Monday, September 29, 2008

10 Spyware dan Adware


Jika anda memilki komputer, kebarangakalian anda dijangkiti oleh spyware dan adware adalah tinggi. Dianggarkan bahawa 90% komputer telah dijangkiti dengan beberapa jenis malware (malicious software). Malware ini akan mengambil alih komputer anda, menjangkitinya dengan web pop up dan apa yang lebih teruk ialah benda-benda ini akan mencuri segala maklumat peribadi yang terdapat di dalam komputer anda. Walaupun terdapat tidak terkiranya spyware dan adware ini, saya telah mengenalpasti sepuluh spyware dan adware yang popular dan terhebat.


Gator
Adware jenis ini direka bentuk untuk menjejak semula laman web yang telah anda layari. Ia akan mendapatkan apa-apa gambar yang dikatakan seronok baginya. Apabila ia sudah mempunyai cukup data, ia akan muncul secara tiba-tiba pada skrin monitor anda di mana-mana saja dengan hasrat dapat menarik minat para pengguna untuk mengunjunginya. Kebiasaannya anda akan dijangkiti apabila anda berkongsi fail melalui Kazaa dan juga apabila anda memuat turun perisian percuma daripada Internet.

N-case
Ia juga merupakan adware yang mana tujuannya adalah untuk menganggu pengguna dengan popup yang banyak. Memuat turun perisian percuma daripada laman web online adalah punca dimana komputer anda akan dijangkiti.

PurtyScan
Ini juga merupakan adware yang berfungsi tanpa pengetahuan pengguna. Pada mulanya ia kana memaparkan popup pada komputer anda dengan menawarkan anda khidmat mengesan gambar-gambar pornografik pada komputer anda serta langkah untuk mencegahnya. Apabila anda klik pada popup tersebut, popup tersebut akan hilang tetapi apa yang lebih memeranjatkan komputer anda akan lebih banyak dijangkiti dengan spyware dan adware.


Transponder
Ia hampir serupa dengan Gator. Ia akan memerhatikan tindak tanduk anda ketika sedang online kemudian ia akan menyerang anda secara berterusan jika dia mahu.


CoolWebSearch
Malware jenis ini bukannya menyeronokkan tetapi menyusahkan. Langkah pertama ialah ia akan mengambil alih aturan Internet, laman web dan akan mambwa anda terus kemana-mana sahaja yang ia ingini. Jika anda boleh bayangkan, laman web tersebut mengandungi banyak spyware dan adware. Ia hanya menunggu peluang sahaja untuk bertindak.


Internet Optimizer
Bunyinya nampak macam menyeronokkan. Tetapi malware jenis ini merupakan penceroboh. Ia aka mengambil alih laman web yang kamu lawati. Apabila berjaya menguasai komputer anda, ia akan cuba membawa anda masuk ke dalam laman webnya yang mana di dalamnya penuh dengan spyware dan adware. Bayangkanlah bagaimana teruknya komputer anda.


Perfect KeyLogger
Malware jenis ini lagi jahat. Ia merupakan barangan penceroboh. Ia boleh merakan setiap aktiviti anda termasuklah apa yang telah anda taipkan ketika anda melakukan pembelian dengan menggunakan kad kredit yang mana pembelian tersebut memerlukan no pin kad kredit. Apabila siap merekod, maklumat akan dihantar kepada penceroboh yang membina malware tersebut.


ISTbar/Aupdate
Walaupun ia berpura-pura sebagai toolbar, tetapi ia masih tetap sebagai malware. Ia juga merupakan sebahagian daripada spyware. Ia akan bertindak dengan memaparkan secara berterusan popup yang mengandungi gambar-gambar lucah yang memalukan dan menjijikkan pada skrin komputer anda. Ia juga boleh mengambil alih aturan Internet anda.


TIBS Dialer
Apabila anda menakses Internet melalui talian Dial-up, malware ini akan menceroboh dan kemudian mengambil alih modem telefon anda dan kemudian akan membawa anda kepada laman-laman web lucah.

Keen Value
Malware jenis ini bermula dengan mengesan tingkah laku pengguna dengan mengesan setiap laman web yang telah dilayari. Ia juga boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda jika anda mengisi maklumat peribadi melalui borang elektronik. Kemudian ia akan menyerang anda dengan tayangan iklan yang berterusan yang mana kesemuanya mengandungi banyak spyware dan adware.


Sebab itulah perlindungan perlu dipentingkan walaupun anda hanya elayari Internet sekali dalam seminggu.

Ajaran Ayah Pin

Pegangan Ajaran Ayah Pin ialah...

1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'. 
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.

Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah  utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

 Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi  Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim  yang juga  bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cubamenghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

 Ibnu Taimiyyah  ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis  Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah  Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara  ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

 

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin  hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

.  Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

 

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya  di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama  berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah  dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

 Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia ssekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu. 

Dipetik dari http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=892

Sunday, September 28, 2008

Bagaimana menghindari Virus Komputer.


Virus komputer boleh menjadi penyakit kepada kita semua. Kerana ketidakselesaannya terhadap komputer, virus-virus ini telah menjadi bahagian utama dalam kehidupan sehari-harian. Terutamanya dengan tentangan hebat oleh Internet, kita pada hari ini banyak bergantung kepada komputer untuk kehidupan seharian sama ada untuk melakukan kerja pejabat, menghubungi kawan dan sebagainya.

Struktur virus yang lengkap terbina mampu untuk menyah fungsi komputer anda. Virus ini kemudiannya menunjukkan kepada kita bagaimana sakitnya kita untuk menghadapi masalahnya dan bagaimana pula manusia bersusah payah untuknya.

Virus komputer adalah sama seperti program komputer yang lain. Tetapi matlamat utama virus ini adalah untuk menjahanamkan fail-fail dan sistem-sistem komputer dengan menyebarkan dirinya secara pantas tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.

Untuk melindungi komputer daripada rosak dan dinyah fungsikan oleh virus-virus ini, kita seharusnya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga untukmenentangnya. Oleh itu, jadikan perisian antivirus sebagai pertahanan utama untuk melumpuhkan kesan virus-virus ini.

Yang terbaiknya, pastikan anda memasukkan perisian antivirus yang mempunyai reputasi yang baik seperti Norton, Kaspersky dan lain-lain. Ini agak penting untuk memperbaharui dan menggunakan perisian tersebut kerap kali. Setiap hari, virus baru akan dicipta. Oleh itu, jika anda tidak memiliki perisian yang sentiasa diperbaharui, ia tidak akan membekalkan perlindungan yang secukupnya terhadap keperluan komputer anda.

Perhatian kepada anda. Terdapat beberapa perisian antivirus yang dipercayai yang boleh dimuat turun secara percuma daripada Internet. Perisian ini juga mampu memberi perlindungan yang diperlukan untuk komputer anda. Jadikan sebagai amalan dengan sentiasa memeriksanya secara online sebelum virus bertindak ke atas perisian yang perlindungannya yang tertutup.

Kebanyakan sumber virus yang biasa adalah daripada sesi chat secara online, seperti Yahoo Massenger. Pencipta virus biasanya merupakan orang yang penting dalam Internet. Mereka yang dikurniakan anugerah telah menghuru harakan komputer dengan kepandaian yang dimiiki. Mereka sering online ke dalam ruang chat dengan harapan dapat menghasilkan berjuta-juta mangsa. Mereka akan menyebarkan virus tersebut yang baru diciptanya dan ini tidaklah mendatangkan masalah kerana kebanyakan pengguna chat sentiasa dalam keadaan login dan loh out.

Pastikan anda telah membuat salinan Backup untuk fail-fail yang penting. Kebanyakan Backup adalah dalam bentuk CD, DVD dan juga dismpan dalam USB drives. Walaupun komputer diserang virus, anda tidak akan kehilangan fail-fail penting tersebut.

Jika virus berjaya masuk ke dalam kompter anda, ikutlah panduan yang diberikan oleh perisian antivirus tentang cara untuk menghilangkannya. Dan jika ada inginkan bantuan, jangan teragak-agak untuk mengunjungi perkhidmatan secara online antivirus anda.

OLeh itu, jangan merasa gelisah jika komputer diserang jika anda sudah melakukan salinan Backup. Virus tidak akan menyusahkan anda lagi.

Perisian Keselamatan Komputer.




Perisian keselamatan komputer sepatutnya diletakkan sebagai perkara utama dalam senarai pembelian barangan komputer. Walaupun perlindungan yang sedia ada yang diberikan oleh sistem pengoperasian seperti Firewall Windows adalah mencukupi namun perisian pihak ketiga (third Party) adalah lebih digalakkan sebagai pelengkap perlindungan sistem komputer. Perisian keselamatan ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Apa yang anda perlukan adalah bergantung kepada apa yang telah kamu rancang untuk komputer anda.

Untuk sesiapa yang bercadang untuk melayari internet, perisian antivirus merupakan perisian yang asas yang perlu dimiliki. Perisian antivirus ini akan scan segala fail yang dihantar dan diterima daripada internet untuk memeriksa kebarangkalian ada virus. Dua pembekal perisian antivirus utama adalah Norotn dan Mcafee. kedua-duanya merupakan pembekal yang mempunyai reputasi yang baik dipasaran dunia. Namun, terdapat juga perisian yang dijual dipasaan dalam harga yang amat murah oleh pembekal-pembekal lain. Apabila ingin memilih perisian yang terbaik, pastikan perisian tersebut boleh diupdated sentiasa dan tiada tambahan nilai diperlukan. Untuk kekal efektif, perisian antivirus perlu diupdate selalu kerana setiap hari banyak virus dicipta. Selain itu, anda harus scan komputer anda kerapkali. Virus akan memasuki sistem pengoperasian apabila dia berjaya menceroboh masuk tanpa disedari. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda scan apabila anda tiada di hadapan PC. Kebanyakkan program membenarkan penggunanya untuk menjadualkan aktiviti scan pada setiap minggu, dan ada juga kebanyakkan pengguna menjadualkannya apabila mereka tidur dan pergi kerja.

Penambahan sistem Firewall merupakan pilihan peribadi. Sistem ini akan menyediakan tambahan satu lagi lapisan perlindungan apabila pengguna berhubung dengan Internet. Setiap program perlu mendapatkan kebenaran daripada Firewall untuk komputer menghantar dan menerima apa-apa maklumat yang datang daripada Internet. Firewall komputer boleh diubahsuai, membenarkan anda membenarkan mane-mana program yang dipercayai. Untuk program yang tidak diketahui asal usulnya, Firewall akan menyekat sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana program tersebut dengan meminta kebenaran daripada penggunanya. Banyak pengguna komputer mengatakan bahawa Pc yang terbina dengan firewall sedia ada adalah mencukupi. Tetapi, ada orang yang mengatakannya susah untuk digunakan. Mereka lebih suka kepada penambahan pengubahsuaian dan juga kesenangan menggunakan perisian pihak ketiga.

Ketika perosak Internet semakin berleluasa, perisian antispyware juga turut tidak diketepikan. Sebagai salah satu daripada perisian utama dalam PC, perisian ini akan bekerjasama dengan sistem firewall PC untuk memastikan tiada sebarang kawalan luaran daripada mana-mana sumber. Spyware mampu mengesan kedudukan sebenar pengguna, mampu menghilangkan katalaluan dan ada juga yang mampu menjadikan seseorang sebagai mangsa dimana si mangsa perlu membayar apa yang tidak dimilkinya seperti pembelian barangan menggunakan kad kredit secara online.

Selain itu, perisian keselamatan yang lebih canggih juga boleh diperolehi dengan mudah di dalam Internet. Ada perisian yang menawarkan perisian "Disk erase" yang mana ia sering digunakan oleh syarikat-syarikat dan juga ahli perniagaan. Apabila anda memadam fail yang penting dalam PC anda, kesan pemadaman tersebut masih lagi kekal di dalam PC walaupun anda telah memadamkannya dengan cara mengosongkan Recycle Bin. Orang yang mahir komputer yang ingin mengakses PC anda akan mengikuti kesan-kesan peninggalan fail tersebut untuk medapatkan semula fail yang telah dipadam oleh tuan PC tersebut. Kebanyakkan pengguna komputer di rumah tidak akan memadamkan segala fail yang terdapat didalam Hardisknya jika dia mahu menformat semula PCnya. Oleh hal yang demikian, penjenayah siber ini akan bertindak ganas dengan menceroboh masuk ke dalam PC anda walaupun anda telah menformat PC anda. Jadi, adalah digalakkan supaya anda menggunakan perisian Disk Erase yang banyak terdapat di pasaran samada komersil ataupun bukan komersil sebelum anda melupuskan komputer anda.

Sekarang, kebanyakkan komputer baru telah dilengkapi dengan perisian keselamatan percubaan. Perisian jenis ini kebiasaannya bergabung dengan Firewall komputer untuk memberikan perlindungan yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, tiada alasan bagi anda untuk meyediakan perisian keselamatan dalam komputer anda kerana kebanyakkan perisian keselamatan ini ada disediakan dalam pek percubaan percuma. Jika anda telah memasukkannya dalam PC anda, tetapi anda tidak menyukainya. Anda hanya perlu membuangkannya dan kemudian memasukkan perisian lain yang anda ingini tanpa membazirkan wang anda.

Saturday, September 27, 2008

MY POPUP BOOK

Pada tahun ini, kelas saya, PISMP IPGM dikehendaki menghasilkan sebuah buku popup. Kerja ini dilakukan secara berpasangan. Saya telah menghasilkan buku ini bersama-sama kawan sebilik yang juga sekuliah dengan saya. Kami telah mengambil masa lebih kurang selama dua minggu untuk menyiapkan buku tersebut. Walaupun kami merupakan bakal pendidik dalam jurusan Matematik, tetapi kami belajar bukan setakat terhad dalam bidang pendidikan tetapi lebih daripada itu. Tajuk Matematik yang dipelajari untuk menghasilkan buku ini ialah Paper Engineering. Kami sekelas bukan sahaja bakal pendidik tetapi mungkin bakal engineer. Haha...
Oleh itu, saya ingin mempamerkan hasil kerja tersebut di dalam blog ini.


Muka depan buku













Sunday, September 21, 2008

ISLAM DIHINA



Baru-baru ini saya ada memuat turun filem yang bertajuk You Dont Mess With Zohan. Cerita tersebut mengisahkan cerita tentang seorang Yahudi. Walaupun genre cerita tersebut berunsur jenaka, tetapi apa yang saya perasan ialah cerita tersebut banyak menyentuh tentang keagamaan. Jika ingin mengambarkan tentang penganas, mereka akan berpakaian seperti orang Arab. Jika orang tersebut merupakan orang Arab, maka secara tidak langsung ia mengambarkan tentang orang-orang Islam. Ini merupakan satu penghinaan. Saya meneruskan menonton cerita tersebut. Apa yang lebih mengejutkan ialah dalam cerita tersebut ada memaparkan seorang lelaki yang mirip seakan-akan orang Arab sedang terjaga dari tidurnya. Dia terjaga dari tidur dari celah-celah wanita-wanita seksi. Kemudian, si pelakon ini terus menuju ke bahagian dapur untuk ke peti ais. Apa yang mengejutkan ialah semasa lelaki tersebut menghampiri peti ais tersebut, satu surah Yasin tergantung pada belakang peti ais. Betapa hinanya orang Islam yang dipaparkan dalam cerita tersebut.

Di bawah ini saya telah rakam beberapa scene dalam cerita tersebut.


Saya sengaja memuat turun cerita tersebut kerana saya gemar menonton filem. Tetapi apa yang mengejutkan lagi bahawa, filem tersebut telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Jika orang bukan Islam melihat cerita tersebut, apa tanggapan mereka semua. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Islam murtad.Penghinaan terhadap agama Islam merupakan perkara biasa kerana kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Siapa sebenarnya menteri yang bertanggung jawab?

Maka tunggulah azab dari Allah atas kelalaian mereka.

Sekian...Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 13, 2008

Mempercepatkan Pemindahan Fail






Memindahkan fail dari satu folder ke folder yang lain atau dari satu komputer ke komputer yang lain adalah merupakan perkara asas yang sering dilakukan oleh pengguna. Adakah anda semua pernah terfikir bagaimanakah cara untuk menambahkan kelajuan pemindahan fail tersebut? Perkara ini adalah hampir sama dengan pengurus muat turun yang terdapat pada pelayar web anda.

Perkara yang terbaik adalah mengenai dua program yang digunakan untuk mengantikan pemindahan asal windows dalam pc. Anda masih boleh menggunakan windows explorer seperti normal tetapi setiap kali anda ingin copy paste dan move file tentu akan berlaku banyak masalah. Program ini bukan sahaja dapat digunakan untuk hal-hal tersebut tetapi lebih daripada itu. Program tersebut dapat digunakan ketika berlakunya hal seperti kita boleh memberhentikan seketika pemindahan fail jika anda perlu menghidupkan semula pc anda sebagai contoh pc anda memerlukan restart untuk update windows. Selain itu, anda juga boleh memberhentikan dan menruskan pemindahan fail jika anda rasa anda mahu berbuat demikian.

1) Copy Handler.

Mungkin program ini merupakan kegmaran saya. Ia mengandungi 60 jenis pilihan untuk anda, tidak memerlukan sebarang installation dan ia merupakan open source. Satu alasan mengapa saya menyukainya ialah anda boleh mengubah seberapa banyak pemindahan dalam satu masa dan sekali nombor telah diatur maka fail-fail yang sedia untuk dipindah akan beratur dengan tersusun dan menunggu giliran untuk dipindahkan.

Selepas anda muat turun fail ZIP dan mengekstrak fail tersebut, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar DLL. Hal ini akan memastikan Copy Handler akan mengantikan sistem pemindahan asal Windows.



Kemudian, apabila anda memindahkan fail, anda akan dipamerkan dengan satu table kecil . Table tersebut boleh dibesarkan untuk melihatnya dengan lebih detail.


Dan jika anda mahu mencuba untuk melajukannya lagi atau sesuatu padanya, anda hanya perlu menekan butang options untuk mengubahnya.


Satu je kelemahan program ini, pihak pemaju tidak lagi melakukan penambahbaikan lagi. Kali terakhir beliau lakukannya pada bulan Oktober 2006 tetap nasib baiklah program ini boleh digunakan dalam windows vista. Pemaju sedang mencari penaja supaya beliau dapat meneruskan projeknya.


2) TeraCopy.

Program ini serupa sahaja dengan Copy Handler dan ia juga tidaklah serumit Cop Handler. Ia tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian padanya.


Apabila terdapat satu fail yang rosak ketika pemindahan berlaku, TeraCopy tidak terus membatalkan proses tetapi berlaku bijak dengan membiarkan fail yang rosak tersebut dan meneruskan fail yang berikutnya untuk pemindahan.

Kamu hanya dapat merasai kesanya jika melibatkan pemindahan fail besar dan banyak. Untuk memberikan perbandingan di antara program-program tersebut, saya telah menjalankan pemerhatian dengan melakukan pemindahan 85 fail gambar ang berjumlah 118MB. Perbezaannya tidaklah begitu ketara tetapi ia dapatlah juga memendekkan masa pemindahan tersebut.


  • Copy Handler - 58 saat.
  • TeraCopy - 1 minit.
  • Vista dengan pek performance - 1 minit 3 saat.
  • Vista tanpa pek performance - 1 minit 14 saat

Jika anda selalu memindahkan fail yang besar, program-program ini sangatlah berguna. Bagi saya, Teracopy lebih sesuai digunakan kerana ia mudah digunakan.

Tuesday, September 9, 2008

Kenapa Ramadhan ramai ke masjid?

Assalamualaikum. Dalam kesempatan ini saya ingin memberi tahu kepada anda semua tentang apa yang telah saya peroleh sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Di Masjid As-Syafie Institut Perguruan ISlam Selangor di Bangi, ketika saya sedang menunggu untuk mendirikan solat Tarawikh secara berjemaah, memang adat Institut untuk mengadakan sedikit tazkirah selepas waktu Isyak. Ketika saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah luar, saya amat tertarik dengan isi yang disampaikan oleh beliau. Mengapa ramai orang ke masjid terutamanya bulan Ramadhan dan mengapa bulan-bulan sebelum dan selepasnya orang ramai tidak pula serajin bulan mulia ini.

Beliau mengatakan bahawa semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Tambahan itu pula, Allah telah berjanji untuk membelenggu jin dan syaitan pada bulan Ramadhan. Syaitan menghasut yang berada dalam diri kita tidak lagi berpeluang untuk menjalankan tugasnya untuk memperdayakan manusia ke arah kesesatan. Oleh sebab itulah manusia rajin untuk beribadah terutamanya pada bulan ramadhan kerana manusia pada ketika itu aman tanpa sebarang gangguan syaitan.

Tetapi bagaimana pula dengan manusia yang masih lagi melakukan maksiat pada bulan Ramadhan? Jawapannya ialah manusia tersebut merupakan anak didik yang berjaya di tarbiyah oleh syaitan untuk cenderung melakukan maksiat. Ketika berpuasa, hanya akal dan nafsu sahaja yang berada dalam diri. Jika Syaitan telah mendidik nafsu manusia untuk maksiat maka tidak hairanlah mengapa manusia masih tidak berubah walaupun berada dalam bulan yang mulia ini. Jika nafsu didikan syaitan melebihi akal kurnian Allah yang mulia, sudah tentulah manusia tersebut akan berperangai seperti syaitan.

Justeu, kita sebagai manusia yang telah ditarbiyah dengan akhlakul karimah hendaklah berusaha untuk mencari keredhaan Allah. Hal ini adalah kerana kita tidak pasti lagi bahawa kita akan memasuki syurga Allah yang kekal abadi itu tanpa rahmat dan keberkatannya. Oleh itu, saya ingin mengingatkan anda dan diri saya supaya janganlah kita membenci manusia kerana walaupun dia merupakan ahli maksiat tetapi kita seharusnya membenci perbuatannya dan bukan orangnya.

Saya mempunyai satu cerita dimana ada seorang lelaki yang bekerja di hospital untuk memandikan dan menyolatkan mayat. Pada hari itu, dia perlu mengurus mayat seorang penagih dadah. Sebagaimana yang kita tahu tentang penagih dadah, tentu kita akan berfikiran buruk terhadapnya. Tetapi apa yang mengejutkan ialah ketika ingin memandikan jenazah tersebut, jen zah itu seolah-olah tersenyum dan bersedia untuk dimandikan. Raut wajahnya menandakan bahawa kematiannya itu merupakan kematian yang baik. Itulah kehebatan Allah. Dia boleh mengurniakan hidayah dan rahmat kepada sesiapa yan dia kehendaki. Oleh itu, janganlah kita menghina makhluk Allah tetapi bencilah sifat syaitan yang berada dalam dirinya dan hendaklah kita berdoa supaya dijauhkan dari semua itu. Sebagaimana doa yang kita baca selepas sembahyang.........Ya Allah janganlah engkau membolak-balikkan hati kami............. Hal ini jelas menunjukkan Allah berkuasa menentukan sesuatu. JIka ALlah ingin kita menjadi kafir, maka kafirlah kita. Mohonlah keampunan dan keredhaan Alaah.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menginsafi dosa yang telah kita lakukan. Adakah kita akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya atau tidak. Fikirkanlah...

Sunday, September 7, 2008

SOLAT MENJADIKAN TULANG KUAT

Tulang yang ada dalam tubuh badan manusia melaui beberapa fasa. Bermula dengan rasa konstruktif hingga ke fasa penghancuran. Ia juga melalui proses pembesaran, seiring dengan proses tumbesaran manusia itu sendiri. Ketika masih muda, struktur tulangnya masih kuat dan padat. Namun, dengan bertambahnya usia, tulang akan mula mereput sedikit demi sedikit. Kepadatan tulang akan semakin berkurangan berikutan pertambahan usia.

Secara umumnya, kekuatan tulang kembali kepada kekuatan tekanan dan daya tarikan yang timbul kesan daripada gerakan otot ketika ia digerakkan dan otot-otot tersebut bersatu dengan tulang. Oleh itu, bagi memastikan tulang sentiasa kuat, ia memerlukan pergerakan setiap hari. Ini kerana sekiranya terlalu banyak beristirehat dan kurang melakukan pergerakan, tulang akan menjadi lemah. Fasa penghancuran akan lebih cepat berlaku berbanding tulang yang sering digerakkan.

Perlaksanaan solat fardu sebanyak 17 rakaat dalam masa satu hari, ditambah pula dengan solat-sulat sunat yang lainnya akan membuatkan seorang muslim itu sentiasa menggerakkan tubuhnya, paling minimum selama dua jam sehari. Sekiranya solat fardu didirikan secara konsisten, kesannya tulang akan menjadi kuat, padat dan sihat. Sejarah membuktikan betapa kuatnya pejuang islam dalam misi menyebarkan syiar islam ke seluruh pelosok dunia. Ini adalah kesan daripada amalan mendirikan solat secara konsisten.