Monday, October 27, 2008

In the year of 3000...

Today, we are in the year of 2008. Next year we are in the year of 2009. In this post, I would like to share with you about an email that I have received in this month. For me, this post will tell you that how we are in the year of 3000. Maybe la.... i just guessed. I don't know the truth but in the general word, in the future. haha...















However, what is your comment for the whole pictures. For me, we not fool as the pictures because as a Muslim, there are a lot of way of life. By choosing Islam as our religion, we have been granted the ability to think. So, we need to make use of it so that we are not fool like the pictures or in the year of 3000. However, in this post, i just want to share my email and I hope you give a least a line of comment in this post. Thanks for your cooperation. Bye-bye.

Sunday, October 26, 2008

Kematian Kamal Artartuk.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Petikan dipetik daripada www.halaqah.net

Ideologi Kamal Artartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama diAnkara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Petikan dipetik daripada www.halaqah.net

Siapa Sultan Muhammad Al-Fateh

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

Tuesday, October 21, 2008

Kursus GSP di IPIS

Pada hari Isnin dan Selasa bertarikh 20 dan 21 haribulan Oktober, Jabatan Matematik kat IPIS ada buat satu kursus pengendalian satu software untuk proses pengajaran dan pengajaran. Macam bese la...kuliah aku ni selalunya terlibat sebab kumpulan aku ni satu-satunya kuliah ijazah major matematik. Aku pun tak tau la kenapa kene belaja software ni. Kita tengok la selanjutnya nanti.

Aku ingatkan bosanla sangat kursus ni. Rupa-rupanya kursus ni best rupanya. Kita belajar cara penggunaan software tu. Menurut Ketua Jabatan yang merupakan penceramah dalam kursus itu merangkap jurulatih software tu, software ni amat berguna dalam proses pengajaran.

Mula-mula, macam biasalah. Belajar apa fungsi bagi setiap peralatan dalam software tu. Lepas tu, belaja macam mane cara nak buat pelbagai bentuk poligon seperti kiub, pentagon, heksagon dan lain-lain lagi. Buat pengetahuan semua, kursus ini turut dihadiri oleh kuliah junior kami dan juga senior kami iaitu PPISMP dan juga KPLI. Mereka pun apa kurang hebatnya. Pandai jugak mereka membuat bentuk-bentuk yang diajar. Senang je rupanya ye. Barulah aku tau.





Kalau ade kursus ni, kelas akulah selalunya jadi urusetia. Kene urus aturcara majlis, majlis perasmian penutupan dan juga sebagai fasilitator. Bagi akulah, aku ni dah la baru je belaja benda tu pada tahun ni, nak kene ajar orang pulak. Tak berapa pandai pulak aku nak mengajar. haha....
Aku nyer jawatan dalam kursus ni adalah sebagai AJK multimedia. Kerja senang je.....amik gambar suasana dalam dewan tu.




Ha...Gambo ni sape ye. Hangpa teka la sendiri ye.


Kursus ni bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.30 petang selama dua hari. Penat jugak la. Dah la abis kul 4.30 petang. Setengah jam pulak nak pergi solat asar pulak. Lepas tu nak kene turun main ragbi. Selama 2 taun setengah aku kat sini, ni la kali pertama aku bergiat aktif semula dalam ragbi. Maklumlah.....ade pertandingan pada 1 November ni kat IPIK (Institut Perguruan Ilmu Khas) kat Cheras.

Kesimpulannya, kursus ni boleh dikatakan seronok sebabnya bermain dengan komputer. Aku minat kalu buat apa-apa kerja dengan menggunakan komputer. Kalau boleh, kalu ade rezeki, aku nak amik diploma atau ijazah dalam bidang Teknologi dan juga dalam bidang Bahasa Arab. Sebabnya kadang-kadang kalau kita baca Al-Quran, kita tak berapa faham apa maksudnya. Tu la harapan aku.

Masalah Task Manager.

Aku ade komputer. Hampir semua pelajar kat IPIS ada komputer sendiri. Tapi masalahnya ialah pada ari ni banyak masalah yang berlaku pada benda kesayangan kita tu. Macam mane tu ye?

Anda tau tak task manager. Secara tak formal, kita gune task manager ni untuk menghentikan program yang sedang running dalam komputer kita. Selain tu, kita guna benda ni mase bile komputer kita "hang". Tapi pada zaman sekarang ni, virus telah banyak diwujudkan. Virus ada pelbagai macam kesan. ade yang mampu merosakkan sistem windows kita, program dalam komputer dan masalah-masalah remeh yang lain.

Alamak...."Task manager is disabled by administrator". Macam mane nak ni?



Apa yang perlu kita lakukan?

Sebenarnya ada bermacam cara untuk menyembuhkan penyakit ni. mane ade penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Di sini aku ada satu cara yang efisien yang membolehkan anda mengembalikan keceriaan koputer anda.

Langkah Pertama

1) Klik pada Start




2) Klik Pada Run
3) Taipkan Gpedit.msc



4) Pergi kepada user configuration.




5) Pergi kepada Administrative Templates.



6) Pergi kepada System.



7) Pergi kepada Ctrl + Alt+Del Options.



8) Pergi kepada Remove Task Manager dan pilih Disable task manager.


Selain tu, ada banyak lagi cara lain macam mane nak pulihkan semula Task Manager tu. Kita boleh gak guna software. kebanyakan software tu free je. Download je la produk mane yang anda suke.

Tu jela yang boleh aku tolong. Kalau cara ni tak jadi pun pada komputer anda, kebarangkalian virus masih lagi terdapat dalam komputer anda. Scan dulu komputer anda dulu. Baru apply cara ni. Sekian. Salam Syawal.

Sunday, October 19, 2008

10 Amalan yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Larangan Waktu Bersolat

Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit.
Contohnya: subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am

Maknanya 7.05am hingga 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang
bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialahsepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.


Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Petikan ni aku just copy and paste je dari satu laman web. Aku rase ade baiknya kalu taruk kat dalam blog aku ni. aku pun dapat ilmu sama. selamat membaca dan mempelajari ilmu agama. semoga mendapat naungan Allah.

Kisah Sehelai Kertas

Kata selembar kertas seputih salju,”Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor.”

Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya suci dan murni dan kosong.

Benda yang aku post ni adalah berasal daripada sahabat aku yang berada di UKM. Beliau sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. teruskan perjuangan wahai sahabat. Takbir.... Allahuakbar

Thursday, October 16, 2008

Apa itu Zikrullah?

Kehidupan di IPIS merupakan kehidupan yang indah. Hal ini kerana setiap hari masjidnya yang tersergam indah dimakmurkan dengan kuliah-kuliah agama. Apa yang aku ingin katakan pada hari ini ialah pada kuliah Zohor bertarikh 16 Oktober 2008, kuliah itu telah disampaikan oleh Ustaz Raani yang bertajuk Zikrullah. Apa yang kita tahu tentang Zikrullah.

Zikrullah ialah hati yang sentiasa mengigati kepada Allah walau apa jua keadaan pun. Selama ini, kita asyik dibayangi bahawa zikrullah hanya dilakukan hanya dalam ruang lingkup ibadah sahaja. Tetapi apa yang sebenarnya ialah maksud sebenar zikrullah adalah amat luas. Sebagai contoh, kita memakai baju dengan niat ingin menutup aurat. perkara ini juga dikira sebagai satu zikrullah kerana kita meningati Allah denagn tujuan untuk mengelakkan kemurkaan-Nya. KIta memakai baju dengan niat menutup aurat kerana kita tahu jika aurat dibuka secara sengaja maka berdosalah kita.

Di dalam Al-quran, Allah ada menyuruh kita supaya berzikir. tetapi adakah kita berfikir sebanyak mana yang boleh kita melakukannya? Di dalam Al-quran, Allah tidak menyatakan bilangan yang perlu untuk kita lakukan zikrullah. Maknanya ialah kita boleh lakukan sebanyak mana yang kita mampu. Jika banyak dilakukan, semakin banyak pahala diperoleh.

Selain itu, pada hari ini, manusia sudah lupa kepada Allah, Pencipta kita. Kenapa aku katakan sedemikian kerana setiap pagi apabila kita terjaga daripada tidur yang lena dan menyeronokkkan, kita tidak pun mengucapkan ucapan mulia iaitu zikrullah. Malah apa yang teruk ialah apabila terjaga dari tidur kita segera melakukan rutin harian iaitu bersegera untuk bersiap pergi kerja. Kerja lebih diutamakan daripada solat subuh. Perkara ini bukan sahaja berakhir pada waktu subuh tersebut, tetapi apa yag lebih teruk kita melakukannya secara istiqamah. Apabila ada sukan seperti tenis, bola tampar dan hoki, kita akan bersegera untuk menghadirinya. Mengapa kita tidak bersegera untuk solat berjemaah? Pikir-pikirkanlah wahai sahabat.

Aku juga merupakan insan yang lemah. Aku menulis dalam blog ini bukan untuk berbangga diri sebagai manusia yang berpengetahuan agama yang luas. tetapi aku hanya ingin menyampaikan ilmu apa yang aku telah dapat pada hari ini.

Monday, October 13, 2008

Pameran Literasi Bahasa Melayu

Kali ni, batch aku lak yang wat pameran. Taun lepas giliran PPRP4T. Kelas aku ditugaskan ntuk membuat pameran tentang Kaedah Abjad. Pameran tu diadakan pada 13 Oktober bersamaan 13 Syawal di Dewan Besar Nik Muhyidin Musa IPIS.


Aku ingatkan pameran ni x best sangat, tapi bile aku masuk je dalam dewan pagi tadi, aku tengok gerai2 pameran dihiasi dengan pelbagai alat bantu mengajar. sume benda tu ada yang dalam bentuk elektronik dan yang bukan elektronik. Best gak la tadi. Kurang2 nya dapatla hilangkan bosan dan tension dalam diri aku ni.

Wat pengetahuan sume, aku ditugaskan untuk membuat slaid untuk pameran tersebut. Nasib bek pagi tadi aku sempat berada dalam dewan. dapat jugak la bersama dengan rakan2 aku untuk menguruskan gerai pameran kami.



Ha....kat bawah ni aku ada sediakan gambar2 mase pameran tadi. tengok la sendiri ye. macam2 ade. sumenya menariklah. best tu....
Baru aku terasa jadi guru ni sememangnya benda yang mencabar dan best. sebab pe mencabar, sebab tempoh pelajaran kami selama 5 taun setengah. mcm doktor dah ni. Tapi best juga la sebab kami tau macam mane nak uruskan kelas kelak mase dah jadi cikgu la. Sekarang ni belum bersedia la.



Setakat ni je la gambor kat pameran ni ye. gambo aku xda la dalam blog ni. dah aku tukang tangkap gambo. so x de la gambo aku.haha. Salam Syawal ke 13. Allahuakabar...!

Sunday, October 12, 2008

Rumah Terbuka PAS Di Shah Alam


Tanggal 12 Syawal atau 12 oktober, aku bersama kawan sekelasku, Zikri dan beberapa kawanku yang lain telah bersama-sama menghadiri satu majlis jamuan. boleh dikatakan sebagai stadium terbuka la kot. sebab majlis tersebut bukan di buat di rumah tetapi di buat di dalam Stadium Melawati Shah Alam.

Aku telah bertolak dengan menaiki motorsikal. Pada mulanya, aku tersesat kerana aku tak biasa sangat jalan kat situ. Tapi Alhamdulillah....aku sampai jugak kat tempat tersebut. walaupun nyaris dua kali aku hampir dilanggar. Bila sampai kat situ, aku disambut mesra oleh beberapa petugas yang merupakan Unit Amal Selangor. Baru aku tau....aku ingatkan unit amal ni ada kat Johor je tapi kat selangor dan seluruh Malaysia pun ada.

Macam biasalah...bila dah sampai situ, perut pun mula memanggil makanan. Aku segera masuk ke dalam stadium itu. Tiba-tiba...aku terlihat sebuah kereta perdana hitam. Sapa agaknya tu ya...? Macam pernah tengok kereta tu.... Sekali Tuan Guru Nik Aziz nyer kereta la...

Aku tak sangka tol la. ramai jugak orang yang hebat-hebat datang ke situ ye. Aku pun melangkah masuk ke dalam. Sekali dari jauh aku tengok macam kenal. bila dekat-dekat....rupanya Dato Harun Din la.... Aku pun bergegas bersalam-salaman dengan penyambut tetamu tersebut. Tu la kali pertama aku dapat mencium tangan orang yang hebat.



Bila tiba masa makan, aku pening kepala bila tengok orang. sesak semacam. macam orang nak beli tiket balik raya je. Lagi-lagi kaunter satay. penuh orang. Alhamdlillahlah aku dapat makan 9 cucuk. Dapat jugak makan aku makan satay.



Tiba-tiba aku tengok ramai orang bangun dari kerusi. tengok sapa la tu ye. Aku pun bangun la jugak. rupa-rupanya Tuan Guru Nik Aziz. AKu teringin benar nak bersalaman dengan beliau. tetapi memandangkan ramai orang yang mengawalnya...aku pun biarlah cita-cita aku hilang begitu saje.

Bila dah selesai makan. aku pun pergi la jenguk2 kat luar stadium. tengok-tengok orang menjual barangannya. Ada yang menjual pakaian, CD, buku agama dan lain-lain lagi. aku pun amikla kesempatan ni membeli buku Hadis 40 Imam Nawawi. Aku kadang-kadang terpikir gak....angan-angan nak masuk syurga, tapi ayat-ayat Quran dan hadis pun aku tak berapa ingat. sedih betol...Sekurang2nya dengan aku beli buku ni, aku dapat belaja serba sedikit tentangnya. Orang kate biarlah kita berhabis duit, sebab duit tu kita boleh cari sebab Allah maha Pemurah.

Mase nak balik tu, tetibe ari hujan. aku pun semayang Asar dulu kat surau tu. Pastu tu, hujan cam beri tanda tak nak berenti. aku pun amik keputusan meredah panahan air dari langit dengan begitu beraninya. Akhirnya, aku sampai jugak kat MPI pada kul 6.00 petang. Tapi perkara yang paling best la, awalapun x dapat bergambar dan bersalam dengan TUan Guru, sekurang-kurangnya aku dapat gak bergambar dengan orang-orang hebat yang lain.



Gambo yang kedua ni, aku bergambo ngn kawan aku la...hehe