Sunday, October 31, 2010

Ku Mencari...: Panorama HDR.

Ku Mencari...: Panorama HDR.: "Pada hari ini aku telah melawat sebuah taman iaitu Taman Wetland yang terletak di Putrajaya. Aku ke sana berseorangan bersama motor Kriss ..."

Panorama HDR.



Pada hari ini aku telah melawat sebuah taman iaitu Taman Wetland yang terletak di Putrajaya. Aku ke sana berseorangan bersama motor Kriss 110 tahun 2005. Aku sendirian kerana memandangkan tiada teman yang boleh diajak untuk bergmabar bersama. Asalnya, aku hanya mahu menjenguk apa yang terdapat di sana tetapi memandangkan alang-alang aku dah ke sana, lebih baik aku mencuba kamera yang tersimpan di dalam beg galas aku tu. Lebih-lebih lagi, pada paginya aku telah menyambar Battery Grip untuk kamera aku tu. Bila lagi nak cuba kestabilannya gripnya...

Setibanya aku di maktab, aku pun mula memindahkan gambar-gambar itu ke dalam PC. Tetibe aku terniat nak menformat semula memory card kamera aku tu. Tanpa buang masa, aku terus memformat semula memory card tu. Yang sedihnya, aku telah kehilangan semua gambar yang aku ambil ketika di Taman Wetland petang tadi. Adui...macam mane boleh jadi macam ni.

Rupa-rupanya aku terlupa nak transfer semua gambar-gambar tu ke dalam folder yang sepatutnya. Akibatnya, hanya 7 keping gambar yang terselamat. Itu pun setelah diproses menjadi sekeping gambar panorama. Dah takde rezeki agaknya. 

Jadi, aku hanya sempat megupload sekeping gambar untuk hari ini. Untuk membentuk gambar panorama seperti ini, aku telah mencantumkan 7 keping gambar yang diambil dalam bentuk menegak atau vertical dengan menggunakan Photoshop CS5. Kemudian, aku telah mengubah exposure gambar itu kepada -2, 0 dan 2. Seterusnya, aku telah menggunakan perisian Photomatix Pro 4.0 yang baru. Dan, aku telah melakukan editing pada gambar itu dengan menggunakan perisian Adobe Lightroom 3. 

Gambar pertama : 7 keping gambar yang telah dicantumkan membentuk gambar panorama seperti ini dengan menggunakan Adobe Photoshop cs5. Sedikit editing dilakukan pada bahagian langit agar kelihatan kebiruan sedikit.



Gambar Kedua : Gambar yang telah dibentuk dengan menggunakan perisian Photomatix Pro 4 untuk menghasilkan gambar 'High Dynamic Range' atau HDR.


Jika ada sebarang komen tentang gambar ini amat dialu-alukan kerana saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Terima kasih.

Thursday, October 28, 2010

Alat Bantu Mengajar

Pada tahun ini, aku dikehendaki menghasilkan beberapa alat bantu mengajar yang membolehkan guru mengajar subjek matematik kepada murid-murid yang lemah.


Alat bantu di atas direka untuk murid yang mengalami masalah lupa yang melibatkan nombor. Masalah pembelajaran ini dikenali sebagai Dysphasia. Menurut salah satu simtomnya, murid ini sering terlupa akan apa yang telah diajarkan kepada mereka.


Untuk menolong mereka, kita boleh menggunakan alat bantu mengajar seumpama di atas. Alat bantu ini mengandungi objek, simbol dan perkataan. Untuk menyebut nombor satu sebagai contoh, guru perlu menayangkan kad imbasan ini kepada murid sambil membacakan huruf perkataan itu satu demi satu. Di samping itu, guru boleh mengaitkan nombor satu itu dengan jumlah bentuk segitiga yang berada di dalam kad.


Untuk mengajar murid bermasalah, bukan senang yang disangka. Walaupun kita rasakan mereka boleh menguasai sepuluh angka dalam sehari, tetapi perkara ini tipis berlaku. Bagi mereka, untuk mengingati satu nombor dalam sehari sudah begitu memeritkan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang besar dalam hal ini.

Tuesday, October 19, 2010

Taman Botani, Putrajaya

Pada 15 Oktober 2010, Aku dan THK (nama singkatan bagi geng aku) telah pergi ke Putrajaya menuju ke Taman Botani. Cadangnya, aku mahu gerak ke sana tepat selepas selesai menunaikan solat asar,. Tetapi apakan daya....perancangan aku tidak sebaik dan sehebat perancangan ilahi.


Aku ke sana seramai 6 orang dengan menaiki 2 biji kereta. Sampai sahaja di sana, jam di tangan sudah pun pukul 6.15 petang. Alamak....pukul 7 nanti taman ni nak kene tutup dah. Dalam kegelabahan mencari scene yang menarik di sana, aku menjadi tidak keruan kerana hatiku pada masa itu tidak berapa puas kerana kekangan waktu membentuk konflik di dalam diri.


Dalam masa hampir sejam dengan berbekal kit lense yang tak berapa nak zoom walaupun dah habis zoom, aku dapatlah merakam gambar yang boleh dikatakan menarik bagi diriku. Bagi orang lain....no komen la kot. Bkan aku sorang jer yang membawa kamera tetapi ade lagi dalam 3 orang. Yang dua orang tu kamera sejenis dengan aku tetapi sorang tu pula berjenama lain tetapi berbekalkan zoom lense 75-300mm. Fuh...zoom yang hebat. Tetapi ada kelemahan di situ kerana lense beliau tiada Image Stabilization.


Dah puas berjalan-jalan, aku terus bergerak ke Presint 16 untuk aktiviti seterusnya. Di ruang ini aku sertakan bersama gambar yang telah disunting dengan applikasi HDR yang dalam proses pembelajaran. 






Wednesday, October 13, 2010

Hobi Baru

Sebenarnya hobi yang dimaksudkan itu ialah hobi menangkap, menyunting dan menyimpan koleksi-koleksi gambar yang dihasilkan bersama kamera DSLR pertama aku yang berjudul D5000.

D5000 adalah kemera jenis DX yang dikeluarkan oleh Nikon. Aku memilih kamera ini kerananya setaraf dengan bajet yang telah aku peruntukkan selama ini. Aku telah melabur sebanyak hampir RM 2500 untuk memilikinya bersama dengan aksesorinya yang lain seperti UV filter, beg sandang, tripod, pembersih kamera dan lain-lain lagi.  Pada mulanya aku hanya mahu menjadikan hobi mengambil gambar ini sebagai hobi tetapi makin lama aku mula tertarik untuk mendalami keseluruhan ilmu tentang fotografi ini.

Aperture....shutter speed....ISO...exposure.... begitu merunsingkan fikiran. Buat masa ini, aku tidak mahu bercerita panjang mengenainya kerana aku harap aku dapat menjelaskan dengan terperinci pada suatu masa nanti. Atau pun dengan kata yang mudah difahami ialah sehingga aku sudah menjadi PRO baru aku akan terangkan perkara ini. Pada peringkat ini, aku hanya budak kecil yang bermain-main dengan cahaya dan kaca.

Di sini, aku mahu meletakkan gambar yang telah diambil dan telah disunting di tempat belajar aku ketika ini.