Monday, November 8, 2010

Burung Raja Udang.

Mata dah mengantuk. Kepala mula berasa pening. Tekak terasa loya.
Pada waktu ekstrim begini memang sukar untuk mengekalkan kadar kecerdasan badan seperti waktu siang. Dengan adanya cahaya matahari, seolah-olah badan badan sedang mengeas semula untuk hari yang seterusnya.

Aku sebenarnya boring + mengantuk kerana asyik duduk termenung ke arah monitor CRT yang kusam warnanya. Hari-hari aku ber "Facebook". Sambil-sambil membaca dan menulis beberapa helai nota untuk peperiksaan yang bakal menjelang Selasa ini. 

Bila badan dah lemah dan letih, aku mengecasnya semula dengan melakukan editing terhadap foto-foto lama yang wujud dalam Portable Hardisk. Aku mula meninjau dan melihat foto-foto lamadi zaman aku mula-mula memegang kamera. Aku tersenyum keseorangan kerana hampir keseluruhan gambar yang aku ambil dahulu seperti kebudak-budakan. hehe.

Aku pun mula melancarkan Adobe Lightroom versi 3.2 untuk mengimport gambar tersebut ke dalam catalog. Setelah itu, aku pun mula memilih gambar yang menarik untuk diedit. Akhirnya, aku memilih gambar burung raja udang yang sedang hinggap di atas sebuah dahan pohon rendah.

Aku mengambil gambar tersebut dengan menggunakan kit lense 18-55mm. Untuk mengambil gambar burung memerlukan daya ketelitian yang tinggi agar burung tidak diganggu. Sekali macam pro daa...haha. Bila aku ambil gambar burung itu, burung itu hanya memenuhi 20% sahaja dalam ruang foto. Alangkah keciknya burung itu bila menggunakan kit lense yang tak berapa nak zoom. 

Gambarnya adalah seperti ini.


Untuk pengetahuan umum, ini merupakan gambar yang 83 yang dihasilkan semenjak aku membeli kamera Julai yang lalu.

Selepas itu, aku mula men "crop" gambar burung itu agar nampak lebih dekat. Apa orang kata.....Rule of Third. Aku pun terus mencuba dan mencuba.

Hasilnya, seperti ini...



Adus, gambar burung ni tak berapa nak sharp atau tajam kerana telah di 'zoom' or di 'crop'. 
Lantas, aku pun melancarkan Adobe Photoshop CS5 versi 12.0.1 untuk melakukan sedikit editing.

Step nyer:

Mula-mula aku select gambo burung tu dengan dahan yang dia hinggap tu dengan menggunakan Quick Selection Tool.

Aku ejas Refine Edge die bagi selection aku tu tak la nampak sangat cam edit.
Lepas tu, aku ejas selection aku tu kepada Inverse untuk memilih background belakang burung tu.

Aku pun letak filter Gaussian Blur supaya background burung tu nampak lebih blur.
Aku pilih Inverse semula untuk men "detail" kan burung tu pulak agar nampak sharp. Ejas la ikut sebest yang boleh. jangan melampau sangat dah la.

Gambar nampak still gelap dan muram. Aku pun memilih Adjusment Layer>Exposure.
Aku pilih layer mask untuk mengekalkan exposure background tu.

Aku pun pilih tool brush dan melakukan aktiviti mengecat background.

Last sekali, aku touch up sikit gune Adobe Lightroom balik.

Then aku publish kat blog ini.


Inilah hasilnya...



Gambar lain:




1 comment:

  1. cbe try step nie dlm CS4, ag mudah asenya nk wat background blur..

    1st step
    -mule2 amik gmbar burung tue, yang asal, Duplicate layer background, tekan je Ctrl + J.
    -then, guna je kaedah selection tuk wat selection pada sekeliling subjek.
    * Kaedah selection yang boleh digunakan:
    o Polygonal Lasso / Magnetic Lasso
    o Quick Selection Tool
    o Quick Mas
    -lepas wat selection kt subjek dlm gmbaq, applykan sedikit feather kpd selection trsebut. Klik menu Select > Modify > Feather. Letakkan radius: 1px.
    -Tkn ‘Delete‘ tuk mpadamkan bhgn y diselect tadi.
    - tp sbelum applykan filter Lens Blur, kena hidekan layer background dulu.
    - pastu amik balik layer 1, n klik Filter > Blur > Lens Blur. Setkan:
    o Depth Map >Source: Transparency (Adjust Blur Focal Distance ikut suka sampai puas atie..ahaha)
    o Radius: 15
    o Blade Curvature: 10

    -lepas tue, klik pada ikon ‘add layer mask‘ d bhgn bawah panel layer.
    -next step masukkan gradient hitam-putih ke dlm mask trsbut. Hitam di bahagian bawah. cara dya mcm bawah bie...xsusah pon
    - Tekan huruf ‘D’ untuk setkn warna default pd palet warna n tekan huruf ‘X’ untuk setkan warna hitam sbg wrna foreground.

    -Pilih gradient tool (G), klik dan drag dr bhgian bwh foto ke bahagian atas. Cuma drag setakat 1/3 daripada foto ja, jgn lebih2...xcantek lak nnt.

    ang try la...haha
    =)

    ReplyDelete