Dengan lafaz Bismillah aku mengerakkan jari jemari ini...
Dari Bangi aku bermusafir ke sini. Akhirnya aku tiba juga ke Sungai Besar tempat ku menetap sejak dari kecil sehinggalah menjadi seorang belia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah iaitu tanggal 17 November 2010 menjadi hari pertama permulaan cuti sekolah untuk pelajar, murid dan guru sekolah tidak terkecuali pelatih maktab seperti aku.
Menaiki kereta kancil 850, aku telah memuatkan pelbagai barangan ke dalam kereta yang tidaklah seberapa nak luas. Antara barangnya ialah.....2 set desktop, sebuah beg pakaian, sedikit makanan yang tak habis dimakan sepanjang di maktab, kamera kesayangan, kasut dan juga peralatan-peralatan lain.
Bila sampai je di rumah, aku terus memasang PC. Aku mula menikmati kelajuan internet streamyx yang tak berapa nak laju kerana aku hanya melanggan streamyx 512 kb sahaja. Walau bagaimana pun, kelajuannya tidaklah begitu menghampakan.
Hari ini juga merupakan sejarah kerana hari ini merupakan hari raya Aidiladha bagi umat Islam khususnya di Malaysia. Bermula dengan mandi sunat, takbir raya, khutbah jumaat, sembelih lembu dan makan adalah merupakan rutin bagi raya ini. Tapi mungkin berlainan pada raya kali ini kerana aku berpeluang menangkap beberapa gambar sempena raya kali ini terutamanya ketika mata pisau berada di tengkuk lembu.
Di tengah kesunyian pagi raya ini, aku keseorangan. Hanya duduk menyunting beberapa gambar lama. Memberi nafas dan wajah yang baru kepada gambar lama begitu menghiburkan hati. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tidak merasakan nikmat seronok sebegini ketika melakukan ibadah. Sedih rasanya....Aku berharap nikmat seumpama ini akan ku rasakannya suatu hari nanti. Insyallah.
Di bawah ini merupakan hasil gambar suntingan biasa melalui Adobe Lightroom. Tengok jer la sendiri.
Wednesday, November 17, 2010
Friday, November 12, 2010
Ku Mencari...: Bunga Highway.
Ku Mencari...: Bunga Highway.: "Semalam, aku baru je sampai dari Bangi ke Sungai Besar. Penat sungguh perjalanan yang jauh lagi memenatkan. Sungguh menguji fizikal dan ment..."
Bunga Highway.
Semalam, aku baru je sampai dari Bangi ke Sungai Besar. Penat sungguh perjalanan yang jauh lagi memenatkan. Sungguh menguji fizikal dan mental. Bahagian fizikal tentu sekali bahagian pinggang. Mana tidaknya, dekat 3 jam kot aku hanya duduk terconggok di atas pelapik moto yang rasanya tidak pernah ditukar sejak 5 tahun yang lalu. Mendap habis dah kot span tu...huhu
Dalam perjalanan pulang, aku telah berehat sebentar seorang diri di tepi highway sebelum exit ke tol Setia Alam. Biasanya, mat-mat rider kalu berehat tepi jalan, mesti menyedut sepam dua pam rokok berbagai jenis. Tetapi, aku tidak merokok. Aku mahu menyedut apa? Jadi, aku pun mengeluarkan kamera D5000 yang berusia 5 bulan itu untuk menekan beberapa shutter yang patut di tepi highway yang sibuk lagi berabuk.
Dalam fikiran: Aku nak shot mende yer...?
Tiba-tiba aku terpandang kepada satu mahluk tuhan yang kecil, halus tetapi manarik. Sekali bunga daaa.... Bunga apa ya? Tak pernah pulak aku melihat bunga seperti ini secara lansung atau secara live. Jadi, aku pun merapatkan diri ke bumi dengan cara meniarap seorang diri di bahu highway untuk menangkap gambar bunga yang kerdil, kecil tetapi menarik. Dengan menggunakan lense yang tak berapa nak zoom dan tak berapa nak makro, aku pun mencuba sehabis yang boleh supaya aku dapat menyimpan bunga yang ku jumpa di pertengahan jalan itu sebagai kenang-kenangan yang juga merupakan perkenalanku yang pertama bersamanya.
Sesampainya aku di rumah, aku pun lantas menghidupkan butang POWER laptop mak aku. Aku pun mula mengimport gambar ke dalam katalog Adobe Lightroom versi 3.2. Aku seolah-olah tidak dapat menahan nafas ketika itu kerana sibuk menyunting gambar bunga itu sebaik yang mungkin. Sebab aku menahan kebenganggan diri angkara kesiputan yang melanda laptop itu. Menyunting gambar seketul dua pun nak amik masa yang terlalu lama. huhu... Sila beri komen jika suntingan saya ada cacat dan celanya.
Senang cerita dan menjimatkan masa....Marilah kita melihat bunga yang aku katakan itu. Walaupun dia cantik, tetapi hadirnya ia di tepi highway yang berabuk dan berdebu. Sungguh kesian dan menyentuh hati. Bila dimake-up dengan kamera dan adobe lightroom, barulah keserian bunga ini terpancar.
Sebaik-baiknya...ucapkanlah ucapan yang terindah lagi terpuji....SUBHANALLAH
Monday, November 8, 2010
Burung Raja Udang.
Mata dah mengantuk. Kepala mula berasa pening. Tekak terasa loya.
Pada waktu ekstrim begini memang sukar untuk mengekalkan kadar kecerdasan badan seperti waktu siang. Dengan adanya cahaya matahari, seolah-olah badan badan sedang mengeas semula untuk hari yang seterusnya.
Aku sebenarnya boring + mengantuk kerana asyik duduk termenung ke arah monitor CRT yang kusam warnanya. Hari-hari aku ber "Facebook". Sambil-sambil membaca dan menulis beberapa helai nota untuk peperiksaan yang bakal menjelang Selasa ini.
Bila badan dah lemah dan letih, aku mengecasnya semula dengan melakukan editing terhadap foto-foto lama yang wujud dalam Portable Hardisk. Aku mula meninjau dan melihat foto-foto lamadi zaman aku mula-mula memegang kamera. Aku tersenyum keseorangan kerana hampir keseluruhan gambar yang aku ambil dahulu seperti kebudak-budakan. hehe.
Aku pun mula melancarkan Adobe Lightroom versi 3.2 untuk mengimport gambar tersebut ke dalam catalog. Setelah itu, aku pun mula memilih gambar yang menarik untuk diedit. Akhirnya, aku memilih gambar burung raja udang yang sedang hinggap di atas sebuah dahan pohon rendah.
Aku mengambil gambar tersebut dengan menggunakan kit lense 18-55mm. Untuk mengambil gambar burung memerlukan daya ketelitian yang tinggi agar burung tidak diganggu. Sekali macam pro daa...haha. Bila aku ambil gambar burung itu, burung itu hanya memenuhi 20% sahaja dalam ruang foto. Alangkah keciknya burung itu bila menggunakan kit lense yang tak berapa nak zoom.
Gambarnya adalah seperti ini.
Untuk pengetahuan umum, ini merupakan gambar yang 83 yang dihasilkan semenjak aku membeli kamera Julai yang lalu.
Selepas itu, aku mula men "crop" gambar burung itu agar nampak lebih dekat. Apa orang kata.....Rule of Third. Aku pun terus mencuba dan mencuba.
Hasilnya, seperti ini...
Adus, gambar burung ni tak berapa nak sharp atau tajam kerana telah di 'zoom' or di 'crop'.
Lantas, aku pun melancarkan Adobe Photoshop CS5 versi 12.0.1 untuk melakukan sedikit editing.
Step nyer:
Mula-mula aku select gambo burung tu dengan dahan yang dia hinggap tu dengan menggunakan Quick Selection Tool.
Aku ejas Refine Edge die bagi selection aku tu tak la nampak sangat cam edit.
Lepas tu, aku ejas selection aku tu kepada Inverse untuk memilih background belakang burung tu.
Aku pun letak filter Gaussian Blur supaya background burung tu nampak lebih blur.
Aku pilih Inverse semula untuk men "detail" kan burung tu pulak agar nampak sharp. Ejas la ikut sebest yang boleh. jangan melampau sangat dah la.
Gambar nampak still gelap dan muram. Aku pun memilih Adjusment Layer>Exposure.
Aku pilih layer mask untuk mengekalkan exposure background tu.
Aku pun pilih tool brush dan melakukan aktiviti mengecat background.
Last sekali, aku touch up sikit gune Adobe Lightroom balik.
Then aku publish kat blog ini.
Inilah hasilnya...
Gambar lain:
Subscribe to:
Posts (Atom)




















