Friday, September 3, 2010

I-City Shah Alam.

Dalam ketika menjalani ibadah puasa di siang hari dan terawikh di malam hari, pada malam satu ramadhan telah dipilih sebagai tarikh keramat untuk sekumpulan pelatih guru dari pangkalan IPG Kampus Pendidikan Islam terutamanya Blok B bertolak ke Shah Alam untuk menziarahi apa sebenarnya yang berlaku di sebuah tempat yang dinamakan sebagai I-City.

I-City terletak di Shah Alam yang berada dalam lingkungan pengaruh negeri Selangor Darul Ehsan di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar yang ke-14 . Dalam perjalanan ke sana, aku telah mengetuai segerombolan sembilan buah motorsikal. Perjalanan kami telah bermula dari Bangi, Puchong dan akhirnya Shah Alam. Apa sebenarnya yang menarik di sana?

Di sana bukanlah tempat yang boleh dilawati bila-bila waktu tetapi mempunyai waktu-waktu yang tertentu. I-City hanya boleh dilawati pada waktu malam bagi membolehkan kita menghayati keindahannya yang sebenarnya. Kadang-kadang orang pernah berkata bahawa cahaya merupakan satu nikmat. Tetapi kita perlu juga ingat bahawa gelap juga merupakan satu nikmat daripada Allah. Tanpa kegelapan tentu nikmat cahaya itu tidak dapat diperhatikan dan dihalusi dengan hati.

Dalam ruang wacana yang terhad ini, aku ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk berkongsi bersama pembaca yang berada di luar sana tentang salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Shah Alam Bandar Terancang. Dalam kesempatan ini juga, aku ingin memuat naik beberapa hasil gambar yang berjaya diambil dengan menggunakan kamera Digital Single-lens Reflect yang dibeli pada 18 Julai yang lalu.





















Saturday, August 14, 2010

Tinggal Lagi Seminggu.

Bukan tinggal seminggu lagi nak raya...
Bukan tinggal seminggu lagi nak merdeka...
Bukan tinggal seminggu lagi nak balik kamppung.


Tapi tinggal seminggu lagi untuk aku mengharungi detik-detik pahit akan meninggalkan sekolah yang mengajar aku erti ketabahan menjadi seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama. Bermula dari 28 Jun aku mendaftarkan diri dan hingga kini, semua kenangan manis itu sentiasa terbayang-bayang di dalam fikiran aku ketika ini. Sedikit sayu dan hiba bila mengenangkan detik-detik manis bersama rakan-rakan guru terutamanya dua orang guru pembimbing major dan minor. Kesemua mereka adalah yang terbaik di sisiku walaupun hanya 8 minggu sahaja kita bersama.


Pada minggu hadapan akan bermulalah pemerhatian terakhir dan bersama di antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing terhadap pengajaran aku. Pada waktu ini, aku tidak bersedia apa-apa lansung. Hanya mengharapkan idea saat-saat akhir menerjah dalam ruang minda yang sedang kosong. Apa yang boleh dibuat pada waktu ini melainkan duduk merenung komputer riba sambil menghabiskan masa-masa kosong.


Praktikum pada kali ini betul-betul menguji tahap kesabaran dan pemikiran aku. Banyak keringat diperah setiap hari untuk memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik buat murid-muridku. Kelas yang diajar olehku hanyalah kelas 4 Gigih, 4 Cekal dan 4 Setia. Setiap kelas yang ku ajar mempunyai ragamnya yang tersendiri. 4 Gigih terkenal dengan semangat belajarnya dan semangat bermain di padang. Kelas 4 Cekal pula terkenal dengan skemanya manakala kelas 4 Setia merupakan satu-satunya kelas yang menguji tahap minda dan jiwa aku sebaga seorang guru praktikum.


Sedang aku asyik mengajar dan mengajar, kadang-kadang aku terbayang suatu kenangan di zaman dahulu sewaktu aku di bangku persekolahan. Banyak ragam yang telah kuperhatikan yang pernah dilakukan olehku ketika di alam sekolah rendah. Dengan ragam meniru dalam peperiksaan, malas membuat kerja rumah, rajin menolong cikgu itu semuanya merupakan kenangan aku ketika zaman kecil dahulu. Tetapi kini, dengan apa yang guruku lakukan terhadapku pada waktu dahulu telah menjadikan aku sebagai penerus perjuangan mereka pada masa ini.

Saturday, August 7, 2010

On The Way

Siapa yang tak pernah dengar frasa On The Way camni. Pasti semua orang pernah mendengar dan menyebutnya termasuklah diri aku ni.

On The Way begitu sinonim dalam kehidupan kita. Selalunya kita akan sebut dan taipkan mesej On The Way ini ketika kita sedang berada dalam keadaan mengejar sesuatu. Sebagai contoh, kita mahu menghadiri kendduri di rumah kawan. Tetapi kita terlewat pula pada waktu itu, Rakan kita yang menuggu pun menghantar mesej kepada kita."Kau di mana?". Lalu, dengan pantas kita pun membalas dengan perkataan On The Way sahaja.

Bagi aku yang pernah mengalami perkara seumpama ini, perkataan On The Way ini mempunyai dua makna yang berbeza.

  1. On The Way yang pertama membawa maksud kita sedang berada dalam perjalanan menuju ke tempat kenduri.
  2. Manakala On The Way yang kedua membawa maksud mungkin kita belum lagi bergerak ke tempat kenduri tetapi mungkin kita baru sahaja selesai mandi dan bersiap untuk ke sana. 

Selalunya kita sering beranggapan bahawa On The Way membawa maksud yang pertama. Apabila kita bertanyakan perihal keadaan rakan kita, mesti kita beranggapan dia sedang berada dalam perjalanan menuju ke tempat kenduri tetapi hakikatnya dia baru sahaja selesai mandi atau baru sahaja selesai berpakaian. 

Itulah konsep On The Way yang pusing di kalangan kita pada hari ini termasuklah aku sekali.


Wednesday, August 4, 2010

Pusing Putrajaya

Pada hari Ahad yang lalu, aku telah pergi ke Putrajaya bersama member. Bukan untuk mencuci mata, tapi nak mencuba kemahiran fotographi yang telah dipelajari menerusi buku MANUAL. Sebelum itu, aku ade melihat beberapa laman web orang putih tentang fotographi. Tak kurang hebatnya dengan photographer Malaysia. Semuanya hebat dan berbakat.

Aku pergi ke Putrajaya dengan menaiki moto. Mula pada pukul 12 tengah hari sehinggalah pukul 9 malam. Saje nak menghabiskan masa dengan hobi yang baru. Dalam mencari lokasi menarik kat sana, aku ditakdirkan berjumpa dengan seorang photographer lanskap yang hebat. Fuh....tengok gaye macam tak de pape yang menarik. Tapi bila tengok hasil gmbar asli yang belum disunting, gambonya memang tersangat hebat. Kamera dan aksesorinya pun boleh tahan juga mahalnya.

Dalam perjumpaan selama sejam itu, aku telah mempelajari banyak perkara yang baru. Jadi....disebabkan aku teransang dan teruja...aku pun pergilah seorang diri pada waktu malam disekitar Putrajaya untuk mencuba teori yang diajarkan oleh photographer tu. 




















Gambar di atas diambil dengan menggunakan
Nikon D5000
Kit lense 18-55 mm
Tripod Murah