Saturday, June 6, 2009

Software Lirik DI WMP


Assalamualaikum dan selamat datang. Kali ini aku berkesempatan untuk menulis sedikit lagi entri baru untuk blog ini. Pada kali ini aku tertarik untuk berkongsi satu software atau Perisian Lembut untuk kawan-kawan semua.

Pernahkah kita mendengar lagu di PC atau pun laptop. Kadang-kadang kita terasa nak bernyanyi juga tetapi apabila berseorangan. Kalau di depan orang, kita segan sikit untuk melaungkan suara. Bagi para wanita, haram hukumnya jika anda tinggikan suara dan perdengarkannya kepada kaum lelaki kerana menurut satu hadis, wanita dilarang untuk melaungkan azan. Jika lelaki pula adalah dibenarkan tetapi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Apabila muzik dah terpasang, tetapi lirik pula tiada. Macam mana kita perlu buat? Nak mulakan pencarian di Internet yang maha luas ini sudah tentulah agak memenatkan dan menyusahkan bagi sesiapa yang kurang arif dan malas dalam dunia perkomputeran ini. Ha..ha..

Oleh itu aku syorkan kepada mereka ini satu Perisian Lembut untuk manfaat semua. Dalam bahasa Inggeris kita panggil Lyrics Plugin for Windows Media Player.

Dalam bahasa Melayu pula pandai-pandailah terjemah sendiri.



Nama : Lyrics Plugin for Windows Media Player.
Saiz : 78.16 KB. (tak sampai 1MB pun lagi).
Rate : 5 bintanglah.

Nak Download kat Sini

No comments:

Post a Comment