Sunday, November 30, 2008

HABIB UMAR BIN HAFIZ



HABIB UMAR BIN HAFIZ telah dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu daripada tempat sejarah di Yaman yang terkenal kerana kebanyakan ulama' telah dilahirkan di situ. Beliau berketurunan Nabi Muhammad S.A.W dari Hussain bin Ali bin Talib. Beliau membesar dalam suasana yang Islam dan ayahandanya yang merupakan seorang Ulama yang bernama Muhammad in Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim. Ayahandanya merupakan salah seorang sarjana Islam yang dedikasi terhadap pengajaran juga perkembangan tentang Islam.

Beliau telah menghafal Quran pada usia muda lagi. Habib Umar juga juga telah menghafal kitab utama Fiqh, Hadith, Tatabahasa Arab dan juga Sains Agama. Beliau juga telah banyak menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan oleh banyak sarjana Islam lama contohnya Muhammad bin Alawi bin Shibab dan Al-Shaikh Fadl Baa Fadl. Kemudian beliau telah memasuki Ribat AL-Bayda', iaitu tempat di mana tempat mula belajar tentang ilmu sains tradisional di bawah tunjuk ajar Al-Habib Muhammad bin Abd Allah AL Haddar dan termasuk juga Ulama' Syafie and juga sarjana Al-Habib Zain bin Sumait. Kemudian Habib Umar telah diberi kebenaran untuk mengajar kerana mempunyai ilmu yang banyak.

Kemudia, beliau mula melawat banyak daerah dan bandar merentasi Yaman dan beliau juga telah belajar dengan mufti Ta'iz, Al Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mana beliau telah menunjukkan perasaan kasih dan sayang kepadanya. Beliau juga telah menerima pengajian yang sama daripada Shaikh Al Habib Muhammad Al Haddar yang mana telah mengahwinkan anak perempuannya selepas kagum dengan kemulian dan juga kepintaran yang dimiliki oleh Habib Umar. Kemudian, beliau telah berjalan ke Hijaz dan telah belajar beberapa buah kitab dengan ulama'-ulama' terkenal seperti Al Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al Saqqaf, Al Habib Ahmad Al Haddad dan Al Habib Attas Al Habashi.

Kemana saja Habib Umar pergi, beliau bersungguh-sungguh untuk menyemai kasih Allah dan juga pesuruhnya, Nabi Muhammad S.A.W dalam hati setiap umat Islam. Sekembalinya ke Tarim, beliau telah menubuhkan Dar Al Mustafa, sebuah institut pengajian agama di mana pelajar-pelajar yang datang dari seluruh pelusuk negara telah datang ke situ untuk menuntut ilmu. Habib Umar sekarang menetap di Tarim di mana beliau sedang menguruskan pentadbiran Dar Al Mustafa dan juga beberapa sekolah yang telah didirikan.

No comments:

Post a Comment