Tuesday, September 9, 2008

Kenapa Ramadhan ramai ke masjid?

Assalamualaikum. Dalam kesempatan ini saya ingin memberi tahu kepada anda semua tentang apa yang telah saya peroleh sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Di Masjid As-Syafie Institut Perguruan ISlam Selangor di Bangi, ketika saya sedang menunggu untuk mendirikan solat Tarawikh secara berjemaah, memang adat Institut untuk mengadakan sedikit tazkirah selepas waktu Isyak. Ketika saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah luar, saya amat tertarik dengan isi yang disampaikan oleh beliau. Mengapa ramai orang ke masjid terutamanya bulan Ramadhan dan mengapa bulan-bulan sebelum dan selepasnya orang ramai tidak pula serajin bulan mulia ini.

Beliau mengatakan bahawa semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Tambahan itu pula, Allah telah berjanji untuk membelenggu jin dan syaitan pada bulan Ramadhan. Syaitan menghasut yang berada dalam diri kita tidak lagi berpeluang untuk menjalankan tugasnya untuk memperdayakan manusia ke arah kesesatan. Oleh sebab itulah manusia rajin untuk beribadah terutamanya pada bulan ramadhan kerana manusia pada ketika itu aman tanpa sebarang gangguan syaitan.

Tetapi bagaimana pula dengan manusia yang masih lagi melakukan maksiat pada bulan Ramadhan? Jawapannya ialah manusia tersebut merupakan anak didik yang berjaya di tarbiyah oleh syaitan untuk cenderung melakukan maksiat. Ketika berpuasa, hanya akal dan nafsu sahaja yang berada dalam diri. Jika Syaitan telah mendidik nafsu manusia untuk maksiat maka tidak hairanlah mengapa manusia masih tidak berubah walaupun berada dalam bulan yang mulia ini. Jika nafsu didikan syaitan melebihi akal kurnian Allah yang mulia, sudah tentulah manusia tersebut akan berperangai seperti syaitan.

Justeu, kita sebagai manusia yang telah ditarbiyah dengan akhlakul karimah hendaklah berusaha untuk mencari keredhaan Allah. Hal ini adalah kerana kita tidak pasti lagi bahawa kita akan memasuki syurga Allah yang kekal abadi itu tanpa rahmat dan keberkatannya. Oleh itu, saya ingin mengingatkan anda dan diri saya supaya janganlah kita membenci manusia kerana walaupun dia merupakan ahli maksiat tetapi kita seharusnya membenci perbuatannya dan bukan orangnya.

Saya mempunyai satu cerita dimana ada seorang lelaki yang bekerja di hospital untuk memandikan dan menyolatkan mayat. Pada hari itu, dia perlu mengurus mayat seorang penagih dadah. Sebagaimana yang kita tahu tentang penagih dadah, tentu kita akan berfikiran buruk terhadapnya. Tetapi apa yang mengejutkan ialah ketika ingin memandikan jenazah tersebut, jen zah itu seolah-olah tersenyum dan bersedia untuk dimandikan. Raut wajahnya menandakan bahawa kematiannya itu merupakan kematian yang baik. Itulah kehebatan Allah. Dia boleh mengurniakan hidayah dan rahmat kepada sesiapa yan dia kehendaki. Oleh itu, janganlah kita menghina makhluk Allah tetapi bencilah sifat syaitan yang berada dalam dirinya dan hendaklah kita berdoa supaya dijauhkan dari semua itu. Sebagaimana doa yang kita baca selepas sembahyang.........Ya Allah janganlah engkau membolak-balikkan hati kami............. Hal ini jelas menunjukkan Allah berkuasa menentukan sesuatu. JIka ALlah ingin kita menjadi kafir, maka kafirlah kita. Mohonlah keampunan dan keredhaan Alaah.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menginsafi dosa yang telah kita lakukan. Adakah kita akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya atau tidak. Fikirkanlah...

4 comments:

  1. bagaimana pula dengan mereka yang melakukan solat terawikh dengan memilih masjid atau surau yang cepat untuk menyempurnakan solat tersebut? adakah ramadan tidak mampu mengajar erti kesabaran kepada mereka lebih-lebih lagi dalam perkara ibadah? sedangkan apa yang kita ketahui solat terawikh adalah solat berehat-rehat, tetapi malangnya kita berlumba-lumba untuk menyiapkan solat tersebut. komenn.....

    ReplyDelete
  2. hambo raso budak2 la ni terutamanya dak2 MPI sudah lari dari dasar islam sebenarnya. dari pilih masjid yg cepat lebih baik semayang sendiri. x ngabis minyk motor tu ha...............ke dorg nk merasa moreh kat masjid lain??

    ReplyDelete
  3. paku rase sebab budak2 ni pakai motor LC. So dorang pun ske la lumba2 ni. sampai terbawak2 dalam solat.

    ReplyDelete
  4. tu la..len kali xyah guna LC la, guna SS110 sudah..

    ReplyDelete