Tuesday, October 21, 2008

Kursus GSP di IPIS

Pada hari Isnin dan Selasa bertarikh 20 dan 21 haribulan Oktober, Jabatan Matematik kat IPIS ada buat satu kursus pengendalian satu software untuk proses pengajaran dan pengajaran. Macam bese la...kuliah aku ni selalunya terlibat sebab kumpulan aku ni satu-satunya kuliah ijazah major matematik. Aku pun tak tau la kenapa kene belaja software ni. Kita tengok la selanjutnya nanti.

Aku ingatkan bosanla sangat kursus ni. Rupa-rupanya kursus ni best rupanya. Kita belajar cara penggunaan software tu. Menurut Ketua Jabatan yang merupakan penceramah dalam kursus itu merangkap jurulatih software tu, software ni amat berguna dalam proses pengajaran.

Mula-mula, macam biasalah. Belajar apa fungsi bagi setiap peralatan dalam software tu. Lepas tu, belaja macam mane cara nak buat pelbagai bentuk poligon seperti kiub, pentagon, heksagon dan lain-lain lagi. Buat pengetahuan semua, kursus ini turut dihadiri oleh kuliah junior kami dan juga senior kami iaitu PPISMP dan juga KPLI. Mereka pun apa kurang hebatnya. Pandai jugak mereka membuat bentuk-bentuk yang diajar. Senang je rupanya ye. Barulah aku tau.





Kalau ade kursus ni, kelas akulah selalunya jadi urusetia. Kene urus aturcara majlis, majlis perasmian penutupan dan juga sebagai fasilitator. Bagi akulah, aku ni dah la baru je belaja benda tu pada tahun ni, nak kene ajar orang pulak. Tak berapa pandai pulak aku nak mengajar. haha....
Aku nyer jawatan dalam kursus ni adalah sebagai AJK multimedia. Kerja senang je.....amik gambar suasana dalam dewan tu.




Ha...Gambo ni sape ye. Hangpa teka la sendiri ye.


Kursus ni bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.30 petang selama dua hari. Penat jugak la. Dah la abis kul 4.30 petang. Setengah jam pulak nak pergi solat asar pulak. Lepas tu nak kene turun main ragbi. Selama 2 taun setengah aku kat sini, ni la kali pertama aku bergiat aktif semula dalam ragbi. Maklumlah.....ade pertandingan pada 1 November ni kat IPIK (Institut Perguruan Ilmu Khas) kat Cheras.

Kesimpulannya, kursus ni boleh dikatakan seronok sebabnya bermain dengan komputer. Aku minat kalu buat apa-apa kerja dengan menggunakan komputer. Kalau boleh, kalu ade rezeki, aku nak amik diploma atau ijazah dalam bidang Teknologi dan juga dalam bidang Bahasa Arab. Sebabnya kadang-kadang kalau kita baca Al-Quran, kita tak berapa faham apa maksudnya. Tu la harapan aku.

2 comments:

  1. btol3

    bes r kursus ni

    walaupun aku pn cm dh ade basic untuk software ni, tapi ada byk lagi bende yang bleh bt mnggunakan gsp khususnya dalam pengajian matematik yang aku amik skang ni.

    bende ni sangat2 la bergunakan bile time dah dipostingkan nanti.

    tapi kan, satu je aku xpuas ati..

    pic aku mane?xd pon kat dalam blog saudara ibnu yusof al-bernami ni..

    huk3

    ReplyDelete
  2. Kepada Sedari White Knight,

    Bukan saya tidak masukkan kedalam blog saya. tetapi kdg2 gambar yang ade pd saya tu, ade yang gambar yang elok dan ada yang tidak elok. Bermaksud bahawa resolusi gambar tersebut. Jadi, saya terpaksa memilih dahulu gambar yang mana yang sesuai untuk dimuat turun dalam blog ini.

    ReplyDelete