Wednesday, May 5, 2010

Score 5A tapi menjadi 5E.

Apa cerita disebalik tajuk di atas, Score 5A tetapi menjadi 5E pula.

Begini, sewaktu aku di sekolah sambil berpraktikum, aku duduk berbual-bual dengan seorang ustaz di kantin sekolah. Kami bersembang seperti biasa. Lama-kelamaan, ustaz itu cuba mengalihkan cerita perbualan kepada yang lebih serius lagi.

Ustaz itu memberi teka teki sama seperti tajuk di atas. Aku menjadi pusing mencari jawapan yang betul. Banyak jawapan aku cuba namun tak berjaya. Akhirnya aku give up dan ustaz itu pun memulakan ceritanya.

Begini...
Ibu bapa zaman sekarang, masing-masing berkeinginankan anak-anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam 5 mata pelajaran teras di sekolah iaitu BM 1, BM 2, Matematik, Sains dan BI. Terdapat juga ibu bapa yang begitu ekstrim yang mana mereka mahukan anak mereka score 100% untuk setiap subjek tersebut. Jika anak tersebut gagal walaupun mencapai matlamat, ibu bapa akan memarahi anak mereka. Fuh...jika aku berada pada kedudukan si anak, tentu habis keringat diperah dan habis idea satu persatu dikeluarkan.

Memang diakui matapelajaran seperti Matematik dan Sains amat diperlukan pada zaman sekarang. Tetapi adakah mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani perlu diketepikan?

Ada satu kes di mana ada seorang murid dalam ujian bulanan telah memperoleh keputusan yang membanggakan iaitu dengan mendapat keputusan 5A bagi subjek peperiksaan. Tetapi alangkah malangnya bagi murid itu kerana dia tidak pun mencapai keputusan A bagi subjek Pendidikan Islam. Adakah ini yang dibanggakan oleh ibu bapa?

Adakah murid yang mendapat 5E tetapi A dalam Pendidikan Islam dianggap bodoh mahu pun hina? Nyata masyarakat kita sudah tersilap dengan bayangan A yang menghantui diri setiap kali peperiksaan menjelang?

Kesimpulannya, tidak ada gunanya jika 5A tetapi E Pendidikan Islam berbanding dengan murid yang peroleh 5E tetapi A dalam subjek Pendidikan Islam. Jika murid tidak kuasai asas agama yang kukuh sejak di bangku sekolah rendah lagi, bagaimana pula dengan pemahaman mereka tentang agama di hari tua nanti?

Sebab itulah terjadinya masyarakat yang
BERZINA,
ROGOL,
BUANG ANAK,
MEMBUNUH,
MEMFITNAH,
BERJUDI,
MINUM ARAK,
MENDEDAH AURAT.

Saya bertanya kepada diri, apa peranan aku sebagai GURU akan hal ini?


Realiti Sekolah

Pada semester ini, aku telah dihantar bertugas sebagai guru praktikum di sebuha sekolah bandar di kawasan Serdang. Aku dikehendaki mengajar matapelajaran Matematik sekolah rendah bagi darjah 5 dalam bahasa Inggeris. Aku diperuntukkan 8 waktu atau pun 4 jam seminggu.

Dalam sibuk-sibuk berpraktikum, kadang kala aku ditugaskan untuk menggantikan masa guru yang tiada di sekolah yang dikenali sebagai "Relief". Tidak banyak waktu pun aku ditugaskan. Hanya 2 atau 3 masa sahaja seminggu. Aku beruntung kerana di sekolah itu terdapat banyak guru praktikum yang datang dari maktab yang lain. Jadi, tugasan Relief mereka lagi banyak daripada aku.

Dalam sibuk menyiapakan rancangan mengajar dan juga membina alat bantu mengajar yang menarik, aku didatangi oleh kerani sekolah. Aku diberikan keratan kecil kertas relief yang berwarna biru. Aku dikehendaki masuk menggantikan masa barangkali seorang Ustazah hanya selama 30 minit pada waktu 12.40 hingga 1.10 petang.

Apabila tiba waktunya, aku pun bersegera ke kelas itu dengan harapan aku dapat mengajar serba sedikit ilmu agama yang ada pada diriku ini. Rupa-rupanya waktu itu merupakan waktu "Tasmik" bagi mata pelajaran Al-Quran.

Aku melihat seorang demi seorang murid-murid yang berada di dalam kelas itu. Adakah ini muridnya yang ingin mempelajari mata pelajaran yang paling mulia ini?

Rupa-rupanya majoriti daripada pelajar perempuan tidak mengenakan tudung di kepalanya. Bagaimanakah mereka mempelajari ayat-ayat Allah sedangkan aurat mereka terbuka dan terdedah. Bagaimana dengan adab mereka dengan Al-Quran?

Aku tidak menyalahkan ustaz atau ustazah sekolah itu kerana tidak menasihati mereka, tetapi hal ini berpunca daripada istitusi keluarga yang bermasalah dengan agama. Sama-sama kita perhatikan dan ambil iktibar daripada cerita ini. Apa peranan guru masa kini?

Thursday, February 25, 2010

Sukan Tahunan IPG Kampus Pendidikan Islam


Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KPI Kali ke-3
Bertempat di Astaka IPG KPI
Berlansung pada 24 Febuari 2010


Apa-apa pun ucapan syukur kepada Allah. Lega rasanya Kejohanan Tahunan Olahraga Tahunan ke-3 telah pun melabuhkan tirainya. Aku yang dipertanggungjawabkan sebagai AJK Seranta dan Siaraya pun turut merasakan kehangatan dan keletihan sepanjang kejohanan berlansung. Walaupun aku hanya duduk di bawah astaka sambil memerhatikan alatan elektronik bagi memastikan kelancarannya berfungsi. Tugas aku tidaklah terlalu banyak dan merumitkan.




Rakan-rakan lelaki dan perempuan turut memberikan sokongan. Bahagian perempuan hanya menguruskan lagu-lagu yang perlu dimainkan sepanjang kejohanan. Mereka hanya perlu menunggu isyarat daripada pengacara dan juga berpandukan buku program. Sekali lagi kerjaku hanya melihat kelancaran kejohanan berlansung.




Memandangkan aku memiliki AJK yang ramai, jadi aku telah mengambil kesempatan untuk bergambar di beberapa tempat acara.


Sebelum terlupa, aku ade menang PERAK acara lontar peluru.




Bergambar dihadapan rumah sukan, Saidina Uthman (Kuning)




Bersama AJK Teknikal dan Kepegawaian


Di bawah ini, aku ada sertakan beberapa buah lagu yang terlibat sepanjang acara sukan. Sesiapa yang inginkan lagu-lagu tersebut untuk acara sukan di sekolah adalah dialu-alukan untuk dimuat turun dan dikongsi bersama yang lain.




Tuesday, December 15, 2009

Gerakan Sulit Yahudi-Illuminaty

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ucapan syukur kepada Allah kerana limpah dan rahmatnya kita masih lagi berada dalam keadaan Iman dan Islam. Selain itu, kita juga diberikan kesihatan tubuh badan yang normal dari hari ke hari. Alhamdulillah.

Pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu perkongsian ilmiah yang saya rasa semua orang yang beragama Islam perlu tahu akan kewujudan pertubuhan yang dikatakan sulit dan berbahaya kepada agama dan juga kepada dunia.

Pembentukan dan Sejarah Pergerakan Illumanity.

Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adama Weishaupt (mati pada 1830) pada tahun 1776. Beliau merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum ini, pada tahun 1770 beliau telah didatangai oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik beliau ke dalam sarang Freemasonry. Beliau juga merupakan professor Theology di University Angold Stadt, Jerman telah menganut agama fahaman Atheisme.

Perkataan Illmanity telah dinisbahkan kepada salah seorang daripada kumpulan (mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illumanity yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama') Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula Illumanity bermaksud Al-Nuraniyin. Mereka menamakan Illumanity sempena nama Iblis yang merupakan pemerintah tunggal alam ini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal Laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dollar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang terdapat pada duit Amerika Syarikat tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit Amerika dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illumanity yang bernama Pat Robertson.


TAFSIRAN PADA LAMBANG USD 1.00.

  1. Tarikh yang terdapat pada tapak piramid tersebut menunjukkan tarikh penubuhan Pertubuhan Illumanity secara rasmi oleh Adam Weishaupt.
  2. Piramid tersebut menunjukkan piramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis. Menurut sumber lain, piramid itu juga merujuk kepada piramid yang terdapat di Giza yang merupakan lambang ilmu sihir pada zaman purba. Lambang sihir ini dapat diperhatikan pada batu-batu piramid yang disusun dalam 13 barisan yang merupakan simbol alam sihir.
  3. Air yang mengelilingi piramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda.
  4. Sebiji mata yang terdapat pada puncak piramid tersebut menunjukkan mata Dajjal yang sedang memerhati seluruh alam ini. Sumber yang lain ada menyebut bahawa mata itu merupakan mata tuhan Lucifer (Iblis) yang mengawal alam semesta ini.
  5. Manakala cogankata yang terdapat pada bulatan itu melambangkan syiar yang dipegang oleh pertubuhan Illumanity dan sebagai tanda kewujudan Dajjal.
  6. Pada tapak piramid terdapat tulisan MDCCLXX1 menunjukkan tarikh pertubuhan ini dibina dan hakikatnya ialah tarikh itu bukannya merupakan tarikh sebenar Amerika Syarikat merdeka.
  7. Perkataan pada tapak piramid iaitu NOVUS ORDO SECLORUM bermaksud "New World Order" ataupun Order Baru Sekular.
  8. Manakala tulisan "ANNUT COEPTIS" pula bermaksud "Perjuangan Pakatan Sulit Kita untuk Order Baru Sekular".



Itulah serba sedikit tentang pergerakan sulit Yahudi yang sekarang sedang berusaha untuk menakluk dunia. Untuk rujukan yang lebih mendalam lagi, saya ada sediakan beberapa pautan yang seharusnya anda klik dan bacanya. Membaca itu kunci kepada ilmu pengetahuan.




Dalam protokol Freemasonry ayat ke-9 dan 13 yang disusun oleh Zionjisme Brazil berbunyi:

"Moral generasi Goyim pada waktu ini telah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teori-teori palsu yang sudah kita sama-sama ketahui bahawa teori dan prinsip itu adalah rosak, lalu kita sematkan ke dalam benak akal mereka."
(Ayat ke-9)

"Untuk mencegah orang-orang Goyim daripada menemui langkah baru dalam politik, kita hendaklah membawa mereka ke kancah hiburan seperti judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu kita muatkan iklan-iklan di dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga menganggu-gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain." (Ayat ke-13)


Seorang pemimpin tertinggi Freemasory telah berkata:

"Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama."


Salah seorang pemimpin tertinggi Imperialis pernah berkata:

"Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan meterialistik."


Karl Marx pernah berkata:

"Penggantinya adalah panggung drama dana filem. Maka palingkanlah mereka yang sibuk ke arah pementasan teater."

Jadi, bolehlah kita simpulkan bahawa apa yang selalu kita lakukan sehari-harian adalah mengikut telunjuk helah Yahudi yang telah dirancang sekian lama. Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya sehinggakan akibat yang buruk yang datang barulah kita sedarinya sendiri.

Hiburan yang dihidangkan di televesyen pada setiap hari memang menyeronokkan sehinggakan kita pun lalai dan leka. Tengoklah sahaja di rancangan Astro, bermacam-macam rancangan yang tidak masuk akal ditayangkan. Untuk apa rancangan dan drama itu ditayangkan sedangkan mesejnya hanya berkaitan cinta dan cemburu sahaja.

Contoh hiburan melampau seperti:



Adakah hiburan seperti di atas dicipta oleh orang-orang Melayu Islam? Hiburan seperti ini bukan datangnya daripada Hadis atau pun Al-Quran tetapi datangnya daripada musuh Islam. Walhal kita sudah tahu hiburan ini merupakan agenda yahudi yang ingin memecahkan kekuatan masyarakat Islam pada hari ini. Tetapi kita masih juga menonton dan mengundinya dengan menggunakan rezeki halal yang diberikan Allah.

Jika kita diberikan soalan karangan SPM tentang keburukan hiburan masa kini, sudah tentulah kita akan menjawabnya dengan berhelai-helai kertas kerana isi dan pointnya terlalu banyak. Setiap isi akan dihuraikan dengan panjang lebar dengan disertakan contoh yang mantap dan rasional sekali. Tetapi apabila kita berhadapan dengan hiburan itu sendiri, isi keburukan hiburan karangan itu telah menjadi kebaikan kepada kita pula. Mana satu yang betul ini?

Apa motif sehati berdansa? Dan apa pula motif Akademi Fantasia?
Mahu melahirkan siapa? Adakah generasi muda?
Sudah tentulah yang dilahirkan adalah artis-artis yang satu hari nanti akan memimpin negara ini. Artis memimpin negara? Negara yang penuh dengan gosip hiburan semata-mata. Fikiran agama entah kemana dan kemudian mati ditelah mush Islam.