Wednesday, November 17, 2010

Hari Pertama

Dengan lafaz Bismillah aku mengerakkan jari jemari ini...


Dari Bangi aku bermusafir ke sini. Akhirnya aku tiba juga ke Sungai Besar tempat ku menetap sejak dari kecil sehinggalah menjadi seorang belia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah iaitu tanggal 17 November 2010 menjadi hari pertama permulaan cuti sekolah untuk pelajar, murid dan guru sekolah tidak terkecuali pelatih maktab seperti aku.


Menaiki kereta kancil 850, aku telah memuatkan pelbagai barangan ke dalam kereta yang tidaklah seberapa nak luas. Antara barangnya ialah.....2 set desktop, sebuah beg pakaian, sedikit makanan yang tak habis dimakan sepanjang di maktab, kamera kesayangan, kasut dan juga peralatan-peralatan lain.


Bila sampai je di rumah, aku terus memasang PC. Aku mula menikmati kelajuan internet streamyx yang tak berapa nak laju kerana aku hanya melanggan streamyx 512 kb sahaja. Walau bagaimana pun, kelajuannya tidaklah begitu menghampakan.


Hari ini juga merupakan sejarah kerana hari ini merupakan hari raya Aidiladha bagi umat Islam khususnya di Malaysia. Bermula dengan mandi sunat, takbir raya, khutbah jumaat, sembelih lembu dan makan adalah merupakan rutin bagi raya ini. Tapi mungkin berlainan pada raya kali ini kerana aku berpeluang menangkap beberapa gambar sempena raya kali ini terutamanya ketika mata pisau berada di tengkuk lembu. 


Di tengah kesunyian pagi raya ini, aku keseorangan. Hanya duduk menyunting beberapa gambar lama. Memberi nafas dan wajah yang baru kepada gambar lama begitu menghiburkan hati. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tidak merasakan nikmat seronok sebegini ketika melakukan ibadah. Sedih rasanya....Aku berharap nikmat seumpama ini akan ku rasakannya suatu hari nanti. Insyallah.


Di bawah ini merupakan hasil gambar suntingan biasa melalui Adobe Lightroom. Tengok jer la sendiri.
















No comments:

Post a Comment