Thursday, October 16, 2008

Apa itu Zikrullah?

Kehidupan di IPIS merupakan kehidupan yang indah. Hal ini kerana setiap hari masjidnya yang tersergam indah dimakmurkan dengan kuliah-kuliah agama. Apa yang aku ingin katakan pada hari ini ialah pada kuliah Zohor bertarikh 16 Oktober 2008, kuliah itu telah disampaikan oleh Ustaz Raani yang bertajuk Zikrullah. Apa yang kita tahu tentang Zikrullah.

Zikrullah ialah hati yang sentiasa mengigati kepada Allah walau apa jua keadaan pun. Selama ini, kita asyik dibayangi bahawa zikrullah hanya dilakukan hanya dalam ruang lingkup ibadah sahaja. Tetapi apa yang sebenarnya ialah maksud sebenar zikrullah adalah amat luas. Sebagai contoh, kita memakai baju dengan niat ingin menutup aurat. perkara ini juga dikira sebagai satu zikrullah kerana kita meningati Allah denagn tujuan untuk mengelakkan kemurkaan-Nya. KIta memakai baju dengan niat menutup aurat kerana kita tahu jika aurat dibuka secara sengaja maka berdosalah kita.

Di dalam Al-quran, Allah ada menyuruh kita supaya berzikir. tetapi adakah kita berfikir sebanyak mana yang boleh kita melakukannya? Di dalam Al-quran, Allah tidak menyatakan bilangan yang perlu untuk kita lakukan zikrullah. Maknanya ialah kita boleh lakukan sebanyak mana yang kita mampu. Jika banyak dilakukan, semakin banyak pahala diperoleh.

Selain itu, pada hari ini, manusia sudah lupa kepada Allah, Pencipta kita. Kenapa aku katakan sedemikian kerana setiap pagi apabila kita terjaga daripada tidur yang lena dan menyeronokkkan, kita tidak pun mengucapkan ucapan mulia iaitu zikrullah. Malah apa yang teruk ialah apabila terjaga dari tidur kita segera melakukan rutin harian iaitu bersegera untuk bersiap pergi kerja. Kerja lebih diutamakan daripada solat subuh. Perkara ini bukan sahaja berakhir pada waktu subuh tersebut, tetapi apa yag lebih teruk kita melakukannya secara istiqamah. Apabila ada sukan seperti tenis, bola tampar dan hoki, kita akan bersegera untuk menghadirinya. Mengapa kita tidak bersegera untuk solat berjemaah? Pikir-pikirkanlah wahai sahabat.

Aku juga merupakan insan yang lemah. Aku menulis dalam blog ini bukan untuk berbangga diri sebagai manusia yang berpengetahuan agama yang luas. tetapi aku hanya ingin menyampaikan ilmu apa yang aku telah dapat pada hari ini.

3 comments:

  1. "sampaikan ape yg kamu dapat dari aku walaupun satu ayat"-Rasulullah S.A.W

    nice entry. bgus utk peringatan semua

    keep on blogging bro!

    ReplyDelete
  2. zikrullah tu ada kaitan dgn zikri ke??

    ReplyDelete
  3. Mari c ni kawe nak oyak skek boh...

    Zikrullah bermaksud mengigati Allah.
    Kalu nama anta, Zikri tu bermaksud mengingati.

    Jelas menunjukkan anta perlu mendalami serba sedikit bahasa Al-quran(bahasa Arab) bagi memudahkan anta membezakan makna2 tersebut. Kawe takut demo nanti tersalah tafsir makna ayat Quran. Berhati-hatilah tuan yang mulia.



    p/s: Ni asyik sibuk pasal politik sahaja sampai bab asas dalam agama anta tidak pedulikan.

    ReplyDelete