Wednesday, July 28, 2010

Kehidupan Kini

Sedar tak sedar sekarang sudah pun  masuk minggu ke-5. Masih berbaki lagi 3 minggu untuk aku menamatkan minggu praktikum yang boleh dikatakan menyeksakan tetapi seronok kalau tiada pemantauan oleh pensyarah.


Sejak bergelar guru praktikum, aku rasakan diriku ini semakin berat dan berat. Bukan kerana masalah berat badan yang semakin meningkat tetapi masalah beban tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang guru.


Kehidupan aku kini juga amat berbeza dengan kehidupan dahulu. Kini aku sudah pun berjinak-jinak dengan kehidupan yang bebas tanpa belenggu peraturan maktab yang menyeksakan lagi memeningkan. Bukan kerana peraturan yang dicipta tetapi pelaksanaannya oleh sesetengah pihak yang menjadikannya rumit dan bermasalah untuk diikut.


Sekarang aku sudah pun menetap di luar kampus. Memang jauh berbeza dengan dalam kampus. Setiap langkah aku kini tidak lagi dibelenggu rantai peraturan yang menyebabkan langkahku terbehenti seketika. Tetapi kini aku sudah pun bebas dan senang kerana aku bebas melakukan apa sahaja di dunia luar kampus. Masa makan, mandi, dan aktiviti lain mudah sahaja dilaksanakan tanpa halangan sesiapa pun.


Praktikum makin hari makin susut jumlah harinya. Penat dan sibuk bukan kepalang. 





2 comments:

  1. Salam dik. selamat menghabiskan praktikum.moga dapat buat yg terbaik ya =). akak dengar2, makin ketat IPIS skrang eh? akak pun 'kena' mase gi ziarah sane..

    ReplyDelete
  2. bese la tu...selagi ade orang yg x pencen tu...sampai gitu la IPIS...

    ReplyDelete