Sunday, June 21, 2009

Kotornya Otak Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah otak kita tercemar dengan perkara-perkara yang lucah?

Apabila kita ajukan soalan ini kepada kawan kita, sudah tentulah dia tidak akan sesekali mengaku bahawa otaknya sudah tercemar melainkan rakan yang benar-benar jujur dan boleh dipercayai.

Tetapi, bagi yang tidak mengaku, kita boleh lihat setakat mana kebenaran itu.

Di sini terdapat beberapa gambar yang akan mencabar kewibawaan anda. Adakah anda sudah bersedia. Mari kita lihat gambar ini satu persatu. Apa kata anda?




Gambar 1



Apa pandangan anda?
Adakah ini merupakan lampu atau pun sebaliknya?
Apa kaitannya dengan perkara yang melucahkan?
Saya sudah dapat jawapannya.
Anda tengoklah gambar ni puas.
Kalau masih tak nampak lagi...
Kecilkan gambar lampu ini dan lihatlah gambar ini.
Anda akan dapat jawapannya.


Gambar 2
Tolong...tolong...
Gambar ini melucahkan.
Nanti dulu...
Cuba anda lihat dengan mata dan kepala betul-betul.
Bagi saya, gambar ini adalah gambar biasa.
Di mana lucahnya?
Adakah anda melihat gambar seorang lelaki dan wanita yang tidak berpakaian sedang berpelukan?
Nyatalah otak anda sudah tercemar...
Sebenarnya...
Mengikut kajian, sesiapa yang melihat gambar ini sebagai perkara yang lucah, maka otaknya sudah tercemar dengan perkara-perkara kotor seperti porno. Sebenarnya, gambar ini merupakan gabungan 9 ekor ikan lumba-lumba. Adakah anda mampu mengesannya?
Cubalah...
Selain itu, gambar ini benar keberkesanannya kerana saya sudah mencubanya pada adik saya sendiri. Ajaibnya dia mengatakan gambar tersebut adalah gambar 9 ekor ikan lumba-lumba.
Bagaimana dengan otak dan cara imaginasi kita?

No comments:

Post a Comment