Saturday, August 30, 2008

Solat & Keajaibannya.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini saya baru sahaja membeli sebuah buku yang bertajuk Solat dan Keajaibannya. Apa yang istimewa tentang buku ini ialah buku tersebut merupakan karya terakhir ulama tersohor iaitu Dato Haji Ishak Baharom.

Apa yang terkandung di dalam buku ini ialah Allahyarham telah menjelaskan dengan huraian yang mantap tentang apakah yang dimaksudkan dengan solat, syarat wajibnya, syarat sahnya, rukun-rukunnya dan lain-lain. Bagi saya, buku ini harus dimiliki oleh setiap individu kerana buku ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. Selain itu, Allahyarham juga turut menyelitkan tentang hikmah solat dari sudut kaca mata sains dan teknologi. Di antaranya ialah solat menjadikan tekanan darah normal, keistimewaan solat ketika sujud, solat dan awet muda dan sebagainya. Tambahan itu pula beliau turut menyelitkan beberapa kisah benar yang berkaitan dengan solat yang berlaku pada zaman para sahabat dan zaman kini.

Keistimewaan yang kedua ialah kata pengantar buku ini telah dinukil oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz b Nik Mat. Sebagaimana yang kita sedia maklum. Tuan guru merupakan Mursyidul Am PAS sekarang. Beliau turut di kenali kerana perwatakannya yang sopan dan apa yang lebih utama ialah ilmunya yang boleh dikatakan setinggi gunung. Tetapi apa yang berlaku sekarang pada zaman moden ini, remaja-remaja leka dan alpa dengan perubahan zaman yang semakin maju tanpa mempedulikan siapa dirinya dan apa tujuan mereka hidup di bumi ini. Kita seharusnya tahu apa tujuan sebenarnya kita di dunia. Renungilah petikan kata dari buku ini.

" Solat adalah tunjang dan tiang agama. Solat juga adalah dasar curahan kebaikan. Singkaplah rahsia-rahsia ajaib dalam solat anda"



No comments:

Post a Comment