Thursday, December 11, 2008

7 Keajaiban Dunia

1) Piramid di Chichen Itza Yucatan, Mexico

Merupakan kuil orang Mayan yang paling popular. Kuil ini pernah dijadikan sebagai tempat berpolitik dan juga tempat pusat ekonomi bagi tamadun Mayan. Piramid ini mempunyai banyak sktruktur seperti Piramid Kukulkan, kuil Chac Mool, dewan 1000 tiang dan juga tempat bertarung para banduan. Struktur-struktur ini masih boleh dilihat sehingga hari ini. Piramid ini juga telah dipersetujui sebagai kuil yang paling mulia dan terhebat di kalangan penduduk Mayan.





2) Christ Redeemer (1931) Rio de Janeiro, Brazil

Tugu ini melambangkan berdirinya Jesus berketinggian 38 meter. Ia terletak di bahagian atas puncak bukit Corcovado menghadap Rio de Janeiro. Tugu ini telah direka oleh Heitor da Silva Costa dan telah dihasilkan oleh Paul Landowski. Ia merupakan monumen yang paling dikenali di dunia. Tugu ini telah mengambil masa selama 5 tahun untuk dibina dan tel;ah dirasmikan pada 12 Oktober 1931. Ia telah menjadi simbol kepada bandar Brazil dan penduduknya yang peramah yang menerima pengunjung setiap tahun dengan tangan yang terbuka.






3) Roman Colosseum, Rome Itali

Ganbunan yang berbentuk bulat yang hebat ini yang terletak di tengah Rome telah dibina bertujuan untuk memberi penghargaan dan menyambut kegemilangan Empayar Rom. Konsep binaannya masih kekal sehingga hari ini. Rekaannya juga hampir menyerupai sesetengah stadium sukan yang moden. Pada hari ini, melalui filem dan juga buku sejarah, kita sering diperlihatkan dengan pertarungan dan perlawanan yang berlansung di tempat ini. Ia menarik minat kepada pengunjung yang datang melihat perlawanan tersebut.




4) Tembok Besar China

Tembok Besar China ini telah dibina sebagai pertahanan yang kukuh kepada negara China bagi mengelakkan serangan daripada puak Mongol yang tinggal di luar negara China pada masa itu. Tembok besar ini merupakan satu-satunya monumen buatan manusia yang terbesar di dunia dan ia telah diputuskan bahawa ia bleh dilihat daripada angkasa. Beribu-ribu nyawa telah terkorban bagi menyiapkan pembinaan tembok ini.




5) Macchu Picchu, Peru

Pada abad ke 15, empayar Inca telah membina sebuah bandar di dalam awan di puncak gunung yang dikenali sebagai Machu Picchu (gunung lama). Keajaiban kedudukannya telah terbentang di tengah-tengah Andes PLateau, jauh ke dalam sungai Amazon dan juga jauh ke sungai Urubamba. Tempat ini telah lama ditinggalkan oleh puak Inca kerana dikatakan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit dan juga selepas dikalahkan oleh orang Spanish. Bandar ini telah hilang hampir selama tiga abad dan kemudian telah dijumpai semula oleh Hiram Bingham pada 1911.





6) Petra, Jordon

Ditengah-tengah padang pasir arab, Petra merupakan bandar terhormat dan termulia oleh empayar Nabataen di bawah pemerintahan Aretas IV. Mahir dalam teknologi air, penduduk Nabataen telah menyediakan bandar-bandarnya dengan air melalui pembinaan terowong dan juga kebuk-kebuk air yang hebat. Sebuah teater, bermodelkan Greek-Roman prototype telah memuatkan hampir 4000 penonton pada satu masa. Pada hari ini, Makam Istana Petra dengan ketinggian 42 meter bermuka depankan kuil Hellenistic El-Deir Monastery merupakan satu contoh kebanggaan budaya dan seni timur tengah.






7) Taj Mahal, Agra, India

Makam terbesar yang pernah dibina adalah atas arahan Shah Jahan, pemerintah Muslim kelima Mogul untuk isteri kesayangannya, Mumtaz. Ia telah dibina dengan jubin putih dan juga dihiasi dengan taman-taman disekelilingnya. Taj Mahal dianugerahkan sebagai kesenian Muslim yang paling berharga di India. Kemudian, pemerintahnya, Shah Jahan telah dipenjara dan beliau pernah berkata "aku sering melihat Taj Mahal melalui tingkap-tingkap kecil dari penjara ini"

No comments:

Post a Comment