Thursday, February 19, 2009

Kualiti Air

Assalamualaikum.

Tahukah kita bahawa air yang kita masak dengan menggunakan pemanas selamat diminum atau tidak?

Itulah yang menjadi persoalan yang membelenggu diriku tika ini. Aku pada mulanya tidak menyangka bahawa kualiti air di institut ini adalah berkualiti tetapi malangnya hal itu jauh lebih teruk daripada apa yang kita fikirkan.

Dari mula aku menetap di Bangi ini sehinggalah sekarang aku telah mempunyai sebuah pemanas air. Menjak-menjak ini aku mendapati air yang aku jerang atau masak itu mempunyai satu rasa yang sukar untuk diungkapkan. Rasa seakan-akan besi yang berkarat dan kotor. Walaupun pada zahirnya kelihatan bersih dan suci namun di sebalik kandungan air tersebut hanya dapat dizahirkan melalui pemerhatian yang teliti di bawah mikroskop.

Dalam kata lain, air yang berada di tempat aku belajar ini adalah tidak selamat untuk diminum. Oleh hal yang demikian aku telah mengambil langkah inisiatif dengan membeli air RO di kedai-kedai berhampiran. Rasa air RO dan air institut jauh berbeza.

Kalau kita pergi ke tandas Blok B aras dua berhampiran padang, kita akan dapati ada span yang telah diletakkan pada muncung paip tersebut. Apabila sering digunakan maka warna span itu akan bertukar lama kelamaan kepada warna jingga. Hal ini menunjukkan bahawa air untuk kehidupan kita seharian di institut ini tidak lagi dapat dijamin keselamatannya.

Aku tidak tahu sama ada kajian mengatakan bahawa air institut selamat diminum atau tidak. Tetapi daripada zahirnya sahaja, aku dapat menilai melalui pertukaran warna yang ketara dari jernih kepada jingga pada span menunjukkan bahawa air tersebut kurang sesuai untuk dijadikan sebagai minuman sehari harian.

Aku bukan mahu berlagak seperti orang-orang kaya atau pun anak yang manja. Bukan kerana hal tersebut aku tidak minum air institut. Bukan kerana air institut tidak sedap atau menyelerakan tetapi bak kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Lagipun air jernih sangat diperlukan dalam kehidupan untuk mengekalkan tahap kesihatan kita.

Kesihatan perlu diutamakan.

3 comments:

  1. yup.. kalo masak air, heater yg putih tu pun dh jd warna lain.. sental pun tak tanggal.. jd geli bile tengok.. tak berselera nk minum.. kene wat aduan ni..

    ReplyDelete
  2. repot kt syabas ler..
    asik minum air karat..
    nnt hati n otak kita pn berkarat..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. tapi ape yg sedihnya...
    RO dalam maktab pun rosak
    x dapat nak beli air.
    Xda sape2 yg leh repair ke?

    ReplyDelete