Monday, February 9, 2009

Si bapa dan Si Anak.

Aku ke Alamanda semalam. Banyak juga orang di sana. Setiap kali aku melangkah pasti aku akan bertembung dengan orang ramai. Pada hari Ahad semalam boleh dikatakan ramai manusia telah berhimpun di sana atas tujuan masing-masing.

Aku dan kawanku melangkah masuk ke dalam sebuah kedai pakaian dan kasut. Boleh tahan juga orang di dalam kedai itu. Barangkali barang yang dijual adalah murah. Bagi aku barang yang dijual adalah mahal kerana kebanyakan barangan di jual pada harga RM50 ke atas.

Aku menanti rakanku untuk memilih kasut yang dia mahu. Dia masih tercari-cari kasutnya. Aku pula sibuk memerhatikan gelagat manusia. Ada yang datang dengan pasangan masing-masing. Tak lupa juga ada yang datang dengan kelurga.

KES 1
Gelagat manusia bersama pasangan amat mengelikan hati. Manusia memang suka perkara semacam ini. Tetapi tengok dari gaya mereka. Seolah-olah mereka itu belum lagi diikat dengan ikatan yang sah. Manja sungguh mereka. Mengapalah mereka hendak bermanja-manja ketika di khalayak ramai. Ada yang mengatakan kita perlu bersangka baik dengan mereka. Sampai bila kita perlu begitu. Sedangkan maksiat itu berlaku di depan mata. Menggunakan kaedah sangka baik untuk menolak maksiat. Adakah langkah ini sesuai dengan hadis yang mengatakan kita perlu bertindak dengan tangan, mulut dan hati? Fikir-fikirkanlah.

KES 2
Pemerhatian aku asyik tertumpu kepada sebuah keluarga ini. Emak, bapa dan anak datang bersama. Membeli baju adalah tidak salah. Tetapi mengapa si bapa memilihkan baju untuk si anak dengan baju yang agak ketat. Si ibu pula memerhatikan saja tanpa memberi sebarang pendapat ataupun bantahan. Si anak pada ketika itu kelihatan sungguh beremosi. Si bapa memilih kasut dan baju yang sesuai anaknya. Anaknya kelihatan amat marah dengan si bapa. Aku terdengar satu baris kata yang terkeluar daripada mulut si anak

Bapa : Amik ni, cuba pakai kasut ni. Muat ke tak?
Anak : Sibuk je la.

Sedangkan kita mengatakan "Oh" atau "ah" pun dikira sebagai menderhaka. Inikan pula perkataan seperti "Sibuk je la".

Si bapa kelihatan tenang. Seperti perkara ini adalah biasa. Masalah keluarga itu berpunca daripada si bapa yang tidak berilmu agama manakala si ibu pula menjadi si pak turut. Membenarkan apa yang dilakukan oleh suaminya. Mereka pula beranggapan bahawa kehendak si anak perlu dituruti. Jika tidak dituruti mereka akan merajuk dan marah kepada mereka. Patutlah budaya membuka aurat berlaku secara besar-besaran tanpa segan dan silu.

Aku pula yang menjadi malu sendirian...Beginilah dunia akhir zaman.

No comments:

Post a Comment