Sunday, November 30, 2008

HABIB UMAR BIN HAFIZ



HABIB UMAR BIN HAFIZ telah dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu daripada tempat sejarah di Yaman yang terkenal kerana kebanyakan ulama' telah dilahirkan di situ. Beliau berketurunan Nabi Muhammad S.A.W dari Hussain bin Ali bin Talib. Beliau membesar dalam suasana yang Islam dan ayahandanya yang merupakan seorang Ulama yang bernama Muhammad in Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim. Ayahandanya merupakan salah seorang sarjana Islam yang dedikasi terhadap pengajaran juga perkembangan tentang Islam.

Beliau telah menghafal Quran pada usia muda lagi. Habib Umar juga juga telah menghafal kitab utama Fiqh, Hadith, Tatabahasa Arab dan juga Sains Agama. Beliau juga telah banyak menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan oleh banyak sarjana Islam lama contohnya Muhammad bin Alawi bin Shibab dan Al-Shaikh Fadl Baa Fadl. Kemudian beliau telah memasuki Ribat AL-Bayda', iaitu tempat di mana tempat mula belajar tentang ilmu sains tradisional di bawah tunjuk ajar Al-Habib Muhammad bin Abd Allah AL Haddar dan termasuk juga Ulama' Syafie and juga sarjana Al-Habib Zain bin Sumait. Kemudian Habib Umar telah diberi kebenaran untuk mengajar kerana mempunyai ilmu yang banyak.

Kemudia, beliau mula melawat banyak daerah dan bandar merentasi Yaman dan beliau juga telah belajar dengan mufti Ta'iz, Al Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mana beliau telah menunjukkan perasaan kasih dan sayang kepadanya. Beliau juga telah menerima pengajian yang sama daripada Shaikh Al Habib Muhammad Al Haddar yang mana telah mengahwinkan anak perempuannya selepas kagum dengan kemulian dan juga kepintaran yang dimiliki oleh Habib Umar. Kemudian, beliau telah berjalan ke Hijaz dan telah belajar beberapa buah kitab dengan ulama'-ulama' terkenal seperti Al Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al Saqqaf, Al Habib Ahmad Al Haddad dan Al Habib Attas Al Habashi.

Kemana saja Habib Umar pergi, beliau bersungguh-sungguh untuk menyemai kasih Allah dan juga pesuruhnya, Nabi Muhammad S.A.W dalam hati setiap umat Islam. Sekembalinya ke Tarim, beliau telah menubuhkan Dar Al Mustafa, sebuah institut pengajian agama di mana pelajar-pelajar yang datang dari seluruh pelusuk negara telah datang ke situ untuk menuntut ilmu. Habib Umar sekarang menetap di Tarim di mana beliau sedang menguruskan pentadbiran Dar Al Mustafa dan juga beberapa sekolah yang telah didirikan.

Monday, November 24, 2008

Soalan Pihak Kristian

Maha suci Allah yang maha pemurah dan Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanyalah untuknya tuhan seluruh alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Soalan Pertama


Adakah Islam mempercayai beberapa tuhan kerana Al-Quran menggunakan perkataan "kami" apabila tuhan berfirman di dalamnya?


Jawapan Dr Zakir Naik

Islam merupakan agama yang tetap mempercayai kepada satu tuhan. Islam mempercayai bahawa tiada tuhan selain Allah. Di samping itu, Islam mempercayai tuhan adalah satu dan juga ciri-ciri unik yang dimilikinya. Manakala ciri banyak dari segi jumlah bagi Allah itu adalah menunjukkan kepada penghormatan yang tinggi dan bukannya kepada bilangannya.

Di dalam bahasa Inggeris, Ratu England sering merujuk dirinya sebagai "kami" berbanding "saya". Perkataan "kami" di sini merujuk kepada ketinggian penghormatan dan juga kemuliaan beliau dan negaranya.

Rajiv Gandhi, bekas perdana menteri India sering berkata di dalam bahasa India "Hum dekhna chahte hain" yang bermaksud "kami mahu berjumpa". Perkataan "Hum" di sini merujuk kepada ketinggian kemuliaan dan penghormatan di dalam bahasa Hindi.

Maka adalah serupa dalam bahasa Arab. Apabila Allah merujuk kepada diriNya di dalam AL-Quran. Allah sering menggunakan perkataan Arab iaitu "Nahnu" yang bermaksud "kami". Hal ini tidak bermaksud merujuk kepada jumlah bilangan yang banyak akan tetapi merujuk kepada ketinggian kemulian dan penghormatan.

Tauhid adalah merupakan satu tiang daripada ISlam. Kewujudan dan keunikan Allah telah banyak kali disebutkan di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya di dalam Surah Al-Ikhlas. Allah berfiman

Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah yang maha esa.

(Al-Quran surah 112 ayat 1)


Soalan Kedua

Mengapa orang kafir tidak dibenarkan berada di dalam dua tempat suci umat Islam iaitu kota Mekah dan kota madinah?

Jawapan Dr Zakir Naik

Adalah benar bahawa orang kafir tidak dibenarkan berada di kota suci Mekah dan Madinah. Maklumat seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai alasan yang munasabah disebalik larangan tersebut.


1) Semua warganegara tidak dibenarkan berada di dalam kawasan taklukan.

Saya adalah warganegara India. Sehingga sekarang saya tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan larangan. Di sesetengah negara terdapat kawasan tertentu di mana rakyat biasa tidak dibenarkan untuk masuk. Hanya rakyat yang berdaftar sebagai ahli tentera atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pertahanan negara adalah dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Hal ini serupa kerana Islam adalah merupakan agama Universal untuk seluruh dunia dan untuk semua manusia. Tempat larangan Islam adalah dua buah kota suci iaitu kota Mekah dan Madinah. Ini bermakna, hanya sesiapa yang beriman dalam Islam dan juga terlibat untuk mempertahankan Islam adalah dibenarkan untuik memasuki dua buah kota suci tersebut.

Hal ini adalah tidak masuk akal sekiranya rakyat biasa mengemukakan bantahan terhadap larangan memasuki tempat larangan tersebut. Maka tidak sesuailah sekiranya orang kafir membantah tentang larangan memasuki tempat larangan tersebut.

2) Visa untuk memasuki Mekah dan Madinah.

Tidak kiralah seseorang itu berjalan ke mana-mana negara lain, dia perlu memohon Visa. Sebagai contoh kenerana untuk memasuki sesebuah negara. Setiap negara mempunyai peraturan yang perlu dipenuhi untuk memohon Visa.

Sebuah negara yang sangat tegas dengan pemohonan Visa adalah Amerika Syarikat terutamanya apabila pemohonan daripada rakyat negara kelas ketiga. Terdapat beberapa peraturan dan keadaan yang perlu dipenuhi sebelum mereka dibenarkan untuk memoho Visa.

Apabila saya melawati Singapura, saya telah disuruh untuk mengisi borang immigrasi iaitu borang mengenai persetujuan dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya saya cuba menyeludup dadah ke negara tersebut. Jika saya mahu melawati Singapura saya perlu patuh pada peraturannya. Saya tidak boleh mengatakan bahawa hukuman mati tersebut sebagai hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apabila saya bersetuju dengan syarat dan peraturannya saya akan dibenarkan untuk memasuki negara tersebut.

Visa atau syarat utama untuk manusia memasuki kota Mekah dan Madinah adalah dengan membenarkan di dalam hati, perbuatan dan lisan bahawa "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhNya". Jika perkara ini sudah terucap, maka orang tersebut dibenarkan memasuki kota tersebut tanpa sebarang halangan.


Daripada penulis,
Petikan asal tulisan ini telah saya ambil daripada lawan web utama Dr Zakir Naik, www.ifr.net. Penulisan beliau telah ditulis dalam bahasa Inggeris. Maka saya telah mengambil inisiatif untuk menterjemah penulisan beliau bagi pengetahuan kita bersama. Selain itu, terdapat pelbagai jenis soalan yang telah diajukan oleh pihak Kristian dan juga pihak bukan Islam mengenai Islam.

Jika ada sebarang kesilapan, saya harap perhatian anda semua. Segala yang baik itu datang daripada Allah. Manakala kelemahan itu daripada diri saya sendiri. Sekian. Assalamualaikum.

Saturday, November 22, 2008

Melihat Dara Gadis Melalui Tapak Tangan.

Assalamualaikum. Puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam.

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang.


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek
tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.
Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.



Saya (TuanBlog) telah menyalin artikel ini secara lansung daripada sebuah blog yang beralamat seperti berikut;

http://blogsagasama.blogspot.com/2008/06/dara-melalui-tapak-tangan.html

Menurut kata empunya blog, beliau mengatakan bahawa sumber artikel ini diambil daripada kata-kata orang-orang tua dan juga daripada kitab Tajul Muluk. Beliau menambah bahawa kebenarannya adalah sebanyak 99%. Wallahuaklam. Itulah sebagaimana beliau memaklumkan kepada saya mengenai hal ini.

Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi...

Assalamualaikum. Puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam.

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang.


Pada kali ini saya ingin membawa satu tajuk yang menarik. Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia? Apabila dengar sahaja soalan ini, pasti kita semua akan terpikir-pikir dan terbayang-bayang keadaan fizikal yang jelas berbeza di antara dua kawasan, Eropah dan Asia. Pada hari ini, orang Eropah mempunyai susuk badan yang lebih tinggi dan besar berbanding orang Asia.

Sebagai contoh, apabila kita berada di pusat-pusat peranginan seperti di Genting Highland, Cameron Highland, dan juga di ibu negara, kita dapati hampir kesemua pelancong-pelancong barat memiliki tubuh badan yang agak besar. Apabila kita melihat sukan di televisyen seperti sukan ragbi, kita dapati pemain-pemain yang berada di atas padang kelihatan besar dan gagah. Manakala, jika kita membuat perbandingan dengan mereka, kita dapati susuk badan orang Asia kecil dan pendek berbanding mereka. Mengapa hal ini boleh terjadi?

Masalah ini telah pun dikaji oleh para saintis. Saintis barat mengatakan bahawa keadaan fizikal warga Eropah lebih besar berbanding warga Asia kerana menurut kajian Warga Eropah memiliki "Gen" istimewa yang tidak dimiliki oleh orang-orang Asia. Maka, dengan berpandukan sains sahaja hampir keseluruhan manuia di dunia telah menerima kenyataan palsu itu secara bulat-bulat. Malah, ada juga yang menambah bahawa untuk memiliki ketinggian dan susuk badan yang besar makanan seperti telur, daging dan susu merupakan faktor yang banyak menyumbang kepadanya.


Mari kita lihat menelusuri sejarah manusia dan juga fakta.


1) Orang kulit hitam pada masa dahulu merupakan hamba abdi yang mana mereka dahulunya kecil dan pendek. Tetapi pada hari ini, mereka di dapati tinggi dan besar setanding orang-orang kulit putih, penduduk Amerika Syarikat.

2) Pada musim haji, di dapati orang-orang Afghanistan kelihatan tinggi dan besar hampir sama seperti orang-orang Eropah walaupun kita sedia maklum bahawa orang-orang Afghanistan tidak mempunyai makanan yang mewah.

3) Di Malaysia pula, kita dapati orang Indonesia kelihatan kecil berbanding orang tenpatan.

4) Kini, rakyat Jepun didapati lebih tinggi dan besar berbanding nenek moyang mereka yang dahulunya kecil dan pendek.


Berdasarkan pemerhatian ini sahaja jelas menunjukkan bahawa teori barat tidak boleh diterima pakai sama sekali. Seterusnya, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang perubahan yang berlaku pada manusia pada hari ini dan faktor penyebab berlakunya sedemikian.


Pada hakikatnya, bukan 'Gen' penentu ketinggian bahkan faktor pemakanan memainkan peranan penting. Menurut satu sumber yang saya telah baca, beliau mengatakan bahawa


"Seseorang yang banyak mengambil makanan daripada produk gandum akan menjadikannya lebih tinggi berbanding seseorang yang banyak mengambil makanan daripada produk beras"


Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

Tuesday, November 18, 2008

Windows 7 (Vienna)



Pada post kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang sistem pengoperasian baru keluaran Microsoft. Keluaran kali ini lebih dikenali sebagai Blackcomb ataupun Vienna. Lebih kurang nama popular bagi windows lain seperti XP dan Vista. Sistem ini boleh digunakan pada komputer peribadi termasuk kegunaan rumah atau pun pejabat. Keluaran kali ini lebih menumpukan kepada 32-bit dan juga 64-bit.

Sebenarnya Windows kali ini tidak banyak bezanya dengan Windows Vista. Tetapi kalau diteliti dengan jelas terdapat sedikit perbezaan padanya. Aku ada selitkan gamabr-gambar yang aku peroleh daripada Internet untuk tatapan anda semua.

Mengikut kata Naib Presiden Pengurusan Windows,

"Keputusan untuk menggunakan nama Windows 7 adalah begitu mudah. Oleh kerana keluaran kali ini merupakan keluaran ketujuh Microsoft dalam sistem pengoperasian, maka dinamakannya bersempena dengan bilangan keluaran produk."

Mengikut kata Bill Gate pula,

"Kami telah bekerja keras untuknya. Saya sangat bangga dengan kerja yang telah dilakukan. Kami lebih mementingkan aspek penggunaan kuasa dan memori yang rendah, menjadi lebih efisien dan terdapat banyak talian yang boleh dibuat pada telefon bimbit. Oleh itu, hal ini dapat menjadikannya sebagai satu platform yang baik khususnya kepada permainan komputer dan untuk menghubungkannya dengan perkara yang telah dibuat tanpa internet Sebagai contoh, jika anda mempunyai dua komputer peribadi yang mana fail-fail anda akan digunakan pada masa yang sama dan anda tidak perlu banyak kerja untuk memindahkannya dari satu komputer ke komputer yang lain."


Monday, November 17, 2008

Majlis Malam Amal SRA.

Semalam aku telah pergi ke Malam Majlis Amal. Majlis tersebut diadakan di sebuah Dewan Serbaguna Sungai Besar. Dewan itu juga terletak berhampiran dengan kediamanku. Aku melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Menungggu aturcara majlis untuk bermula. Sebelum bermulanya majlis jamuan, terlebih dahulu ucapan alu-aluan diperdengarkan.

APabila tiba waktu perasmi berucap mula, aku sudah mula rasa tertarik. Bagi aku, beliau merupakan seorang yang pandai berucap kerana beliau banyak menyelitkan unsur-unsur kerohanian di dalam ucapannya. Untuk memperkukuhkan ucapannya, beliau banyak berpandukan kepada nas-nas Al-Quran dan Hadis.

Pengamatan aku terus tertarik. Aku terus mendengar dan mendengar. Walaupun beliau seorang tua yang kelihatan seperti orang kampung, tetapi sebenarnya beliau seorang yang arif juga di dalam bidang agama selain bidang pentadbiran yang beliau pegang sekarang.

Majlis Amal Mesra itu diadakan bersempena dengan kejayaan yang diperoleh sekolah rendah agama tersebut dalam memperoleh keputusan peperiksaan PSRA yang memberansangkan selain bertujuan untuk mengutip sedikit dana bagi membiayai sekolah tersebut. Malah adik aku juga turut terlibat dalam majlis tersebut.

Beliau mengatakan bahawa janganlah kita meletakkan sekolah agama sebagai sekolah yang kedua selepas sekolah harian. Biarlah kita tidak mampu menghantar anak ke sekolah harian tetapi kita mampu untuk hantar anak ke sekolah agama. Jika kita lihat suasana hari ini, ibu bapa cenderung menghantar anak-anaknya ke sekolah harian kerana mereka percaya dan yakin bahawa masa depan anak-anaknya akan bertambah cerah. Siapa kita mahu menduga perkara akan datang.

Jika kita lihat juga pelajar-pelajar yang berasal daripada sekolah agama dan juga pondok, tiada di antara mereka yang hidup merempat dan mengemis. Malah, kita dapati rezeki mereka semakin bertambah. Maka tidak hairanlah jika Ustaz dan ustazah masa kini ada yang mampu mempunyai sebah kereta mewah seperti BMW dan juga Mercedes. Hal ini kerana siapa yang berjuang pada jalan Allah, Allah akan bantunya denagn pelbagai macam pertolongan.

Beliau juga turut menambah, alangkah indahnya apabila kita selesai solat dan ketika tolehan salam pertama kita melihat anak kita berada di samping kita. Seronok rasanya jika kita mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Apabila kita mengangkat tangan untuk berdoa, ketika doa kesejahteraan ibu bapa dibacakan, si anak akan turut mengaminkan doa tersebut. Maka, di dalam doa tersebut juga si anak mendoakan kesejahteraan untuk kita. Alangkah indah dan seronoknya. Bukan mudah untuk memperoleh anak-anak yang begini.

Anak adalah amanah Allah. Tetapi apa yang berlaku sekarang, ibu bapa ada yang sanggup mendera anak-anaknya. Malah apa yang lebih teruk, bagi si penzina wanita, mereka sanggup membunuh anak mereka sendiri. Betapa kejamnya kita kepada anak kita sendiri. Allah maha Esa. Dia mampu menunjukkan kekuasaannya jika dia mahu. Betapa senangnya para penzina untuk melahirkan anak sedangkan amatlah payah bagi sesetengah pasangan halal untuk memperoleh anak.

Ibu terkenal dengan sikap prihatinnya. Setiap kali keputusan peperiksaan beliaulah orang pertama yang akan mengetahui hal ini berbanding bapa. Jika bapa mengetahui hal ini dahulu, seolah-olah perkara itu merupakan perkara yang biasa baginya walaupun keputusan si anak baik atau pun buruk. Lain pula dengan si Ibu. Ibu akan memarahi si anak jika keputusan yang diperoleh tidak memberangsangkan. Dia akan bertanyakan segala macam soalah untuk mengetahui punca masalah yang berlaku. Mengapa dan bagaimana itulah soalah yang kerap kali diajukan. Jika si anak memperoleh markah yang tinggi dalam subjek elektif di sekolah seperti Pendidikan Agama Islam, keputusan tersebut hanya dipandang sebelah mata sahaja. Jika subjek kimia, fizik, biologi tidak memberangsangkan maka si ibu akan memarahi anaknya.

Segala ketentuan masa hadapan si anak bukan bergantung semata-mata kepada si ibu. Tidak menjadi kesalahan jika si ibu begitu prihatin dalam hal ini tetapi terdapat segelintir ibu bapa masa kini yang begitu mementingkan subjek-subjek lain selain subjek agama. Akhlak manusia dibentuk melalui agama. Sebab itulah terdapat peraturan dalam beragama. Maka, manusia yang terbiasa dengan peraturan dan disiplin agama sudah tentulah mereka mampu menempuhi segala macam bentuk dugaan masa kini. Jika agama dipinggirkan, maka Allah juga akan pinggirkan kita. Yakin dan percayalah kepada Allah sebagai penentu masa hadapan.

Sebab agama dipinggirkan oleh ibu bapa masa kini, maka lebih banyaklah gejala sosial yang melanda kita pada hari ini. Jadilah seperti ibu bapa misali dan janganlah jadi ibu bapa yag menyesali. Segala yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.
Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Friday, November 7, 2008

Cam Mane Nak Beli LCD ni...


Dunia semakin canggih dan moden. Manusia pada hari ini begitu tertarik dan taasub kepada kecanggihan dunia teknologi ini. Kita juga tidak mahu ketinggalan dalam arus kemodenan ini. Kita akan sentiasa berharap agar kelengkapan teknologi seperti komputer yang kita ada sentiasa berada dalam keadaan yang terkini. Dalam post yang baru ini, saya ingin menjelaskan serba sedikit kriteria yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda menjalankan urusan jual dan beli.

Post kali ini saya akan menceritakan kepada anda tentang pemilihan LCD komputer yang perlu anda pertimbangkan sebelum membelinya. Pada asalnya kita begitu tertarik dengan rakan-rakan yang menggunakannya. Banyak kelebihamn yang dimiliki oleh LCD ini. Tetapi untuk memperoleh LCD yang memuaskan hati, pilihlah mengikut kriteria yang dinyatakan di bawah ini.

1) RESOLUSI
Sebenarnya saiz LCD tidak begitu penting tetapi resolusinya menjadi perhatian. Setiap LCD mempunyai resolusi terbaiknya yang mana ia mampu berfungsi dengan pandangan yang menarik. Untuk resolusi tinggi seperti 1600 x 1200 atau pun lebih tinggi adalah lebih baik untuk kegunaan rumah dan pejabat. Manakala untuk Gaming anda boleh setkan pada komputer anda dengan resolusi yang agak rendah tetapi jangan sesekali meletakkannya pada resolusi bawah daripada 1280 x 1024.

2) CONTRAST RATION
Satu daripada elemen yang penting penentuan quality gambar yang tinggi adalah bergantung kepadanya. Terdapat dua jenis contrast ratio. Pertama adalah statik manakala yang kedua adalah dynamic. Untuk statik ratio adalah 1000: 1 atau lebih memberi kualiti yang baik tetapi kurang daripada itu perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, satu LCD yang mempunyai statik ration 1000:1 kebiasaannya mempunyai 8000:1 dynamik ration. Apabila anda mempunyai dua LCD, jangan bandingkannya dengan dua jenis aspek ini. Ingat tu.

3) MASA TINDAK BALAS.
Jika anda adalah seorang peminat permainan komputer, ciri ini adalah penting bagi anda. Masa tindak balas ini bermaksud sejauh mana pixel LCD mampu warnanya dengan baik. Untuk LCD yang baik kebiasaannya adalah 5 ms. Kurang masa tindak balas adalah lebih baik LCD itu. 5 ms ini adalah amat baik untuk pemain komputer dan juga orang awam. Jika anda pemain komputer yang begitu extreme ataupun hardcore, pilihlah 2 ms LCD tetapi harganya agak mahal sedikit.

4) SAIZ
Ciri ini adalah bergantung kepada pekerjaan dan juga budget yang anda miliki. Biasanya untuk pengguna di rumahdan juga pemain komputer, dicadangkan supaya menggunakan 19 ke 20 inci. Manakala untuk sesiapa yang mahu menjalankan aktiviti yang banyak menggunakan grafik ataupun alhi pereka graphic adalah lebih sesuai menggunakan LCD yang bersaiz besar daripada 19 dan 20 inci.

5) ASPEST RATIO
Istilah ini adalah merujuk kepada kelebaran dan ketinggian LCD anda. Dalam bahasa yang lebih mudah LCD anda adalah nisbah (4:3) atau wide-screen (16:9) dan kadang-kadang ialah (16:10). Untuk skrin yang luas, ia akan memberi pengalaman yang lebih menarik untuk tayangan movie dan juga aplikasi-aplikasi pejabat.

6) KETINGGIAN KECERAHAN
Kecerahan diukur dalam unit cd/m2. Untuk kegunaan biasa adalah 300 cd/m2 tetapi jika anda duduk di depan tingkap cahaya akan masuk secara terus ke dalam skrin. Pilih 400 cd/m2. Ia akan membantu anda melihat skrin dengan lebih jelas walaupun di dalam bilik yang begitu cerah.

7) INPUT PORTS
Pertimbangan seterusnya ialah piliohan input yang dimilki oleh komputer itu sendiri. Terdapat sesetengah komputer memiliki input VGA. Sesetengahnya pula memiliki VGA + DVI. Saya cadangkan VGA + DVI kerana DVI ialah input digital dan kebanyakan graphic card menyediakan port input jenis ini yang mana menjaminkan kepuasan kualiti gambar yang menakjubkan. Sesetengah komputer pula ada menawarkan input tambahan dan juga TV tuner yang mana anda boleh gunakannya sebagai television anda. Pastikan komputer anda mempunyai port yang sesuai sebelum anda membeli LCD pilihan anda.

8) STAND YANG DIUBAHSUAI
Sesetengah jenama tidak menawarkan dirian yang boleh diubah untuk menjimatkan kos tetapi saya mencadangkan supaya menggunakan LCD yang boleh digerak-gerakkan jika anda bukan seorang yang kedekut. Dirian yang boleh diubah-ubah amatlah berguna terutamanya kepada pengguna yang menggunakan komputer pada jangka masa yang lama.

9) PENGGUNAAN TENAGA
Jika anda membandingkan dua jenis LCD yang sama saiz dan ciri-cirinya, pilihlah LCD yang menggunakan tenaga yang sedikit.


Saya harap, kepada sesiapa yang mahu membeli LCD pilihan hati, janganlah beli ikut suka hati. Kebiasaannya orang akan beli LCD yang berjenama dan menjimatkan kos. Tetapi mulai sekarang pilihlah LCD mengikut 9 kriteri yang telah ditetapkan. Tanyalah sebanyak mana soalan kepada pemjual supaya mereka tidak tahu untuk menjawabnya. Selain itu janganlah terpedaya dengan penjual yang manis bicara yang menarik anda supaya membeli barangnya tanpa memikirkan aspek-aspek yang penting.




Thursday, November 6, 2008

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN



1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram.

Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي


Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)


2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه


Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-


قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.

Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan

Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.

Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT"
(At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Artikel ini telah diambil daripada laman web ini

http://www.zaharuddin.net/


Kesimpulan yang boleh saya katakan ialah, walaupun kita sedang dalam minggu peperiksaan kita janganlah meniru di dalam peperiksaan. Walaupun kita lihat kerja meniru dalam peperiksaan adalah kerja remeh dan tidak berat dalam agama, tetapi pada hakikinya kerja ini dikira sebagai perbuatan yang keji. Setiap manusia ingin mencapai kesempurnaan. Tetapi kesempurnaan dunia lebih dicari manusia berbanding kesempurnaan akhirat.


Selain itu, saya juga ingin mengingatkan bahawa walaupun kita di dalam minggu peperiksaan kita janganlah lupa pada tanggung jawab yang utama. Solat dan zikir kepada Allah adalah perkara yang utama berbanding peperiksaan. Kita sering menganggap bahawa dengan mengulangkaji pelajaran yang berterusan mampu menjamin pekerjaan yang hebat di masa hadapan. Tetapi kita sebagai manusia dan juga sebagai Islam, kita hendaklah pulang kepada Allah. Allah yang memberi kejayaan hakiki kepada hambanya yang sentiasa taat dan patuh kepadaNya.

Mengapa orang kafir boleh mendapat keputusan yang tinggi sedangkan mereka tidak menghambakan diri kepada Allah? Ingatlah kembali bahawa Allah Maha Pemurah kepada makhluknya tetapi Allah Maha Penyayang kepada hambanya. Allah Maha Pemurah kepada makhluknya. Semua hidupan di muka bumi baik Islam mahupun Kafir akan diberi rezeki oleh. Tetapi Allah hanya penyayang kepada hambaNya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepadaNya.

Oleh itu, kita asyik duduk belajar menghadap buku, tetapi cubalah membiasakan diri untuk menghadap Al-Quran yang mulia itu. Lihatlah ulama-ulama terdahulu, daripada sejarah hidupnya kita mendapati mereka lebih dahulu menguasai ilmu agama berbanding ilmu dunia.

Oleh itu, ingatlah bahawa Allah adalah pemberi rezeki dan kerahmatan kepada hambaNya.

Wednesday, November 5, 2008

PENGADU DOMBA

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain."

Maka wajib atas orang yang adu dumba atau pemfitnah supaya segera bertaubat sebab adu domba itu suatu kehinaan didunia dan siksa didalam kubur dan neraka dihari kiamat tetapi bila ia bertaubat sebelum mati maka insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka."

Qatadah berkata: "Sejahat-jahat hamba Allah ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu: Sepertiga kerana ghibah Sepertiga kerana tidak membersihkan diri selepas buang air kecil Sepertiga kerana adu domba/fitnah
Yahya bin Aktsam berkata: "Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan naknatullah sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat. Dan Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan.