Thursday, August 27, 2009

Memula Moon = Negaraku???

Aku terkejut lantas tidak pula melatah.
Aku terkedu lantas tidak pula tergamam.
Aku mula mencari dan mencari sehingga masalah ini terungkai. Akhirnya aku menjumpainya.

Al-kisahnya adalah mengenai kemerdekaan. Tahukah anda tentang merdeka???
Janganlah kita asyik banggakan merdeka 50 tahun yang telah kita kecapi tetapi minda masih lagi jumud kepada perkara-perkara khurafat yang membawa kelembah kesesatan.

Bila orang sebut tentang merdeka, kita pun sibuk tumpang sekaki seolah-olah kita juga merupakan manusia yang merdeka. Orang berdiri ketika menyanyikan lagu Negaraku, kita pun turut berdiri kerana bertaqlik buta. Tetapi hakikatnya di sebalik sejarah yang tersirat telah dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit.

Bila kita sebut pasal lagu Negaraku pasti semua rakyat mengetahuinya. Bagi rakyat yang Intermediate mereka mungkin mengetahui asal usul lagu tersebut yang berasal daripada lagu negeri Perak Darul Rizuan. Tetapi bagi rakyat yang advance mereka pasti tahu asal usul sejarah yang tersirat mengenai lagu Negaraku ini.

Apa maknanya?
Kita sibuk melaungkan kemerdekaan yang ada pada hari ini merupakan hasil usaha nenek moyang kita. Pasti kita merasa bangga dengan apa yang ada pada hari ini. Tetapi adakah dinamakan merdeka jika lagu Negaraku yang sekecil duit sepuluh sen pun tidak dapat dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri. Inilah yang menjadi persoalan di dalam penulisan kali ini.

Anda kenal siapa orang tua yang mempunyai pulau yang dikelilingi rambut putih di kepalanya?
Tengok sekali pasti kita tidak mengenalinya. Tengok dua kali masih lagi kabur. Tengok buat kali ketiga pun kita masih lagi buta. Inilah yang dinamakan buta sejarah termasuklah aku.

Siapa orang tua di atas?
Janganlah kita mengunakan istilah orang tua untuk mewakili gambar di atas kerana beliau merupakan orang penting kepada negara. Si tua ini dinamakan Pierre-Jean de Beranger.

Anda tahu siapa dia???
Dia lah yang mencipta lagu Mamula Moon yang mana kemudian kita telah menceduk melodinya lantas dimasukkan melodi itu ke dalam lagu terang bulan dan kemudian ke dalam Negaraku.Dia adalah komposer lagu Negaraku yang selalu kita nyanyikan pada waktu pagi hari Isnin dan juga di tempat-tempat rasmi. Adakah itu dinamakan merdeka? Walaupun hal ini nampak kecil tapi hakikatnya orang tua di atas tidak memberi sebarang jasa kepada negara kita. Bukannya orang tua itu datang menyumbangkan lagunya tetapi kita yang menciplak lagunya. Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!

Sebab itulah "Satu Malaysia" tidak memandang Malaysia sebagai negara yang tercinta kerana lagu yang sekecil-kecil kuman pun datangnya dari orang yang bukan warganegara Malaysia.

Sepatutnya jika si tua itu masih lagi hidup pasti dialah PM kita pada hari ini. Ha...ha...ha...



P/s: Kalau sesiapa yang masih lagi tidak percaya. Googlelah ke link yang telah disediakan di bawah ini.

1 comment:

  1. la..yeke,xtau la plak..ish2 lgu pn nak amek org punye kn..org kristian plak kn...die ni asal dari mana??

    ReplyDelete