Monday, November 1, 2010

HDR for Today.

Hari ini adalah hari Isnin. Semalam adalah hari Ahad. Aku duduk kebosanan seorang diri. Tiada arah untuk dituju. Lantas suatu idea datang menerjah dengan bayangan Taman-taman awam Putrajaya. Aku bermonolog sendirian. Kemana agaknya untuk dituju pada hari yang panas seperti ini.

Aku pun memilih untuk ke Taman Wetland Putrajaya. Aku ke sana bersama kawanku yang bernama Kundur. Dari pagi sampai ke asar aku bergelumang dengan kamera yang ber 'kit lense'. Nak cari lense yang superb pula  memerlukan ongkos yang banyak. Biarlah aku menemani Kit lense 18-55mm untuk beberapa ketika ini.

Tanpa banyak bicara, lebih baik aku memuat naik gambar yang telah di 'HDR' kan dan disunting.


HDR

Green Filter.



Antique Grayscale.




Sunday, October 31, 2010

Ku Mencari...: Panorama HDR.

Ku Mencari...: Panorama HDR.: "Pada hari ini aku telah melawat sebuah taman iaitu Taman Wetland yang terletak di Putrajaya. Aku ke sana berseorangan bersama motor Kriss ..."

Panorama HDR.



Pada hari ini aku telah melawat sebuah taman iaitu Taman Wetland yang terletak di Putrajaya. Aku ke sana berseorangan bersama motor Kriss 110 tahun 2005. Aku sendirian kerana memandangkan tiada teman yang boleh diajak untuk bergmabar bersama. Asalnya, aku hanya mahu menjenguk apa yang terdapat di sana tetapi memandangkan alang-alang aku dah ke sana, lebih baik aku mencuba kamera yang tersimpan di dalam beg galas aku tu. Lebih-lebih lagi, pada paginya aku telah menyambar Battery Grip untuk kamera aku tu. Bila lagi nak cuba kestabilannya gripnya...

Setibanya aku di maktab, aku pun mula memindahkan gambar-gambar itu ke dalam PC. Tetibe aku terniat nak menformat semula memory card kamera aku tu. Tanpa buang masa, aku terus memformat semula memory card tu. Yang sedihnya, aku telah kehilangan semua gambar yang aku ambil ketika di Taman Wetland petang tadi. Adui...macam mane boleh jadi macam ni.

Rupa-rupanya aku terlupa nak transfer semua gambar-gambar tu ke dalam folder yang sepatutnya. Akibatnya, hanya 7 keping gambar yang terselamat. Itu pun setelah diproses menjadi sekeping gambar panorama. Dah takde rezeki agaknya. 

Jadi, aku hanya sempat megupload sekeping gambar untuk hari ini. Untuk membentuk gambar panorama seperti ini, aku telah mencantumkan 7 keping gambar yang diambil dalam bentuk menegak atau vertical dengan menggunakan Photoshop CS5. Kemudian, aku telah mengubah exposure gambar itu kepada -2, 0 dan 2. Seterusnya, aku telah menggunakan perisian Photomatix Pro 4.0 yang baru. Dan, aku telah melakukan editing pada gambar itu dengan menggunakan perisian Adobe Lightroom 3. 

Gambar pertama : 7 keping gambar yang telah dicantumkan membentuk gambar panorama seperti ini dengan menggunakan Adobe Photoshop cs5. Sedikit editing dilakukan pada bahagian langit agar kelihatan kebiruan sedikit.



Gambar Kedua : Gambar yang telah dibentuk dengan menggunakan perisian Photomatix Pro 4 untuk menghasilkan gambar 'High Dynamic Range' atau HDR.


Jika ada sebarang komen tentang gambar ini amat dialu-alukan kerana saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Terima kasih.

Thursday, October 28, 2010

Alat Bantu Mengajar

Pada tahun ini, aku dikehendaki menghasilkan beberapa alat bantu mengajar yang membolehkan guru mengajar subjek matematik kepada murid-murid yang lemah.


Alat bantu di atas direka untuk murid yang mengalami masalah lupa yang melibatkan nombor. Masalah pembelajaran ini dikenali sebagai Dysphasia. Menurut salah satu simtomnya, murid ini sering terlupa akan apa yang telah diajarkan kepada mereka.


Untuk menolong mereka, kita boleh menggunakan alat bantu mengajar seumpama di atas. Alat bantu ini mengandungi objek, simbol dan perkataan. Untuk menyebut nombor satu sebagai contoh, guru perlu menayangkan kad imbasan ini kepada murid sambil membacakan huruf perkataan itu satu demi satu. Di samping itu, guru boleh mengaitkan nombor satu itu dengan jumlah bentuk segitiga yang berada di dalam kad.


Untuk mengajar murid bermasalah, bukan senang yang disangka. Walaupun kita rasakan mereka boleh menguasai sepuluh angka dalam sehari, tetapi perkara ini tipis berlaku. Bagi mereka, untuk mengingati satu nombor dalam sehari sudah begitu memeritkan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang besar dalam hal ini.