Wednesday, November 17, 2010

Hari Pertama

Dengan lafaz Bismillah aku mengerakkan jari jemari ini...


Dari Bangi aku bermusafir ke sini. Akhirnya aku tiba juga ke Sungai Besar tempat ku menetap sejak dari kecil sehinggalah menjadi seorang belia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah iaitu tanggal 17 November 2010 menjadi hari pertama permulaan cuti sekolah untuk pelajar, murid dan guru sekolah tidak terkecuali pelatih maktab seperti aku.


Menaiki kereta kancil 850, aku telah memuatkan pelbagai barangan ke dalam kereta yang tidaklah seberapa nak luas. Antara barangnya ialah.....2 set desktop, sebuah beg pakaian, sedikit makanan yang tak habis dimakan sepanjang di maktab, kamera kesayangan, kasut dan juga peralatan-peralatan lain.


Bila sampai je di rumah, aku terus memasang PC. Aku mula menikmati kelajuan internet streamyx yang tak berapa nak laju kerana aku hanya melanggan streamyx 512 kb sahaja. Walau bagaimana pun, kelajuannya tidaklah begitu menghampakan.


Hari ini juga merupakan sejarah kerana hari ini merupakan hari raya Aidiladha bagi umat Islam khususnya di Malaysia. Bermula dengan mandi sunat, takbir raya, khutbah jumaat, sembelih lembu dan makan adalah merupakan rutin bagi raya ini. Tapi mungkin berlainan pada raya kali ini kerana aku berpeluang menangkap beberapa gambar sempena raya kali ini terutamanya ketika mata pisau berada di tengkuk lembu. 


Di tengah kesunyian pagi raya ini, aku keseorangan. Hanya duduk menyunting beberapa gambar lama. Memberi nafas dan wajah yang baru kepada gambar lama begitu menghiburkan hati. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tidak merasakan nikmat seronok sebegini ketika melakukan ibadah. Sedih rasanya....Aku berharap nikmat seumpama ini akan ku rasakannya suatu hari nanti. Insyallah.


Di bawah ini merupakan hasil gambar suntingan biasa melalui Adobe Lightroom. Tengok jer la sendiri.
















Friday, November 12, 2010

Ku Mencari...: Bunga Highway.

Ku Mencari...: Bunga Highway.: "Semalam, aku baru je sampai dari Bangi ke Sungai Besar. Penat sungguh perjalanan yang jauh lagi memenatkan. Sungguh menguji fizikal dan ment..."

Bunga Highway.

Semalam, aku baru je sampai dari Bangi ke Sungai Besar. Penat sungguh perjalanan yang jauh lagi memenatkan. Sungguh menguji fizikal dan mental. Bahagian fizikal tentu sekali bahagian pinggang. Mana tidaknya, dekat 3 jam kot aku hanya duduk terconggok di atas pelapik moto yang rasanya tidak pernah ditukar sejak 5 tahun yang lalu. Mendap habis dah kot span tu...huhu

Dalam perjalanan pulang, aku telah berehat sebentar seorang diri di tepi highway sebelum exit ke tol Setia Alam. Biasanya, mat-mat rider kalu berehat tepi jalan, mesti menyedut sepam dua pam rokok berbagai jenis. Tetapi, aku tidak merokok. Aku mahu menyedut apa? Jadi, aku pun mengeluarkan kamera D5000 yang berusia 5 bulan  itu untuk menekan beberapa shutter yang patut di tepi highway yang sibuk lagi berabuk.

Dalam fikiran: Aku nak shot mende yer...? 

Tiba-tiba aku terpandang kepada satu mahluk tuhan yang kecil, halus tetapi manarik. Sekali bunga daaa.... Bunga apa ya? Tak pernah pulak aku melihat bunga seperti ini secara lansung atau secara live. Jadi, aku pun merapatkan diri ke bumi dengan cara meniarap seorang diri di bahu highway untuk menangkap gambar bunga yang kerdil, kecil tetapi menarik. Dengan menggunakan lense yang tak berapa nak zoom dan tak berapa nak makro, aku pun mencuba sehabis yang boleh supaya aku dapat menyimpan bunga yang ku jumpa di pertengahan jalan itu sebagai kenang-kenangan yang juga merupakan perkenalanku yang pertama bersamanya.

Sesampainya aku di rumah, aku pun lantas menghidupkan butang POWER laptop mak aku. Aku pun mula mengimport gambar ke dalam katalog Adobe Lightroom versi 3.2. Aku seolah-olah tidak dapat menahan nafas ketika itu kerana sibuk menyunting gambar bunga itu sebaik yang mungkin. Sebab aku menahan kebenganggan diri angkara kesiputan yang melanda laptop itu. Menyunting gambar seketul dua pun nak amik masa yang terlalu lama. huhu... Sila beri komen jika suntingan saya ada cacat dan celanya.

Senang cerita dan menjimatkan masa....Marilah kita melihat bunga yang aku katakan itu. Walaupun dia cantik, tetapi hadirnya ia di tepi highway yang berabuk dan berdebu. Sungguh kesian dan menyentuh hati. Bila dimake-up dengan kamera dan adobe lightroom, barulah keserian bunga ini terpancar.





Sebaik-baiknya...ucapkanlah ucapan yang terindah lagi terpuji....SUBHANALLAH 

Monday, November 8, 2010

Burung Raja Udang.

Mata dah mengantuk. Kepala mula berasa pening. Tekak terasa loya.
Pada waktu ekstrim begini memang sukar untuk mengekalkan kadar kecerdasan badan seperti waktu siang. Dengan adanya cahaya matahari, seolah-olah badan badan sedang mengeas semula untuk hari yang seterusnya.

Aku sebenarnya boring + mengantuk kerana asyik duduk termenung ke arah monitor CRT yang kusam warnanya. Hari-hari aku ber "Facebook". Sambil-sambil membaca dan menulis beberapa helai nota untuk peperiksaan yang bakal menjelang Selasa ini. 

Bila badan dah lemah dan letih, aku mengecasnya semula dengan melakukan editing terhadap foto-foto lama yang wujud dalam Portable Hardisk. Aku mula meninjau dan melihat foto-foto lamadi zaman aku mula-mula memegang kamera. Aku tersenyum keseorangan kerana hampir keseluruhan gambar yang aku ambil dahulu seperti kebudak-budakan. hehe.

Aku pun mula melancarkan Adobe Lightroom versi 3.2 untuk mengimport gambar tersebut ke dalam catalog. Setelah itu, aku pun mula memilih gambar yang menarik untuk diedit. Akhirnya, aku memilih gambar burung raja udang yang sedang hinggap di atas sebuah dahan pohon rendah.

Aku mengambil gambar tersebut dengan menggunakan kit lense 18-55mm. Untuk mengambil gambar burung memerlukan daya ketelitian yang tinggi agar burung tidak diganggu. Sekali macam pro daa...haha. Bila aku ambil gambar burung itu, burung itu hanya memenuhi 20% sahaja dalam ruang foto. Alangkah keciknya burung itu bila menggunakan kit lense yang tak berapa nak zoom. 

Gambarnya adalah seperti ini.


Untuk pengetahuan umum, ini merupakan gambar yang 83 yang dihasilkan semenjak aku membeli kamera Julai yang lalu.

Selepas itu, aku mula men "crop" gambar burung itu agar nampak lebih dekat. Apa orang kata.....Rule of Third. Aku pun terus mencuba dan mencuba.

Hasilnya, seperti ini...



Adus, gambar burung ni tak berapa nak sharp atau tajam kerana telah di 'zoom' or di 'crop'. 
Lantas, aku pun melancarkan Adobe Photoshop CS5 versi 12.0.1 untuk melakukan sedikit editing.

Step nyer:

Mula-mula aku select gambo burung tu dengan dahan yang dia hinggap tu dengan menggunakan Quick Selection Tool.

Aku ejas Refine Edge die bagi selection aku tu tak la nampak sangat cam edit.
Lepas tu, aku ejas selection aku tu kepada Inverse untuk memilih background belakang burung tu.

Aku pun letak filter Gaussian Blur supaya background burung tu nampak lebih blur.
Aku pilih Inverse semula untuk men "detail" kan burung tu pulak agar nampak sharp. Ejas la ikut sebest yang boleh. jangan melampau sangat dah la.

Gambar nampak still gelap dan muram. Aku pun memilih Adjusment Layer>Exposure.
Aku pilih layer mask untuk mengekalkan exposure background tu.

Aku pun pilih tool brush dan melakukan aktiviti mengecat background.

Last sekali, aku touch up sikit gune Adobe Lightroom balik.

Then aku publish kat blog ini.


Inilah hasilnya...



Gambar lain:




Sunday, November 7, 2010

Ku Mencari...: Raudhah Karnival UIA Nilai

Ku Mencari...: Raudhah Karnival UIA Nilai: "Apabila menjelangnya hari Sabtu sahaja, aku merasakan bosan yang boleh dikatakan sangat kerana tiada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan ..."

Raudhah Karnival UIA Nilai


Apabila menjelangnya hari Sabtu sahaja, aku merasakan bosan yang boleh dikatakan sangat kerana tiada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan melainkan hanya tidur dan tidur. Tidak muak ke kalau selalu tido? Ditambah pula dengan poket yang kering dan kosong menjadikan fikiran aku berat memikirkan aktiviti yang sesuai dilakukan untuk hari Sabtu begini.


Seorang rakan mengajak aku ke Nilai, Negeri Sembilan untuk ke Raudhah Karnival di Asasi UIA. Katanya di sana kita boleh melihat dan menunggang kuda. So, aku pun pergi tanpa berfikir panjang bersama dengan DSLR D5000. Mane la tau boleh menembak beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan di sana.


Kami ke Nilai dengan berkereta Proton Saga seramai 4 orang. Sampai je di sana, aku cuba-cuba la melihat beberapa buah gerai yang dibuka di sana. Tetapi malangnya banyak kedai yang masih berselubung kanvas biru. Entah mengapa jadi begini. Kami pun gerak menuju ke tempat kuda. Sampai je di sana, ada lah beberapa gadis yang sedang cuba-cuba berjinak dengan kuda. Aku ingatkan tinggi dan gagah la kuda itu, tetapi kuda itu hanyalah seekor kuda padi yang agak rendah dan kecil tapi comel. haha.


Aku pun melabuhkan badan di tepian laluan bersimen untuk melihat gadis2 tersebut bermanja-manja dengan kuda padi itu. Dalam masa itu juga, aku telah menembak beberapa keping gambar yang telah diedit untuk paparan umum. Jangan segan kalu nak komen gambar tersebut kerana saya murid tahun 1 kelas Fotografi. haha.


Bila menjelangnya maghrib, aku pun solatlah di masjid depan UIA tu. Lepas tu kami gerak ke Giant untuk ber"dinner". Sehabisnya je dinner, kami gerak semula ke tempat lokasi. Wah...kali ini ada kumpulan nasyid Far East sedang berdiri di atas pentas menyampaikan beberapa buah lagu nasyid popular seperti Kasih Ibu, Nursyahadah dan lain-lain lagi.


Aku pun apa lagi. Dengan berbekalkan kamera D5000 berkit lense 15-55mm beserta flash YN yang telah diset kepada Full flash, aku segera ke depan pentas tanpa malu-malu untuk menembak beberapa keping gambar astis nasyid itu. Aku bukan apa, saja nak belaja menggunakan flash di waktu malam hari begini.


Tangan dan otak pun sudah penat. Apa yang boleh dihidangkan seterusnya hanyalah kepingan gambar JPEG yang telah disunting agar seronok dilihat mata. Jangan ada yang makan sudah la yer...





























Gambar ini telah diedit dengan menggunakan Adobe Lightroom versi 3.2. Tiada sentuhan Photoshop digunakan kerana aku agak malas sedikit malam ini. Apa-apa pun.....ENJOY jer.

Saturday, November 6, 2010

Menyelam Dalam Tension

Esok lusa dah nak exam. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan hanya duduk tencongok menghadap buku yang tidak kurang tebalnya.

Dalam tensiti yang amat tegang ini, aku tercongok kepenatan. Tiada apa yang boleh dibuat pada waktu malam sebegini melainkan duduk melepak bersama PC Dual Core kesayanganku. Mula-mula, tetikus digerakkan untuk mencari halaman muka Facebook. Akhirnya, pengakhirannya di blog ini juga.

Untuk meghilangkan kebosanan yang memuncak, aku telah mencuba menyunting beberapa keping gambar yang masih lagi dalam proses pembelajaran. Harap sesiapa yang ingin memberi komen amatlah dialukan. Itu pun jika ada orang terserempak dengan blog yang tidak seberapa meriah ini.