendorong beliau lebih giat dan tekun dalam mencari cahaya Allah menuntut ilmu agama.

Pada umur 4 tahun beliau terkena penyakit cacar sehingga menyebabkannya buta. Cacat yang beliau derita telah membawa hikmah, beliau tidak bermain sebagaimana anak kecil sebayanya, beliau habiskan waktunya dengan menghapal Al-Quran, mujahaddah al-nafs (beribadah dengan tekun melawan hawa nafsu) dan mencari ilmu. Sungguh sangat mengherankan seakan-akan anak kecil ini tahu bahwa ia tidak dilahirkan untuk yang lain, tetapi untuk mengabdi kepada Allah SWT.


Dakwahnya

Berkat ketekunan dan akhlakul karimah yang beliau miliki pada saat usia yang sangat dini, beliau dinobatkan oleh Allah dan guru-guru beliau sebagai da’i, yang menjadikan nama beliau harum di seluruh penjuru wilayah Hadhromaut dan mengundang datangnya para murid yang berminat besar dalam mencari ilmu. Mereka ini tidak datang hanya dari Hadhromaut tetapi juga datang dari luar Hadhromaut. Mereka datang dengan tujuan menimba ilmu, mendengar nasihat dan wejangan serta tabarukan (mencari berkah), memohon doa dari Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Di antara murid-murid senior Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah putranya, Al-Habib Hasan bin Abdullah bin Alwy Al-Haddad, Al-Habib Ahmad bin Zein bin Alwy bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy, Al-Habib Ahmad bin Abdullah Ba-Faqih, Al-Habib Abdurrohman bin Abdullah Bilfaqih, dll.

Selain mengkader pakar-pakar ilmu agama, mencetak generasi unggulan yang diharapkan mampu melanjutkan perjuangan kakek beliau, Rosullullah SAW, beliau juga aktif merangkum dan menyusun buku-buku nasihat dan wejangan baik dalam bentuk kitab, koresponden (surat-menyurat) atau dalam bentuk syair sehingga banyak buku-buku beliau yang terbit dan dicetak, dipelajari dan diajarkan, dibaca dan dialihbahasakan, sehingga ilmu beliau benar-benar ilmu yang bermanfaat. Tidak lupa beliau juga menyusun wirid-wirid yang dipergunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bermanfaat untuk agama, dunia dan akhirat, salah satunya yang agung dan terkenal adalah Rotib ini. Rotib ini disusun oleh beliau dimalam Lailatul Qodar tahun 1071 H.


Akhlaq dan Budi Pekerti

Al-Imam Al-Haddad (rahimahullah) memiliki perwatakan badan yang tinggi, berdada bidang, tidak terlalu gempal, berkulit putih, sangat berhaibah dan tidak pula di wajahnya kesan mahupun parut cacar. Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis; apabila beliau gembira dan girang, wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadhirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.

Mereka yang menghadhiri ke majlis Al-Habib bagaikan terlupa kehidupan dunia bahkan terkadang Si-lapar lupa hal kelaparannya; Si-sakit hilang sakitnya; Si-demam sembuh dari demamnya. Ini dibuktikan apabila tiada seorang pun yang yang sanggup meninggalkan majlisnya.

Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar, beliau memberi haknya sebagai pembesar; kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya. Apatah lagi kepada Si-miskin. Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kaseh sayang serta penuh rahmah; tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”.

Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat untuk muslimin, serta rayuan kepada mereka dan selainnya supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar; sewajibnya masa diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat sahaja. Silalah bincang perihal keduniaan dengan selain dariku.”

Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan; mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari oramg lain; bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah Al-Imam.

Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini tidak akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin”.

Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak pernah merasa marah. Kalaupun ia memarahi, bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.
Al-Imam amatlah menegah dari mendoa’ agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam. Namun beliau menahan marahnya; bahkan kepada si-Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata: “alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku”.

Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah; kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara’. Apabila beliau memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun, Masjid Al-Abrar di As-Sabir, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi.

Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu’ (merendah diri). Ini terselah pada kata-katanya, syair-syairnya dan tulisannya. Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Aidarus. “Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampuni Allah”


Wafatnya

Beliau wafat hari Isnin, malam Selasa, tanggal 7 Zulkaedah 1132 H, dalam usia 98 tahun. Beliau disemayamkan di pemakaman Zambal, di Kota Tarim, Hadhromaut, Yaman. Semoga Allah melimpahkan rohmat-Nya kepada beliau juga kita yang ditinggalkannya.


Habib Abdullah Al Haddad dimata Para Ulama


Al-Arifbillah Quthbil Anfas Al-Imam Habib Umar bin Abdurrohman Al-Athos ra. mengatakan, “Al-Habib Abdullah Al-Haddad ibarat pakaian yang dilipat dan baru dibuka di zaman ini, sebab beliau termasuk orang terdahulu, hanya saja ditunda kehidupan beliau demi kebahagiaan umat di zaman ini (abad 12 H)”.

Al-Imam Arifbillah Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Idrus ra. mengatakan, “Sayyid Abdullah bin Alwy Al-Haddad adalah Sultan seluruh golongan Ba Alawy”. Al-Imam Arifbillah Muhammad bin Abdurrohman Madehej ra. mengatakan, “Mutiara ucapan Al-Habib Abdullah Al-Haddad merupakan obat bagi mereka yang mempunyai hati cemerlang sebab mutiara beliau segar dan baru, langsung dari Allah SWT. Di zaman sekarang ini kamu jangan tertipu dengan siapapun, walaupun kamu sudah melihat dia sudah memperlihatkan banyak melakukan amal ibadah dan menampakkan karomah, sesungguhnya orang zaman sekarang tidak mampu berbuat apa-apa jika mereka tidak berhubungan (kontak hati) dengan Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebab Allah SWT telah menghibahkan kepada beliau banyak hal yang tidak mungkin dapat diukur.” Al-Imam Abdullah bin Ahmad Bafaqih ra. mengatakan, “Sejak kecil Al-Habib Abdullah Al-Haddad bila matahari mulai menyising, mencari beberapa masjid yang ada di kota Tarim untuk sholat sunnah 100 hingga 200 raka’at kemudian berdoa dan sering membaca Yasin sambil menangis. Al-Habib Abdullah Al-Haddad telah mendapat anugrah (fath) dari Allah sejak masa kecilnya”.

Sayyid Syaikh Al-Imam Khoir Al-Diin Al-Dzarkali ra. menyebut Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebagai fadhillun min ahli Tarim (orang utama dari Kota Tarim). Al-Habib Muhammad bin Zein bin Smith ra. berkata, “Masa kecil Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah masa kecil yang unik. Uniknya semasa kecil beliau sudah mampu mendiskusikan masalah-masalah sufistik yang sulit seperti mengaji dan mengkaji pemikiran Syaikh Ibnu Al-Faridh, Ibnu Aroby, Ibnu Athoilah dan kitab-kitab Al-Ghodzali. Beliau tumbuh dari fitroh yang asli dan sempurna dalam kemanusiaannya, wataknya dan kepribadiannya”.

Al-Habib Hasan bin Alwy bin Awudh Bahsin ra. mengatakan, “Bahwa Allah telah mengumpulkan pada diri Al-Habib Al-Haddad syarat-syarat Al-Quthbaniyyah.” Al-Habib Abu Bakar bin Said Al-Jufri ra. berkata tentang majelis Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebagai majelis ilmu tanpa belajar (ilmun billa ta’alum) dan merupakan kebaikan secara menyeluruh. Dalam kesempatan yang lain beliau mengatakan, “Aku telah berkumpul dengan lebih dari 40 Waliyullah, tetapi aku tidak pernah menyaksikan yang seperti Al-Habib Abdullah Al-Haddad dan tidak ada pula yang mengunggulinya, beliau adalah Nafs Rohmani, bahwa Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah asal dan tiada segala sesuatu kecuali dari dirinya.”

Seorang guru Masjidil Harom dan Nabawi, Syaikh Syihab Ahmad al-Tanbakati ra. berkata, “Aku dulu sangat ber-ta’alluq (bergantung) kepada Sayyidi Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani. Kadang-kadang dia tampak di hadapan mataku. Akan tetapi setelah aku ber-intima’ (condong) kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad, maka aku tidak lagi melihatnya. Kejadian ini aku sampaikan kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau berkata,’Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani di sisi kami bagaikan ayah. Bila yang satu ghoib (tidak terlihat), maka akan diganti dengan yang lainnya. Allah lebih mengetahui.’ Maka semenjak itu aku ber-ta’alluq kepadanya.”

Al-Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi ra. seorang murid Al-Habib Abdullah Al-Haddad yang mendapat mandat besar dari beliau, menyatakan kekagumannya terhadap gurunya dengan mengatakan, ”Seandainya aku dan tuanku Al-Habib Abdullah Al-Haddad ziaroh ke makam, kemudian beliau mengatakan kepada orang-orang yang mati untuk bangkit dari kuburnya, pasti mereka akan bangkit sebagai orang-orang hidup dengan izin Allah. Karena aku menyaksikan sendiri bagaimana dia setiap hari telah mampu menghidupkan orang-orang yang bodoh dan lupa dengan cahaya ilmu dan nasihat. Beliau adalah lauatan ilmu pengetahuan yang tiada bertepi, yang sampai pada tingkatan Mujtahid dalam ilmu-ilmu Islam, Iman dan Ihsan. Beliau adalah mujaddid pada ilmu-ilmu tersebut bagi penghuni zaman ini. ”

Syaikh Abdurrohman Al-Baiti ra. pernah berziaroh bersama Al-Habib Abdullah Al-Haddad ke makam Sayidina Al-Faqih Al-Muqoddam Muhammad bin Ali Ba’Alawy, dalam hatinya terbetik sebuah pertanyaan ketika sedang berziaroh, “Bila dalam sebuah majelis zikir para sufi hadir Al-Faqih Al-Muqaddam, Syaikh Abdurrohman Asseqaff, Syaikh Umar al-Mukhdor, Syaikh Abdullah Al-Idrus, Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani, dan yang semisal setara dengan mereka, mana diantara mereka yang akan berada di baris depan? Pada waktu itu guruku, Al-Habib Abdullah Al-Haddad, menyingkap apa yang ada dibenakku, kemudian dia mengatakan, ‘Saya adalah jalan keluar bagi mereka, dan tiada seseorang yang bisa masuk kepada mereka kecuali melaluiku.’ Setelah itu aku memahami bahwa beliau Al-Habib Abdullah Al-Haddad, adalah dari abad 2 H, yang diakhirkan kemunculannya oleh Allah SWT pada abad ini sebagai rohmat bagi penghuninya.”

Al-Habib Ahmad bin Umar bin Semith ra. mengatakan, “Bahwa Allah memudahkan bagi pembaca karya-karya Al-Habib Abdullah Al-Haddad untuk mendapat pemahaman (futuh), dan berkah membaca karyanya Allah memudahkan segala urusannya agama, dunia dan akhirat, serta akan diberi ‘Afiat (kesejahteraan) yang sempurna dan besar kepadanya.”
Al-Habib Thohir bin Umar Al-Hadad ra. mengatakan, “Semoga Allah mencurahkan kebahagiaan dan kelapangan, serta rezeki yang halal, banyak dan memudahkannya, bagi mereka yang hendak membaca karya-karya Al-Quthb Aqthob wal Ghouts Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad ra.”

Al-Habib Umar bin Zain bin Semith ra. mengatakan bahwa seseorang yang hidup sezaman dengan Al-Habib Abdullah Al-Haddad ra., bermukim di Mekkah, sehari setelah Al-Habib Abdullah Al-Haddad wafat, ia memberitahukan kepada sejumlah orang bahwa semalam beliau ra. sudah wafat. Ketika ditanya darimana ia mengetahuinya, ia menjawab, “Tiap hari, siang dan malam, saya melihat beliau selalu datang berthowaf mengitari Ka’bah (padahal beliau berada di Tarim, Hadhromaut). Hari ini saya tidak melihatnya lagi, karena itulah saya mengetahui bahwa beliau sudah wafat.”


Karya-karyanya

Beliau meninggalkan kepada umat Islam khazanah ilmu yang banyak, yang tidak ternilai, melalui kitab-kitab dan syair-syair karangan beliau. Antaranya ialah:
1. An-Nashaa’ih Ad-Dinniyah Wal-Washaya Al-Imaniyah.
2. Ad-Dakwah At Tammah.
3. Risalah Al-Mudzakarah Ma’al-Ikhwan Wal-Muhibbin.
4. Al Fushuul Al-Ilmiyah.
5. Al-Hikam.
6. Risalah Adab Sulukil-Murid.
7. Sabilul Iddikar.
8. Risalah Al-Mu’awanah.
9. Ittihafus-Sa’il Bi-Ajwibatil-Masa’il.
10. Ad-Durrul Manzhum Al-Jami’i Lil-Hikam Wal-Ulum.*

Monday, December 1, 2008

Mengapa Kita Demam?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Seorang penyair berkata
"Seseorang itu tidak mengenal tanda sihat selagi dia belum ditimpa sakit"

Sakit? Sebagai manusia biasa kita tidak akan sesekali hidup dalam keadaan sihat. Ada masa kita menjadi sihat dan ada masa kita menjadi sakit. Sebagai mana yang kita tahu, sakit merupakan perkara yang menyulitkan diri diri kerana pada masa itu tahap kemampuan diri adalah terbatas. Sebagai pelajar, apabila kita kita ditimpa demam yang panjang semua kerja tidak berkualiti. Ada juga di antara kita yang mengambil cuti sakit untuk mengambil peluang untuk rehat bagi memulihkan semula penyakit demam itu.

Apabila kita ditimpa sakit, pasti seseorang insan itu akan meluahkan perasaan ketidakpuashatiannya kepada penyakit yang menimpanya. Tetapi ada juga manusia yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha denan ketentuan Allah. Apabila seseorang anak Adam itu menerima dengan redha penyakitnya, maka akan dituliskan pahala yang berterusan selama mana keredhaan kita kepadanya.

Bagi manusia yang bersifat duniawi, pasti akan terpacul daripada mulut mereka perkataan yang kesat iaitu perkataan yang menghina Allah. Apabila ditimpa demam yang kecil ini, kita akan berkata,

"Aduh, kenapalah demam. Macam mana aku hendak bekerja?"
"Bagaimana pula aku nak lakukan aktiviti harian. Demam ni asyik menyusahkan aku sajalah. Nak kena makan ubatlah. pergi jumpa doktorlah apa la itulah".

Mengapa kita demam? Ada banyak sebab ataupun hikmahnya.

Menurut Ibnu Qayyim,
"Andaikata kita dapat menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka kita akan dapati tidak kurang ribuan hikmah. Namum akal kita sangat terbatas. Pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk adalah sia-sia berbanding ilmu Allah sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira. Yang sebenarnya tentu lebih daripada gambaran ini."


Selain itu, demam juga mampu meghapuskan dosa-dosa lalu sebagaimana menurut hadis,

Daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a, Rasulallah s.a.w bersadba bermaksud "Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundahan sehingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapus sebahagian daripada kesalahannya" (Hadis riwayat Bukhari)

Saya pernah diberitahu sebuah cerita mengenai seorang Ustaz yang redha dengan penyakitnya. Pada dua minggu sebelum menjelangnya peperiksaan, kebiasaannya semua pelajar yang menduduki peperiksaan akan duduk mengulangkaji pelajaran. Tetapi Allah telah menguji seorang Ustaz ini dengan sebuah penyakit demam panas. Beliau didapati mengalami demam yang panas selama mana beliau sibuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi beliau redha dan sabar dengan ketentuan Allah. Beliau tahu, pasti Allah mempunyai rancangan yang lain yang lebih baik daripada perancangannya. Apabila tibanya waktu peperiksaan, beliau bersegera masuk ke dalam dewan peperiksaan itu. Selama beliau sakit, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk mengulangkaji pelajarannya berbanding rakan-rakannya yang lain. Apabila beliau tahu beliau tidak pernah membuka buku untuk mengulangkaji kertas peperiksaan di depan matanya itu, beliau dengan penuh keimanan segera bertawakkal kepada Allah. Beliau yakin bahawa Allah merupakan tempat beliau bergantung. Apabila masa menjawab dimulakan, beliau yang tidak mengetahui sebarang jawapan terus duduk termenung bagi memikirkan jawapan soalan itu. Demi kekuasaan Allah yang maha Esa, Allah telah memperlihatkan bayangan jawapan kepada Ustaz tersebut. Beliau mendapati bahawa beliau seorang sahaja yang dapat melihat jawapan itu. Lantas beliau menyalin kesemua jawapan yang telah diberikan Allah itu. Akhirnya beliau berjaya dengan cemerlang berkat kepercayaannya yang teguh kepada Allah Azza Wajalla.

Begitulah bantuan Allah kepada hambaNya yang sentiasa tunduk, patuh dan redha dengan ketentuanNya. Sebagai mana hadis Nabi s.a.w seperti berikut,

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud"Janganlah kamu mencaci dan memaki penyakit demam kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan meghapuskan dosa anak Adam sebagaimana tugku api yang menghilangkan kotoran besi." [Hadis riwayat Muslim]

Sabar dan redha merupakan elemen yang terpenting yang dinilai oleh Allah. Jika seseorang hamba itu gagal dalam mencapai kesabaran dan keredhaan yang dikehendakiNya, maka hambaNya itu belum lagi mencapai tahap mukmin yang disayangi dan dikasihi Allah.



QASIDAH MUHAMMADIAH

القصيدة المحمدية
للإمام شرف الدين أبي عبد الله محمّد البوصيري





محمّدٌ أشرفُ الأعْرَبِ و العَجَمِ * محمّد خَيرُ مَن يَمْشِي عَلَى قَدَمِ

Muhammad ialah semulia-mulia manusia dikalangan Arab dan A’jam
Muhammad ialah sebaik-baik (manusia) yang berjalan dengan kaki

محمّدٌ بَاسِطُ المَعرُوفِ جَامِعُهُ * محمّدٌ صَاحِبُ الإِحْسَانِ وَ الكَرَمِ
Muhammad ialah penyebar dan penghimpun kebajikan
Muhammad ialah pemilik maqam Ihsan dan kemuliaan

محمّدٌ تَاجُ رُسْلِ اللهِ قَاطِبَةً * محمّدٌ صَادِقُ الأَقْوَالِ وَ الكَلِمِ
Muhammad ialah mahkota[1] sekalian utusan Allah
Muhammad sentiasa benar pada kata dan ucapannya

محمّدٌ ثَابتُ المِيثَاقِ حَافِظُهُ * محمّدٌ طَيِّبُ الأَخْلاَقِ و الشِّيَمِ
Muhammad berpegang pada janji dan sentiasa memeliharanya
Muhammad ialah yang terbaik akhlak dan sifatnya.

محمّدٌ رُوِيَتْ بِالنُّورِ طِينَتُهُ * محّمدٌ لم يَزَلْ نُورا مِنَ القِدَمِ
Muhammad diambil daripada Nur asal kejadian penciptaannya
Muhammad itu adalah Nur sejak azali[2] lagi (sebelum kelahiran)

محمّدٌ حَاكِمُ بالعَدْلِ ذُو شَرَفٍ * محمّدٌ مَعْدِنُ الإِنعَامِ و الحِكَمِ
Muhammad menghukum dengan keadilan juga punyai kemuliaan
Muhammad itu ialah lubuk segala kurniaan dan hikmah

محمّدٌ خَيرُ خَلْقِ اللهِ مِنْ مُضَرٍ * محمّدٌُ خَيرُ رُسْلِ اللهِ كُلِّهِمِ
Muhammad ialah sebaik-baik kejadian Allah dari Bani Mudhor
Muhammad ialah sebaik-baik rasul (utusan) Allah

محمّدٌ دِينُهُ حَقٌّ نَدِينُ بِهِ * محمّدٌ مجُمِلا ًحَقًّا عَلى عَلَمِ
Muhammad agamanya benar untuk kita berpegang padanya

محمّدٌ ذِكْرُهُ رَوْحٌ لأَنفُسِنَا * محمّدٌ شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلى الأُمَمِ
Muhammad dengan mengingatinya menenangkan jiwa-jiwa kita
Muhammad mensyukurinya adalah kewajiban bagi sekalian umat

محمّدٌ زِينَةُ الدُّنيَا و بَهْجَتهَا * محمّدٌ كَاشِفُ الغُمَّاتِ و الظُّلَمِ
Muhammad ialah perhiasan dunia dan kecantikannya
Muhammad ialah pelepas dukacita dan penerang kegelapan

محمّدٌ سَيِّدٌ طَابَتِ مَنَاقِبُه * محمّدٌ صَاغَهُ الرَحْمَنُ بالنِّعَمِ
Muhammad adalah Sayed(tuan) yang baik benar sifat dan kemuliaannya
Muhammad diciptakan ar-Rahman dengan penuh kurniaan

محمّدٌ صَفْوَةُ البَارِي و خِيْرَتُهُ * محمّدٌ طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ
Muhammad pilihan al-Baari (Allah) dan yang terbaik penciptaannya
Muhammad adalah bersih dari segala tohmahan

محمّدٌ ضَاحِكٌ لِلضَيفِ مُكرِمُهُ * محمّدٌ جَارُهُ و اللهِ لَم يُضَمِ
Muhammad sentiasa tersenyum pada tetamunya dan memuliakan mereka
Muhammad ,Demi Allah jiran baginda tidak pernah diganggu

محمّدٌ طَابَتِ الدُّنيَا بِبعْثتهِ * محمّدٌ جَاءَ باِلآياتِ و الحِكَمِ
Muhammad dengan sebab perutusannya menjadi baik dunia ini
Muhammad telah datang dengan pelbagai tanda (mukjizat) dan hikmah

محمّدٌ يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنا * محمّدٌ نورُه الهَادِي مِنَ الظُلَمِ
Muhammad di hari kebangkitan manusia menjadi syafaat pada kita
Muhammad, nurnya menjadi hidayat daripada kegelapan (kekufuran)

محمّدٌ قَائِمُ للهِ ذوهِمَمِ * محمّدٌ خَاتِمُ لِلرُّسِْل كُلِّهِمِ
Muhammad penegak bagi (agama) Allah yang berhemah tinggi
Muhammad ialah penutup sekalian rasul-rasul

تمّت القصيدة المحمدية للإمام البوصيري بتوفيق الله عزّ و جلّ
و صلّى على سيدنا محمّد وعلى آله و اصحابه
والحمد لله ربّ العالمين
آمين


[1 Kinayah kepada penghulu kepada rasul-rasul
2] Iaitu azali pada Ilmu Allah yang bersifat Qadim


Imam Abu Hanifah VS Atheis

Pada Zaman Imam Abu Hanifah hiduplah seorang ilmuwan besar, atheis dari kalangan bangsa Romawi. Pada suatu hari, Ilmuwan Atheis tersebut berniat untuk mengadu kemampuan berfikir dan keluasan ilmu dengan ulama-ulama Islam. Dia hendak menjatuhkan ulama Islam dengan berlawan hujah. Setelah melihat sudah banyak manusia yang berkumpul di dalam masjid, orang kafir itu naik ke atas mimbar. Dia menentang siapa saja yang mahu berdebat dengannya.

Dan diantara saf-saf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat di depan mimbar, dia berkata : "Inilah saya, hendak bertukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri karena usianya yang masih muda.Abu Hanifah berkata, "sekarang apa yang akan kita perdebatkan! ". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, dia lalu memulakan pertanyaannya :



Atheis
: Pada tahun berapakah Tuhan-mu dilahirkan?


Abu Hanifah : Allah berfirman "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan".


Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahwa Allah adalah yang pertama dan tidak ada sesuatu sebelum-Nya? , pada tahun berapa Dia ada?


Abu Hanifah : Dia (Allah) ada sebelum adanya sesuatu.


Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!


Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?


Atheis : Ya.


Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?


Atheis : Tidak ada angka (nol).


Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan heran kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahului-Nya?


Atheis : Dimanakah Tuhan-mu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.


Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu ada keju?


Atheis : Ya, sudah tentu.


Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bagian mana tempatnya keju itu sekarang?


Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu di seluruh bagian.


Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!


Atheis :Tunjukkan kepada kami zat Tuhan-mu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?


Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?


Atheis :Ya, pernah.


Abu Hanifah : Sebelum ia meninggal, sebelumnya dia bisa berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?


Atheis : Karena rohnya telah meninggalkan tubuhnya.


Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?


Atheis : Ya, masih ada.


Abu Hanifah: Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seperti gas?


Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.


Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat maupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!


Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?


Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?


Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.


Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.


Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?


Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.


Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?


Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkannya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.


Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?


Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.


Atheis : "Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?"


"Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah


"Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?".


Ilmuwan kafir mengangguk.


Abu Hanifah: "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahwa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu".



Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan ilmuwan besar atheis tersebut dia mengakui kecerdikan dan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Imam Abu Hanifah.