Thursday, April 21, 2011

Alat Bantu Mengajar - Pembahagian Tanpa Baki Tahun 3




Guru memang sinonim dengan alat bantu mengajar (ABM). Gambar di atas boleh dikategorikan sama dengan ABM. Sebenarnya, kad manila di atas merupakan ABM yang digunakan untuk murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Untuk pengetahuan semua, aku ditugaskan untuk mengajar murid tahun 3 dan tajuk pada kali ini adalah Pembahagian tanpa baki atau pun Division without remainders. Jadi, sebagai aktiviti mereka selepas pengajaran, aku telah bekalkan nombor-nombor yang telah siap dipotong yang kemudiannya dimasukkan ke dalam sampul surat. 

Kertas yang mempunyai nombor dan darab itu adalah merupakan sifir yang mereka perlu isikan. Bagi gambar diatas, murid perlu mengisikan sifir 4 dengan betul tanpa kesalahan. Selepas mengisi sifir, murid perlu menyusun nombor-nombor yang ada bagi membentuk pembahagian bentuk lazim yang betul dan tepat. Pada tahap ini, kita akan melihat pelbagai jenis hasil murid. Ada yang mudah sahaja menyelesaikan permasalahan ini dan ada juga yang tersilap menyusun nombor.


Di sini juga aku sertakan bahan bantu mengajar dalam bentuk ICT yang dibentuk dengan menggunakan perisian Microsoft Office Power Point bagi tajuk ini.


Aku berharap ABM ini memberi manfaat kepada guru-guru sekalian.

Wednesday, November 17, 2010

Hari Pertama

Dengan lafaz Bismillah aku mengerakkan jari jemari ini...


Dari Bangi aku bermusafir ke sini. Akhirnya aku tiba juga ke Sungai Besar tempat ku menetap sejak dari kecil sehinggalah menjadi seorang belia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah iaitu tanggal 17 November 2010 menjadi hari pertama permulaan cuti sekolah untuk pelajar, murid dan guru sekolah tidak terkecuali pelatih maktab seperti aku.


Menaiki kereta kancil 850, aku telah memuatkan pelbagai barangan ke dalam kereta yang tidaklah seberapa nak luas. Antara barangnya ialah.....2 set desktop, sebuah beg pakaian, sedikit makanan yang tak habis dimakan sepanjang di maktab, kamera kesayangan, kasut dan juga peralatan-peralatan lain.


Bila sampai je di rumah, aku terus memasang PC. Aku mula menikmati kelajuan internet streamyx yang tak berapa nak laju kerana aku hanya melanggan streamyx 512 kb sahaja. Walau bagaimana pun, kelajuannya tidaklah begitu menghampakan.


Hari ini juga merupakan sejarah kerana hari ini merupakan hari raya Aidiladha bagi umat Islam khususnya di Malaysia. Bermula dengan mandi sunat, takbir raya, khutbah jumaat, sembelih lembu dan makan adalah merupakan rutin bagi raya ini. Tapi mungkin berlainan pada raya kali ini kerana aku berpeluang menangkap beberapa gambar sempena raya kali ini terutamanya ketika mata pisau berada di tengkuk lembu. 


Di tengah kesunyian pagi raya ini, aku keseorangan. Hanya duduk menyunting beberapa gambar lama. Memberi nafas dan wajah yang baru kepada gambar lama begitu menghiburkan hati. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tidak merasakan nikmat seronok sebegini ketika melakukan ibadah. Sedih rasanya....Aku berharap nikmat seumpama ini akan ku rasakannya suatu hari nanti. Insyallah.


Di bawah ini merupakan hasil gambar suntingan biasa melalui Adobe Lightroom. Tengok jer la sendiri.
















Friday, November 12, 2010

Ku Mencari...: Bunga Highway.

Ku Mencari...: Bunga Highway.: "Semalam, aku baru je sampai dari Bangi ke Sungai Besar. Penat sungguh perjalanan yang jauh lagi memenatkan. Sungguh menguji fizikal dan ment..."

Bunga Highway.

Semalam, aku baru je sampai dari Bangi ke Sungai Besar. Penat sungguh perjalanan yang jauh lagi memenatkan. Sungguh menguji fizikal dan mental. Bahagian fizikal tentu sekali bahagian pinggang. Mana tidaknya, dekat 3 jam kot aku hanya duduk terconggok di atas pelapik moto yang rasanya tidak pernah ditukar sejak 5 tahun yang lalu. Mendap habis dah kot span tu...huhu

Dalam perjalanan pulang, aku telah berehat sebentar seorang diri di tepi highway sebelum exit ke tol Setia Alam. Biasanya, mat-mat rider kalu berehat tepi jalan, mesti menyedut sepam dua pam rokok berbagai jenis. Tetapi, aku tidak merokok. Aku mahu menyedut apa? Jadi, aku pun mengeluarkan kamera D5000 yang berusia 5 bulan  itu untuk menekan beberapa shutter yang patut di tepi highway yang sibuk lagi berabuk.

Dalam fikiran: Aku nak shot mende yer...? 

Tiba-tiba aku terpandang kepada satu mahluk tuhan yang kecil, halus tetapi manarik. Sekali bunga daaa.... Bunga apa ya? Tak pernah pulak aku melihat bunga seperti ini secara lansung atau secara live. Jadi, aku pun merapatkan diri ke bumi dengan cara meniarap seorang diri di bahu highway untuk menangkap gambar bunga yang kerdil, kecil tetapi menarik. Dengan menggunakan lense yang tak berapa nak zoom dan tak berapa nak makro, aku pun mencuba sehabis yang boleh supaya aku dapat menyimpan bunga yang ku jumpa di pertengahan jalan itu sebagai kenang-kenangan yang juga merupakan perkenalanku yang pertama bersamanya.

Sesampainya aku di rumah, aku pun lantas menghidupkan butang POWER laptop mak aku. Aku pun mula mengimport gambar ke dalam katalog Adobe Lightroom versi 3.2. Aku seolah-olah tidak dapat menahan nafas ketika itu kerana sibuk menyunting gambar bunga itu sebaik yang mungkin. Sebab aku menahan kebenganggan diri angkara kesiputan yang melanda laptop itu. Menyunting gambar seketul dua pun nak amik masa yang terlalu lama. huhu... Sila beri komen jika suntingan saya ada cacat dan celanya.

Senang cerita dan menjimatkan masa....Marilah kita melihat bunga yang aku katakan itu. Walaupun dia cantik, tetapi hadirnya ia di tepi highway yang berabuk dan berdebu. Sungguh kesian dan menyentuh hati. Bila dimake-up dengan kamera dan adobe lightroom, barulah keserian bunga ini terpancar.





Sebaik-baiknya...ucapkanlah ucapan yang terindah lagi terpuji....SUBHANALLAH