Tuesday, June 9, 2009

Transmute (Pemindah Bookmarks)


Assalamualaikum.

Sempena minggu cuti yang agak membosankan, aku nak berkongsi dengan anda semua satu jenis software yang boleh dikatakan membantu dan menarik. Software kali ini berkaitan dengan bagaimana cara untuk melakukan import dan exsport bookmarks dari satu browser ke satu browser.

Sebelum itu, aku nak terangkan sikit pasal bookmarks. Adakah anda pernah menggunakan aplikasi bookmarks dalam internet browser anda? Bookmarks ini bermaksud kita menanda Web Sites kegemaran kita supaya lain kali kita dapat melawati semula web sites itu tanpa perlu menaip URL semula.

Kita tidak sedar bahawa browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari, Opera, Google Chrome dan lain-lain adalah perisian yang unik. Apabila kita nak menggunakan bookmarks ini, kita dah tak perlu nak menaip URL lagi. Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan menekan satu butang bookmarks sahaja di browser anda.




Namanya : Transmute

Saiz : 1.54 Mb

Link : Download Kat Sini La

No comments:

Post a Comment