Saturday, November 22, 2008

Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi...

Assalamualaikum. Puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam.

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang.


Pada kali ini saya ingin membawa satu tajuk yang menarik. Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia? Apabila dengar sahaja soalan ini, pasti kita semua akan terpikir-pikir dan terbayang-bayang keadaan fizikal yang jelas berbeza di antara dua kawasan, Eropah dan Asia. Pada hari ini, orang Eropah mempunyai susuk badan yang lebih tinggi dan besar berbanding orang Asia.

Sebagai contoh, apabila kita berada di pusat-pusat peranginan seperti di Genting Highland, Cameron Highland, dan juga di ibu negara, kita dapati hampir kesemua pelancong-pelancong barat memiliki tubuh badan yang agak besar. Apabila kita melihat sukan di televisyen seperti sukan ragbi, kita dapati pemain-pemain yang berada di atas padang kelihatan besar dan gagah. Manakala, jika kita membuat perbandingan dengan mereka, kita dapati susuk badan orang Asia kecil dan pendek berbanding mereka. Mengapa hal ini boleh terjadi?

Masalah ini telah pun dikaji oleh para saintis. Saintis barat mengatakan bahawa keadaan fizikal warga Eropah lebih besar berbanding warga Asia kerana menurut kajian Warga Eropah memiliki "Gen" istimewa yang tidak dimiliki oleh orang-orang Asia. Maka, dengan berpandukan sains sahaja hampir keseluruhan manuia di dunia telah menerima kenyataan palsu itu secara bulat-bulat. Malah, ada juga yang menambah bahawa untuk memiliki ketinggian dan susuk badan yang besar makanan seperti telur, daging dan susu merupakan faktor yang banyak menyumbang kepadanya.


Mari kita lihat menelusuri sejarah manusia dan juga fakta.


1) Orang kulit hitam pada masa dahulu merupakan hamba abdi yang mana mereka dahulunya kecil dan pendek. Tetapi pada hari ini, mereka di dapati tinggi dan besar setanding orang-orang kulit putih, penduduk Amerika Syarikat.

2) Pada musim haji, di dapati orang-orang Afghanistan kelihatan tinggi dan besar hampir sama seperti orang-orang Eropah walaupun kita sedia maklum bahawa orang-orang Afghanistan tidak mempunyai makanan yang mewah.

3) Di Malaysia pula, kita dapati orang Indonesia kelihatan kecil berbanding orang tenpatan.

4) Kini, rakyat Jepun didapati lebih tinggi dan besar berbanding nenek moyang mereka yang dahulunya kecil dan pendek.


Berdasarkan pemerhatian ini sahaja jelas menunjukkan bahawa teori barat tidak boleh diterima pakai sama sekali. Seterusnya, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang perubahan yang berlaku pada manusia pada hari ini dan faktor penyebab berlakunya sedemikian.


Pada hakikatnya, bukan 'Gen' penentu ketinggian bahkan faktor pemakanan memainkan peranan penting. Menurut satu sumber yang saya telah baca, beliau mengatakan bahawa


"Seseorang yang banyak mengambil makanan daripada produk gandum akan menjadikannya lebih tinggi berbanding seseorang yang banyak mengambil makanan daripada produk beras"


Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

No comments:

Post a Comment