Thursday, August 27, 2009

Makna Tersembunyi Pada Dollar

Kalau kita perhatikan satu Dolar Amerika pada hari ini pasti tiada soalan yang akan timbul. Jika ada pun hanyalah persoalan tentang gambar orang tua pada kertas itu. Tetapi apa yang ingin dijelaskan pada ruangan ini ialah saya ingin memberitahu tentang satu perkara agak misteri.

Segala misteri hanya dapat dijelaskan melalui pengamatan anda semua pada video You Tube di bawa ini.




Sebab apa kebanyakan negara menjadikan Dolar Amerika sebagai penanda aras kepada ekonomi sesebuah negara dan mengapa tidak pula Dinar Emas seperti Rasul Junjungan kita lakukan dahulu?

Dengan adanya mata wang kertas Dolar ini tidak lain dan tidak bukan ialah ingin menjadikan manusia sebagai modal insan yang mencintai duit semata-mata. Akibatnya iala
-rompakan
-penipuan
-rasuah
-riba'
-penyelewengan
-makan harta anak yatim dan dll

Ini adalah agenda Yahudi Laknatulla sejak dahulu lagi. Matlamat mereka adalah mahu menjadikan manusia teruatamnya manusia Islam cintakan wang dan duit.

Walhal pada zaman nabi s.a.w dahulu segala urus niaga dijalankan dalam bentuk dinar emas. Sebagai mana yang kita tahu emas tidak akan susut nilainya. Jika berlaku susutan pun hanyalah dalam kadar yang kecil sahaja.

Cuba imbas kenangan dahulu semasa kita kecil...
RM1 dahulu tahun 1950 tidak lagi sama dengan RM1 tahun 2009.

Wang merupakan salah satu daripada agenda Yahudi. Bagaimana pula Hiburan, Arak, Judi, Sex dan lain-lain lagi? Benda seperti ini tak perlu dicari tetapi buktinya datang di depan mata kita. Pergilah ke mana-mana sekalipun, pasti ada manusia Islam seperti Yahudi hatta di Masjid dan di surau. Buktinya ialah pergi ke masjid untuk solat tetapi tidak bertudung. Agenda siapakah ini yang melalaikan manusia? Itulah kita menjadikan artis ikutan kita. Sedangkan ikutan artis adalah Yahudi dan agendanya. Maka boleh disimpulkan...

Diri kita = Artis = Yahudi

Memula Moon = Negaraku???

Aku terkejut lantas tidak pula melatah.
Aku terkedu lantas tidak pula tergamam.
Aku mula mencari dan mencari sehingga masalah ini terungkai. Akhirnya aku menjumpainya.

Al-kisahnya adalah mengenai kemerdekaan. Tahukah anda tentang merdeka???
Janganlah kita asyik banggakan merdeka 50 tahun yang telah kita kecapi tetapi minda masih lagi jumud kepada perkara-perkara khurafat yang membawa kelembah kesesatan.

Bila orang sebut tentang merdeka, kita pun sibuk tumpang sekaki seolah-olah kita juga merupakan manusia yang merdeka. Orang berdiri ketika menyanyikan lagu Negaraku, kita pun turut berdiri kerana bertaqlik buta. Tetapi hakikatnya di sebalik sejarah yang tersirat telah dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit.

Bila kita sebut pasal lagu Negaraku pasti semua rakyat mengetahuinya. Bagi rakyat yang Intermediate mereka mungkin mengetahui asal usul lagu tersebut yang berasal daripada lagu negeri Perak Darul Rizuan. Tetapi bagi rakyat yang advance mereka pasti tahu asal usul sejarah yang tersirat mengenai lagu Negaraku ini.

Apa maknanya?
Kita sibuk melaungkan kemerdekaan yang ada pada hari ini merupakan hasil usaha nenek moyang kita. Pasti kita merasa bangga dengan apa yang ada pada hari ini. Tetapi adakah dinamakan merdeka jika lagu Negaraku yang sekecil duit sepuluh sen pun tidak dapat dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri. Inilah yang menjadi persoalan di dalam penulisan kali ini.

Anda kenal siapa orang tua yang mempunyai pulau yang dikelilingi rambut putih di kepalanya?
Tengok sekali pasti kita tidak mengenalinya. Tengok dua kali masih lagi kabur. Tengok buat kali ketiga pun kita masih lagi buta. Inilah yang dinamakan buta sejarah termasuklah aku.

Siapa orang tua di atas?
Janganlah kita mengunakan istilah orang tua untuk mewakili gambar di atas kerana beliau merupakan orang penting kepada negara. Si tua ini dinamakan Pierre-Jean de Beranger.

Anda tahu siapa dia???
Dia lah yang mencipta lagu Mamula Moon yang mana kemudian kita telah menceduk melodinya lantas dimasukkan melodi itu ke dalam lagu terang bulan dan kemudian ke dalam Negaraku.Dia adalah komposer lagu Negaraku yang selalu kita nyanyikan pada waktu pagi hari Isnin dan juga di tempat-tempat rasmi. Adakah itu dinamakan merdeka? Walaupun hal ini nampak kecil tapi hakikatnya orang tua di atas tidak memberi sebarang jasa kepada negara kita. Bukannya orang tua itu datang menyumbangkan lagunya tetapi kita yang menciplak lagunya. Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!

Sebab itulah "Satu Malaysia" tidak memandang Malaysia sebagai negara yang tercinta kerana lagu yang sekecil-kecil kuman pun datangnya dari orang yang bukan warganegara Malaysia.

Sepatutnya jika si tua itu masih lagi hidup pasti dialah PM kita pada hari ini. Ha...ha...ha...



P/s: Kalau sesiapa yang masih lagi tidak percaya. Googlelah ke link yang telah disediakan di bawah ini.