Tuesday, December 15, 2009

Gerakan Sulit Yahudi-Illuminaty

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ucapan syukur kepada Allah kerana limpah dan rahmatnya kita masih lagi berada dalam keadaan Iman dan Islam. Selain itu, kita juga diberikan kesihatan tubuh badan yang normal dari hari ke hari. Alhamdulillah.

Pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu perkongsian ilmiah yang saya rasa semua orang yang beragama Islam perlu tahu akan kewujudan pertubuhan yang dikatakan sulit dan berbahaya kepada agama dan juga kepada dunia.

Pembentukan dan Sejarah Pergerakan Illumanity.

Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adama Weishaupt (mati pada 1830) pada tahun 1776. Beliau merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum ini, pada tahun 1770 beliau telah didatangai oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik beliau ke dalam sarang Freemasonry. Beliau juga merupakan professor Theology di University Angold Stadt, Jerman telah menganut agama fahaman Atheisme.

Perkataan Illmanity telah dinisbahkan kepada salah seorang daripada kumpulan (mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illumanity yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama') Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula Illumanity bermaksud Al-Nuraniyin. Mereka menamakan Illumanity sempena nama Iblis yang merupakan pemerintah tunggal alam ini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal Laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dollar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang terdapat pada duit Amerika Syarikat tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit Amerika dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illumanity yang bernama Pat Robertson.


TAFSIRAN PADA LAMBANG USD 1.00.

  1. Tarikh yang terdapat pada tapak piramid tersebut menunjukkan tarikh penubuhan Pertubuhan Illumanity secara rasmi oleh Adam Weishaupt.
  2. Piramid tersebut menunjukkan piramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis. Menurut sumber lain, piramid itu juga merujuk kepada piramid yang terdapat di Giza yang merupakan lambang ilmu sihir pada zaman purba. Lambang sihir ini dapat diperhatikan pada batu-batu piramid yang disusun dalam 13 barisan yang merupakan simbol alam sihir.
  3. Air yang mengelilingi piramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda.
  4. Sebiji mata yang terdapat pada puncak piramid tersebut menunjukkan mata Dajjal yang sedang memerhati seluruh alam ini. Sumber yang lain ada menyebut bahawa mata itu merupakan mata tuhan Lucifer (Iblis) yang mengawal alam semesta ini.
  5. Manakala cogankata yang terdapat pada bulatan itu melambangkan syiar yang dipegang oleh pertubuhan Illumanity dan sebagai tanda kewujudan Dajjal.
  6. Pada tapak piramid terdapat tulisan MDCCLXX1 menunjukkan tarikh pertubuhan ini dibina dan hakikatnya ialah tarikh itu bukannya merupakan tarikh sebenar Amerika Syarikat merdeka.
  7. Perkataan pada tapak piramid iaitu NOVUS ORDO SECLORUM bermaksud "New World Order" ataupun Order Baru Sekular.
  8. Manakala tulisan "ANNUT COEPTIS" pula bermaksud "Perjuangan Pakatan Sulit Kita untuk Order Baru Sekular".



Itulah serba sedikit tentang pergerakan sulit Yahudi yang sekarang sedang berusaha untuk menakluk dunia. Untuk rujukan yang lebih mendalam lagi, saya ada sediakan beberapa pautan yang seharusnya anda klik dan bacanya. Membaca itu kunci kepada ilmu pengetahuan.




Dalam protokol Freemasonry ayat ke-9 dan 13 yang disusun oleh Zionjisme Brazil berbunyi:

"Moral generasi Goyim pada waktu ini telah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teori-teori palsu yang sudah kita sama-sama ketahui bahawa teori dan prinsip itu adalah rosak, lalu kita sematkan ke dalam benak akal mereka."
(Ayat ke-9)

"Untuk mencegah orang-orang Goyim daripada menemui langkah baru dalam politik, kita hendaklah membawa mereka ke kancah hiburan seperti judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu kita muatkan iklan-iklan di dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga menganggu-gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain." (Ayat ke-13)


Seorang pemimpin tertinggi Freemasory telah berkata:

"Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama."


Salah seorang pemimpin tertinggi Imperialis pernah berkata:

"Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan meterialistik."


Karl Marx pernah berkata:

"Penggantinya adalah panggung drama dana filem. Maka palingkanlah mereka yang sibuk ke arah pementasan teater."

Jadi, bolehlah kita simpulkan bahawa apa yang selalu kita lakukan sehari-harian adalah mengikut telunjuk helah Yahudi yang telah dirancang sekian lama. Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya sehinggakan akibat yang buruk yang datang barulah kita sedarinya sendiri.

Hiburan yang dihidangkan di televesyen pada setiap hari memang menyeronokkan sehinggakan kita pun lalai dan leka. Tengoklah sahaja di rancangan Astro, bermacam-macam rancangan yang tidak masuk akal ditayangkan. Untuk apa rancangan dan drama itu ditayangkan sedangkan mesejnya hanya berkaitan cinta dan cemburu sahaja.

Contoh hiburan melampau seperti:



Adakah hiburan seperti di atas dicipta oleh orang-orang Melayu Islam? Hiburan seperti ini bukan datangnya daripada Hadis atau pun Al-Quran tetapi datangnya daripada musuh Islam. Walhal kita sudah tahu hiburan ini merupakan agenda yahudi yang ingin memecahkan kekuatan masyarakat Islam pada hari ini. Tetapi kita masih juga menonton dan mengundinya dengan menggunakan rezeki halal yang diberikan Allah.

Jika kita diberikan soalan karangan SPM tentang keburukan hiburan masa kini, sudah tentulah kita akan menjawabnya dengan berhelai-helai kertas kerana isi dan pointnya terlalu banyak. Setiap isi akan dihuraikan dengan panjang lebar dengan disertakan contoh yang mantap dan rasional sekali. Tetapi apabila kita berhadapan dengan hiburan itu sendiri, isi keburukan hiburan karangan itu telah menjadi kebaikan kepada kita pula. Mana satu yang betul ini?

Apa motif sehati berdansa? Dan apa pula motif Akademi Fantasia?
Mahu melahirkan siapa? Adakah generasi muda?
Sudah tentulah yang dilahirkan adalah artis-artis yang satu hari nanti akan memimpin negara ini. Artis memimpin negara? Negara yang penuh dengan gosip hiburan semata-mata. Fikiran agama entah kemana dan kemudian mati ditelah mush Islam.

Wednesday, October 14, 2009

10 Syarat Membaca Al-Fatihah

Sempena Minggu Tahsinus Solah 2009, Biro Dakwah dan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Pendidikan ISlam telah mengaturkan aktiviti yang menarik bagi santapan rohani untuk warga IPGM KPI. Oleh hal yang demikian, ceramah yang telah diadakan adalah seperti berikut.



Tajuk : Bab Solat (Safinatun Naja) - 10 Syarat Membaca Al-Fatihah.


Tempat : Masjid IPGM Kampus Pendidikan Islam.


Penceramah : Ustaz Abdullah Qurtubi


Masa : 8.00 hingga 9.00 malam





Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menghadiri mahupun sesiapa yang inginkan penambahan ilmu agama, adalah digalakkan agar memuat turun kuliah agama tersebut pautan bawah ini.



DOWNLOAD

Saturday, September 26, 2009

Kemungkaran di Hari Raya.

1) Tasyabbuh (meniru0niru) orang kafir dalam berpakaian. Rasulallah bersabda "Barangsiapa yang meniru-niru suatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka" (Hadis riwayat Imam Ahmad dan sanadnya Hasan).

2) Wanita berdandan ketika keluar rumah. Padahal seperti ini diharamkan di dalam agama ini, berdasarkan firman Allah (yang artinya), “Dan hendaklah kamu (wanita muslimah) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu, dan dirikanlah shalat serta tunaikanlah…” (QS. Al Ahzab [33]: 33)

3) Berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram. Fenomena ini merupakan musibah di tengah kaum muslimin apalagi di hari raya. Tidak ada yang selamat dari musibah ini kecuali yang dirahmati oleh Allah. Perbuatan ini adalah haram berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, “Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925). Mungkin kita terlebih bersilaturrahim sehinggakan wanita bukan mahram pun kita bersalaman.

4) Mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri. Padahal tidak terdapat satu dalil pun yang menunjukkan perintah Allah ataupun tuntunan Nabi untuk ziarah ke kubur pada saat tersebut.

5) Kebanyakan manusia meninggalkan solat lima waktu karana sibuk bersilaturahmi dan kaum lelaki juga meninggalkan solat berjemaah di masjid tanpa alasan yang dibenarkan oleh agama. Demi Allah, sesungguhnya ini adalah salah satu bencana yang amat besar. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani. Lihat Misykatul Mashobih no. 574).

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Muroja’ah: Ustadz Aris Munandar
Artikel www.muslim.or.id

Saturday, September 19, 2009

Tak payah Keluar Belanja


Apa yang tak payah keluar belanjanya?

Di sini, aku nak terangkan satu cara nak melindungi komputer/PC/Laptop anda daripada diceroboh oleh mahkluk perosak maya yang berkeliaran melata hatta di hujung pendrive yang kita sedang guna kan sekarang ini.

Aku rasa, semua orang sudah sedia maklum. Tetapi adalah baiknya jika kita saling ingat-meningatkan. Manusia selalu terlupa. Maklumlah...nama Insan itu sendiri pun sudah melambangkan bahawasanya kita ini seorang yang pelupa.

Lihat saja pada gambar di atas. Sudah pastinya saya akan menerangkan satu perisian antivirus yang sangat ekonomi kepada kita semua. Anda tak perlu membelanjakan wang sampai RM50 atau lebih untuk membeli produk antivirus lain. Avira ini sahaja sudah mampu melindungi anda. Ni bukan nak promote.

Download sahaja kat SINI. Lepas itu pasang pada komputer/PC/laptop dan kemudian update.
Bagi sesiapa yang tidak mempunyai internet di rumah, anda boleh dapatkan Avira Updated File ataupun databasenya dan kemudian updatekan laptop/PC/komputer anda secara offline.

Kita biasanya meng-Update PC/laptop/komputer secara online, tetapi kali ini kita meng-update secara offline.

Cara-cara Installasi:
=Download dulu File Definition/database kat link ini, SOFTPEDIA
=Double klik pada icons Avira (Payung merah) kat Taskbar.
=Klik Update > Manual Update...
=Browse database terbaru yang ingin anda install-kan tu.


=Lepas tu, scan la PC tu takut kalau ada virus perosak.