Saturday, June 13, 2009

Windows Xp Live USB



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Pada kali ini aku nak ceritakan satu software yang dikatakan boleh memberi anda kelegaan terutamanya ketika Laptop atau PC anda berada dalam masalah seperti tak boleh loading kerana stuck kat laman Windows, kene Virus menggila dan lain-lain lagi.

Pernahkah Laptop atau PC dijangkiti VIRUS sehinggakan PC anda tidak mampu beroperasi seperti sedia kala? Aku sendiri pernah juga mengalami masalah sebegini. Bagi sesiapa yang tidak mahu membuka belakang Laptop untuk mengeluarkan Hardisk atau cakera keras bolehlah menggunakan software ini jika anda rasakan terdapat fail-fail penting dalam PC anda.

Kebiasaannya apabila PC dah dijangkiti Virus, Pc tidak akan dapat dibuka dengan cara normal. Bagi pengguna advance sedikit, mereka tau gunakan cara Safe Mode. Tetapi apabila cara ini tidak dapat membantu, sampai masa giliran software ini digunakan.

Percaya atau tidak, walaupun PC ada mengandungi Virus yang merbahaya tetapi anda masih lagi mampu memindahkan fail-fail yang penting ke tempat yang selamat walaupun terdapat ancaman virus-virus yang mengila ini.

Caranya amat mudah sekali. Ikutilah cara-cara yang diterangkan di bawah ini ya...

1) Download fail penting ini. Linknya akan disediakan dibawah.
2) Extract fail tersebut dengan menggunakan aplikasi 7-zip atau Winzip atau WinRar.
3) Ambil pendrive anda. Kalau boleh carik yang jenis flash pendrive.
4) Cucuk pendrive tu kat PC.
5) G kat folder yang dah diextract tadi tu. Then g kat HPUSBFW.EXE


6) Pastikan File System adalah FAT. Kendian, sila tekan Start. Tunggu je la...
7) Bila dah selesai, Restart PC anda dan cuba lihat paparan BIOS yang berwarna biru.
8) Cari Priority Boot Device. Pastu susun USB kat tempat pertama. Yang kat bawah ni contoh je.


9) Pastu tekan Save. PC akan Restart semula. Kendian tengoklah apa yang jadi.
10) Aku rase dah boleh pindahkan dokumen penting secara selamat.
11) Kalau ada masalah. Tinggalkan je komen kat bawah ni ye.


No comments:

Post a Comment