Sunday, October 31, 2010

Panorama HDR.



Pada hari ini aku telah melawat sebuah taman iaitu Taman Wetland yang terletak di Putrajaya. Aku ke sana berseorangan bersama motor Kriss 110 tahun 2005. Aku sendirian kerana memandangkan tiada teman yang boleh diajak untuk bergmabar bersama. Asalnya, aku hanya mahu menjenguk apa yang terdapat di sana tetapi memandangkan alang-alang aku dah ke sana, lebih baik aku mencuba kamera yang tersimpan di dalam beg galas aku tu. Lebih-lebih lagi, pada paginya aku telah menyambar Battery Grip untuk kamera aku tu. Bila lagi nak cuba kestabilannya gripnya...

Setibanya aku di maktab, aku pun mula memindahkan gambar-gambar itu ke dalam PC. Tetibe aku terniat nak menformat semula memory card kamera aku tu. Tanpa buang masa, aku terus memformat semula memory card tu. Yang sedihnya, aku telah kehilangan semua gambar yang aku ambil ketika di Taman Wetland petang tadi. Adui...macam mane boleh jadi macam ni.

Rupa-rupanya aku terlupa nak transfer semua gambar-gambar tu ke dalam folder yang sepatutnya. Akibatnya, hanya 7 keping gambar yang terselamat. Itu pun setelah diproses menjadi sekeping gambar panorama. Dah takde rezeki agaknya. 

Jadi, aku hanya sempat megupload sekeping gambar untuk hari ini. Untuk membentuk gambar panorama seperti ini, aku telah mencantumkan 7 keping gambar yang diambil dalam bentuk menegak atau vertical dengan menggunakan Photoshop CS5. Kemudian, aku telah mengubah exposure gambar itu kepada -2, 0 dan 2. Seterusnya, aku telah menggunakan perisian Photomatix Pro 4.0 yang baru. Dan, aku telah melakukan editing pada gambar itu dengan menggunakan perisian Adobe Lightroom 3. 

Gambar pertama : 7 keping gambar yang telah dicantumkan membentuk gambar panorama seperti ini dengan menggunakan Adobe Photoshop cs5. Sedikit editing dilakukan pada bahagian langit agar kelihatan kebiruan sedikit.



Gambar Kedua : Gambar yang telah dibentuk dengan menggunakan perisian Photomatix Pro 4 untuk menghasilkan gambar 'High Dynamic Range' atau HDR.


Jika ada sebarang komen tentang gambar ini amat dialu-alukan kerana saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment